Sunday 19 November 2017

Krabi lagi... 18-21 May 2017

Assalamualaikum...

Ok, tengah mood rajin nak menulis. Kali ni nak cerita pasal pegi Krabi pada bulan May lepas. Kali ke-2 dalam masa 7 bulan. Plan tiba-tiba dalam 2 minggu dan terus jadi. Pegi ber-4 dengan Geng ngeteh lepas kuliah aka Geng Masjid Sultan Iskandar(MSI).

Siapakah Geng itu? for sure Aku, Farid, Amin dan Imam Dollah.

Dari kiri, Farid, Amin, Imam Dollah aka Imam 1 MSI dan Aku...
Idea gi Krabi ni timbul bila aku cete pasal Krabi dengan Farid dan beberapa Geng masjid masa on the way pegi ngeteh lepas kuliah subuh hari Ahad. Aku cerita tahun lepas bulan 10 gi Krabi dengan Geng Celcom driving dari JB. Masa tu bukan setakat pegi Krabi je tapi tapau sekali round 1 Malaysia 7 hari 6 malam. Bole baca pasal gi Krabi Oct 2016 kat link post ni.  

Cerita punya cerita, tiba-tiba Farid kata "Jom gi Krabi!" Aku sambut "Jom-Jom Matun!" hehe..  Dari asal nak pegi 2 MPV ber 7-8 orang at last jadi 1 MPV ber-4 je... gitulah ringkas kisahnya... seterusnya bincang berapa hari nak pegi..

Plan asal hari pegi nak drive direct dari JB terus sampai Krabi. Manakala hari balik nak singgah 1 malam kat Penang. Tapi terpaksa ubah sebab aku kena pegi Sabah pada 22 May. So, iternary jadi macam ni...

18/5 - 11.30 malam, gerak dari JB ke Krabi
19/5 - 3.30 petang, tiba di Ao Nang Beach Resort & jalan-jalan pekan Krabi
20/5 - Jalan-jalan pulau @ Krabi
21/5 - 10 pagi, bertolak balik dan singgah Padang Besar
22/5 - 3 pagi tiba di JB

Memey agak padat jadual trip ni. 2 malam tido kat resort dan 2 malam tidur dalam perjalanan. 16 jam pegi dan 17 jam balik. Agak kelam kabut untuk aku. Sebaik sampai JB kene bersiap nak gi Sabah pulak dan kena ada kat airport pukul 5 pagi iaitu 2 jam sebelum flight ke KK. Back to back perjalanan aku.. Dah kene keje kan nak buat camne.. terpaksalah Geng gi Krabi kene ikut jadual aku.. haha...

Arahan pegi Sabah ni selepas kami dah plan nak gi Krabi. Tak boleh tangguh dah. Kalau tangguh alamatnya lepas raya baru bole pegi sebab Ramadhan start 28 May. Lagi satu masalah, bulan 6 hingga 10 adalah masa tak sesuai pegi Krabi sebab kat sana musim monsoon. Laut bergelora dan kerap hujan. View pun tak cun. Lagipun aku dah ada plan lain nak gi Acheh pada hujung bulan 7. Bulan 11 pulak aku ada trip lain dengan famili. Nak taknak kene On juga plan gi Krabi seperti yang dirancang...


18 May, Khamis

11.30 malam - Gerak dari JB dengan MPV Farid. MPV 7 seater naik 4 orang je... selesa bangat!

Ape hal malam-malam pakai spek ngan topi tu?

19 May, Jumaat

4 pagi - Singgah RnR Tapah & ngopi

5.30 pagi - Singgah RnR Sungai Perak untuk solat Subuh.

8 pagi - Singgah Canglung untuk buat insuran masuk kenderaan ke Thailand

9 pagi - Tiba di Bukit Kayu Hitam, sempadan Malaysia-Thailand. Selesai urusan imigresyen singgah sarapan di Danok. 

Kat imigresen Malaysia senang je lalu, cuma kat Thailand ni ada banyak songel sikit. Lain macam sikit tak macam nak masuk Singapore. Kat Singapore tak perlu turun cuma lepas cop kena buat autopass bagi yang takde autopass atau 1st time kereta masuk Singapore. Autopass ialah VEP(Vehicle Entry Permit) iaitu sejenis kad macam touch n go di dalamnya ada amaun dalam Singapore dollar. Kalau habis kene topup macam Touch n Go.

Cara nak buat Autopass ni kena pegi pejabat imigresen Singapore dan buat di situ. Dengan adanya Autopass tu boleh tahu berapa hari free dalam setahun boleh masuk Singapore. Dalam 7 hari rasanya. Bila habis, kecuali weekend dan malam akan dikenakan daily charge untuk kereta yang masuk Singapore. Dulu dalam $20 perday. Sekarang tatau berape sebab dah lama tak drive masuk Singapore sejak duit RM jatuh.

Eh! tetiba cete pasal masuk Singapore pulak.. hehe... Ok sekian cete pasal masuk Singapore. Cete balik cara-cara masuk Thailand dengan keta.

1. Sebelum dapat masuk Thailand, kereta kena park kat sempadan belah Malaysia dulu. Kemudian semua penumpang kena turun untuk cop passport di imigresen Thailand. Setiap passport kene selit rm1 untuk memudahkan urusan. Tak taulah tujuan apa kena pau RM1 tu. Sebelum ni pernah gi Bangkok takde pulak imigresen sana mintak singgit. 

2. Lepas cop passport kena bawa dokumen kereta seperti geran sebagai pengesahan nak masuk Thailand. Kat sini mahal sikit kena pau rm5. Urusan cop passport dan permit kenderaan bergantung berapa ramai orang ada. Masa kitorang pegi time low peak, jadi dalam 20-30 minit dah setel.

3. Untuk info, masuk Thailand dengan kereta sendiri lebih mudah dari bawak kereta pinjam atau sewa. Kena ada tambahan dokumen macam surat pengesahan dari owner kereta. Proses sama je dan tetap kena pau 5 hinggit.

Dekat sempadan..
Singgah kedai buah kat Thailand
ada pulak durian...
Sambung perjalanan bagi Imam Dollah pulak drive..
Atas map 13 jam setengah je... hakikatnya 16 jam perjalanan BDO-Krabi

Alhamdulillah...selamat sampai Krabi lebih kurang pukul 3.30 petang. Check-in kat Ao Nang Beach Resort. Masa 1st time pegi dulu pun check-in kat resort ni yang terletak 3-4km dari pekan Ao Nang. Oklah resort ni dan harga dalam rm172 satu malam untuk chalet 2 bilik.



Pekan Ao Nang

Pegi pekan ni nak cari makan. Kat sini takyah risau makanan halal sebab banyak orang Patani meniaga kat sini. So, hari tu kami layan makan nasi lauk tomyam, ikan dan somtam. Sedap.

Lepas makan dah nak masuk Maghrib. Alhamdulillah dapat solat kat Masjid Aonang Al-Munuawarah. Lepas solat jalan-jalan kat pekan cari package nak pegi pulau esok.



Penampakan 4 lembaga di situ.. 


Tuko-tuko color masjid ni.. kejap biru, pastu purple, pastu merah... hebat bukan?



Dah penat jalan makan pancake pulak..

20 May, Sabtu

Untuk jalan-jalan pulau kami amek Package Hong Island. Hage package dalam RM80-90 sorang. Package ni ada 2 pilihan samada naik Speed Boat atau Longtail Boat. Kami pilih naik Longtail boat sebab lagi murah dan aku convince dorang sebab tahun lepas aku dah naik speed boat. Ternyata pilihan naik Longtail boat tak silap.

Macam biasa package ni akan ambil kami kat hotel dan bawa ke jeti bot.


Dalam shuttle dari resort ke jeti.. 11 orang je total 1 bot..

Geng ngeteh MSI at Jeti sebelum naik bot

Daeng Island atau Pakbia Island

1st pulau singgah, Daeng Island. Macam nama orang bugis pulau ni atau mungkin orang bugis bernama Daeng telah menjumpai pulau ni? Wallahua'alam.....




Farid dan berkubang air laut tak boleh dipisahkan...


Amin pun turun berenang itik

Hong Island & Lagoon

2nd pulau... menarik and cantik pulau ni sebab kat dalam pulau ada lorong ke lagoon dan air cetek paras dada itek kat situ. Boleh turun dan jalan-jalan kaki kat kawasan lagoon hingga ke darat.















Lading Island

Last pulau singgah. Datang sini untuk lunch dan sambil tu mandi-manda. Tapi kena berhat-hati mandi kat sini sebab banyak jelly fish atau obor-obor. Kalau kena kat badan boleh menggaru 1 hari.. huhu..

Oleh kerana ini pulau last jadi lama sikit lepak sini dalam sejam lebih...




Lunch nasi lauk tomyam


Tu dia agar-agar laut aka jelly fish... action je tu nak telan... haha






mamat ni tour guide bot kami... lupe pulak nama dia...

21 May, Ahad

Sebelum balik JB singgah pekan Ao Nang untuk sarapan. Jangan ingat kat sini makan tomyam je.. sarapan western stail pon ada tau.. Ni kat cafe sebelah hotel backpackers. Telupa pulak nak amek gambo depan hotel ni... 

Sarap kat pekan Ao Nang sebelum balik JB
Penuh perasaang Farid hirup telur setengah masok..
Singgah Padang Besar wajib pekena pulut mangga... durian pun ada...

Masa hari pegi masuk Thailand lalu Bukit Kayu Hitam-Danok. Manakala hari balik keluar ikut Padang Besar. Nampaknya kat Padang Besar lagi senang dan tak banyak urusan. Cuma takde pekan macam Danok laa... yang penting dapat singgah Padang Besar beli apa yang aku nak dan makan pulut mangga juga durian...

Ok, setakat ini aje nak cerita. Kali ni pegi Krabi lagi best dari tahun lepas walaupun masa agak singkat. Sebabnya, naik Longtail boat lagi best dari Speed Boat. Sebab lain masa last year pegi ada 1 pulau tak dapat pegi sebab laut bergelora. Macam aku cakap cakap bulan 10 di Krabi masih monsoon dan kerap hujan. Laut pun tak berapa tenang. Kepada sesape nak pegi Krabi pegilah pada bulan Nov hingga May...

Sekian dan terima kasih sudi baca sampai habis... Jumpa lagi pada post akan datang... inshaaAllah...