Sunday 30 June 2019

Kembara Turki 2019 ~ Ankara-Salt Lake-Cappadocia

Assalamualaikum wbt..

ANKARA ~ Hari ke-2, 18 Apr 2018

Bandar ke-2 singgah selepas Istanbul untuk siri Kembara Turki 2019. Di Ankara kami bermalam di Hotel Royal Carine yang terletak di tepi jalan Cankiri di tengah bandar.

Berbanding Istanbul, bandar ini lebih sejuk kerana kedudukannya 1000 meter dari paras laut. Aku dapat rasa malam tadi semasa keluar dari bas menuju ke hotel. Walaupun jarak sekangkang kera dari pintu bas ke pintu hotel namun dia punya sejuk sampai ke tulang. Pulak tu aku cuma pakai sweater. Rasanya suhu malam tadi dalam 3-4 celcius.

Depan Hotel Royal Carine
Suhu hari ini 7-12 celcius... memey sejuk..

Ankara, merupakan ibu negara Turki yang terletak di rantau Anatolia atau di tanah belah Asia. Ankara bukanlah bandar tumpuan pelancong seperti Istanbul atau Cappadocia. Ia lebih dikenali sebagai pusat bandar pemerintahan sejak presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kamal Artatuk mengistiharkan sebagai ibu negara pada tahun 1923. 

Singgah Ankara ni sebab kedudukan bandar ni di pertengahan perjalanan antara Istanbul dan Cappadocia. Kalau nak terus ke Cappadocia semalam agak jauh jadi singgah Ankara dan sambil tu melawat tempat menarik di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Cappadocia.


Apa yang menarik di Ankara?

Bagi pengkagum Mustafa Kamal Ataturk, bandar ini memang sesuai untuk mereka lawat kerana di bandar ini Kamal Ataturk disemadikankan walaupun beliau meninggal di Istanbul di istana Dolmabahce. Di Ankara kubur Kamal Artatuk terletak di puncak bukit yang di beri nama Anitkabir. Nanti aku cerita lebih lanjut berserta gambar sekali kat bawah.

Bagi aku lebih teruja nak melawat masjid terbesar di Turki (sebelum Grand Mosque dibina) yang boleh memuatkan sehingga 24,000 jemaah. Juga kena baca sampai habis kalau nak tau pasal masjd ni.

Lain-lain hal menarik, walaupun kedudukan Ankara di belah tanah Asia tapi kebanyakkan penduduk di sini terutana golongan muda lebih suka mereka dianggap orang eropah. Lagi satu dorang ni tak suka dianggap bangsa Arab berikutan pengaruh bekas presiden pertama yang anti arab hingga tergamak menukar bahasa azan dan Al-Quran ke bahasa Turki.

Nasib ada golongan tua yang masih sedar diri dan juga golongan pro-Islam yang mahu cahaya Islam terus subur di Turki. Turki sekarang bukan macam dulu-dulu. Banyak dah berubah. Azan dah kembali dilaungkan dalam bahasa arab. Sekolah-sekolah tahfiz tumbuh macam cendawan dan melahirkan ramai hafizullah.

Bangsa Turki ni ada sejarah tersendiri sejak dari zaman Rasulullah saw yang sangat disegani dengan kekentalan dan kekuatan. Sebab itu selepas Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluk Costantinopel(Istanbul) melalui Khalifah Uthmaniyah berjaya menakluk 2/3 bumi dan menyebarkan Islam.

Tanah melayu juga tidak terkecuali dan mempunyai hubungan erat dengan Khalifah Uthmaniyah. Buktinya boleh dilihat pada bendera dibeberapa negeri yang mempunyai simbol bulan dan bintang. Antara negeri tersebut ialah negeri asal aku iaitu Johor Darul Takzim.


Bendera Johor di dada
Bendera Turki di atas kepala


Kocatepe Camii

Tempat pertama lawatan di Ankara.

Masjid terbesar di Turki(Sebelum Masjid Camlica di Istanbul siap). Dibina pada tahun 1967 dan siap pada tahun 1987. 20 tahun untuk siapkan sebab beberapa kali pembinaan ditangguhkan. Reka bentuk masjid seperti kubah mengikut gaya seni bina ottoman klasik sama seperti Masjid Biru. Masjid ini berkonsepkan moden dan yang pertama dilengkapi elektrik.



  


Ojay kongsi info tentang masjid ni..


 

Wefie dengan bonda mertua..
walaupun matahari terik tapi dia punya sejuk bak hang... 7-8 celcius time ni..

ni nama dia begambo bersepah..
Shidah dan Ayoh
Hj Sham & Wid... banyok tol photo boom kat belakang tuu..

acara begambo dengan banner turki..
yang belum nikah boleh begambo...


Memorial Kamal Artatuk


jarak masjid kocatepe dengan makam kamal artatuk

Dari Masjid Kocatepe kami ke muzium yang disitu terletak kubur artatuk. Lokasinya di bukit Anitkabir. Jarak ke situ dalam 4km je. Oleh kerana bas tak boleh parking betul-betul depan pintu gerbang memorial, kami kena jalan kaki naik ke bukit. Bukit tu taklah tinggi sangat dan agak landai. Jadi tak berapa mengah sangat jalan kaki. Sambil jalan sambil Ojay share info berkenaan memorial muzium artatuk. Aku tak berapa minat sangat nak dengar cuma berminat nak petik lensa kamera aku je. Hasilnya di bawah..

Dalam perjalanan jalan kaki naik bukit stop kejap untuk Ojay share info..
Kusyuk dengo Ojay cerita..

Abe Syed & Hj Hishamudian... sekali pandang macam orang sini, 2 kali macam orang sana...
yo..
sambil-sambil lihat keliling kalau ada yang lalu lalang...
berjalan menuju puncak..
sampai dah kat dataran memorial & muzium kamal artatuk
Di bangunan belakang itu jasad Mustafa Kamal Artatuk disemadikan di bawah batu marmar..
Geng kanak-kanak riang... 
belakang tu tegak berdiri tak bergerak.. kelip mata pun tak..
Sebagaimana tegak pengawal tu berdiri bagai tu juga anak rembau dan akak wan bella berdiri...

upacara pertukaran shift pengawal memorial & muzium @ makan artatuk dengan protokol
Di belakang budak-budak itulah terletak jasad Kamal Artatuk

Besar juga kawasan memorial Kamal Artatuk ni. Bukan saja ada bangunan yang menempatkan jasad Kamal Artatuk yang diletakkan di bawah batu marmar. Juga ada muzium dan dataran yang boleh muat hingga 15,000 orang. Menunjukkan betapa Mustafa Kamal Artatuk lebih disanjung rakyat Turki berbanding Sultan-Sultan Khalifah Uthmaniyah.

Hari ini pada tanggal 9 November setiap tahun pada jam 9.05 semua rakyat Turki akan bertafakur seketika menghormati hari kematian Presiden Pertama Republik Turki. Di memorial ini pula rakyat Turki akan memenuhi dataran untuk upacara memperingati tarikh dan waktu itu.

Peringatan untuk mereka yang datang Turki jangan mengata sembarangan pasal Artatuk walaupun kita tau beliau siapa. Rakyat Turki hingga kini beliau masih menyanjung beliau bukan saja sebagai Bapa Turki Moden juga tokoh yang membebaskan Turki dari penjajah.

Ok, sekian kisah pasal Kamal Artatuk sempena hari melawat memorial tempat beliau disemadikan

Beso bai dataran memorial no

Sejam gak kami diberi masa melawat kawasan di memorial. Tiba masa meninggalkan tempat ini untuk menuju ke lokasi lawatan seterusnya. Dalam perjalanan menuju ke lokasi tempat bas parking, kami telah diberitahu keluar dari gerbang memorial kena belok ke kanan. Dengan yakinnya kami pun ikut apa yang telah diberitahu. Lagipun memang nampak deretan bas parking kat situ. 

Dekat setengah jam gak cari bas tak jumpa rupanya bas parking kat tempat kami diturunkan tadi. Sape punya arahan daa... dah lah nak terkucil masa tu cari bas. Nasib jumpa toilet, maka dapatlah kami semua lepaskan hajat yang terendam. Ada hikmah sebenarnya sesat cari bas.


Jauh dah jalan ni... mane bas?
Mak Kam & Mak Mertua... "Mane bas zhar?"
Mana bas daaa?
Bagus gak salah jalan... dapat begambo background bandar Ankara..
Ok semua! Jom patah balik!


Salt Lake - Tuz Golu

Destinasi seterusnya menuju ke Cappadocia.

Sementara tu dalam perjalanan nak singgah Tuz Golu iaitu tasik air masin terbesar di Turki dan dunia. Walaupun tasik ni besar tapi sebenarnya cetek je dalam 1-4 kaki je. Pada musim panas air tasik akan kering dan masa tu hasil garamnya dikeluarkan untuk dijadikan produk ubatan dan juga pencuci muka. Buat masak pun boleh.


Sejam lebih perjalanan dari Ankara
Tuz Golu dalam bahasa melayu tasik garam
ape benda dia tulis ni... macam ada maksud selamatkan alam sekitar...
buat apa tu bang?kumpul garam ke?hehe...
besar bai tasik ni... besar dan cetek..
kelihatan garam-garam di situ...
nun sana tu kedai jual produk-produk berasaskan garam... juga ada jual sourvenir kat situ..



Kita tinggalkan tasik air masin dengan garamnya untuk menuju destinasi seterusnya iaitu Cappadocia.

Cappadocia, selain Istanbul merupakan lokasi paling popular di Turki. Banyak tempat menarik dan memukau pandangan di situ menyebabkan ia sangat popular dikalangan pelancong. Bagi aku ini kali ke-2 datang Cappadocia dan masa 1st time datang dulu pada 2016 tak sampai suku jelajah Cappadocia. Harap datang kali ni cover tempat lain pulak.

Klik link ni kalau nak tau serba sedikit pasal Cappadocia masa aku datang sini pada 2016.


Ceramic Atelier

Memasuki wilayah Cappadocia kami singgah di satu tempat pembuatan ceramic yang terletak di lereng bukit dan dalam gua. Kami di bawa ke sini untuk melihat hasil kerja tangan orang Turki membuat tembikar. Melawat tempat begini adalah acara wajib tour agent di sana sebagai satu cara memperkenalkan produk Turki. Bagus sebenarnya demi ekonomi rakyat Turki.


Ada mafla Johor & Kelantan... ni mesti grup sebelum-sebelum ni bagi kat dorang..



anak rembau buat lawak tembikar

Di sini kami dipersembahkan cara tradisional bagaimana tembikar dibuat dari tanah dan kemudian menjadi bentuk yang diingini. Bagi yang mahir proses ini memang mudah. Bila salah seorang peserta kembara diminta mencuba, nampak kepayahannya di situ ditambah yang cuba buat tu kelakar orangnya maka gelak sakan semua.


antara produk tembikar... 

Selepas show buat tembikar kami dibawa melawat koleksi produk tembikar. Besar juga gua tembikar siap ada bilik-bilik. Tembikar di sini bukan biasa-biasa sebab ada yang glow in the dark. Dorang siap test tutup lampu dan dalam suasana gelap kelihatan ada cahaya kebiruan pada tembikar. Ingat nak sambar 1-2 tembikar tapi bila tengok harga tak jadi plak. Mahai bai.


Acara selepas melawat... begambo ramai-ramai dengan banner


Camel Rock, Cappadocia

Selesai di Ceramic Atelier lokasi seterusnya ialah check-in hotel. Semasa memasuki daerah Gerome kami disajikan dengan lanskap unik yang terdiri dari gua, lembah, ngarai dan formasi batu-batan yang berdiri tegak  persis cendawan. Lanskap unik ini terbetuk sejak puluh ribuan atau ratusan ribu tahun dulu hasil dari gempa bumi juga tiupan angin dan yang pasti semua yang terjadi ini atas kebesaran Allah sebagai anugerah untuk rakyat Turki di Cappadocia khasnya. Memang sangat indah pemandangan di sini dan tak puas memandang.

Dalam perjalanan kami singgah di satu tempat bernama Camel Rock di Gerome. Masa tiba kat situ waktu dah menunjukkan pukul 6 lebih. Kedai-kedai banyak dah tutup dan hanya tinggal 1 je bukak. Di situ ada yang layan beli sorvenir dan ada yang layan view sambil buat aksi dan bergambo. Macam-macam style ade. Tengoklah gambar...

Kedai ni je yang bukak kat Camel Rozk






Lebih kurang pukul 7.45 kami tiba di Hotel Mustafa yang terletak dalam pekan Urgup. Di sini kami check-in untuk 3 hari 2 malam. Lebih hari di Cappadocia sebab banyak tempat menarik nak melawat esok dan lusa. 

Sekian kisah Hari ke-2 dan bersambung pada Hari ke-3....

Post terdahulu,



1 comment:

Barracuda said...

Keren bang thanks for sharing ,.