Sunday 24 February 2019

Kembara Eropah 2018 France-Italy-Swiss 20 Oct-1 Nov ~ Hari 9

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-9 ~ 29 Oct 2018

4 hari 3 malam berada di bumi Switzerland rasa tak puas dek kerana keindahan alam ciptaan Allah yang sangat memukau mata sesiapa yang memandang. Ditambah lagi dengan keindahan pemandangan musim autumn dan gabungan salji yang turun di pekan dan kampung berdekatan adalah pengalaman yang sangat-sangat menerujakan kami sekeluarga. Lauterbrunnen dan Grindelwald tempat wajib singgah kalau datang ke Swiss.

Alhamdulillah, sepanjang 9 hari kembara dari Paris ke Evian Les Bains & Geneva dan kemudian ke Verona/Venice lepas tu ke Bormio hinggalah hari ini nak gerak balik semula ke Paris, dapat merasa berbagai cuaca dan kemuncaknya bila dapat merasa salji turun pada musim autumn. Kat area banjaran Swiss ni bukan saja salji turun pada musim autumn, pada musim spring pun ada. Cuma musim summer je tak sure ada salji ke tak sebab belum ada pengalaman lagi datang pada musim tu.

Hari ni nak gerak balik ke Paris semula dan diramalkan cuaca kat sana akan hujan untuk 2-3 akan datang. Kalau boleh kami nak cuaca cerah tapi kalau ditakdirkan hujan kami terima seadanya.


Jungfrau - Paris (636 km)

Plan route

Perjalanan paling jauh sepanjang 9 hari kembara.  Kalau tengok kat map 7 jam perjalanan tapi aku jangka akan cecah 9 jam sebab ada tempat nak singgah. Aku target tiba di guesthotel kat Paris sebelum maghrib jadi pagi ni kene gerak seawal yang boleh dari Jungfrau.

Dalam perjalanan nanti cuma ada 1 tempat je nak singgah iaiti Kota Bern iaitu ibu negara Switzerland. Nak singgah sebab sejalan nak ke Paris. Lagi satu sebab nak tengok ada apa kat Bern yang aku baru tau bandar tu ibu negara Switzerland. Mati-mati aku ingatkan Zurich disebabkan komposisi bandar ini paling besar dan ramai penduduk di Switzerland tapi rupanya bukan.



Last day in Jungfrau Camping Holiday Park


stereng belah kiri ya...
bai-bai my chalet 4 hari 3 malam



Jungfrau - Bern (67 km)




Dari Jungfrau ke Bern jarak dalam 67 km ikut laluan tepi Tasik Thun. Cuaca hari ini diramalkan mendung dan hujan atau salji. Masa kami gerak awal pagi dalam pukul 8 kawasan sekeliling masih berkabus.



Lake Thun at right











Bern

Dekat sejam perjalanan kami sampai di kota Bern. Memasuki kota Bern kami disajikan dengan panorama alam dan bangunan-bangunan persis di Geneva yang bercirikan bangunan eropah lama identiti Swiss. 

Kota Bern ni terbahagi kepada 2 iaitu kota tua dan baru. Kota tua telah menjadi warisan dunia dari UNESCO. Di situ ada kawasan terkenal dikenali sebagai Zytglogge yang di situ terdapat Bern Clock Tower iaitu jam besar era medieval yang berusia 800 tahun.

Kami mulanya nak pegi ke kawasan kota tua kat tempat jam besar tu tapi tak jumpa walaupun dah berada di situ. At last pusing-pusing je dari kota tua ke kota baru, naik bukit turun bukit dan kemudian keluar dari kota Bern dan menuju ke Paris.

Apa yang aku boleh kata tentang kota Bern bandar ni memey cantik. Lebih-lebih lagi pada musim Autumn. Ada kawasan bukit berdekatan kota tua yang kita boleh lihat panaroma dari atas. Juga boleh nampak banjaran Swiss yang puncaknya bersalji kalau tak berkabus. Di antara kota lama dan baru juga terdapat sungai yang merentang kota menambah keindahan kota ini.

Di Bern juga terdapat rumah Albert Einstein ketika muda yang dikenali sebagai Bern House. Bern House ni rumah flat je dan terletak di tingkat 2. Tapi aku tak singgah situ cuma nak share info je . Kalau korang berpeluang ke Bern bolehlah lawat rumah Albert Einstein yang terkenal dengan formula  e=mc2



Kalau nampak bangunan design macam ni bermakna anda sedang berada di Swiss

Tram..

Bas letrik

lorong-lorong di kota Bern



kawasan bukit dekat dengan kota lama


Pelancong dari Asia...
beberapa rumah di old town
Park sini sat dekat area kota tua nak ambik gambar dari atas jambatan



ingat kat Swiss takde mural macam ni... rupanya ada...

Bern - Paris (572 km)

Ok masa dah time gerak ke Paris. Tengok total km tu memey masih jauh perjalanan. Masa gerak dari kota Bern jam menunjukkan dekat pukul 10 am.

Keluar dari kota Bern masuk ke jalan highway takde tol kemudian melalui beberapa bandar yang 1st time lalu.

ETA - 5.35 petang

GPS ni tunjuk ETA kol 6.09 petang plak... sebab dia soh aku ikut jalan jauh sket...
tuang minyak sat...lengang pam minyak ni mungkin sebab mahal kot.. Ron 95 1.99 euro seliter...
dari jalan highway masuk ke jalan biasa pulak... ni dah dekat area sempadan Swiss-France



sempadan Swiss-France di Vallorbe
La ni France sudaa....




Kabus tebal kawasan ni..
























singgah lunch sat... tak ingat area mane... tapi dah dekat-dekat jalan nak masuk highway
Nasi berahim lauk telor.. janji perut tak lapar...


Dari jalan biasa masuk ke laluan highway bertol di Dole Choisey. Jarak ke Paris lebih kurang 400km lebih melalui highway bertol.

Menariknya sepanjang perjalanan dari Jungrau ke Bern di Swiss hingga ke sempadan dan kemudian simpang nak masuk highway laluan agak lengang dan tak banyak kereta. Memandu pun aman dan tak rasa letih sangat walaupun panorama tak seindah Verona-Bormio atau Bormio-Jungfrau. Namun laluan Bern-Vallorbe-Dole tetap ada keistimewaan tersendiri. Paling penting dapat tatap dengan mata sendiri suasana bandar-bandar kecil di sepanjang perjalanan.

Semua jalan hari ini kecuali highway di France 1st time lalu. Masa 2015 drive dari Paris-Jungfau lalu jalan lain selepas keluar dari highway dan seingat aku jalan dulu tu banyak lalu terowong. Ini kelebihan kalau mengembara self drive ikut GPS je nak bawak kami lalu mana dan yang penting sampai.

Simpang ke highway bertol... huhu
425 km to go...
Sepanjang laluan highway di France juga agak lengang tak banyak kereta kecuali selepas exit tol dan memasuki kota Paris baru jumpa jem. Mungkin sebab waktu tu dah pukul 5 lebih dan adalah waktu puncak bagi warga Paris balik kerja.

Jem!


Chatihotes

Guesthotel ni terletak di alamat: 9 rue François Barrey, 92320 Châtillon, France. Tak jauh dari bandar Paris dan paling penting guesthotel ni dekat dengan station tram(Vauban) dan train(Chatillon-Montrouge). Esok plan nak ke Eifel Tower naik train je.

Cam bese guesthotel ni aku cari kat booking.com. Rating tinggi guesthotel ni sebab tu aku pilih dok sini. Masa kami check-in owner pegi holiday dengan family. Abang dia yang datang assist dan bagi kunci. 

Masa kami tiba di Paris rupanya tengah cuti sekolah 2 minggu sempena Autumn Break start 21 Oct hingga 4 Nov. Patutlah owner guesthotel pun pegi bercuti.

sampai sudaa depan guesthotel... 


Gambar ni aku snap masa check-out tu nampak kusut sket... wife aku tido sini...
katil aku..
Syirah sorang-sorang tido kat atas loteng...
Dapur & Dining




view belakang bilik


jalan terus ni ke jalan besar... ada station tram kat situ
ni kat tingkat bawah... siap mesin basuh dan dryer... 

Guesthotel ni bukan saja dekat dengan station Tram(150 meter) & Train(700 meter) juga terdapat beberapa restoren halal dan paling dekat ialah Chic Kebab yang letaknya dekat dengan station Tram Vauban.

Berdekatan dengan station Tram Vauban juga terdapat Masjid Chatillon menjadikan kawasan ni mesra muslim kerana ramai orang muslim tinggal di kawasan ni. Memey aku tak salah pilih guesthotel ni bukan saja selesa untuk 3 beranak juga susun atur bilik yang cantik, kemas dan bersih.

Selepas maghrib masing-masing perut dah lapar, so di Chic Kebab jadi pilihan kami untuk dinner.


@ Chic Kebab


muka selepas mengharungi 9 jam perjalanan dari Jungfrau ke Paris..





Sekian kisah kembara Hari ke-9 tentang perjalanan dari Jungfrau di Switzerland, singgah di kota Bern dan kemudian ke Paris. Perjalanan yang agak jauh namun telah menjadi kenangan dan pengalaman berharga bagi kami sekeluarga.


Post terdahulu,
Hari Travel & Hari 1