Showing posts with label Liverpool Store. Show all posts
Showing posts with label Liverpool Store. Show all posts

Thursday, 2 May 2024

Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool, 4-11 Mac 24 ~ Hari 3

Assalamualaikum wbt

Salam 23 Syawal gais!

Sambil-sambil beraya yang tinggal lagi seminggu, mari kita sambung kisah geng bapak-bapak jalan-jalan ke London dan Liverpool... 

Geng Bapak-Bapak Fan Liverpool

Hari 3 ~ Rabu, 6 Mar 2024

Masa hari pertama kami check-in, owner homestay di London kata nak hantar kereta sewa malam tadi. Tunggu punya tunggu tapi takde. Terlupa kot nak hantar atau ada hal lain sampai tak sempat nak hantar. 

Pada pagi hari ini kami tunggu hingga pukul 9.30 baru owner homestay mesej kereta sewa kena ambil kat rumah dia dan akan hantar Uber untuk ambil kitorang. Nampaknya plan nak gerak awal pukul 8 pagi tergendala..

dari homestay ke rumah owner homestay

Setibanya di rumah owner homestay hanya ada wife dia. Tn Iskandar takde mungkin ada urusan di luar. Takde hal yang penting kereta sewa ada untuk bawa kami gerak keluar dari London ke Liverpool 5 hari seterusnya. 

kereta yang disewa ~ Volvo V40

Rumah owner homestay kat Valetta Road ~ 1.7km dari homestay

Dalam gambar nampak kereta Volvo V40 ni macam ok. Bila dah tengok depan-depan rupanya macam saiz vios je. Baru teringat owner homestay ada cadangkan kami sewa Toyota Estima dia tapi kami taknak sebab macam besar sangat dan sewa pun agak mahal sikit. 

Nak taknak terpaksa terima je apa yang ada. Wife dia ada offer kalau nak tinggalkan beg kat rumah dia tapi kami tolak.

Struggle gak nak masukkan semua beg dalam kereta. Dengan sorang satu bawak beg saiz 24" nak sumbat semua kat bonet cuma boleh muat 3 beg je. Lagi 1 beg kena letak kat seat belakang. Sape dok belakang memey sempit sikit. Jauh tu nak tempuh 300km++. Nasib aku co-pilot dapat duduk depan tapi sempit gak sebab bag pack aku dok sekali ngan aku kat depan.

Sebelum ni 2 kali datang UK kami sewa kereta jenis wagon yang ruang bonet boleh muat 4 bag saiz 24". Tapi Volvo V40 ni jenis kereta hatchback yang bonetnya tak besar. Apapun benda pun dah sewa, layankan je laa...

check dulu apa yang patut sebelum gerak

Stonehenge dan Castle Combe

Plan asal hari ni nak pergi Stonhenge dan Castle Combe sebelum ke Liverpool. Tapi disebabkan lewat dapat kereta sewa maka terpaksa ubah plan. Dari London terus ke Liverpool yang jaraknya macam dari JB ke KL melalui highway takde tol.

Plan asal

Plan berubah bila dapat kereta pukul 10 pagi

Tak dapat pergi Stonehenge aku tak kisah sangat sebab pernah pegi masa 2015. Tapi tak dapat pegi Castle Combe agak kecewa sikit sebab tempat tu cantik ala-ala kampung Harry Potter.

Castle Combe ni antara kampung tercantik di England. Dah wujud 500 tahun dulu. 

Selain itu Castle Combe pernah dijadikan lokasi filem antaranya Warhorse, The Wolfman, Stardust dan Dr Dolittle. Itu yang buat aku terkilan tak dapat tengok kampung itu..

Takpe, next plan kalau datang London memey tempat ni wajib kena pegi selain Liverpool.. haha.. alasan nak datang London lagi lah tuu..

Castle Combe ~ ingat kalau pegi dapatlah bergambo kat tepi jambatan tuu..

London ~ Liverpool, 345km

Dalam pukul 10.15 pagi baru kami dapat gerak keluar dari London menuju ke Liverpool. Dalam waze dijangka kami akan tiba di Liverpool pada tengahari dalam pukul 1.30-2 pm.

Perjalanan melalui highway tenang, lancar dan tak banyak kereta. Cuaca pun cerah dan ada laluan yang berkabus.

On the way Liverpool... Kelihatan Asri dan anaknya ber-empit kat belakang sebab ada 1 beg sama-sama dok dengan dia anak beranak

Waze menunjukkan pukul 1.33 petang tiba di Liverpool

Highway 3 lorong takde tol

20 min lagi sampai Liverpool

dah sampai pekan Liverpool... depan tu Goodison Park, home stadium untuk Everton FC

tu dia home stadium untuk Team EPL Everton FC

Alhamdulillah, kami tiba di depan homestay di Norgate Street. pada pukul 2 petang. Kalau diikutkan masa untuk check in pada pukul 3 ptg tapi owner dah guide cara macamana nak bukak pintu dengan ambil kunci dalam lockbox kat sebelah pintu. Kunci rumah pun dah ada takkan nak tunggu pukul 3 baru nak masuk. Maka, kami pun masuk awal tanpa rasa apa-apa dan dapatlah melepaskan lelah setelah menempuh hampir 4 jam perjalanan dari London.

owner cakap boleh parking depan pintu..

view depan pintu rumah... nampak bumbung Stadium Anfield

lunch dulu sebelum keluar ke stadium

Apartments Of Liverpool

Homestay ni aku book melalui Apps Booking.Com. Harga 1 malam ialah £124. Untuk 5 malam jumlah ialah £488 atau bersamaan RM2928. Seorang dalam  rm732.

Pada aku pada harga rm732 seorang untuk 5 hari 4 malam oklah sebab antara yang termurah kat area sini dan paling penting tak jauh dengan Stadium Anfield. 

Tengok pada saiz homestay ni pada pandangan aku lebih kecik dari rumah kos rendah kat Malaysia. Lebar rumah ni dalam 12 kaki dan panjangnya membawak tak sampai 30 kaki termasuk yard kat belakang. Bahagian depan bukak pintu ada space kaki 5 dan terus ke jalan raya. 

Parking private untuk yang ada garisan putih kat depan rumah. Tapi homestay ni takda, Bila tanya owner homestay nak parking kereta kat mana? Dia cakap depan pintu boleh. Owner dah cakap macam tu maka kami pun parking seperti yang owner cakap.

Cuma aku tertanya-tanya bila tengok saiz rumah ni, tak sangka pulak kat negara yang orangnya besar gedabak tinggi boleh ada rumah yang saiz comel macam ni. Cukup ada sofabed kat hall, meja makan untuk 4 orang kat pantry, yard kat belakang untuk lepak dengan kawan-kawan sambil BBQ. Disamping itu ada 2 bilik dan 1 bilik air kat tingkat atas.

Barang-barang yang ada dalam rumah ni hanya untuk keperluan je. Memey minimalist dan simple. Bagi dorang rumah untuk sekadar tidur, masak, lepak dan sambil liburan dengan tengok tv. 

Apartments of Liverpool ~ 2 tingkat, 2 bilik, 1 bilik dan yard sesuai untuk 4 orang

abe zaidi lepak atas sofabed kat hall.. kesian kena drive dari London

Stadium Anfield ~ Home of Liverpool FC

Dari homestay nak ke stadium cuma kena jalan kaki 450 meter je. Sepanjang 5 hari kat sini boleh lah hari-hari tengok dan datang stadium keramat team kesayangan kitorang. 

Sebagai fan Liverpool sejak zaman Ian Rush inilah yang benda paling seronok dan duaronok bila dapat datang Liverpool dan tengok stadium depan mata. Selalunya dapat tengok depan TV kalau ada game. Kali ni sepanjang 5 hari, hari-hari boleh datang dan tengok stadium.

6 min jalan kaki dari homestay ke stadium

Selepas makan tengahari dan tunaikan yang wajib kami semua jalan kaki ke stadium. Abe Zaidi paling tak sabar sebab dia 1st time datang Liverpool dan sangat teruja nak tengok Stadium Anfield kat depan mata.

Walaupun langit kelihatan cerah dan biru tapi suhu dan tiupan angin sepoi-sepoi dari Laut Irish sangat terasa sejuk hingga ke tulang. Memey kat Liverpool lebih sejuk dari kat London sebab kat sini lebih berangin. Angin tu bila kena kat badan terus rasa beku.

hujung jalan Norgate Street menghala ke Stadium Anfield

Selfie dulu..

yang terbaru League Cup yang ke-10

Untuk makluman Liverpool adalah kelab paling berjaya bukan saja di England juga di UK

selfie sebelum masuk Liverpool Store

latest shirt LeBron x Liverpool FC.. gambar LeBron dan Van Dirk 

shirt YNWA tu hage £80 bersamaan RM480 ye..

antara sourvenir dalam kedai ni

macam nak borong semua tapi...

tingkat atas pun ada jual sourvenir dan baju jersey retro

Lepas membeli apa yang patut sambung jalan kat luar stadium. Setiap kali datang sini pasti ada yang berbeza dan penambahbaikan untuk kemudahan fan Liverpool.

Logo keramat Liverpool FC

ni dekat Main Stand.. masa 2015 datang Liverpool Store kat belakang tuu..

The Kop

The Kop

The Kop ialah satu tempat tertinggi di Stadium Anfield atau Suasana Anfield yang merujuk kepada penyokong yang melaung nyanyian semangat kepada pasukan yang disayangi. 

Perkataan Kop tu berasal dari Afrika Selatan yang satu masa dulu pada abad ke19 British pernah berperang untuk mendapatkan puncak tertinggi Spoin Kop. Ramai askar-askar British berasal dari Liverpool. Bila Liverpool menang kejuaraan pertama pada 1906 terus kekal nama The Kop. Gitulah ceritanya...

Pagar untuk Pengurus Legend Bob Paisley

Paisley Gateway Gate

Pagar ni tribute untuk Pengurus Legend Bob Paisley yang 3 kali guide Liverpool Juara Eropah 3 kali pada tahun 70 dan 80an. Kat atas pagar tu boleh nampak ada 3 replica Piala Eropah. Hingga kini Liverpool dah menang 6 kali Juara Eropah dan paling banyak di England. Sebab tu kat England, Liverpool kelab paling berjaya bukan saja dalam Liga Domestik juga kat Eropah... saja nak berlagak... haha..

Oklah, itu saja kisah untuk Hari ke-3.. kisah selanjutnya bersambung pada Hari ke-4... inshaaAllah...
https://azhartravelog.blogspot.com/2024/05/geng-bapak-bapak-ke-london-dan_27.html

Post terdahulu,

Sunday, 12 August 2018

Kembara UK 2018 England-Wales-Scotland ~ Hari 4

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-4 ~ 14 April 2018

Hari Perlawanan Liverpool vs Bournemouth.
Asalnya game ni pada pukul 3 petang tapi dilewatkan ke pukul 5.30 petang. Waktu kat Malaysia tengah malam 12.30 am.

Pengalaman kali ke-2 nak tengok game kat Liverpool dan kedua-dua game kena reschedule.
Kali pertama tahun 2015 game Liverpool lwn Newcastle. Jadual asal pada hari Sabtu 11/4/15, 3 ptg ditukar ke hari Isnin 13/4/15, 8

Bila jadual game yang melibatkan tukar hari maka segala yang dirancang seperti iternari dan booking guesthouse juga kena ubah untuk sesuaikan dengan jadual baru.

Masa 1st pengalaman 2015 di Liverpool takde masalah kerana masa tu Abang Nazali yang uruskan tengok game dan dok guesthouse dia. Masa tu kami cuma ada masalah guesthouse kat London bila tukar tarikh jadi fully booked untuk tarikh yang kami nak tukar. Gawat gak time tu kena cari guesthouse lain. Memey dapat yang lain tapi tak selesa seperti guesthouse awal yang kami tempah.

Kalau nak tau cerita pasal 2015 boleh baca post tu kat link ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2015/08/hari-ke-13-15-hari-kembara-7-negara.html

Kali pertama tukar hari game.
Kali kedua tukar masa game.

Apapun tujuan nak tengok game Liverpool kali kedua adalah pencetus idea Kembara UK 2018. Sebelum ni tak pernah mimpi nak jejak kaki ke Liverpool seterusnya tengok game kat Stadium Anfield. Alhamdulillah... sejak 3 tahun lepas dah 2 kali. Kedua-dua kali dengan geng sekerja.

InsyaaAllah.. kalau ada rezeki datang Liverpool nak bawak family pula. Mungkin kali ke-3 tak tengok game (sebab tiket mahal bai kalau bawak 3 orang tengok game) tapi nak explore tempat menarik lain di Liverpool. Banyak sebenarnya tempat menarik kat sini dan antara sebabnya Liverpool terletak di sebelah Sungai Mersey dan Laut Irish menjadikan ia bandar pelabuhan yang maju satu ketika dahulu.

Baru-baru ni kalau korang ada tengok Majalah 3(6 Aug 2018) ada cerita pasal filem Pulang dan kaitan dengan Liverpool.

Liverpool ni dulu-dulu tahun 50-60an merupakan bandar paling kaya kat UK. London pon tak sekaya Liverpool. Sebabnya Liverpool adalah bandar pelabuhan. Jadi kaitan filem Pulang dengan Liverpool nak cerita pasal ramai orang melayu jadi kelasi kapal dan kemudian berhijrah ke Liverpool. Antaranya Pak Mat Nor. Nama tu sama plak dengan nama arwah bapak kawe. Mohamad Azhar bin Mohamad Noor. Itu pasal kawe dengan Pak Mat Nor dan Liverpool macam ada kimia.. hehe...

Kepada pembaca-pembaca blog kawe yang bukan fan Liverpool teruskan lah baca. Biasalah kawe ni kalau cete pasal Liverpool memey over sikit. Harap korang tak loya.. hehe...


We are Liverpool Kipas Susah Mati...

The Mersey Gateway

Disebabkan hotel kami terletak di Runcorn yang jaraknya dekat 30km dengan Liverpool. Manakala Liverpool dan Runcorn dipisahkan oleh Sungai Mersey. Makanya bila mau ke Liverpool kena lalu jambatan. Boleh taknak lalu jambatan tapi kena lalu sampai Warrington.

Sebelum ni nak cross Sungai Mersey boleh lalu jambatan lama tapi la ni dah ada jambatan baru. Beza lalu jambatan lama dan baru ialah Toll.


Jambatan lama dekat depan hotel je.. jambatan baru lalu jauh sket 4-5km
Jambatan Lama

Signboad kena Tol tapi takde pondok tol?


Masa 1st time lalu Jambatan Mersey ni macam tak nampak ada pondok tol. Cuma nampak signboard suruh bayar tol. Masa tu tak amek pot sangat. Tapi bila serve kat Web Mersey Gateway baru tahu kalau tak bayar dalam masa ditetapkan akan dikenakan penalti. Jadi kawe pon cari cara-cara macamana nak bayar melalui online. Jambatan baru tu ada kamera bai yang boleh tahu keta ko lalu atau tak. Kesimpulannya kalau dah lalu jangan cuba-cuba taknak bayar ya. 


Bayar tol online

Tak bayo kene penalty


Albert Dock

Albert Dock ialah sebuah dermaga kapal dagang yang dibina pada tahun 1841. Lama dah wujud tempat ni dan pernah gemilang satu masa dulu. Kini Albert Dock merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Liverpool.

Antara sebab Albert Dock jadi tarikan pelancong ialah, dulu kapal Titanic pernah berlabuh di sini masa 1st time nak berlayar. Salah seorang penumpang Titanic ialah Jack. Masa tu Jack takde tiket naik kapal tu. Tiba-tiba ada geng ajak dia bertaruh dan sape menang dapat tiket kapal Titanic ke New York. Masa tengah bertaruh Titanic dah nak belayar. Jack menang dan nasib dia sempat naik Titanic dan bertemu Rose. Apa jadi lepas Jack jumpa Rose? Panjang kalau den nak cete kat sini. Tengok sendirilah filem Titanic.









Memorial Elvis pon ada kat sini








Sejam je kami luangkan masa di Albert Dock. Selain ada Titanic Memorial, juga ada Muzium Beatles, Muzium Liverpool, Muzeum Maritim, Eye of Liverpool dan lain-lain.

Beberapa tempat je kami sempat pegi dan paling lama kat kedai sourvenir. Kalau nak pegi semua tempat kat Albert Dock at least kena 1 hari.



Liverpool City



Liverpool Store

Selesai di Albert Dock, lawatan seterusnya ke Liverpool Store di Stadium Anfield.

Masa datang 2015, Liverpool Store kat level bawah Main Stand Stadium Anfield. Tahun ni datang dah pindah ke bangunan baru di sebelah Stadium. Store baru ni lebih besar dan lebih banyak barang-barang untuk dibeli belah.

Liverpool Store at sebelah stadium
kat depan Liverpool Store... mafla beli kat kedai sourvenir di Albert Dock 



Nak beli shirt polo takde saiz pulak... aduyai..
sambor jaket ni... 50 pound selai..



Jalan Anfield

Bangunan depan Stadium

Suasana 4 jam sebelum game..


Kawasan belakang stadium.. ni stand baru siap 2 tahun lepas... tambah 10k lagi kapasiti stadium
Memey tak salah kawe sokong Liverpool...

Selesai membeli belah di Liverpool Store, sementara nak tunggu game kol 5.30 kami pegi lunch dan solat dulu. Lunch kat tempat semalam di Zatar Restoren.







Game Day : Liverpool vs Bournemouth

Sejam sebelum game kami dah tiba kat Stadium. Park kereta kat St Domingo Car Park dan jalan kaki ke Stadium. Nak park kat situ kena tempah online dan bayarannya 10 pound.

12 min jalan kaki dari St Domingo Car Park ke Stadium Anfield

Kiri - Stadium, kanan - Liverpool Store... suasana sejam sebelum game


tiket game.. siap seat no.
20 min sebelum game
JDT season pass at Stadium Anfield
Tifo mengenang peristiwa 96
Position tempat duduk kali ni belakang tiang gol... best gak view dari sini..
50k penonton..

M.Salah amek corner

Menang 3-0






Bas fan Liverpool


Tinggal beberapa bijik keta yg belum keluar termasuk keta kami..

Keputusan perlawanan ialah Liverpool menang 3-0 dengan Bournemouth. Gol-gol hasil jaringan dari 3 serangkai penyerang paling bahaya kat EPL iaitu Mane, Salah dan Firmiho. 


Nasi Lemak Liverpool

Lepas tengok bola dan sebelum balik hotel kat Runcorn kami dinner dulu kat Nasi Lemak Liverpool. Kat Cafe bertemu pulak satu grup lain yang juga lepas tengok game Liverpool. Mereka ni ada yang dari KL dan Singapore. Sambil makan sempatlah kami borak-borak sambil tukar-tukar maklumat tentang Liverpool dan cara-cara nak dapatkan tiket game Liverpool. 

Menu di Nasi Lemak Liverpool
Gambar cilok dari FB Nasi Lemak Liverpool

Sekian kisah Hari ke-4 Kembara UK 2018 di Liverpool dan episod seterusnya Hari ke-5 pada post akan datang...
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/08/kembara-uk-2018-england-wales-scotland_19.html

Post terdahulu,