Monday 2 September 2019

Kembara Turki 2019 ~ Cappadocia - Konya - Pamukalle

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-4, 20 Apr 2019

Ingat tak semasa post hari ke-3 aku ada cerita pasal salji akan turun di Cappadocia?

Sebab dah umum dalam grup kembara, pagi-pagi sebelum subuh aku dah bangun excited nak tengok betul tak salji dah turun. Bangun-bangun terus jengah kat tingkap. Tapi hari masih gelap, tak nampak apa-apa. Tunggu cerah sket baru boleh confirm.

Bila dah cerah sket aku jengah ke tingkap lagi tapi tak nampak tanda-tanda ada salji. Cuma yang nampak kesan basah, mungkin malam tadi ada hujan. Macam salah pulak ramalan aku kali ni. Pulak tu dah bagi tau dalam grup kembara salji akan turun hari ni. Biasanya ramalan cuaca dalam apps myphone 99% tepat. Takpelah, takde rezeki geng kembara nak tengok salji kat Turki.



Ramalan cuaca @ my phone


Selepas bersiap apa yang patut lebih kurang pukul 7 pagi aku dan ameen turun ke lobi untuk sarapan. Semasa tengah sedap sarapan tiba-tiba aku nampak beberapa orang termasuk geng kembara berjalan menuju ke pintu sebelah restoren seperti ada sesuatu kat luar. Aku pun tertanya-tanya.. apa hal?

Untuk kepastian aku pun join sekali. Korang rasa apa yang berlaku?
Rupanya salji tengah turun renyai-renyai. Alhamdulillah... betul salji turun... Seronok tengok ada yang seronok dapat tengok salji turun. Maka betullah ramalan cuaca kat myphone yang salji akan turun di Cappadocia. Hikmah tak dapat tengok belon panas terbang ganti dapat tengok salji.

Selepas layan seronok tengok salji turun, aku naik ke bilik semula untuk berkemas kerana hari ni kena check-out hotel untuk menuju ke destinasi seterusnya ke Konya dan Pamukale. Jauh perjalanan hari ini lebih kurang 600km++.


nampak tak butir-butir salji kat kepala ameen?
Hj Syam & Wife begambo sambil bersalji..

Selesai urusan check out, aku keluar hotel nak tengok salji turun lagi ke tak. Alhamdulillah, turun lagi dan makin lebat. Ramai rupanya geng kembara dah kat luar lobby layan salji turun. Semasa nak naik bas salji turun lagi lebat. Alangkah bestnya kalau kami ada 1 hari kat Cappadocia sure dapat main salji tapi apakan daya perjalanan kena teruskan. Sedih rasanya nak tinggalkan Cappadocia tatkala salji tengah turun dengan lebatnya.

Semasa dalam bas meluncur keluar dari pekan Urgup dan melalui kawasan-kawasan yang kami telah lalu semalam, kelihatan kawasan tu dah bertukar dari tanah gersang menjadi putih ditutup salji. Rupanya ada kawasan yang malam tadi salji dah turun. Kemudian kami melalui satu kawasan perumahan kelihatan di situ juga telah diliputi salji yang agak tebal.

Kami kemudian meminta drebas bas Mr Kapten untuk berhenti sebentar supaya kami dapat turun dan main salji. Drebar faham lalu berhentikan bas di satu kawasan ladang dan kami semua turun untuk main salji. Macam kanak-kanak riang aku tengok semua suka dapat main salji. 













Cappadocia - Konya, 246km

Rupanya salji turun bukan setakat di Capapdocia je, tapi disepanjang perjalanan menuju Konya boleh nampak dibeberapa tempat terutama di kawasan pergunungan. Indah sungguh pemandangan. Perjalanan jauh tidak terasa bosan.










Konya - Masjid Selimiye / Komplek Mevlana

Lebih kurang 3 jam perjalanan kami tiba di bandar Konya. Di sini kami dibawa melawat ke Masjid Selimiye. Di Masjid ini diabadikan kisah tokoh sufi terkenal Jalaluddin Ar Rumi. Di sini bukan setakat ada masjid juga ada komplek muzium Mevlana tempat bersemadi jasad Jalaluddin Ar Rumi serta kaum keluarganya, replika pengajiannya dan juga barang peribadi beliau.


Jaluddin Ar Rumi

Beliau lahir di Balkh, salah satu kota di Afghanistan pada 30 September 1207. Namun semasa serangan Mongol ke Asia pada tahun 1215 hingga 1220, Bahauddin Walad, ayah Rumi telah membawa keluarganya lari ke arah barat.

Keluarga Jalaluddin Rumi melanjutkan perjalanan ke Baghdad kemudian menunaikan ibadah haji ke Makkah, lalu menuju Damaskus, dan ke Karaman dimana mereka menetap selama tujuh tahun sebelum akhirnya melanjutkan perjalanan ke Konya, Anatolia tahun 1228.

Beliau terkenal dengan karya puisinya yang puitis. Antara bait-baitnya ialah,

Dalam hal sedekah dan menolong orang jadilah seperti Sungai..

Dalam berkasih sayang jadilah seperti matahari..

Dalam menutup aib orang jadilah seperti malam..

Dalam keadaan marah jadilah seperti orang mati..

Dalam hal kesederhanaan jadilah seperti bumi..

Dalam hal toleransi jadilah seperti laut..




Pelancong China ni pelik Pak Mail aka Anak Rembau relax je tak pakai baju sejuk.. suhu time ni 4-5 celcius
 



Jubah Jalaludin Ar Rumi




Makam Jalaludin Ar Rumi

Makam kerabat Ar Rumi


Di kawasan luar komplek masjid ini juga terdapat bunga tulip yang sedang mekar warna merah menambah lagi keindahan di kawasan perkarangan masjid dan muzium.


Masa ni suhu sangat sejuk.. rasanya dalam 4-5 celcius







Devtat Restaurant - Etliekmek Tandir Kebab

Sebelum meneruskan perjalanan ke Pamukalle singgah lunch di Devtat Restoren yang sebelahnya terdapat masjid. 




Ni sajian lunch paling aku suka sebab ada piza kebab yang sedap. Sup dia pun sedap..


Haci Ismet Kamay Camii

Sebenarnya sebelum lunch kami solat dulu kat masjid sebelah restoren. Masjid ni tak berapa besar tapi bila melangkah masuk dan melihat hiasan dalamanya, wow! sangat cantik. Terdapat tulisan nama-nama Allah pada bahagian atas kubah juga terdapat marmar bercorak warna biru pada dinding masjid. Marmar biru ni persis yang terdapat di Masjid Biru Sultan Ahmet di Istanbul.

Dari luar nampak biasa je masjid ni..
sekali masuk... memey sangat cantik
lepas solat bergambar dengan Imam Masjid
Solat Jamak Qasar diImamkan oleh Hj Razif



Tn Syed Jamil sempat pinjam songkok & jubah Imam... sebijik dah macam Imam Masjid Konya


Konya - Pamukalle, 400km

Sekali lagi perjalanan jauh diteruskan dan kali ni lagi jauh. Kami jangka akan tiba di Pamukalle pada waktu malam. 



Selamat tinggal Konya...

Belum jauh meninggalkan bandar Konya singgah sat kat kedai sourvenir. Katanya kedai sourvenir kat sini murah jadi kena singgah. Sambil tunggu geng lain shopping sempat kami minum kopi. 




Paper Turki... baca boleh, faham tak...

Sempat plak kak limah begambo dengan orang Konya..

Semasa awal perjalanan sempat aku ambil gambar pemandangan di sebelah kiri bas. Lepas tu ngantuk....






Menghampiri bandar Pamukalle tersedar dari lena dan masa tu hari dah nak gelap. Dari tingkap bas aku perasan di kawasan kiri bas melalui kawasan macam tasik tapi nampak putih je. Aku tak pasti itu kawasan apa. Memang besar kawasan itu. Masa tu nak ambik gambar tapi hari dah gelap jadi tak berapa clear. So, untuk mengingat kembali apakah kawasan itu lalu aku maps.google untuk kepastian. 


benda putih tu ialah bekuan yang terbentuk hasil dari mata air panas yang mengandungi kalsium karbonat 
macam tasik tapi bukan tasik..

Baru aku faham nama bandar Pamukalle dalam bahasa melayu ialah benteng kapas. Benteng-benteng berwarna putih ini terbentuk hasil dari mata air panas yang mengandungi kalsium karbonat. Jadi bila ia mengeras maka terjadilah satu bentuk kawasan yang berwarna putih. Sebab itu Pamukalle terkenal dengan Cotton Castle di mana di situ juga terdapat kota tua Hierapolis yang dibangunkan pada masa empayar Ron dan empayar byzantine.

Tentang Cotton Castle dan kota Hierapolis, inshaaAllah akan aku cerita pada post akan datang Hari ke-5, http://azhartravelog.blogspot.com/2019/09/kembara-turki-2019-pamukalle-bursa.html

Post terdahulu,

Hari Travel & Hari 1 
Hari ke-2
Hari ke-3