Sunday 3 November 2019

Kembara Turki 2019 ~ Jalan-Jalan Bursa

Assalamualaikum wbt



Hari ke-6, 22 Apr 2019

Sudah tiga suku perjalanan kembara kami di Turki dan sudah bermacam-macam pengalaman kami alami. Antara paling best bila dapat rasa salji turun pada hari ke-3 di Cappadocia. Juga rasa kecewa kerana tak dapat tengok belon panas terbang. Lumrah mengembara tak semua yang kita nak akan dapat dan yang tak disangka tiba-tiba datang. 

Paling penting dalam mengembara bukan sekadar tengok dengan mata. Hati dan otak juga kene join sekali supaya dapat mentafsir apa ibrah disebalik kejadian dari tempat-tempat yang dilawati.

Di Turki ni banyak benda unik dan indah boleh kita tengok antaranya ialah alam semula jadi, rumah gua, binaan-binaan kuno, masjid-masjid besar serta cantik. Semua ciptaan dan binaan ini sudah tentu ada sebab musabab kenapa ia dibina oleh kaum terdahulu. Paling penting disamping menjamu mata melihat semua keindahan ini sambil ucap 'Subhanallah..' sebagai mengakui kebesaran Allah yang dengan kuasaNya telah mencipta semua ini dan jangan lupa ucap 'Alhamdulillah' kerana mengizinkan menikmati dan melihat semua keindahan ini.


Bursa

Bursa adalah bandar terawal dan merupakan pusat pemerintahan bagi Kerajaan Uthmaniyyah sebelum menakluk Constantinopel(Istanbul). Bandar ini terletak di wilayah anatolia iaitu Turki belah Asia. Bermula Pemerintahan Uthmaniyyah bila pengikut Osman Ghazi mengangkat beliau menjadi Sultan. Osman Ghazi merupakan pemimpin Islam yang memerangi Kristian kerana jihad hendak menegakkan Islam. Kira-kira 150 tahun kemudian Sultan Muhammad Al-Fatih dari keturunan generasi ke-7 Osman Ghazi dapat menakluk Constantinopel(Istanbul) dari kerajaan Byzantine. Begitulah kisah serba sedikit aku nak share pasal Bursa.

Cahaya matahari pagi on point..

Di Bursa kami hanya menginap satu malam sahaja di Andranos Hotel. Pagi selepas sarapan dan selepas urusan check-out aku lepak kat luar hotel sementara menunggu bas tiba. Di luar cuaca cerah dan suhu tak berapa sejuk sangat berbanding bandar-bandar sebelum ini. Sementara menunggu bas datang sempatlah kami bergambo kat depan hotel. 


Cuaca semakin ok...

So, kemana kita hari ini?

Hari ini kami akan banyak habiskan masa separuh hari jalan-jalan disekitar bandar Bursa. Ada beberapa masjid akan kami singgah dan ziarah. Hari ini juga akan singgah tempat shopping terutama kat bazar sebelah Grand Mosque. Dengonya bazar kat situ paling murah berbanding tempat-tempat lain di Turki. Betul ke tidak, jom sambung baca.




Munira

1st lokasi singgah iaitu gedung tempat menjual manisan Turki. Selain tu ada juga jual kopi, minuman-minuman herba dan juga coklat. Banding harga dengan kat Spice Bazar aku rasa macam murah sikit kat sini. So, aku pun belilah beberapa manisan untuk di bawa balik.

dengan Hj Razif pengerusi masjid...
Lokum... manisan Turki yang popular..
wajib beli bawak balik malaysia
boleh try rasa..

lokum ni antara bahannya ialah madu..
kat sini jual minuman herba turki seperti delima, zafran dan macam2 lagi..


Hj Razak & Raha dan hasil tangkapan di Munira
shidah nak beli coklat..

backup drebar bas...
hai!

Grand Mosque

Lokasi kedua selepas Munira. Grand Mosque juga dikenali sebagai Ulu Camii. Dalam bahasa Turki Ulu bermaksud besar, Cami bermaksud Masjid. Sebab itu ia dikenali juga sebagai Grand Mosque.

Uniknya masjid ini kerana memiliki 20 buah kubah. Ini bermula dengan nazar Sultan Beyazid 1 ketika perang Nicopolis pada tahun 1389 menentang tentera salib. Baginda bernazar jika menang akan membina 20 buah masjid.

Namun, selepas menang perang, perbendaharaan negara susut kerana menanggung kos peperangan yang besar. Hasrat untuk membina 20 buah masjid terbantut tapi diterjemahkan juga dengan membina sebuah masjid yang memiliki 20 buah kubah. Begitulah kisahnya bagaimana masjid ini dibina. Dari luar tak nampak 20 kubah-kubah tu. Kena masuk dalam baru boleh nampak,



nampak salah satu kubah..
Di luar Masjid Emir Sultan
dah lebih 600 tahun umur masjid ni..

setiap petak adalah kubah-kubah yang bersambung antara satu sama lain.. 
salah satu kubah dekat pintu masuk design transparent untuk pencahayaan..
Mimbar Ulu Camii
Pond tempat wuduk dalam Ulu Camii
dari sini boleh nampak 3 kubah dari 20


Koza Han Bazar

Koza Han lebih dikenali sebagai bazar sutera. Selain itu terdapat juga barangan lain yang dijual seperti jaket kulit, jubah dan juga sorvenir. Inilah bazar yang aku maksudkan yang terletak di sebelah Grand Mosque/Ulu Camii. Tempat wajib singgah kalau datang Bursa kerana di sini barangan yang dijual lebih murah berbanding di Istanbul. Kat sini, Ameen awal-awal dah cakap nak beli jaket kulit.

Aku? kalau berkenan baru beli.


Hj Yunos dan geng bujang travel Ameen & Syed Jamil sedang menerai jaket kulit


jaket harley ni boleh dapat hage dalam 600-700 lira. Kalau original ni boleh cecah 2-3 ribu..
ameen & tuan syed selamat dah beli sorang satu... dapat hage 550 lira dari hage asal 800 lira

Setel beli jaket kulit, jalan-jalan dalam bazar pula. Macam-macam ada dalam ni dan finally singgah kat satu kedai....


Dalam bazar... gambar Artatuk di mana-mana...
Sambo 2 helai jubah turki untuk wife dan anak aku.. jubah turki ni style dia kena pakai kat luar je...

Selepas tak tau nak beli apa lagi kat dalam bazar, aku dan syed jalan-jalan kat luar bazar dekat dengan Ulu Camii... Plan nak beli fridge magnet...


Fridge Magnet at Ulu Camii

Dah beli fridge magnet, sambung jalan lagi kemudian terserempak dengan pemuda-pemuda Turki yang nak tau kami dari mana? Pastu pemuda-pemuda tu ajak bergambar...

Syed Jamil bersama pemuda Turki... dorang suka kami ni pelancong... 


Malas nak jalan jauh lagi kami patah balik semula ke Ulu Camii sebab masa tinggal lagi 15 min lagi untuk kami naik bas dan beredar ke lokasi seterusnya. Masa tu terserempak pula dengan pemudi-pemudi Turki dan kali ni Syed pula ajak bergambo..

wah! hebatnya kamu tuan syed... sekali 4 tapau bergambo...
Aku selfie je laaa...



Meriah tol jalan-jalan kat Bursa sebab orang sini cukup peramah dan mesra pelancong. Ajak bergamba pon no hal. Terasa best plak nak lepak sini lama-lama tapi apakan daya masa dah time untuk ke lokasi lain pula. 

Tepat jam 12.15 pm semua diminta berkumpul semula kat tempat kami diturunkan. Tiba-tiba bila kira macam tak cukup lagi 3 orang. Aduh! mana plak dorang ni? Semua kena ada baru boleh panggil bas datang ambil kami. Sebabnya bas takleh parking lelama kat tepi jalan besar.

Lalu aku dan Ameen pun pegi cari lagi 3 geng yang tak cukup. Cari punya cari, finally...jumpa kat kedai jual jaket kulit tengah tawar menawar beli jaket... laaaa... aku pun suruh dorang cepat sikit sebab bas dah nak sampai...

memasing dengan hasil tangkapan di Koza Han Bazar

sementara menunggu bas datang.... tiba2 ada yang takda?

The Green Mosque

Jika di Istanbul ada Blue Mosque, di Bursa ada Green Mosque. The Green Mosque atau Yesil Camii juga dikenali sebagai Masjid Mehmet I. Ia terletak tak jauh dari Ulu Camii lebih kurang 1.4 km. Kami ke sini naik bas sebab kalau nak jalan berpeluh gak ketiak.




Kawasan kompleks The Green Mosque ini suatu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan Uthmaniyyah dimana Bursa ialah bekas ibu negara Turki sebelum penaklukan Constantinopel oleh Sultan Mehmet II pada tahun 1453. Sultan Mehmet I merupakan anak kepada Sultan Beyazid manakala Sultan Mehmet II ialah cucu kepada Sultan Mehmet I.

Green Mosque kini menjadi destinasi pelancongan popular di Bursa dan baru-baru ini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kenapa dinamakan Green Mosque?

Kerana hiasan dalaman masjid ini terdiri dari jubin hijau dan juga biru.



rumah tradisional turki
sempat sorang student turki wefie dengan kami..

Ojay tengah cete pasal Green Mosque dan asal usulnya..
info pasal green mosque


Yesil Camii atau Green Mosque







begambo ramai2 dengan banner dan mascot kucing...
cakuye free..
Free cakuey...
Hj Sameon & free cakuey..



Selepas makan cakuey free kami meneruskan jalan kaki ke lokasi masjid kedua iaitu Emir Sultan Mosque. Lalu ikut lorong-lorong celah rumah yang ada jual barangan ala bazaar karat. Karpet pun ada jual.


Lorong bazar karat antara Green Mosque dan Emir Sultan Mosque
macam-macam barang 2nd hand ada... 

lorong sempit ni pun bas boleh lalu... ngam2

apa benda ni pun aku tak tau...
  
Emir Sultan Camii



10 minit jalan kaki dari Green Mosque ke Masjid Emir Sultan tak terasa jauh sangat. Tiba-tiba dah sampai. Sedikit info tentang Masjid Emir Sultan merupakan masjid tertua di Bursa dan dibina selepas keruntuhan monumen asal akibat gempa bumi pada tahun 1766 dan kemudian dibina masjid dan diberi nama Masjid Emir Sultan kerana terdapat makam Emir Sultan serta ahli keluarga beliau di situ.

Apa istimewa tentang masjid ini?

Pada aku ialah nama Emir Sultan. Walaupun ada gelaran Sultan tapi Emir Sultan ni sebenarnya bukan Sultan. Beliau merupakan seorang ulamak, penasihat sultan dan juga menantu kepada Sultan Beyazid I iaitu pemerintah Bursa dan Anatolia sekitar tahun 1369 hingga 1402.

Siapa Sultan Beyazid 1?

Tiba-tiba aku kena bukak buku sejarah Turki sebab nak tau tentang pasal Sultan ni.

Ok, Sultan Beyazid ni merupakan cicit kepada Sultan Osman 1 dan moyang beliau merupakan pengasas kepada pemerintahan Uthmaniyyah. Bapa Sultan Beyazid ialah Sultan Murad I. Kemudian dari keturunan Sultan Beyazid lahir cicit belilau bernama Sultan Mehmet II iaitu penakluk Constantinopel(Istanbul) dan bermula kegemilangan Islam pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1453 dengan  sehingga tahun 1922. Jatuh sebab Mustafa Kemal Ataturk.


Kofteci Yusuf

Sebelum gerak ke Istanbul singgah sini dulu untuk lunch. Kofteci Yusof ini umpama McDonald versi Turki dan menunya lebih kepada makanan tradisi Turki.






Istanbul

Destinasi terakhir untuk hari ini dan bandar terakhir sebelum balik ke Malaysia juga bandar pertama singgah semasa baru sampai dari Malaysia.




Galata Bridge

Dari Bursa ke Istanbul perjalanan lebih kurang 3 jam. Kami tiba di sini waktu dah hampir senja. Bas turunkan kami di atas jambatan dan kami kena jalan kaki untuk ke bawah jambatan. Di bawah jambatan tu ada beberapa restoren dan aku pun tak ingat restoren mana satu kami makan. Yang aku tahu semua restoren di situ sajikan makanan laut seperti ikan dan lain-lain.

Me dan Bonda Mertua di Jambatan Galata
my feveret senja view... sunset
stunning view..


Ameen dan Masjid Sulaiman di belakang..




dinner time with geng kembara Turki...

Menu ikan bakaq dan tak tinggal sup...

Akgun Istanbul Hotel



Selesai dinner terus ke Akgun Hotel untuk check-in 2 malam di situ. Setibanya di hotel bermakna tamatlah kisah untuk hari ini dari Bursa ke Istanbul. InshaaAllah kisah kembara seterusnya pada post akan datang Hari ke-7...
http://azhartravelog.blogspot.com/2019/11/kembara-turki-2019-jalan-jalan-istanbul.html

Post terdahulu,


No comments: