Monday 25 December 2017

Jalan-Jalan Korea : Jeju kami datang, 25-27 Nov 2017 ~ Part 3

Assalamualaikum,

Hari ke-3, 25 Nov 2017

Last day in Busan dan destinasi seterusnya ke Pulau Jeju. Dari Busan ke Jeju ada 2 cara, dengan Ferry atau Flight. Dengan Ferry 12 jam perjalanan dan cuma ada 3x seminggu. Jadi, untuk jimat masa lebih baik naik flight dan cuma ambil masa 50 minit aje.




Oleh kerana flight ke Jeju pukul 3 petang, jadi kami plan awal pagi nak keluar jalan-jalan bandar Busan mana yang sempat. Plan nak keluar pukul 8 pagi. Jalan-jalan dalam 2 jam lepas tu balik ke guesthouse dalam pukul 10.30 pg, berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi. 

Tapi itu hanyalah plan. 

Realitinya, 
Bangun pagi, mandi, masak sarapan kemudian sarapan dan tengok jam sudah menunjukkan dekat pukul 10 pagi. Ada sejam lagi mana sempat nak jengjalan. Sementara nak tunggu check-out pukul 11, lepak-lepak dalam bilik dan plan macamana dari guesthouse nak pegi ke airport.


My room @ Mint Paradise Guesthouse

Ok la bilik ni sesuai untuk 3 orang

Dari Guesthouse/Busan Station  ke Gimhae Busan airport ada beberapa cara,
  • BAS > 6000 won seorang (rm23)
  • TRAIN > Kena 2 kali transfer dari Line 1 ke Line 2 kat Seomyeon dan Line 2 ke Light Rail Transit kat Sasang (murah tapi leceh nak angkut beg keluar masuk Subway dan tukar line)
  • AIRPORT SHUTTLE > 25000-40000 Won (rm95-rm152)
  • TAXI > 15000-20000 Won (rm57-rm76)

Kalau tengok senarai kat atas paling jimat ialah naik Bas atau Train. Cuma kalau naik bas kena sorong beg dari guesthouse sampai ke Busan Station bukannya Busan Subway Station tau.

Nak ke Busan Station kena jalan kaki dengan sorong beg 500 meter dari guesthouse dan kena masuk dan keluar subway lalu tangga. Naik turun tangga tu yang tak larat sebab kena angkat beg.

Manakala kalau naik Train lebih kurang memenatkan macam naik bas dan kena 2 kali transfer Line.  

Note : Busan Station dan Busan Subway Station adalah stesyen yang berbeza tapi guna nama yang sama iaitu Busan Station. Jarak dalam 300 meter tapi kalau salah jalan kaki boleh jadi 1 km.

Keputusannya, bila tiba kat Busan Subway Station aku tahan teksi dan tanya drebar taxi berapa tambang, lalu dia tunjuk meter. Ok, tawakkal dan berharap tak lebih 20k won.

Alhamdulillah, tak sampai setengah jam dah sampai airport dan tambangnya ialah 13600 won(rm52). Oklah untuk jarak 20km. Lagi murah dari naik bas dan yang penting tak penat angkat dan usung beg.


Dalam teksi on the way to airport
Sikit lagi sampai Gimhae Busan Airport
Gimhae Busan Airport

Sebab naik teksi, kami sampai airport agak awal dalam pada pukul 11 lebih. Flight ke Jeju pada pukul 3.05 petang. Jadi sempatlah kami jalan-jalan dan tengok apa yang menarik kat dalam airport Busan.

Jalan punya jalan jumpa port baik punya untuk lepak dan solat iaitu kat tingkat atas. Tempat tu macam balkoni besar dan ada pokok-pokok bunga yang sedap mata memandang.

Kat situ juga sambil lepak sambil makan megi dan minum kopi. Air panas nak masak megi ada disediakan kat mesin air panas kat tingkat bawah.




Cuaca sejuk 8 celcius lepas tu makan megi panas-panas... fuh! memey lazat..
3D mural...
Korean Air punya Steward baju macam pilot... ingatkan pilot tadi tolong angkat beg...


Perjalanan menaiki Korean Air dari Busan ke Pulau Jeju ambil masa 50 minit merentasi Lautan Kuning(Yellow Sea). Kami tiba di Jeju Airport pada pukul 4 petang.

Di Jeju kami sewa kereta melalui agen keretasewajeju. Agen ni the only orang Malaysia yang uruskan kereta sewa untuk mereka yang hendak sewa kereta di Jeju. Aku dapat tahu pasal keretasewajeju dari hasil menggoogle. Cara nak sewa kena pegi ke web keretasewajeju.com kemudian isi borang dan submit.

Seterusnya admin keretasewajeju akan hubungi kita melalui email dan Whatsup untuk urusan bayaran dan cara-cara nak ambil kereta dari airport.

Kenapa perlu sewa kereta di Jeju?

  • Kerana pulau Jeju sangat besar iaitu 3x ganda dari Singapore dan lokasi antara tempat menarik kat sana agak jauh.
  • Kat Jeju takde Subway Train. Jadi, pilihan yang ada samada naik teksi atau bas tapi masalahnya pergerakan kita akan jadi lambat sebab kena tunggu public transport. Jika naik bas kena berjalan jauh terutama macam aku pilih guesthouse yang jauh dari jalan raya utama.
  • Dengan kereta sewa kita bebas bergerak ke sana ke mari pada bila-bila masa dan yang penting senang nak cari restoran halal. 

Cuma, cabaran drive keta di Jeju ialah stereng belah kiri dan jalan raya lorong belah kanan. Juga risiko kemalangan. Sebab tu kalau nak sewa kereta kena ambil sekali insuran penuh untuk standby jika berlaku perkara tak diingini.

Dari airport akan disediakan Shuttle untuk ke tempat ambil kereta. Cara-cara dari airport nak ke terminal shuttle ada dalam email keretasewajeju. Cuma kena jalan kaki je tak sampai 5 minit.

Dari airport ke tempat ambil kereta sewa dalam 10 min je dah sampai. Selepas tu urusan ambil kereta dan pastikan semua dokumen ini ada,

  • Lesen Memandu Antarabangsa - Kena mohon di JPJ dan bayar rm150.
  • Passport
  • Booking Reference - melalui email keretasewajeju

Selepas diberi kunci wakil syarikat kereta akan bawa kita ke tempat pengambilan dan sebelum gerak kena check kereta tu dan ambil gambar sekali. Segala calar balar pada body kereta kena snap sebagai bukti bukan kita yang calarkan.

Juga kena pastikan berapa level minyak supaya semasa pulang nanti sama masa ambil. Sepatutnya kena penuh tapi masa aku ambil kereta ni minyak tak sampai separuh.

Kia Morning... 3 hari rm437 siap insuran..




Calar-calar ni semua kena snap supaya dorang tak tuduh nanti kita yang calarkan...
Patutnya penuh... ni separuh je... hmmm...

Selepas check apa yang patut, tiba masa untuk masuk dalam kereta dan start engine. Mula-mula memang kekok sebab kena masuk pintu dari sebelah kiri yang biasa untuk penumpang hadapan. Lagi satu nanti kena drive kat jalanraya lorong belah kanan.

Bila memandu kena ingat ni,

  • Kalau nak masuk simpang kanan kena tengok belah kiri dulu.
  • Kalau nak masuk simpang kiri kena cross lorong dan juga tengok kiri dulu.
  • Kalau memandu perlahan kena lalu lorong paling kanan.

Mencabar tak? Mula-mula je, pastu nanti ok. Apa yang penting kena fokus dengan pemanduan dan kena ingat kita memandu kat negara orang.




Dari tempat collect kereta plan nak pegi makan dulu sebelum check-in guesthouse. Cabaran pertama setel, cabaran kedua ialah GPS yang disediakan dalam kereta ni bahasa korea pulak. Nasib baik restaurant yang kami nak pegi ada dalam Waze. Terus set dan enjoy the journey.

Perjalanan ke Mulmaegol Restaurant ambil masa dalam 20-30 minit. Alhamdulillah, jumpa tempat ni tanpa ada masalah.

Mulmaegol Restaurant ni dalam kategori Muslim Friendly sebab semua makanan dia dari sayuran seperti labu, kobis dan lain-lain. Labu ni boleh nampak tanam kat depan restaurant je. Nak tengok certificate Muslim Friendy ada kat video atas.

Masa mula sampai dan tengok rupa restaurant macam sebijik rumah bungalow. Tempat dia memang terpencil dan bukan kawasan kedai. Jadi aku rasa ini memang rumah dan dijadikan restaurant. Oklah, makan kat sini macam makan kat rumah mak sedara sebab suasana memang dalam rumah. Dari tempat makan boleh nampak dapur dan boleh nampak ahjuma sediakan makanan.

Apa rasa makanan tu? Oklah, bagi aku yang tak berapa suka sangat makanan korea. Makanan korea ni yang bagusnya tak menggemukkan. Ya lah, makan sayur je...


Mulmaegol belah kanan.. aku rasa rumah owner buat restaurant... gambo dari google street view.
Iternari Hari pertama di Jeju... 2 tempat je sempat..

Bahagian depan dan pintu masuk restaurant
Bahagian tepi restaurant
Toilet

Boleh nampak dapur
Sayur belaka

begambo dengan mak sedara aka owner Mulmaegol Restaurant
Laluan dari Mulmaegol ke Bae Bae Guesthouse

Sehari suntuk dah perjalanan dari Busan ke Jeju. Dari naik teksi ke airport lepas tu naik flight dan kemudian self drive in Jeju. 

Self drive ni bagi aku bukanlah pengalaman baru sebab pernah drive di Europe, UK dan New Zealand. Cuma drive dengan stereng belah kiri itu adalah 1st time. Takdelah susah sangat sebenarnya cuma tak biasa dengan tangan kanan tolak gear. Tu yang kadang-kadang terlupa nak letak gear kat P bila matikan engine. Bila tak boleh start baru perasan gear kat D... haha...

Apapun untuk cerita Hari ke-2 di Jeju dan Hari ke-4 di Korea bersambung pada post akan datang Part 4, https://azhartravelog.blogspot.my/2017/12/jalan-jalan-korea-jeju-kami-datang-25_31.html

Post-post terdahulu boleh baca kat sini,

No comments: