Jalan-Jalan Korea : Train to Busan, 22-25 Nov 2017 ~ Part 2
Assalamualaikum,
Hari ke - 2 : 24 Nov 2017
Pagi ni di Busan bangun tido agak mencabar sikit sebab waktu Subuh pada pukul 5.21 iaitu bersamaan 4.21 di Malaysia. Jadi rutin bangun kene awalkan ikut waktu sini supaya tak tersasar solat Subuh. Nasib henfon bila roaming akan automatik set ke local time jadi tak perlu ubah waktu alarm clock.
Selepas bersiap dan sarapan nasi goreng abang brahim ada morning discussion sesama ahli keluarga. Seperti di maklumkan Insyirah adalah person incharge iternari. Jadi dia kena bentangkan ke mana tujuan kami hari ini.
Seperti yang telah disusun dalam iternari ada beberapa tempat nak pegi dan tempat pertama ialah Gamchon Culture Village.
Kenapa tempat ni yang pertama?
Sebab kata orang belum sampai Busan kalau tak ke kampung ni.
Hmmmn... apa yang best kampung ni ek?
at depan Mint Paradise Guesthouse
Iternari oleh Syirah
dari 8 tempat sempat pegi separuh je untuk 1 whole day in Busan
Gamchon Cultural Village
Cara nak ke kampung ni jika dari Busan Subway Station,
Naik train Line 1 hala ke Sipyeong
Turun kat Toseong-dong dan keluar Exit 6
Jalan kaki ikut kaki lima dan cari perhentian bas dekat depan PNU Cancer Center
Tunggu bas no.2 atau 2-2. Tambang bas guna T-Money(1200 won sekali touch masa naik bas)
Kat mana nak turun? biasa yang naik bas tu akan ramai-ramai turun kat kampung tu dan kita boleh ikut turun sekali atau tanya je orang dalam bas. Masa kami hari tu ada orang korea yang dok sebelah bagi tau kat mana nak turun.
Ada apa kat kampung ni?
Kampung ni terkenal dengan jolokan "Santorini of Asia". Bezanya di Santorini rumah-rumah kat sana warna putih tapi di Gamcheon berwarna warni dan terletak di lereng bukit mengadap teluk. Selain tu, kat tepi-tepi jalan ada kedai jual makanan, kedai sourvenir, muzeum dan lain-lain tengok lah gambar...
Line 1 color oren
Laluan Subway Busan Station-Toseong Station
Laluan bas ke Kampung Budaya Gamchon dalam 15-20 minit.. Stop kat Gamcheon Elementary School
Dalam subway Busan Station tunggu train sampai.. masa ni jumpa 2 aweks malaysia yang sama2 nak ke Gamcheon
2 aweks belakang Fiza dan Ita yang kami baru kenal masa kat Busan Subway Station
Bas no 2-2 tapi tak naik sebab penuh
Pintu masuk Gamcheon Culture Village
Kat kampung ni kena jalan kaki je..
Makanan boleh makan kat kampung ni..
Kedai sourvenir
macam penah nampak ini kereta tapi di mana yeah?
eskrem pooo... tutup pulak kedai!
Nak begambo kat 2 patung ni punyalah lama kene beratur..
Stamp zone ni untuk pastikan kita sampai di tempat-tempat wajib sampai dan cop.. buku peta dan stamp ni bole beli kat kat information centre kampung ni..
Aku yang bersandar...
Untung kucing ni lahir je dok obersea..
Lebih 2 jam kami habiskan masa di sini. Memang banyak tempat menarik dan view spot untuk bergambar. Kat sini kita boleh tengok hasil seni penduduk-penduduk yang unik, kreatif dan berwarna-warni. Kira hasil seni dorang ini yang menjadikan Gamcheon Cultural Village kawasan tumpuan pelancong. Kat Malaysia kat area Ampang pun boleh buat kalau nak... hehe...
Terpana dengan keunikan kampung ni, walaupun jalan kaki naik bukit, naik tangga, turun bukit, kaki tak terasa penat. Cuma bila sampai di penghujung kampung baru terasa haus dan lapar.. ooo dah tengahari patutlah.. ok, next location cari tempat makan...
Nampak sedap strawberi itu... ya! memang sedap dan manis 4k won sebakul...
On the way Toseong Subway singgah kaki lima beli strawberi
Jagalchi Market
Dari Toseong Subway cuma 1 station je nak ke Jagalchi Market dan keluar Exit 10. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Jagalchi Market merupakan pasar makanan laut terbesar di Korea. Kebanyakkan peniaga kat sini ialah wanita pertengahan umur atau dipanggil "Ajumma". Tapi kalau boleh jangan panggil mereka "Ajumma", macam kurang sopan gitu. Lebih mesra panggil dorang "Imo"
Di sini semua hasil lautnya adalah segar-segar belaka dan bukan saja ada ikan, ketam, sotong atau udang je, daging ikan paus pun ada jual.
Train Route to Jagalchi Market
Kat Jagalchi Market boleh pilih nak makan kat indoor atau kedai-kedai kat tepi jalan. Memang sangat besar tempat ni dan rambang mata tengok seafood kat kiri kanan jalan. Plan asal nak makan kat dalam bangunan pasar tapi finally pilih makan kat kedai tepi jalan je.
Jangan risau semua kedai seafood di sini Muslim-Friendly sebab masakan berasaskan sayur dan makanan laut. Untuk lebih yakin tanya owner kedai guna minyak apa untuk masak. Sebab ada juga kedai guna wine untuk masak. Sebab tu kena tanya kalau tak yakin. Kalau dah tanya tapi masih tak yakin juga, pandai-pandai lah bawak bekal sebelum jalan-jalan...
Meriah kedai-kedai seafood di sini.
Ikan kering
Taejongdae Park
Selepas makan dan menunaikan yang wajid, destinasi seterusnya ke Taejongdae Park. Tempat ni terletak di hujung Pulau Yeongdo-Gu dan terkenal dengan tebing tinggi yang menjulur ke laut terbuka.
Cara ke sana dari Jagalchi dengan bas no 8, tambang bas 1200 won dan guna T-Money. Di sepanjang 30 minit perjalanan boleh lihat keindahan pemandangan laut walaupun hari dah menuju senja. Tak perlu risau nak kena turun kat mana kerana Taejongdae Park ialah perhentian terakhir bas.
Masa tiba kat situ hari dah nak maghrib. Dari bas station kena jalan kaki 200 meter mendaki bukit. Mengah gak sebab perut penuh seafood. Nasib baik sempat sampai stesyen untuk naik last Danubi Train. Sebelum naik train kena beli tiket dulu kat kaunter 2000 won sorang dan untuk Syirah 1500 won (Youth price).
Train ini akan bawa kita naik lagi ke atas bukit dan berhenti di beberapa perhentian. Perhentian ke-2 berhenti ngam-ngam tengah sunset dan dapatlah kami begambo mana yang sempat. Perhentian seterusnya ialah light house tapi kami tak turun sebab hari dah gelap. Sebenarnya tempat ni sangat cantik pemandangan laut dan tebing tinggi tapi apakan daya masa kami tiba hari dah nak gelap. Tapi, oklah dapat layan sunset kat situ.
Route bas dari Jagalchi ke Taejongdae Park
Dalam bas no 8 ke Taejongdae Park
Jalan kaki dari station bas ke station train Taejongdae Park...
sini pon ada kedai jual seafood..
Sunset @ Observatarium
Jalan-jalan kat Taejongdae Park adalah dalam sejam. Tak lama sebab tiba sini pun hari dah senja jadi tak banyak tempat boleh pegi dan nikmati pemandangan. Nak tau apa yang menarik kat sini bole baca kat link ni, http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264167
BUSAN International Film Festival(BIFF)
Lokasi ke-4 untuk hari ini di Busan. Dari Taejongdae kena naik bas no.8 juga sebab lokasinya dekat-dekat dengan Jagalchi.
Mulanya aku ingat ni tempat festival filem rupanya macam street market dan di sepanjang jalan ada cap-cap tangan artis korea, sutradara popular dan juga artis dari luar. Di kiri kanan juga terdapat kedai jual macam-macam seperti alat solek, sorvenir juga kedai makan seafood. Kat sini juga terjumpa kedai makan halal New Little Indian Restaurant dan kami dinner kat situ. Kat sini juga kami dan Fiza dengan Ita berpisah ke haluan masing-masing.
view dari Restoren India ada cop halal...
Sekian untuk kisah Jalan-Jalan Busan hari ni. Esok nak gerak ke Jeju pula. Untuk kisah perjalanan ke Jeju tunggu post akan datang..
No comments:
Post a Comment