Sunday 18 November 2018

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari Travel & Hari 1

Assalamualaikum wbt.

Asalnya plan bulan Oct 2018 nak road trip buru Aurora kat Scandinavia dengan geng jiran se Bandar Dato' Onn. Tapi disebabkan perkara-perkara tak dapat dielakkan road trip tu postpone. So, aku buat plan lain mengembara bersama keluarga. Juga pada bulan Oct tapi bukan ke Scandinavia.


Kenapa tak ke Scandinavia?
Aku reserve untuk pegi dengan kawan-kawan se-BDO satu hari nanti.
Jadi aku pilih ke negara Eropah lain demi merealisasikan hajat aku, wife dan anak.


Kenapa 3 negara Eropah?

Pertama,
Sejak 2 tahun lepas aku dah plan nak pegi Italy tapi masa tu ekonomi agak gawat sikit dan tiket flight ke Rome atau Milan agak mahal. Jadi, aku cancel gi Italy tukar pegi Korea. Gi Korea ni pun pilihan anak aku Insyirah dan dia paling happy bila aku cakap ok tapi ada syarat.

Nak tau apa syarat tu kenalah  baca entry jalan-jalan Korea 2017 kat link ni,
https://azhartravelog.blogspot.com/2017/12/jalan-jalan-korea-train-to-busan-22-25.html

Tapi apesal tetiba cete pasal Korea ni?..hehe...

Kedua,
Wife aku teringin nak pegi Swiss, aku pulak tak pernah pegi Italy dan anak aku tak kisah tapi dia ada cakap nak pegi Disneyland kat Paris. So, tercetuslah idea kembara 3 negara dan aku pilih Paris sebagai destinasi flight pegi dan balik.


Kenapa start dan end di Paris?

Kedudukan Paris yang terletak tak berapa jauh dengan bandar-bandar di Swiss dan Italy.

Selain tu aku pernah datang Paris 3 tahun lepas dan pernah memandu dari Paris ke Swiss. Jadi aku tau serba sedikit pasal memandu kat highway di France yang ada tol. Sementelah ni road trip solo keluarga jadi nak guna pengalaman lalu supaya lebih konfiden drive di negara yang berbeza cara pemanduan jalan raya sebelah kanan dan stereng kereta di sebelah kiri.

Masa Kembara Eropah 2015 aku sewa kereta kat London(stereng macam kat Malaysia) dan drive ke 6 negara Eropah. Kisah tu boleh baca kat link ni,
http://azhartravelog.blogspot.com/2015/05/15-hari-kembara-7-negara-eropah-dan-uk.html


Gambah bawah ni aku plot guna maps.google.com untuk plan route kembara kami.
Plan route Kembara Eropah 2018 12 hari

Kenapa pilih pegi bulan 10? Belum cuti sekolah?

1. Bermula pertengahan bulan 10 ialah kemuncak musim Autumn. Lama dah aku berhajat nak pergi ke negara 4 musim pada musim Autumn. Pernah pegi ke Korea dan Jepun tapi dah hujung-hujung nak masuk winter. Time tu daun-daun kat pokok hampir semua dah gugur.

Jadi aku pilih nak pegi ketika kemuncak musim Autumn kerana pemandangannya sangat cantik especially kat area taman-taman, hutan-hutan dan bukit-bukau yang ada pokok berdaun. Bermula pertengahan bulan Oct, daun-daun pada pokok-pokok ni akan berubah warna samada kuning atau merah dan ada yang dah gugur tapi tak semua. Bayangkan bila ko tengok daun-daun tu ada kaler hijau, kuning dan merah lepas tu ada yang dah gugur kat tanah? Sudah tentu cantikkan? So, nak tau macamana cantiknya pemandangan ketika itu kenalah follow post-post akan datang. Pepatah Korea pun ada cakap, "Autumn in my heart" and my heart too... hehe..

2. Musim Autumn adalah musim low peak di Eropah jadi harga hotel-hotel atau guesthouse murah sikit dari biasa. Tiket flight pun boleh dapat murah. Tiket flight KLIA-Paris aku dapat harga rm2517 untuk seorang/return. Tiket ni aku beli pada Jan 2018. Kira-kira 9 bulan sebelum travel.

3. Anak aku amik PT3 tahun ni. Jadi aku assume lepas PT3 sure takde belajar jadi inilah masa nak pegi Eropah pada musim autumn walaupun anak masih bersekolah. Namun begitu, nak cuti lama ni kenalah hantar surat rasmi kat cikgu kelas Insyirah untuk mohon izin dan bagi tau sebab-sebabnya.



PERANCANGAN

Ini bab paling penting bila plan nak travel sendiri samada dalam negeri atau luar negara. Kalau ikut tour atau travel agent perancangan tu korang cuma sediakan duit banyak sikit je dan tak payah fikir apa-apa.

Soalan-soalan ni kena fikirkan dan jawab dulu sebelum buat keputusan untuk travel.

1. Nak ke negara/bandar mana?
2. Berapa hari nak travel?
3. Bulan berapa dan musim apa?
4. Nak kembara dengan apa? sewa kereta, naik train atau bas?
5. Perlu bawa makanan tak?

Jawapan :

1. Ambil contoh Kembara Eropah ni seperti kawe dah sebut kat atas, wife nak pegi Swiss, aku nak pegi Italy dan anak nak gi France. Kemudian, gabung semua tempat nak pegi dan tentukan berapa hari nak pegi. Masa part ni dah boleh survey tiket flight. Kalau ada yang murah terus ngap!

2. Selepas kenal pasti negara/bandar mana nak pergi, aku plotkan dalam maps.google.com untuk kenal pasti jarak dari satu bandar ke satu bandar. Target aku setiap bandar tu nak tido 2 atau 3 malam. Masa part ni korang mesti dah tau berapa hari nak pergi dan tiket flight dah booked.

Ini hasil iternari plan aku,

Hari 1-3 : Geneva (2 malam)

Hari 3-5 : Verona (2 malam)
Hari 3 : Milan (Singgah)
- Asalnya nak stay kat Milan tapi sebab jarak nak ke Venice jauh jadi tukar ke Verona.
- Hari 4 : Venice (Jalan-Jalan)

Hari 5-6 : Bormio (1 malam)
- asalnya dari Verona nak terus ke Swiss. Tapi sebab aku nak pegi Stelvio Pass jadi pilih stay kat sini 1 malam.
- Hari 5 : Stelvio Pass (singgah)

Hari 6-9 : Laterbrunnen/Jungfrau (3 malam)
- Hari 7 & 8 : Interlarkin & Grinderwald (Jalan-Jalan)

Hari 9-12 : Paris (3 malam)
- Hari 9 : Bern (Singgah)


3. Travel kali ni aku memang plak nak pergi pada musim Autumn. Sebabnya, korang kena follow post-post akan datang jika nak tahu kenapa.

Lain-lain musim pun ok juga ada pro dan kontra.
Ada musim siang panjang dari malam. Ni pada musim panas(May-Aug). Time ni puas jalan sebab Maghrib pukul 9 malam dan Subuh pukul 3 pagi.
Ada musim siang pendek. Ni pada musim winter(Nov-March). Dah lah sejuk, baru jalan-jalan kejap pukul 4 pm  dah gelap nak masuk Maghrib. Waktu pagi pulak matahari terbit pukul 8-9 pagi. Kalau pegi time winter masa korang akan banyak dalam bilik la.

So, tepuk dada tanya poket.

4. Kembara ni aku pilih self drive dengan menyewa kereta. Sebabnya jarak antara tempat aku nak pergi agak jauh dan ada tempat nak pegi kena lalu cross gunung. Jadi, dengan sewa kereta lebih memudahkan perjalanan aku dan tak terikat dengan masa. Disamping tu boleh layan pemandangan dan boleh berhenti kat spot mana kita suka.

Kalau naik train tempat nak pergi terhad. Pulak tu terbook guesthouse yang jauh dengan station? Bayangkan kepayahannya nanti nak sorong beg dari train ke guesthouse. Aku dah merasa semua tu masa pegi Korea dan Jepun.

Bila dengan kereta aku bebas pilih guesthouse atau hotel dan tak perlu berdekatan dengan train station. Untuk kembara ni aku sewa kereta kat Hertz 4 bulan sebelum tarikh pegi. Cuma booking dan bayar masa nak ambil kereta.

Oh ! sebelum terlupa, jenis kereta yang korang nak sewa tu kena sesuai dengan jumlah orang travel. Macam aku dan famili cuma ada 3 orang. Jadi kereta yang tak berapa besar macam Renault Captur tu sesuai. Tapi kalau travel 4 orang tak sesuai. Kena sewa kereta lebih besar macam Kembara aku ke UK pada April lepas. So, kena pandai pilih kereta yang sesuai supaya nanti masa dah ambil kereta tiba-tiba tak muat nak masuk beg... huhu...

Last bab sewa kereta ni aku nak ingatkan. Bila korang pilih nak sewa kereta kena ambil kira risiko kemalangan dan saman. Jadi, bila dah start pegang stereng kena ingat korang tengah drive kat negara orang dan kena patuh dengan undang-undang mereka. Nak parking juga jangan sembarangan. Kebanyakan parking negara-negara maju ni takde yang free terutama tempat tarikan pelancong. So, ingat ya.

5. Ini bab paling penting bila Travel terutama ke negara yang susah cari makanan halal. Bukan apa, kalau tak cukup makanan nanti tak cukup tenaga nak jalan-jalan. Bab ni kena plan betul-betul. Makanan yang hendak dibawa mesti cukup untuk jumlah hari travel dan jumlah ahli yang travel.

Kat sana bukan tak ada restoren halal cuma susah nak jumpa. Kalau ada pun agak mahal especially kat Swiss. Sekali sekala bolehlah. Untuk beberapa tempat macam Venice dan Paris memang aku dah plan nak makan kat luar dan aku dah study tempat-tempat halal tu. Cuma untuk sarapan pagi dan malam memang kena ada stok sendiri. Makan tengahari juga kena prepare terutama masa dalam perjalanan.

Makanan-makanan yang perlu dibawa seperti produk brahim's, meggi cup, pes daging, pes kuah kacang, beras, biskut, kacang dll. Semua makanan boleh beli kat supermarket. Cuma produk brahim kalau nak murah kena beli kat kilang dia. Kebetulan pula seminggu sebelum hari travel kami ke KL dan ambil kesempatan singgah kat kilang produk Brahim di Bangi. Memang lebih murah 30-40% dari kat supermarket. Lagi satu jangan lupa bawa rice cooker. Bawak yang kecik je cukup masak nasi untuk 3-4 orang. Korang akan tau betapa lazatnya makan nasi panas-panas pada suasana sejuk walau cuma berlaukkan sambal kacang je.

Untuk kembara ni aku khaskan 1 beg untuk bawa makanan saja dan rice cooker. Balik nanti beg ni khas bawak sourvenir plak.. hehe..


kat kilang produk Berahim di Bangi.. nama kilang ni Dewina Food Industris Sdn Bhd


Alamat kilang ni,
Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Jalan P/9b, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia


Hari Travel & Hari 1 ~ 20-21 Oct 2018

Macam biasa kena drive dari JB dan lokasi nak parking kereta sudah tentu di Park & Ride A09 di Putrajaya Sentral. Kat sini rate parking dia murah compare kat KLIA. Dari Putrajaya Sentral ke KLIA kena naik ERL rm9.10 seorang.

Memandangkan flight kami pada pukul 7.20 malam, kami gerak dari JB pukul 10 pagi. Tiba di Putrajaya Sentral dalam pukul 2 lebih dan tiba di KLIA 40 minit kemudian. Pukul 4.30 petang check-in beg dan seterusnya boarding.


rm6 sehari
2 station je nak gi KLIA

KLIA

sementara tunggu boarding layan game AFC U19 Malaysia vs Arab Saudi
Boarding dah.. dok kat Row 87 paling belakang sekali

Tepat jam 7.20pm flight EK347 berlepas ke Dubai. Pesawat Emirates yang aku naik ni ialah Airbus 380. Double decker kapal terbang ni dan paling besar kat dunia untuk pesawat penumpang. Masa kami naik sekali dengan jemaah umrah dari negeri utara dan sebelum fly sempat berbual dengan pakcik yang dok kat depan aku. 


Ada live plak dalam flight Liverpool vs Huddersfield
Alhamdulillah menang

Dubai

Tiba di Dubai awal 10 minit iaitu pukul 10 malam waktu Dubai. (Malaysia time - 2 pagi, 21 Oct). Flight seterusnya ke Paris pada pukul 4.05 pagi(Malaysia - 8.05 pagi). 6 jam lebih gak kena transit kat sini.. huhu.. Masa transit yang lama ni sempatlah nak tunai solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak. Kemudian jalan-jalan tengok kedai-kedai yang ada kat airport sini. Kat sini semua kedai-kedai bukak 24 jam. Lepas dah puas ronda-ronda kat airport ada 3 jam lagi tak tau nak buat apa pegi lepak kat gate departure sementara nak tunggu panggil boarding.


Next flight Dubai-Paris.. kali ni dok kat Row 83
Sampai sudah Paris... Alhamdulillah...

Charles De Gaulle Airport - Paris

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Charles De Gaulle Airport Aerogare 2 Terminal C pada pukul 9.45 pagi. Lewat 20 minit dari jadual. No hal yang penting sampai. Waktu di Malaysia ketika ini dah pukul 3.45 petang (Masa ni time zone masih -6 jam)

Sekali lagi Alhamdulillah, urusan di imigresen juga dipermudahkan. Tak banyak soalan macam kat airport London. Cuma yang lambat masa nak ambil beg. Lama gak tunggu 3 beg kami nak keluar. Aku rasa dalam setengah jam ada.

Selesai semua urusan imigresen seterusnya nak ambil kereta sewa kat Hertz yang terletak kat Terminal yang sama. Tak jauh, cuma kena jalan kaki je. Sebelum ke Hertz setelkan urusan Toilet dulu. Al-Maklum la dah sehari lebih tak tukar pakaian luar dan dalam. Ni tak sampai lagi destinasi nak dituju kat border Swiss-France. Ada 8-9 jam lagi perjalanan.


Kena beratur plak nak amik kereta sewa..

Kat Hertz ramai pulak manusia nak ambil kereta sewa. Kena beratur. Kat sini je aku rasa dalam sejam lebih nak setel semua sampai lah diberi kunci kereta. Kereta yang sepatutnya aku dapat iaitu Renault Captur takde so ganti kereta lain yang sama saiz. Aku diberi pilihan samada nak Jeep atau Toyota? Aku pilih Toyota.

Bila dah dapat kunci kena ambil sendiri kat parking dalam kawasan airport jugak. Dekat je dari kaunter Hertz tu. Minah france kat kaunter cuma bagi tau nombor plat kereta dan no bay parking lot. Tak susah nak cari. Pandang 2-3 kali dah nampak kereta sewa aku.


ni lokasi Hertz aku ambik dari Google sebelum Travel
lokasi Hertz di Terminal 2C CDG Airport

Bila dah selesai masukkan beg dan masuk dalam kereta baru perasan kereta yang aku dapat tu jenis Hybrid. Aku suka sebab jimat minyak. GPS pun dah tersedia dalam kereta ni tapi dalam bahasa France. Takda masalah, anak aku boleh handle.

Masalahnya sekarang aku tak pernah drive kereta hybrid. Berulang kali aku tekan button start on-off sebab tak dengar bunyi enjin. Entah kali berapa baru dengar. Rupanya kereta hybrid ni enjin takkan on bila start. Tu pun aku tau selepas beberapa jam masa singgah RnR kat di pertengahan highway.

Lagi satu cara nak masuk gear. Dia punya gear nob tu punyalah kecik macam toggle switch. Gear nob tu cuma ada huruf D untuk Drive dan R untuk Reverse. N dan P takde? Rupanya untuk parking kena tekan switch P. N tu sekali dengan P.

Ok, handling pasal kereta dah tau sikit-sikit. Sebelum drive keluar dari airport ni kena set dulu kat GPS destinasi nak di tuju. 2 GPS aku gunakan, yang aku bawa dan yang dah ada dalam kereta.

Kemudian kena set dalam kepala, "ko drive kereta stereng belah kiri dan kena ikut laluan kanan. Kalau keluar simpang kene tengok kiri dulu". Ok, setel dah set dalam pala otak.

Timbul satu masalah lagi, macamana nak cari jalan keluar dari airport? GPS pun tak tunjuk cara nak keluar airport. Selepas 2-3 kali pusing akhirnya berjaya gak keluar, Alhamdulillah... itu pun sebab ada mamat france muslim(sebab dia bagi salam) tolong tunjukkan cara nak keluar. Nasib dia boleh cakap english.

Biasalah, bila semua 1st time pasti akan kelam kalibut sikit dan rasa kekok. Yang penting konfiden kena ada dan fokus. Lepas beberapa ketika yang kekok-kekok dan keliru tu semua akan ok.. InshaaAllah...


sekali dapat keta Hybrid daa.. 
Kecik je gear nob macam toggle. 


Paris - Geneva (630km)

Waktu dah menunjukkan pukul 11.40 pagi (Malaysia - 5.40 petang) masa drive keluar dari airport. Perjalanan seterusnya ialah menuju Geneva iaitu destinasi pertama kembara kami dan bermalam di sana. Geneva ni lokasinya bersempadan dengan France. Hotel kami sebenarnya bukan kat Geneva tapi dekat-dekat area Tasik Geneva.

Kat area Geneva aku dah book hotel kat Zenitude Hotel Residences yang terletak di Evian Les Bains. Macam biasa semua hotel dan guesthouse aku book melalui www.booking.com

Evian Les Bains ni terletak kat negara France dan berkongsi tasik dengan Geneva. Jarak Evian dengan Geneva kira-kira dalam 30km je. Geneva ada dalam iternari lawatan kembara ni. Plan nak pegi esok.


Route map Paris-Geneva ni sebelum travel aku dah prepare untuk masukkan dalam iternari sebagai guide
Evian-Les Bains berkongsi tasik dengan Geneva

Perjalanan keluar dari bandar Paris agak sesak pada mulanya. Selepas tu ok dan lancar. Ini kali ke-2 aku drive kat highway Paris menuju ke sempadan France/Swiss. Kali pertama masa Kembara Eropah 2015 dengan kawan-kawan menuju ke Lauterbrunnen/Jungfrau. Jarak lebih kurang sama dalam 600km lebih. Laluan lebih 3 suku highway dan pastinya bayaran tolnya lumayan.

Masa kat highway ni aku dah rasa selesa sket drive stereng belah kiri. Ini kali ke-2 drive kereta setereng belah kiri. Kali pertama masa pegi Pulau Jeju tahun lepas. Oklah cuma rasa kekok tu tetap ada.


Selain guna GPS Garmin yang aku bawa dari Malaysia juga guna GPS dalam kereta ni

Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan singgah RnR untuk urusan toilet dan aku pula nak tunaikan yang wajib iaitu solat fardu Jamak Zohor dan Asar. Aku jangka takkan sempat tiba di Evian Les Bains sebelum maghrib jadi kena solat di perjalanan. Oleh kerana kami bukan berada di negara yang tiada kemudahan surau jadi kena solat kat mana-mana tempat yang sesuai untuk solat. Kat RnR ada paip air disediakan dan aku solat kat sebelah kereta je. Cuaca ok tak berapa sejuk sangat.



Me, Wife and Toyota Auris
Ada 2 jam lagi perjalanan... 



Pondok tol... 44 euro bai kena bayo..


Evian Les Bains

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Evian Les Bains kira-kira pukul 7.30 malam bersamaan waktu Malaysia - 1.30 pagi, 22 Oct 2018. Masa tiba hari dah gelap dan nak dekat waktu isyak. Waktu Maghrib di sini pada pukul 6.35 pm.

Kat Zenitude Hotel Residence bilik aku kat tingkat 3, Building C. Park kereta antara Building C dan A. Nasib nak naik tingkat 3 ada lift. . So, taklah merengkek nak angkat beg naik ke atas. Aku suka lokasi hotel kat atas bukit dan boleh nampak tasik. Cuma dari tingkap dan balkoni bilik aku kena bloc plak pemandangan tasik tu.. huhu... .


Bilik kami kat Building C.
Hall dan Dapur kat ruang ni
Dapur dan ada sofa di situ
sebelah kiri TV tu ialah balkoni
Lorong dari hall/dapur ke pintu keluar, toilet, bilik mandi dan 2 bilik
Bilik mandi. 
Bilik aku
Bilik anak aku
lorong dari bilik ke hall/dapur
Term and Condition
Dinner time

Hotel guesthouse ni ada 2 bilik, 1 hall & dapur, 1 toilet dan 1 bilik mandi. Pada aku ok, selesa dan sesuai untuk 3-4 orang.

Kat Malaysia pada waktu ni dah dekat pukul 3 pagi dan kami kat sini baru nak masak makanan untuk dinner. Dinner malam ni makan nasi brahim's je.

Aku pula bila dah sampai sini barulah terasa letih dan mengantuk. Kalau ikut waktu Malaysia bertolak dari JB pada hari Sabtu(20/10) pukul 10 pagi dan tiba di Evian Les Bains pada hari Isnin (1.30am, 22/10). Bila dijumlahkan total perjalananan dekat 38 jam. Selepas dinner kira-kira pukul 10 malam baru tidur.

Selesai sudah kisah Hari Travel dan Hari Pertama Kembara Eropah 3 negara. Cerita selanjutnya pada post akan datang, Hari ke-2... 
https://azhartravelog.blogspot.com/2018/12/kembara-eropah-2018-france-italy-swiss.html