Monday 9 September 2019

Kembara Turki 2019 ~ Pamukalle - Bursa

Assalamualaikum wbt.



Hari ke-5, 21 Apr 2019

Di Pamukkale kami bermalam di Tripolis Hotel Pamukkale. Hotel persis nama bandar di Libya ni merupakan hotel ke-3 kami menginap setelah 5 hari kembara. Hotel ini terletak di pinggir bandar Pamukalle, tak berapa jauh dengan Cotton Castle dan kota tua Hierapolis yang akan kami pegi melawat pada hari ini.



Tripolis bukan kat Libya je... kat Turki pun ada tau...


Sepatutnya awal pagi ni kami ada acara tengok belon panas sebagai ganti tak dapat tengok semasa di Cappodocia. Tapi nampaknya batal juga sebab cuaca tak mengizinkan untuk belon panas terbang. Jadi penganjur pulang semula duit usd25 kepada kami. Dengan adanya extra usd25 macam-macam boleh beli. Ok kat Bursa nanti pikir nak beli apa.


Pamukkale

Pamukkale adalah sebuah bandar di barat Turki yang terkenal dengan perairan terma air panas yang kaya mineral mengalir di aras batu teres putih di lereng bukit. Ia tak jauh dengan Hierapolis iaitu sebuah kota spa Roman kuno yang wujud sekitar tahun 190 SM. Di kota kuno ini juga terdapat runtuhan-runtuhan binaan kuno akibat gempa bumi seperti istana, kuil dan juga teater yang terpelihara baik hingga hari ini.

Dalam kawasan kota kuno Hierapolis juga terdapat kolam antik yang dikatakan suci dikenali sebagai kolam Cleopatra kerana ratu Mesir dikatakan pernah berenang di sini.

Ringkasnya,

Pamukkale itu bermaksud benteng kapas yang terbentuk dari mata air panas yang mengandung kalsium karbonat.

Manakala Hierapolis adalah kota tua yang dibangunkan pada masa empayar Ron dan empayar byzantine.

Dengan adanya 2 tempat ini menjadikan tempat tumpuan utama pelancong di Pamukalle. 


Nampak je langit cerah, matahari bersinar tapi dia punya sejuk sampai ke tulang... suhu masa ni dalam 7-8 celcius..




Hierapolis

Dari pintu masuk kami di bawa ke kota kuno ini dulu dengan menaiki 2 buah transport. Nak jalan kaki boleh tapi agak jauh sebab jarak kota kuno dari pintu masuk lebih 1km. Mengenangkan dalam geng kembara ada yang dan berumur lebih 70 tahun dan ada juga yang sakit lutut maka lebih baik naik van yang telah disediakan.






baru perasan masjid-masjid kat Turki banyak ambil idea dari lengkungan ni terutama kat pintu masuk...

Hanya tiang-tiang yang tinggal... 
hebat orang-orang dulu boleh bina bangunan macam ni walau tiada jentera canggih dan masih kukuh hingga hari ini..

 



banyak pulak aku sanap gambo hj rahim & wife dia...
post shidah jangan tak post...
yang belakang tu macam post gambar nak letak kat kulit album pop yeh-yeh... hehe...




Cotton Castle

Dari Hierapolis kami jalan kaki ke Cotton Castle di mana dekat-dekat situ juga terletak kolam Cleapatra yang cerita kat atas. Aku tak singgah kolam sebab nak terus ke Cotton Castle.






Ameen dan sengihnya..
oooo... patutla Ameen sengih-sengih...
Tuan Syed & Hj Zul

Dari Cotton Castle jalan kaki balik ke pintu masuk tempat bas parking. Macam biasalah sambil jalan sambil bergambo....




belakang ayoh ngah itu lah binaan teater zaman Rom... tak sempat nak ke sana sebab masa dah time nak gerak ke Bursa
ni la bentuk teater zaman kuno hierapolis.. berusia ribuan tahun zaman sebelum masihi dan masih ada hingga kini..
Shidah & Geng dok belakang bas..

Masa yang diperuntukkan untuk berada di kota kuno Hierapolis agak terhad jadi tak dapat melawat semua tempat terutama teater zaman Rom. Apapun perjalanan kena diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Bursa. Dalam perjalanan ada tempat lagi nak singgah antaranya Kusadesi iaitu bandar mini Athens yang juga terdapat teater seperti di Hierapolis. Sempat ke tak singgah Kusadesi kenalah baca sampai habis.

di kawasan pergunungan masih kelihatan puncak-puncak yang diliputi salji...




Kofteci Hunkar

Separuh perjalanan singgah di Kofteci Hunkar iaitu gedung textile yang juga menjual barangan jenama termasuk pakaian dan kasut. Kat sini aku sambo selai jaket jenas.




sebelum membeli belah dengo dulu apa dia nak promote..
wife doc Ehram jadi model jaket Burberry...
Wow! kasut LV pon ada jual..

Sejam setengah masa untuk shopping di Kofteci Hunkar. Aku cuma beli jaket jeans. Geng kembara lain ada aku tengok beli jaket, beli tshirt dan lain-lain. Tak boleh beli sakan sebab ada banyak tempat shooping nak singgah terutama di Bursa dan Istanbul. 

Selepas shopping masing-masing perut dah lapar. Next stop untuk lunch ialah Garden Park di tepi highway Akhisar Manisa. 13km je dari Kofteci Hunkar. 




dari kiri, anak rembau, ameen, hj razak, hj hisham, tn syed & hj razif

Sebelum ke tempat lunch di Garden Park bas singgah di pam minyak Total untuk tuang minyak. Sementara menunggu bas tuang mintak tiba-tiba ada orang panggil kami untuk minum teh panas. free katannya. Lalu kami pun beramai-ramai turun dan menikmati teh panas. Alhamdulillah... semoga yang sedekah teh panas tu murah rezeki. 


singgah untuk bas tuang minyak
apa tu? rupanya ada teh panas free...
teh panas free...

Makan dah, tuang minyak bas dah, buang apa yang patut pun dah, perjalanan seterusnya menuju ke Bursa. Sepatutnya ada satu tempat kena singgah di Kusadesi. Tapi terpaksa skip sebab masa tak mengizinkan. Kusadesi ni lebih dikenali sebagai mini Athens kerana kerdapat kota lama dan teater kuno macam kat Hierapolis juga. Cuma bezanya Kusadesi ni bandar tepi laut dan terdapat tempat menarik lain seperti pantai, pegion island dan lain-lain.

Sebab tak dapat singgah jadi aku share gambar-gambar tempat menarik di Kusadesi yang aku dapat dari Google.


Kusadesi

ephesus ancient city
Kusadesi teater
Kusadesi Castle


Banyak jugak tempat menarik di Kusadesi. Takpelah takde rezeki nak singgah sini. Kalau ke sini pun, rasanya sehari memey tak cukup. Lagi satu tentang Kusadesi patutlah dikenali sebagai mini Athens sebab kedudukan bandar ni memang mengadap bandar Athens di negara Greece.

Sebelum pemerintahan Rom yang mahsyur itu asalnya dari Tamadun Yunani. Kaum Yunani terkenal sebagai pelayar yang hebat dan kaki menjelajah ke negara-negara asing. Dari situ bermula perkembangan Tamadun Yunani dan seterusnya empayar Rom. Ni aku ringkaskan, kalau nak cete 1500 perkataan tak cukup.

Balik semula cerita pasal Turki dan Rom. Sebelum Turki jatuh ke kerajaan Islam yang dipimpin Sultan Muhammad Al-Fateh ia di bawah jajahan kerajaan Rom Timur. Sebab itu merata tempat di Turki boleh lihat banyak peninggalan binaan-binaan zaman Rom seperti istana, teater, tiang roman dan lain-lain. Hebatnya bangsa Rom boleh bina binaan hebat dan kukuh walau tanpa jentera canggih. Namun kebanyakkannya dah tak sempurna akibat dari gempa bumi, hakisan, perang dan lain-lain. 

Tentang kehebatan bangsa Rom, Allah swt rakam dalam AlQuran pada permulaan Surah Ar Room ayat 2 hingga 4. Sebenarnya Allah turunkan surah ini dan kaitkan dengan bangsa Rom ada sebab musababnya iaitu sebagai motivasi kepada Nabi Muhammad saw bahawa sekuat mana satu bangsa pasti boleh dikalahkan dengan kekuatan Iman orang Islam. 

Antara petikan ayat dalam Surah Ar Room,

Orang-orang Rom telah dikalahkan ~ ayat 2

Di negeri yang dekat sekali, dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya ~ ayat 3

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira ~ ayat 4

Kalau nak tau seterusnya apa yang Allah swt nak sampaikan dalam Surah Ar Room kenalah baca dan tadabbur dari ayat 1 hingga 60. Baca dan ambil pengajaran. 


Bursa ~ Adranos Hotel

Sunset @ Bursa

Dinner dulu sebelum check-in bilik...

Hampir senja barulah kami tiba di Adranos Hotel di Bursa. Hotel ke-4 bermalam. Keberadaan di Bursa bermakna sudah semakin hampir dengan Istanbul iaitu destinasi terakhir singgah untuk siri kembara ini.

Untuk kisah seterusnya di Bursa akan bersambung pada post akan datang Hari Ke-6, inshaaAllah...

Post terdahulu,

No comments: