Assalamualaikum...
Malam semalam tiba di campsite Jungfrau agak lewat lebih kurang pukul 9.30 malam. Sebaik tiba terus ke pejabat reception untuk check in tapi tutuplah pulak. Alamak! mana pulak dorang nih! Badan guwe sudah capek bangat nih driving 8 jam Paris. Perut pulak sudah keroncong dendang lagu untuk ana. Tengok di sebelah pejabat nampak meriah dan terang benderang. Restoren agaknya. Tapi, takkanlah ada reception dalam tu?
Sedang fikir-fikir macamana nak check in, tiba-tiba datang seorang lelaki mat saleh, badan besar, tinggi 6 kaki++ dan bertopi koboi lalu bertanya kepada kami, "mau check in ya?" jawab kami... "iee ya.." (perbualan ini telah dialih ke bahasa indonesia)
Dia tanya lagi, "siapa nama kamu?", aku pun jawab sambil tunjuk kertas booking.com tertera nama ako...
Dia berkata, " Ooo ok... Mr Noor, jom ikut saya" Biasalah orang putih akan panggil nama bapak...
Kemudian kami semua ikut mat saleh topi koboi tu menghala ke chalet kami yang letaknya lebih kurang 100 meter dari pejabat.
Sebaik tiba dan masuk ke dalam chalet... Alhamdulillah.. nampak besar dan lengkap chalet ni. Ada dapur, ruang makan, 2 bilik... terasa best seketika. Padanlah dengan rate satu malam, rm620. Tempat pun cantik. Tak rugi book kat situ. Dapatlah berehat-rehat lebih sikit dan tak payah drive jauh-jauh esok. Sambil tu boleh menikmati pemandangan kawasan sekitar.
Sambung balik cerita pasal chalet. Menurut Mr Saleh topi koboi, chalet ni boleh muat 6 orang. Meja dan sofa di ruang makan boleh lipat dan jadikan katil. Dapur tu boleh masak, bilik air, heater... bla..bla..bla... adalah dekat 5 minit dia cerita pasal chalet tu. Kami semua angguk-angguk tanda faham.
Last sekali, Mr Saleh Swiss tu cakap.. "have a nice day and good night" aku pun jawab, "Thanks you very much sir and see you tomorrow... oppps! wait seminit.. how about the payment?" Mat Saleh tu jawab, masa check out nanti setel. Aku jawab, Orait! Thanks again.
Selepas Mr Saleh keluar dari chalet, kami terus keluarkan beg untuk dipindah masuk ke chalet. Dah masuk hari ke-4 macam tulah keje kami semua, ngangkut keluar masuk beg dari kereta.
Kemudian keluarkan makanan, masak air, masak makanan, lepas tu makan berjemaah sambil borak-borak yang sekali sekala buat lawak yang tak berapa punch line dan lebih kurang pukul 12 malam, semua dah ngantuk maka masa untuk tidooo...zzzzzzz....
 |
On the way jalan-jalan sebelah tasek.. |
 |
Zoom jangan tak zoom.... |
 |
Kalau tak kabus sure color biru tasek ni... apapun, pemandangan sangat awesome! |

 |
Macam lukisan kata kawan aku kat FB... |
 |
Kereta GB at Swiss.... |
 |
Tu dia, chef Asri sedang goreng telur untuk lunch... strawberry beli kat Coop... |
 |
Tu dia makanan lunch sudah selamat terhidang... |
Aktiviti hari ke-2 di Swiss kami cuma
jalan-jalan sekitar pekan Lauterbrunnen, Hajat hati nak naik Tops of Euro tapi
cuaca pulak tak berapa cun. So, jalan-jalan tengok pemandangan sekitar, tengok
sungai, tengok tasik dan tengok gunung yang berkabus.
Kemudian singgah Coop beli telur, roti,
strawberry dan lain-lain untuk makanan lunch nanti. 1st time dalam 4 hari dapat
makan tengahari proper sikit dengan sudu garpu pinggan dan cawan. Tukang masak
ialah Chef Asri. Menunya ialah scrable egg cecah kacang pis. Bolehlah dari
takda... hehe..
Selepas lunch Asri ajak cari kable USB kat
Interlaken untuk setelkan Garmin GPS dia. Kabel dapat beli(CHF15.00) tapi
gagal jugak nak transfer dari PC ke GPS sebab line internet kat cyber cafe
slow... huhu... Nampaknya kene pakai GPS iPhone6 Asri lagi laa untuk next travel ke
German.
Aktiviti lepas lunch pula dorang keluar
cari kabel dan aku tidur. Sebelah malam pula lepak-lepak sambil makan kacang
sampailah semua mengantuk. Memang hari ini dapat rest lebih sikit simpan tenaga
untuk perjalanan seterusnya esok.
Penemuan hasil jalan-jalan hari ini,
1. Di Swiss mereka prefer matawang
Swiss(CHF) dari Euro. Masih bole guna Euro cuma balance nanti pulang dalam
matawaang CHF.
2. Duit Siling Euro tak laku di Swiss.
No comments:
Post a Comment