Sunday 31 May 2015

15 Hari Kembara 7 Negara Eropah dan UK, 1-15 April 2015 ~ Hari ke-3

Assalamualaikum...

Hari ke-3 : 3 April 2015

Sekali lagi Asri cakap malam tadi dia tak dapat tidur fikirkan masalah GPS. Kelmarin pun macam tu sebab masak nasi empit. Asri... Asri... Bukan apa, kang kalau ko kurang tido nanti sakit pulak. Ada 12 hari lagi bai nak menempuh 3000km dan 6 negara... fizikal perlu mantap, tido kena cukup...

Aku pulak seminggu sebelum ke sini kena selsema dan belum 100% recover. Ditambah cuaca yang sejuk. Madang berair je hidung. Masa drive kena standby tisu kalau tak susah nak bernafas sebab tersumbat..

Oh! terlupa nak pesan dalam post Part 1/Persiapan supaya bawa bekalan ubat-ubat untuk sakit-sakit basic seperti demam, pening, selsema, batuk, sakit tekak, sakit perut dan juga ubat kalau ada sakit lain. Kawe selepas hari ke-5, Alhamdulillah.. selsema hilang selepas makan pil sucit bawak. Asri pulak start hari-3 dah nampak tanda-tanda nak demam. Lemah semacam je aku tengok dia. Kesian. Mungkin sebab perubahan cuaca atau kurang tidur...

Ok, balik semula cerita GPS.

Memang kami semua tak tenang fikir pasal GPS. Yela, esok nak pakai pegi jalan-jalan Paris dan seterusnya ke Swiss. Walau dalam keadaan fikiran tak tenang, pizza semalam order 4 kotak habis gak 3 kotak. Sekotak yang tinggal 2-3 slice dari 7 slice. Otak je tak tenang tapi perut lapar.. haha..

Dipendekkan cerita(cerita sebenar panjang), masalah GPS selesai bila Asri terfikir nak guna henfon dia untuk donlod apps Navigon Europe. Navigon ni GPS Navigator yang boleh guna offline dengan syarat phone ada build in GPS. So, tak payah guna internet. Apps ni sepatutnya kena purchase USD79.99(RM250++ mahal wooo), tapi oleh kerana phone Asri Jailbreak maka donlod free je guna Wifi Hotel. Alhamdulillah, setel bab 1 pasal GPS.

Bab 2 pula takkan sepanjang perjalanan nak guna phone Asri sebagai GPS. Kena setel gak GPS Garmin ni. Bab ni Asri mintak tolong geng sekerja donlodkan dan share kat Dropbox atau Google Drive atau email. Saiz file map tu boleh tahan besar dalam 3Gig untuk transfer dari PC ke GPS. Bab ni akan cerita dalam post akan datang sebab melibatkan cari/beli kabel USB dan lain-lain..

Apps ni boleh didapati di IOS. Android tak sure..

Henfon Asri guna untuk GPS dan Monopod tu kawe punya.... yang penting tak sesat...
Pagi hari ke-3 bersamaan Hari Jumaat, macam biasa lepas sarapan balance pizza semalam dan megi cup kami check out dalam pukul 8.30 pagi. Destinasi hari ni cuma nak ke Eifel Tower aja. Lepas tu terus ke Lauterbrunnen, Swiss. Paris-Lauterbrunnen lebih kurang 640++ km... perghhh!!  

Selesai urusan check out hotel maka bergeraklah kami ke bandar Paris. Cuaca pagi ni kelihatan mendung dan berawan. Suhu sekitar 10 celcius. Kalau boleh nak cuaca cerah dan langit biru supaya nampak kontras bila bergambar. Tapi, siapalah kita nak Allah ikut kehendak kita. Dapat jejakkan kaki di Paris ini dah bersyukur sangat. Cuaca cerah tu umpama bonus.

Bai bai Ibis Hotel... time to check out...
Unik bangunan-bangunan kat Paris... i like...
On way to Eifel Tower
Kat Paris banyak nampak motor jenis skuter...
Dari Porte de Pantin melalui kawasan bandar yang agak sibuk dan bersimpang siur. Memandu dalam bandar Paris memey mencabar. Sudahlah pandu jalanraya belah kanan dengan stereng pon belah kanan, pastu banyak pulak keluar simpang, masuk simpang. Nasib co-pilot den aka Asri cekap tunjuk arah. Dah macam drive rally pulak. GPS Navigon berfungsi dengan baik. Aku pulak kene fokus 100% kat jalan sebab kawe perati kereta kat Paris ni banyak yg kemek kat bumper. So, kena extra hati-hati takut kena gesel. Insuran cuma cover £500 je sebab ambil tak full. Tu pun kena tambah £5 sehari untuk 10 hari. Kalau full £12.50 sehari. 

Dalam perjalanan ternampak Hard Rock Cafe kat sebelah kanan jalan. Terus cari space kosong kat tepi jalan untuk park keta sat. Asri tak turun sebab dia taknak turun. Bagus juga dia tak turun, bolehlah jaga kereta.

Singgah sekejap beli apa yang patut dan beli orang kirim. Tak boleh singgah lelama takut kena saman sebab suka-suka parking tepi jalan. Masuk HRC, pilih dan terus beli. Setengah jam setel. 

Sudah sampey HRC Paris...
Sambar selai shirt merah tuu... 27 euro..

Sucit plan nak beli beg tapi tuan kedai ni macam tak nak layan... hage dlm 60-70 euro(rm200-300)..
Perjalanan diteruskan ke Eiffel Tower dan kelihatan monumen-monumen seperti Arc de Triomphe, Lourve Palace tapi tak dapat singgah sebab kesuntukan masa. Target cuma nak ke Eiffel Tower je.

Tiba di kawasan Eifel Tower cari parking dekat area situ. Tak jauh sangat jalan kaki dalam 500-600 meter lalu celah-celah bangunan dan rumah kedai. On the way jalan sempatlah snap dan selfie. Orang Parit Nipah(Aku) dan Paya Dalam(Sucit) dah sampai Paris/Eifel Tower bai... Asri dan Syahrul kali ke-2 sampai Paris. 1st dorang pegi tahun 2013 dengan biras dorang yang dok Manchester.

Semasa kat Eifel Tower teringat beberapa orang pesan supaya hati-hati sebab kat situ ramai pick pocket dan Gypsi mintak duit. Alhamdulillah takda kejadian diingini berlaku.

Eifel Tower ni antara keajaiban binaan manusia. Dibina pada tahun 1887 dan siap 2 tahun kemudian. Tinggi 324 meter(1063 kaki). Di bina dari besi. Tujuan asal di bina untuk untuk broadcasting. Tetapi sebab keunikan designnya, ketinggian dan zaman masa dibina maka pada hari ini jadi tempat tumpuan pelancong. 

Hebat eh orang-orang dulu boleh bina tower sebegini tinggi tanpa mesin canggih seperti zaman ini. Apapun kehebatan mereka ini semua datang dari Allah swt. Itulah kelebihan yang Allah swt bagi walau mereka tak beriman. Megah mereka hanya di dunia, di akhirat belum tentu selagi tak beriman. Hendaknya pencipta-pencipta tamadun ini sempatlah Allah kurniakan hidayah.

On the way cari parking dah nampak Eiffel Tower...
Dapat dah parking kat dalam bangunan kira-kira 500 meter dari Eiffel Tower... 4-5 euro gak kena bayo...
mari jalan kaki ke Eiffel Tower...
dari celah-celah dapat angle cun terus snap...
Dekat dah... Eiffel Tower sebelah kiri...
1st gambar dengan Eiffel Tower...

Aku dan Eiffel...
Pak polisi disekitar kawasan Eiffel Tower sebab ramai pencopet dan gypsy..
nak JDT jugak... haha...
Sempat ek bergambo dengan aweks Holland...
GST at Eiffel Tower..
Selesai begambo sakan, next pegi kedai sourvenir...
Kedai Sourvenir ni pekerjanya asal dari Rohinya...



Cashier tu orang Rohinya..
Ok, puas sudah jalan-jalan area Eiffel Tower dan shopping sourvenir untuk yang bertuah. Next destinasi ialah Swiss... huhu... 640km nak tempuh. Kalau dari JB macam nak ke Penang. Jauh tu. 

Kami check out dari Kota Paris lebih kurang pukul 1pm. Hajat hati nak cari masjid untuk solat Jumaat tapi bila dah masuk highway gamaknya solat Jamak Qasar je kat RnR mana yang singgah. Lunch macam biasa lah dalam kereta makan roti dan kacang.. bolehlah dapat hilang lapar... inilah adat orang mengembara. Jangan fikir sangat pasal makan dan makanlah apa yang ada... 

Sepanjang perjalanan, hujan mengiringi. Macam biasa, dari 1st day masih kawe yang drive. Alhamdulillah, walau ada sikit penat sebab sebelum tu jalan-jalan di Paris tapi kawe dah set dalam kepala boleh drive 640km sampai Swiss. Keadaan highway Paris ke Swiss tak berapa sesak walaupun baru dapat tahu rupanya start hari ini hingga Isnin adalah cuti Easter 4 di Eropah. Patutlah masa naik Feri dari Dover ke Calais penuh semacam dengan budak-budak. Dalam hati tanya juga, tak sekolah ke dorang ni? rupanya Public Holiday. Kalau kat Malaysia cuti panjang begini dah sesak highway.

Co-Pilot Paris-Swiss kali ni 1st Officer Sucit de Na...
Singgah tuang minyak Ron95 kat pekan apa entah area France lagi... 1.49 euro seliter...
Dah dekat-dekat sempadan France-Swiss
Bila nampak kilang TagHeuer ni bermakna sudah ada di bumi Swiss... 
Route Paris-Lauterbrunnen
Waktu solat Swiss..
Air terjun dari atas bukit kat Jungfrau Campsite
Alhamdulilah, setelah menempuh 400km++ jalan highway France(kena bayo tol) kemudian selebihnya 200km++ lalu pekan-pekan kecil kat sempadan France-Swiss, ikut jalanraya banjaran France hingga Swiss Alps, lalu highway tanpa Tol di Swiss, lalu sebelah tasik yang besar, lalu 15 terowong, kami akhirnya tiba di Jungfrau Campsite, Lauterbrunnen kol 9.30 malam. Total 8 jam perjalanan dari Paris.

Tak sangka kawasan chalet yang den book melalui www.booking.com ni sangat cantik walaupun pada waktu malam. Kelihatan di kiri kanan adalah tebing gunung dan ada air terjun. Subhanallah! Tak sabar nak tunggu siang. Chalet juga besar, selesa, ada 2 bilik, ada dapur, ada hall. Padan dengan harga rm640 satu malam. Di Jungfrau kami stay 2 malam. Ya Allah! Syukur! kerana memudahkan perjalanan kami.

Seterusnya cerita hari ke-4 bersambung...

Post terdahulu,
Persiapan/Hari 1
- Hari ke 2

No comments: