Showing posts with label Old Trafford. Show all posts
Showing posts with label Old Trafford. Show all posts

Sunday, 19 August 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 5

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-5 ~ 15 April 2018

Hari ni masih di Runcorn lagi. Bermakna ini hari ke-3 kami dok hotel yang takda dapur. Nasib ada cerek letrik hotel punya dan periuk nasi mini aku punya. Dapatlah selang seli sarapan dan dinner makan nasi abang berahim dari asyik makan megi je. Tengahari takde masalah boleh makan kat luar.


Where am I?

Kenapa pilih hotel kat Runcorn?

Pertama,

Sebab takde pilihan. 2 kali aku book guesthouse kat area Formby dan Chester tapi kene cancel sebab owner property nak aku bayar deposit. Sepatutnya tak perlu sebab dia boleh direct charge kat Visa Card aku je. Lagipun belum pernah dalam sejarah aku book kat booking.com owner property mintak deposit. Aku syak dorang ni mungkin taknak terima tetamu muslim atau islamphobia. Dorang tak tau ke booking.com dah iktiraf aku ni frequest traveller tahap genius? Banyak negara dah aku tempah dengan booking.com. So far jarang cancel last minit. Kalau cancel last minute pon aku yang kena charge. Owner property tak rugi apa-apa pun.





Kedua,
Hotel-hotel atau guesthouse yang dekat atau dalam kawasan Liverpool semua mahal-mahal belaka pada tarikh aku nak book. Kat Runcorn ni je yang paling murah sikit walaupun pada kami tak berapa murah sangat. 458 pound(rm2519) untuk 2 bilik 4 hari 3 malam. 1 bilik/malam = rm419  > memey mahai. Aku syak sebab ada event kat Liverpool yang sebabkan hotel kat kawasan sekitar jadi melambong.


Harga Hotel kat Runcorn pada tarikh off peak 14-17 Sept 2018 > rm279 satu malam


Stadium Old Trafford

Selepas sarapan bubur segera, lebih kurang kol 10 pagi kami dah gerak ke Manchester. Dalam kol 11 pagi kami dah sampai kat Stadium Old Trafford kepunyaan team Manchester United. Kali ke-2 aku datang. Kami datang ni pun bukan sebab nak sangat datang tapi sebab Shahrim tak pernah datang. Lagi satu sebab kat Machester ni ada Restoren Nasi Arab yang sedap. So, nak lunch kat situ. Sambil tu dapatlah tengok suasana 3-4 jam sebelum game MU lawan West Brom.

Masa kami sampai nampak macam tak berapa ramai orang. Ada la beberapa termasuk penjaja jual mafla. Memey berbeza suasana sebelum game kat Anfield semalam dan Old Trafford hari ni. Bukan sebab aku ni fan Liverpool nak cakap Anfield lebih meriah dan ramai orang tapi memey realitinya begitu. Kalau tak caya korang datang tengok dan bandingkan. Dulu 2015 datang bukan hari game pon tak ramai. Kali ni datang 4 jam sebelum game pon lebih kurang tak ramai gak.

Lagi satu aku tengok nak masuk MU Store pon kene security check macam nak boarding.  Memey ketat security dorang macam takut sesuatu. Kesimpulannya, Liverpool is better team than others and "You'll Never Walk Alone" ...hehe...

Route Runcorn-Old Trafford
Old Traffod 4 jam sebelum game MU vs West Brom

Alang-alang dah datang Old Krepot belilah mafla untuk kawan atau sedara yang minat MU


Leceh nak masuk MU Store kene security check bagai, nasib kat luar ada penjaja mafla. Cuma mafla yang pakcik ni jual takde copyright. Jadi, mafla tu tak boleh tulis full nama Manchester United cuma boleh tulis The United je atau The Reds.

Harga selai mafla ni 9 pound dan kalau nasib baik boleh dapat 7 pound. Kawe beli 2 helai untuk biras fan MU dan selai lagi mafla match day sebagai bukti aku telah datang Old Trafford pada 15 Apr 2018 iaitu hari game MU vs West Brom. MU menang tak? aha... kena baca sampai habis kalau nak tahu keputusan game... 


Etihad Stadium

Next stadium lawat ialah home stadium untuk team Manchester City. Juga sunyi sepi stadium ni tak ramai orang padahal masa tu MC bakal juara EPL. Mungkin sebab takde yang menarik stadium tu sebab design tak classic macam Stadium Anfield.

Masa tengah sibuk selfie terserempak pulak dengan 6 orang Fan MU. Lepas tolong ambik gambo, kami pula bergambo dengan dorang. Dorang boleh agak kami bukan fan MC dan tak boleh agak kami dari fan team mana... haha... Kalau dorang tau kami fan Liverpool, tak taulah macamana reaksi dorang... 

Dekat je antara 2 stadium ni.... naik basikal pon boleh sampai.... 









Restoren Al Jazeera

Ini lah restoren nasi arab sedap yang aku cerita pada awal post. Memey sedap nasi arab dia, sebab tu kalau datang area sini wajib makan kat sini. 

Simpang masuk sebelum Shell tempat nak park keta..
park keta kat area sini... ada kedai jual daging halal di situ...
Sejam = 1 pound... bayar dan display..





Air Saka untuk buang Saka kat Stadium Old Trafforf.... hasilnya... kene baca sampai habis..

Lepas makan nasi arab destinasi seterusnya ialah cari tempat solat dan kemudian Asri dan Syahrul nak beli coklat. Coklat murah ada jual kat hyper market maca Asda, Tesco dan lain-lain. So, layan je kehendak dorang. Sementara dorang pegi cari, aku dan Shahrim lepak minum kopi kat Costa.


Masjid kat Manchester... lupa pulak nama masjid ni jumpa kat Waze..
Ngopi time...

Pegi stadium sudah, lunch sudah, solat sudah, cari coklat sudah, seterusnya jalan-jalan dalam bandar Manchester sebelum balik ke Runcorn. Syahrul ajak return ke Liverpool Store semula tapi sebab dah petang dan takut bila sampai dah tutup pulak. So, balik terus ke hotel. Nak kemas apa yang patut sebab esok nak ke Scotland pula.








Biasa-biasa je bandar Manchester ni. Tak banyak bangunan tinggi dan ada beberapa bangunan klasik ciri identiti British. Paling penting tak jem macam London. Banding dengan Liverpool besar lagi bandar Manchester. Salah satu sebab kat Manchester ada international airport. Liverpool ada juga airport tapi untuk domestik je.


Shahrim dan result MU vs West Brom

Cayalah West Brom.... menang tu kat Old Trafford.... hahahaha...

Sebaik tiba di hotel ngam-ngam game Man U vs West Brom habis dan keputusannya........................
Hahahahahah...... Man U kalah 0-1 kat tempat sendiri dengan West Brom. Nampaknya misi untuk buang Saka di Old Trafford berhasil..... hahahahaha..... sori fan Man U..... hahahahahaha.....


Masak untuk dinner guna periuk nasi mini... Menu Nasi ape entah dari abe brahim..
Resit bayar tol MerseyFlow via online by Credit Card

Hari ni balik dari Manchester GPS bawak lalu MerseyFlow. Masa pegi tak pulak bawak lalu situ. Tak pasal-pasal kene tol lagi 2 pound. Apapun bila dah lalu kenalah bayar. Kalau taknak bayar sendiri kena ingatlah. Berganda kena penalti macam sebulan punya charge hari-hari lalu. 


Ok, sekian kisah jalan-jalan Manchester hari ni. Kepada fan Man U sori sebab gelakkan team korang. Bukan apa, tak sangka hasil lawatan tak diundang ke Old Trafford tiba-tiba team korang kalah... kat tempat sendiri dan dengan team corot pulak tu....  hahaha... sori tergelak lagi... sori..sori... hehehe....

Seterusnya cerita Hari ke-6 ke Scotland pada post akan datang.....
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/08/kembara-uk-2018-england-wales-scotland_26.html

Sunday, 30 August 2015

Hari ke 14 ~ 15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015

Assalamualaikum....

Hari ke-14 : 14 April 2015


Hari balik ke London semula sebab esok nak balik dah. Feel rasa macam-macam. Rasa tak nak balik, tapi sebenarnya tak sabar nak balik... hehe... rindu pulak kat bandar halaman. Rindu pada family, kucing, basikal, kengkawan..... 2 minggu dah bai. Masa dah time untuk balik. Balik untuk kerja dan kumpul modal untuk next kembara... :)

Pagi hari ke-14, macam biasalah sebelum check out kene pack apa yang patut barang-barang hasil rampasan di Liverpool Store, Cheshire Oak, Paris, Stutgart, Amsterdam dan London. Hasil rampasan den sikit je compare dengan Sucit, Asree dan Syahrul. Den beli yang perlu untuk family dan yang berkenaan. Untuk diri sendiri cuma beli T'Shirt dan seluar selai dua. Lain-lain ialah sourvenir dan coklat. Di Liverpool paling banyak membeli termasuk buku Ulu Yam di Liverpool 2...



Pagi Selasa hari check-out cuma Kak Ain je ada uruskan. Bro Nazali takde sebab kerja. Bro Nazali cuma tinggalkan signature dia kat buku UYDL 2 yang kawe beli direct dari Bro Nazali. Harga tak sama dan specialnya buku tu siap sekali autograph penulis. 

Buku UYDL2 ni memang berbaloi dibaca kerana ianya bukan sekadar kisah Bro Nazali dan keluarga, juga sebagai inspirasi untuk mereka yang merancang untuk berhijrah ke luar negara kerana mengikut saranan menteri, "tak suka dok Malaysia boleh keluar.." haha...

Bagi den yang Allah izinkan untuk pergi ke negara seperti Australia, New Zealand, Korea, Jepun dan lain-lain, bila tengok kemudian bandingkan dengan Malaysia memang banyak beza dari segi pengurusan sistem, keselamatan harta serta keluarga. Sebab itu bila ditanya kepada mereka yang berhijrah, kebanyakan rasa lebih selamat tinggal di luar beberapa negara untuk besarkan anak-anak.

Namun, bagi kawe pula belum ada hasrat nak berhijrah. Kalau ikut wife memang dia ada ajak tapi kawe taknak sebab masih sayangkan Malaysia..Ahaks.. Perjuangan belum selesai. Hasrat kawe nak tengok satu hari nanti Malaysia akan berubah kepada lebih baik demi generasi akan datang. Tetapi untuk nak tengok Malaysia ni berubah kepada lebih baik maka kenalah ubah dulu pemimpin-pemimpin yang korup. Juga pemimpin yang gagal jalankan amanah yang diberikan. Tak kiralah pemimpin itu PM sekalipun. Pemimpin yang tak amanah lebih pentingkan kuasa dan harta dari fikirkan masalah rakyat marhaen.

Pada pandangan den, Malaysia ni sebuah negara umat Islam yang dipimpin oleh orang Islam tapi sikit je ikut Islam. Berbanding dengan negara den pernah pegi seperti Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Swiss, Jerman dll. Negara-negara tu bukan negara Islam tapi banyak nilai Islam dorang amalkan. Nilai-nilai Islam yang den maksudkan ialah seperti kebersihan, displin masa, tidak rasuah dan beberapa lagi. Tak caya? Pergilah mengembara.... 


Visitor Book yang telah disain...
Sumbat beg dalam kereta time...
Makin bertambah pulak beg...
Ok, balik semula cerita hari check-out. 4 hari 3 malam di Liverpool rasa sekejap je masa berlalu. Selain London, di Liverpool paling lama berada kat sini. London ni tempat transit sebab tu dok 4 malam tapi tak straight. Hari 1, kemudian hari 9 & 10 dan malam last hari 14.

Memang tujuan asal nak ke Liverpool sebab tu kena lama kat sini. Tapi itupun rasa tak cukup sebab tak sempat nak pegi Albert Dock. Waduh! entah kapan bole datang ke sini lagik... huhu..

Maka, tibalah masa untuk check-out dan punggah beg-beg ke dalam kereta. Ini yang bagus bila mengembara dengan kereta. Bawak 2-3 beg boleh sumbat semua. Tapi, kena pastikan bonet muat. Nasib sewa kereta jenis wagon. Bonet besar boleh susun tinggi dengan syarat tak cecah bumbung. Mana tak, sorang paling kurang 2 beg. Beg Troli + Beg pack. Alhamdulillah, bonet Vauxhall Astra dapat menampung semua beg-beg itew.

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool Homestay destinasi pertama sebelum ke Manchester ialah singgah lagi Liverpool Store kat Anfield. Last kopek shopping. Ni sebab ikut kata Bro Nazali... "Biar menang membeli, jangan menyesal tak beli.." haha...

Last kopek shopping tersambor lagi 2 helai T'Shirt dan Beg. £26 pound je. Kalau sekarang punya tukaran gegel gak. Masa pegi hari tu rm5.6 untuk £1.. hari ini, 30 Aug 2015, rm6.6... fuh!

Sambar selai... offer 12 pound
Beratur nak bayo..
Air mineral LFC pon ada..
Last kopek begambor depan Liverpool Store & Stadium
Liverpool Bersih 4.0
Nak balik baru nampak bas hop on ni... £8 je keliling bandar Liverpool. 2 hari lepas tak nampak pulak... aduyai


Liverpool Teksi...
Pekan Anfield
Hari-hari penuh stadium nii..

Anfield yang tenang..
Kat sini boleh tengok Live bola kalau tak tengok kat stadium...
Nak ke Manchester kena belok kiri...
sejam lebey dari Liverpool...
Liverpool @ Old Krepot
Ni stadium ke shopping kompleks?
Singgah Etihad Stadium venue untuk Manchester City... 3-4 km dari Old Krepot
Besau area stadium ni dan moden.... biasalah team baru nak up...
Park keta kat Al-Halal untuk ke Al-Jazeera
Dari Stadium Old Krepot dan Etihad Stadium singgah ASDA hypermarket. Singgah sebab Asri nak beli coklat. Asree cakap kat sini murah. ASDA ni dekat je ngan Etihad Stadium. 

Selesai beli apa yang patut kat ASDA, perut dah lapo. Kemudian terus ke Al-Jazeera di Wilmslow Road, Manchester. Area Manchester, Asree dan Syahrul pernah pergi 2 tahun lepas sebab tu macam familiar. Menurut kata Asree, nasi arab kat Al-Jazeera ni sedap.

Shell : Diesel - £1.129 & Ron 95- £1.189... sesuailah dengan gaji cleaner kat sana £1000-£1500

Al-Jazeera @ Manchester... jom masuk!
Depan Al-Jazeera
Tu dia nasi arab al-jazeera..
Besar to ayam dia... potong 4 nih.. Hidangan ini berharga 5-6 pound sepinggan kalo tak silap...
Masjid @ Manchester
Dah kenyang makan nasi arab singgah Masjid Manchester untuk solat. 

Selesai solat,  patah balik ke bandar Manchester sebab Sucit nak pegi Hard Road Cafe Manchester. Nak beli T'Shirt katanya. Dari pemerhatian den Manchester ni besaq sket dari Liverpool.

Bangunan-bangunan kat bandar Manchester
The Teksi..


Teksi pink kat Manchester..
Langit cerah dan biru.... otw ke highway...
40km lagi sampai hotel..
Heathrow Lodge - gambar cilok dari booking.com
ikut google maps 3 jam lebih perjalanan...
Lebih kurang jam 5 petang kami meninggalkan Manchester serta kenangan 4 hari 3 malam di Liverpool. Destinasi seterusnya menuju ke London melalui highway UK tanpa tol. Lebih kurang pukul 9 malam kami sampai di Heathrow Lodge Hotel di Old Bath Road.

Ikut plan asal malam last kami akan dok homestay farah. Tetapi memandangkan pada hari ke-9 & 10 dah dok situ dan merasakan bilik homestay tu sempit dan kurang selesa, so kami decide untuk dok hotel dekat-dekat dengan airport. 

Maka melalui booking.com dapat bilik yang berharga £84(rm470) kat Heathrow Lodge. Bilik ok ada 4 katil. Selesa sket dari homestay. Yang tak ok takde Wifi free dan sinki sumbat. Itu pasal dalam review aku bagi rating 2 je. Not recommended! Kalau terdesak boleh lah. Sebenarnya ada lagi murah kat area situ tapi dah terbooking kat situ. 

Apapun inilah pengalaman untuk den share kat orang lain. Selalunya kalo nak booking den consider rating score 8 keatas. Tapi sebab dah terkelam kabut book via henfon tak perasan rating hotel tu 5.9. Ini nama dia pahit manis. Tak semua yang terbaik kita akan dapat. Takde hal, paling penting bila dah rasai pengalaman sebegini boleh share dengan orang lain. Tak gitu?hehe...

Ok, setakat ini cerita Hari ke-14, harap semua terhibur... Next, bersambung last day aka Hari ke-15...

Iternary hari ni,

1. Liverpool Store @ Anfield - Last kopek shopping
2. MU Stadium, Old Trafford - Melawat tapak sebab ada orang kirim Syahrul soh beli baju MU
3. MC Stadium, Etihad - Tengok dan tinjau...
4. ASDA - Beli coklat
5. Al-Jazeera - Lunch
6. Masjid Manchester - Solat
7. Heathrow Lodge, Old Bath Road - Check in

Post terdahulu,