Sunday 30 August 2015

Hari ke 14 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum....

Hari ke-14 : 14 April 2015


Hari balik ke London semula sebab esok nak balik dah. Feel rasa macam-macam. Rasa tak nak balik, tapi sebenarnya tak sabar nak balik... hehe... rindu pulak kat bandar halaman. Rindu pada family, kucing, basikal, kengkawan..... 2 minggu dah bai. Masa dah time untuk balik. Balik untuk kerja dan kumpul modal untuk next kembara... :)

Pagi hari ke-14, macam biasalah sebelum check out kene pack apa yang patut barang-barang hasil rampasan di Liverpool Store, Cheshire Oak, Paris, Stutgart, Amsterdam dan London. Hasil rampasan den sikit je compare dengan Sucit, Asree dan Syahrul. Den beli yang perlu untuk family dan yang berkenaan. Untuk diri sendiri cuma beli T'Shirt dan seluar selai dua. Lain-lain ialah sourvenir dan coklat. Di Liverpool paling banyak membeli termasuk buku Ulu Yam di Liverpool 2...



Pagi Selasa hari check-out cuma Kak Ain je ada uruskan. Bro Nazali takde sebab kerja. Bro Nazali cuma tinggalkan signature dia kat buku UYDL 2 yang kawe beli direct dari Bro Nazali. Harga tak sama dan specialnya buku tu siap sekali autograph penulis. 

Buku UYDL2 ni memang berbaloi dibaca kerana ianya bukan sekadar kisah Bro Nazali dan keluarga, juga sebagai inspirasi untuk mereka yang merancang untuk berhijrah ke luar negara kerana mengikut saranan menteri, "tak suka dok Malaysia boleh keluar.." haha...

Bagi den yang Allah izinkan untuk pergi ke negara seperti Australia, New Zealand, Korea, Jepun dan lain-lain, bila tengok kemudian bandingkan dengan Malaysia memang banyak beza dari segi pengurusan sistem, keselamatan harta serta keluarga. Sebab itu bila ditanya kepada mereka yang berhijrah, kebanyakan rasa lebih selamat tinggal di luar beberapa negara untuk besarkan anak-anak.

Namun, bagi kawe pula belum ada hasrat nak berhijrah. Kalau ikut wife memang dia ada ajak tapi kawe taknak sebab masih sayangkan Malaysia..Ahaks.. Perjuangan belum selesai. Hasrat kawe nak tengok satu hari nanti Malaysia akan berubah kepada lebih baik demi generasi akan datang. Tetapi untuk nak tengok Malaysia ni berubah kepada lebih baik maka kenalah ubah dulu pemimpin-pemimpin yang korup. Juga pemimpin yang gagal jalankan amanah yang diberikan. Tak kiralah pemimpin itu PM sekalipun. Pemimpin yang tak amanah lebih pentingkan kuasa dan harta dari fikirkan masalah rakyat marhaen.

Pada pandangan den, Malaysia ni sebuah negara umat Islam yang dipimpin oleh orang Islam tapi sikit je ikut Islam. Berbanding dengan negara den pernah pegi seperti Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Swiss, Jerman dll. Negara-negara tu bukan negara Islam tapi banyak nilai Islam dorang amalkan. Nilai-nilai Islam yang den maksudkan ialah seperti kebersihan, displin masa, tidak rasuah dan beberapa lagi. Tak caya? Pergilah mengembara.... 


Visitor Book yang telah disain...
Sumbat beg dalam kereta time...
Makin bertambah pulak beg...
Ok, balik semula cerita hari check-out. 4 hari 3 malam di Liverpool rasa sekejap je masa berlalu. Selain London, di Liverpool paling lama berada kat sini. London ni tempat transit sebab tu dok 4 malam tapi tak straight. Hari 1, kemudian hari 9 & 10 dan malam last hari 14.

Memang tujuan asal nak ke Liverpool sebab tu kena lama kat sini. Tapi itupun rasa tak cukup sebab tak sempat nak pegi Albert Dock. Waduh! entah kapan bole datang ke sini lagik... huhu..

Maka, tibalah masa untuk check-out dan punggah beg-beg ke dalam kereta. Ini yang bagus bila mengembara dengan kereta. Bawak 2-3 beg boleh sumbat semua. Tapi, kena pastikan bonet muat. Nasib sewa kereta jenis wagon. Bonet besar boleh susun tinggi dengan syarat tak cecah bumbung. Mana tak, sorang paling kurang 2 beg. Beg Troli + Beg pack. Alhamdulillah, bonet Vauxhall Astra dapat menampung semua beg-beg itew.

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool Homestay destinasi pertama sebelum ke Manchester ialah singgah lagi Liverpool Store kat Anfield. Last kopek shopping. Ni sebab ikut kata Bro Nazali... "Biar menang membeli, jangan menyesal tak beli.." haha...

Last kopek shopping tersambor lagi 2 helai T'Shirt dan Beg. £26 pound je. Kalau sekarang punya tukaran gegel gak. Masa pegi hari tu rm5.6 untuk £1.. hari ini, 30 Aug 2015, rm6.6... fuh!

Sambar selai... offer 12 pound
Beratur nak bayo..
Air mineral LFC pon ada..
Last kopek begambor depan Liverpool Store & Stadium
Liverpool Bersih 4.0
Nak balik baru nampak bas hop on ni... £8 je keliling bandar Liverpool. 2 hari lepas tak nampak pulak... aduyai


Liverpool Teksi...
Pekan Anfield
Hari-hari penuh stadium nii..

Anfield yang tenang..
Kat sini boleh tengok Live bola kalau tak tengok kat stadium...
Nak ke Manchester kena belok kiri...
sejam lebey dari Liverpool...
Liverpool @ Old Krepot
Ni stadium ke shopping kompleks?
Singgah Etihad Stadium venue untuk Manchester City... 3-4 km dari Old Krepot
Besau area stadium ni dan moden.... biasalah team baru nak up...
Park keta kat Al-Halal untuk ke Al-Jazeera
Dari Stadium Old Krepot dan Etihad Stadium singgah ASDA hypermarket. Singgah sebab Asri nak beli coklat. Asree cakap kat sini murah. ASDA ni dekat je ngan Etihad Stadium. 

Selesai beli apa yang patut kat ASDA, perut dah lapo. Kemudian terus ke Al-Jazeera di Wilmslow Road, Manchester. Area Manchester, Asree dan Syahrul pernah pergi 2 tahun lepas sebab tu macam familiar. Menurut kata Asree, nasi arab kat Al-Jazeera ni sedap.

Shell : Diesel - £1.129 & Ron 95- £1.189... sesuailah dengan gaji cleaner kat sana £1000-£1500

Al-Jazeera @ Manchester... jom masuk!
Depan Al-Jazeera
Tu dia nasi arab al-jazeera..
Besar to ayam dia... potong 4 nih.. Hidangan ini berharga 5-6 pound sepinggan kalo tak silap...
Masjid @ Manchester
Dah kenyang makan nasi arab singgah Masjid Manchester untuk solat. 

Selesai solat,  patah balik ke bandar Manchester sebab Sucit nak pegi Hard Road Cafe Manchester. Nak beli T'Shirt katanya. Dari pemerhatian den Manchester ni besaq sket dari Liverpool.

Bangunan-bangunan kat bandar Manchester
The Teksi..


Teksi pink kat Manchester..
Langit cerah dan biru.... otw ke highway...
40km lagi sampai hotel..
Heathrow Lodge - gambar cilok dari booking.com
ikut google maps 3 jam lebih perjalanan...
Lebih kurang jam 5 petang kami meninggalkan Manchester serta kenangan 4 hari 3 malam di Liverpool. Destinasi seterusnya menuju ke London melalui highway UK tanpa tol. Lebih kurang pukul 9 malam kami sampai di Heathrow Lodge Hotel di Old Bath Road.

Ikut plan asal malam last kami akan dok homestay farah. Tetapi memandangkan pada hari ke-9 & 10 dah dok situ dan merasakan bilik homestay tu sempit dan kurang selesa, so kami decide untuk dok hotel dekat-dekat dengan airport. 

Maka melalui booking.com dapat bilik yang berharga £84(rm470) kat Heathrow Lodge. Bilik ok ada 4 katil. Selesa sket dari homestay. Yang tak ok takde Wifi free dan sinki sumbat. Itu pasal dalam review aku bagi rating 2 je. Not recommended! Kalau terdesak boleh lah. Sebenarnya ada lagi murah kat area situ tapi dah terbooking kat situ. 

Apapun inilah pengalaman untuk den share kat orang lain. Selalunya kalo nak booking den consider rating score 8 keatas. Tapi sebab dah terkelam kabut book via henfon tak perasan rating hotel tu 5.9. Ini nama dia pahit manis. Tak semua yang terbaik kita akan dapat. Takde hal, paling penting bila dah rasai pengalaman sebegini boleh share dengan orang lain. Tak gitu?hehe...

Ok, setakat ini cerita Hari ke-14, harap semua terhibur... Next, bersambung last day aka Hari ke-15...

Iternary hari ni,

1. Liverpool Store @ Anfield - Last kopek shopping
2. MU Stadium, Old Trafford - Melawat tapak sebab ada orang kirim Syahrul soh beli baju MU
3. MC Stadium, Etihad - Tengok dan tinjau...
4. ASDA - Beli coklat
5. Al-Jazeera - Lunch
6. Masjid Manchester - Solat
7. Heathrow Lodge, Old Bath Road - Check in

Post terdahulu,

Saturday 22 August 2015

Hari ke 13 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum...

Hari ke-13 : 13 April 2015


Hari game Liverpool vs Newcastle, 8 malam. Jadual asal game ni sepatutnya pada 11 April 2015 pukul 3 petang. Tetapi ditunda 2 hari ke depan disebabkan Liverpool layak ke semi final FA Cup dan jadual terlalu rapat.

Nasib tarikh tunda masih di UK. Cuma bila game ditunda, iternary pun kena ubah. Bila iternary berubah penginapan di London juga kena ubah tarikh. Itu sebab terpaksa last minit sewa bilik di homestay Farah sebab nak sewa homestay Norli pada 9-11 April orang lain dah book. Awalnya memang dah book pada 12-13 April. Liverpool homestay takde masalah sebab Bro Nazali punya. Apapun yang penting semua dah selamat tanpa ada masalah besar. 


JDT dan Liverpool tidak boleh dipisahkan... haha..
Oleh kerana hari ni game waktu malam, makanya pagi sampai petang kami udah plan mahu ke Cheshire Oak dekat daerah Chester. 40 minit aje perjalanan.

Cheshire Oak ini lebih kurang macam JPO. Jual barang-barang branded pada harga mampu milik. Namun ada juga barang yang mampu tengok. Selain itu juga mahu beli coklat kalau ada yang murah-murah. Menurut kata Asri ada sebab dia pernah pergi.


Kak Ain sediakan sarapan untuk kami...
Menu Sarapan : Nasi lemak ala Liverpool homestay






@ Cheshire Oak


Beli kasut untuk anak-anak... murah-murah tapi untuk old stock.... oklah...
Tempat beli coklat
Kasut bola Syahrul.... kat Malaysia mahal ni dekat rm600... kat Cheshire dlm rm200++ je
Laluan ke Chester kene cross sungai.... antik jambatan tuu...


Dari Cheshire Oak nak balik ke homestay awal lagi.Then, singgah Stadium Anfield. Saja nak tengok suasana petang sebelum game. Tenang je kelihatan walaupun dijangka penonton 40k..


Masuk Liverpool Store lagi...
Jersey sale £25
Stadium Anfield
Kat depan Anfield jumpa fan dari Malaysia lagi...
Depan stadium ada jual mafla-mafla yang takde jual dalam Liverpool Store
Sambo selai mafla match day Liverpool vs Newcastle - 7 pound selai..
Lori burger dah parking...
Ayam Liverpool


Jalan masuk ke homestay... Buckingham Road...
Hasil borongan di Cheshire Oak & Liverpool Store
Seharian jalan-jalan Cheshire Oak kemudian ke Stadium Anfield, lebih kurang kol 5 petang baru balik. Ada sejam lebih untuk relax dan makan petang+malam. Game start kol 8 dan habis kol 10 takut lapar pulak. So, petang tu kitorang masak nasi empet cecah kari daging. Makanan tu stok baki untuk dihabiskan sebelum balik ke Malaysia lusa.

Menurut kata Bro Nazali ada 2 pilihan dari Liverpool Homestay nak ke Stadium samada naik Teksi(5 pound) atau jalan kaki. So, kami semua pilih jalan kaki. Baru nampak kopiters sejati dan meriah.

sebelum gerak ke Stadium... gambar ni Bro Nazali letak dalam pamplet package ke Liverpool



Selfie on the way to Stadium

dengan Bro Aznidi....
Jalan kaki je dari Liverpool Homestay ke Stadium Anfield
2km jalan kaki dari Liverpool Homestay ke Stadium Anfield

Masa ni dalam pukul 7.15 petang...




dengan Bro Aznidi dari Abu Dhabi....

Game start pukul 8 malam. Pukul 7.30 baru kami masuk. Sebabnya seat sudah siap nombor, tak risau takda seat. Tak macam stadium kat Malaysia game start pukul 8.45 malam, ada yang pukul 6 dah masuk untuk dapat port baek punya. Kalau lambat masuk alamatnya samada dapat tempat belakang gol atau berdiri sepanjang game. Masalah lain masuk awal ada yang sampai abaikan solat. Itu yang tak sepatutnya berlaku. Pendapat den kena ubah sistem stadium kat Malaysia kepada ada nombor seat. Barulah takda tiket palsu atau masuk free.



11 minit lagi game....

Emre Can... player dari Jerman keturunan Turki 
Kiri sekali Rahim Sterling, Countinho, Glen Johnson, tunduk tak tau, Moreno & Allen..

Tifo...

1st 11.... Gerrard tak main sebab kena gantung kad merah masa lawan MU



3 minit sebelum 1st half Liverpool lead 1-0... gol oleh Rahim Sterling
Kapten Jordan Henderson bertekak ngan Refree sambil diperati Countinho...
Emre Can kene hentak... Lucas Leiva sedang memujuk sambil diperati Lovren.... Refree tengah pikey....
Tamat game.... 2-0
Syahrul & Jersey £25 baru beli.... tag pon tak bukak...
Kito monang yo!!
2-0.... jadilah....

Muka suka Liverpool menang 2-0!
singgah gerai kat luar stadium beli sourvenir lagi...
Amacam? Terasa nak muntah lagi tak tengok lagi banyak gambar pasal Liverpool? hehe.... Biasalah fan Liverpool bila dapat datang ke Liverpool kemudian dapat tengok bola live, sudah tentu banyak nak dikongsi. Bukan selalu dapat ke sini woo... Mahai! riban punya modal. Kalau Stadium Larken untuk team JDT hari-hari lalu.. tiket RM10, paling mahal RM30... haha...

Apapun kami semua memang seronok kerana akhirnya impian nak tengok live game Liverpool kat Stadium Anfiled tercapai. Selama ni cuma tengok depan TV je. Aktiviti tengok bola live adalah acara kemuncak Kembara 7 Negara Eropah dan UK. 

Berbekal hanya RM8k dan RM2-3K extra untuk lain-lain seperti shopping kami berjaya merancang kembara ini dan menempuh berbagai-bagai dugaan dan pengalaman. Memang pengalaman yang sangat menarik.

Kata orang, di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Sepanjang 12 hari lalu dan hari ini ke-13 inilah yang mampu kawe share dalam blog tak seberapa ni. Esok hari ke-14 ada lagi cerita perjalanan balik semula ke London. Nak tanya lebih-lebih pasal kembara ni boleh komen kat blog atau PM den.

Tamat kisah hari ke-13, bersambung Hari ke-14....