Saturday 25 October 2014

Jalan-Jalan Jogjakarta & Bandung 6 Hari 4 Malam

Assalamualaikum wbt,

Kawe tangguhkan dulu sambungan kisah jalan-jalan New Zealand untuk beri laluan cerita Jogja-Bandung yang kawe pegi baru-baru ni pada 16-21/9/2014 lalu. InshaaAllah, part 4 kisah NZ akan disambung selepas ini...

Kenapa 6 Hari 4 Malam? 
Sebabnya ialah, 2 malam tidur di Jogja, 2 malam di Bandung dan 1 malam lagi tidur dalam keretapi Jogja ke Bandung pada 18/9/2014. 1st try naik ketapi di Indonesia. Saja je nak rasa suasana dalam ketapi coz last kawe naik ketapi di Malaysia 1991... huhu... lama tuh! Untuk urusan beli tiket ketapi semua Amir uruskan iaitu merangkap kawe punya kawan baik di Bandung dan juga tour guide sepanjang di Jogja dan Bandung.

Jalan-Jalan kali ni bersama GBK(Geng Budak Kerja Celcom) iaitu 2 geng dari JB, 2 geng dari Batu Pahat dan lagi 2 geng dari Melaka. Sepatutnya ada sorang lagi dari Melaka tetapi last minit cancel sebab baru teringat adik ipar dia kawen pada hujung minggu... haha... kesian tak dapat pegi.. tapi ada hikmah gak pegi 6 orang sebab tak payah pening nak kena bayar transport pergi balik rm700 dari JB-Changi Airport-JB... So, 6 orang muat untuk naik MPV dan kos cuma bayar parking, tol dan minyak yang lebih kurang rm300++... lebih separuh jimat..

inilah GBK bersama Amir(kanan sekali) tour guide kami yang diimport dari Bandung... Gambar ni berharga Rp40k..
Ok, taknak sembang banyak, layan aja gambar-gambar sepanjang kami kat sana dan antara yang menarik dapat ke kaki Gunung Merapi yang last meletup pada 2010. Namun agak kuciwa enggak dapat lihat puncak Merapi karena diseliputi kabus... aduh! frust bangat nih.... takpo eh! lain kali kene gi lagi nii... haha... kalau laa...

Tiba di Jogja jam 12.30pm(1.30pm waktu Malaysia) semua dah kebulur sebab tak sempat sarapan sejak gerak dari JB 7 am... dalam flight nasi lemak Pak Naser habis pulak... yg ada cuma sandwich.... landing je kat Jogja terus mintak Amir bawak pegi makan kat sini....sedap gak ayam ibu suhartik nii...
ni bilik kawe dengan Asree di Jogja... Hotel Abadi... betul2 depan train station kat Jogja... rm170++ 1 malam...
Destinasi pertama lawatan ke Candi Prambanan.... kira2 45 min dari Bandar Jogja... ni Candi untuk orang Hindu... tapi la ni keliling kawasan ni orang Islam yang ramai....  
GBK at Candi Prambanan...


Singgah Solat Maghrib di Masjid area Prambanan... Kiblat lari dekat 30 degree... salah kira agaknya masa buat masjid ni...
Welcome to Jogjakarta... gambo goyang sket... al-maklum kamera henfon shutter slow... 
Dinner Nasi Gudeg iaitu Nasi asasi orang Jogja... kene try sape datang Jogja, baru tau keenakkannya...
Hari ke 2 ~ 17 Sept 2014

Lokasi pertama ialah Borobudur....
topi & baju putih tu Pak Joko(sebenarnya lupa nama dia... ). Pak Joko ni tour guide khas untuk Borobudur. Masuk Borobudur kene bayo + Pak Joko fee Rp150k...
Keratan rentas Borobudur dari atas... lebih kurang 10 tingkat tinggi.... fuh!
warmup sebelum naik... begambo doloe...
topi asree dah macam topi roslan shah plak... haha

di puncak Borobudur...


kyusuk dengan cerita Pak Joko pasal ukiran-ukiran dalam Borobudur....
dalam loceng-loceng terbalik antaranya ada patung kat dalam...
view from Top of  Borobudur.... kalau langit cerah boleh nampak gunung-ganang kat keliling....
Setelah penat jalan-jalan Borobudur, tiba masa untuk mamam...
Makan style kampung dok tepi kolam & sawah.... huh! heaven!
Beli buah salak
Selepas makan dan beli buah salak singgah Muzeum Sultan Jogja... kat dalam tabule amek gamba... luar jugaa boleh... dalam tu cerita pasal barang-barang sultan dan kain batik...
Destinasi ke-2 hari ini naik Jeep ke kaki Gunung Merapi... gambar ni ialah bekas sungai larva yg dah keras... nun sana ialah Gunung Merapi tetapi tidak kelihatan karena ditotop kabus...
Satu jeep naik 4/5 orang... ongkos sewanya Rp300k per jeep...
Singgah salah satu rumah yang kena abu panas dari merapi.... inilah kesannya motor tinggal rangka walaupun debu panas tu tak sampai 1% dari bahang api neraka.... nauzubillah...
menurut cerita pemandu jeep, yang tulis ayat tu ialah tuan rumah yang pertama kali balik rumah selepas letusan reda.... kira luahan isi hati tengok rumah dah tak macam rumah habis sudah semua...
Pada tanggal 5 November 2010 saat merapi meletup dan bahang panas ke rumah pada jam 12(tak pasti malam atau siang) saat tu jam tersebut terhenti.... begitulah menurut cerita driver jeep...
dulunya rumah ini tempat tinggal sebuah keluarga... sekarang tempat tinggal sisa2 dan dijadikan muzeum...
Lembu pun tinggal tulang....
jadilah rumah ini muzeum sisa hartaku.... oh! berat sungguh ujian mereka....
Setelah lewat di muzeum, perjalanan diteruskan untuk ke kaki gunung merapi...
Perjalanan yang penuh debu....

Sudah sampey di lokasi yang hamper dengan gunung.... batu aja kelihatan....
dibelakang itu sebenarnya ialah puncak gunung merapi... tapi enggak kelihatan karena kabus tebel... 


Sebelum balik singgah bunker sat... 2006 dulu 2 orang mati dalam ni sebab larva boleh tembus masuk ke dalam.... padahal...
padahal... ada 2 lapis pintu yg every pintu tebal dekat 4 inci....

Sebelum balik ke Jogja singgah mamam dulu.... sini satey makan dengan nasik....
sampai di bandar Jogja, Amir suruh try Kopi Joss aka ada arang dalam kopi.... ingat ya, datang Jogja wajib try....
Hari ke-3 ~ 18 Sept 2014 

Tempat pertama gi hari ini ialah Kraton Sultan Jogja yg ke-9 & 10...ada musik gamelan versi jawa di sini. pelancong mat soleh jugaa ramai di sini... di sini kena ambil tour guide khas untuk cerita.... ada apa dengan Kraton...
ni lah makcik yang jadi tour guide kitorang dalam Kraton ni....
ni tempat lupa pulak makcik tu cerita.... yang pasti diatasnya emas...
lupa loh siapa dia nih... lupa mau dicatitin... 

ni Taman Sari tempat mandi kerabat satu ketika dulu.... sekarang ini kolamnya udah berlumut... 
Taman Sari dari luar....
ni mereka-mereka yang bekerja dengan Sultan... pakaian rasmi mesti pakai batik
kat station ketapi Jogja untuk ke Bandung... 
suasanan sebelum dan perjalanan dari Jogja ke Bandung.... bertolak jam 10pm dan tiba di Bandung jam 6 pagi... 8 jam... 1st class harga tiket Rp345k....
Hari ke 4 ~ 19 Sept 2014

Bandung dah biasa sangat dateng dan tiada apa mau dicerita in... ini tempat 1st time pegi iaitu Dusun Bambu... area tanah tinggi gak hala ke tangkuban... menarik landskap kat sini dan sesuai datang dengan keluarga.... 
dalam bangunan kat Dusun Bambu.... bulat-bulat tu lampu agaknya...

Untuk hari ke 5 & 6 macam biasalah kalau ke Bandung, shopping, makan semua tu aktiviti rutin. Tempat-tempat wajib pergi macam Pasar Baru, Makan kat Konro dan shopping seluar/baju kat Jalan Riau, Toko 3 dan Jalan Dago...

Iternary & Kos

16/9/2014 (Jogja)
  • Lunch at Suharti - Rp326k (7 org)
  • Hotel Abadi (2 Malam) - Rp4000k (2 bilik x 2 malam)
  • Sewa MPV - Rp1800k (3 hari)
  • Fee masuk Candi Prambanan - Rp1242k (6 org) + Rp30k (Amir)
  • Dinner Nasi Gudeg - Rp280k (7 org)
  • Kos Amir ke Jogja - Rp180k (Hotel) + Rp315k(Train) 


Jumlah - Rp8173k


17/9/2014 (Jogja)
  • Fee masuk Borobudur - Rp1380k (6 org) + Rp30k(Amir)
  • Fee tour guide Borobudur - Rp150k 
  • Lunch - Rp435k (7 org)
  • Fee masuk muzeum Sultan - Rp230k (6 org)
  • Jeep ke Merapi - Rp600k (2 jeep)
  • Dinner - Rp220k (7 org)
  • Layan kopi joss - Rp41k (7 org)


Jumlah - Rp3086k

18/9/2014 (Jogja)
  • Fee masuk Istana - Rp80k
  • Tip - Rp50k
  • Fee masuk Taman Sari - Rp83k
  • Lunch - Rp345k (7 org)
  • Ngopi - Rp215k (7 org)
  • Tip Amir @ Jogja - Rp500k
  • Dinner - Rp255k (7 org)
  • Tiket keretapi Jogja-Bandung - Rp2415k (7 org)


Jumlah - Rp3943k
Jumlah Kos di Jogja - Rp15,202k / Rp2,534k per head (rm800++)

19/9/2014 (Bandung)
  • Breakfast - Rp301k (7 org)
  • Masuk Dusun Bambu - Rp75k
  • Es Krem potong at Dusun Bambu - Rp135k(6 org)
  • Lunch - Rp612k (6 org)
  • Hotel Progo - Rp2050k (2 bilik x 2 malam)
  • Dinner at Stone Cafe - Rp748k (6 org)
  • Transport - Rp1100k (3 hari)


Jumlah - Rp5021k

20/9/2014 (Bandung)
  • Lunch kat Konro - Rp550k (7 org)
  • Dinner - Rp320k (7 org)
  • Ngopi - Rp45k (7 org)


Jumlah - Rp915k

21/9/2014 (Bandung)

Airport Tax - Rp75k (1 org)

Jumlah belanja kat Bandung - Rp 6011k / Rp1,002k per head (rm320++)

Jumlah kos Jogja + Bandung - rm1120++ tak termasuk shopping...

Iternary & kos ni kawe share untuk sape2 yang nak jalan-jalan Jogja or Bandung dan nak tau budjet berapa... nak guna khidmat Amir pun boleh just PM kawe. Ok... ketemuk lagi... Assalamualaikum wbt... :)

12 comments:

Yanto said...

Kawe nak gi jogja next year .... Kawe gi surabaya dulu kemudian naik keretapi ke solo .... Pusing solo then baru ke jogja

Yanto said...

Kawe budget muroh joooo ... Ada hotel murah muro dok ket sano

Mohamad Azhar said...

nak hotel muroh mu tera cari kak www.booking.com or agoda pon boleh... kawe gi surabayo last year supir yg arrangekan hotel... cer email pak edy, edy_mochamad@yahoo.co.id

Mohamad Azhar said...

kalo nak suruh kawan kawe kt bandung pun dia bole uruskan jalan-jalan surabaya & solo... namo dio amir... ni contact nombor dio... +62 813 95062545 wassap pon bule...

jom gi bandung murah jerrr said...

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 83821789103 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com


Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, fee parking tiket, makan pemandu.

Pemandu Bandung Sedia Perjalanan dengan Anda. Pemandu Bandung berpusat di Bandung. Pemandu bersedia untuk menerima banyak pesanan. Mereka boleh menyediakan banyak jenis kereta. Dari minivan kecil sederhana sehingga bas besar. Harga kereta boleh dipratonton dalam harga kereta lengkap. Harga termasuk kereta, pemandu , petrol, letak kereta dan tol. Kebanyakan pemandu Bandung tahu sedikit bahasa Inggeris. Mungkin anda memerlukan panduan berbahasa Inggeris juga. Pemandu Bandung boleh menyediakan keperluan anda semasa perjalanan. Malah bagi pakej makan. Dengan Pemandu Bandung anda membayar harga hanya untuk menyewa kereta , perkhidmatan pemandu dan petrol dalam satu harga. Anda juga boleh hanya membayar kereta dan pemandu tanpa petrol jika anda want.Anything yang tidak disebut di sini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut melalui e-mel jika anda memerlukan destinasi yang berbeza. pemandu berbahasa Inggeris yang tahu Bandung juga
Anda boleh berbincang tentang di mana untuk pergi dan mencari hotel yang anda suka apabila tiba di Bandung. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami espescially jika anda kali pertama di Bandung.

Harga murah untuk mengupah pemandu di Bandung adalah 450,000 WPI. Ia adalah untuk Bandung bandar pelancongan. Harga termasuk pemandu, petrol, tol, kenderaan , makanan pemandu dan lain-lain Anda membayar terus kepada pemandu apabila anda sedang duduk dalam kereta. Ini bermakna pembayaran pada hari pertama lawatan. Anda juga boleh membayar di akhir lawatan . Kadang-kadang pada akhir hari.

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 83821789103
telefon pejabat : +62 83821789103
WhatsApp : +62 83821789103
pin blackberry : 5202f112
email: icanyorke@yahoo.com

Jati Wijaya said...
This comment has been removed by the author.
Jati Wijaya said...


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ.

Maaf ganggu, nak promote pakej jogja 4D3N all in

Day 1
✔ Pine forest
✔ Hobbit house
✔ Mangunan
✔ Sandboarding parangkusumo
✔ Sunset parangtritis

Day 2
✔ Merapi sunrise using jeep
✔ Borobudur temple
✔ Kalibiru national park
✔ Kotagede silver & chocolate
✔ Alun2 kidul

Day 3
✔ Cave tubing pindul (tools included)
✔ Timang beach (jeep included)
✔ Pinus pengger at night

Day 4
✔ Drop off airport or free program

*** bilamana masi ada masa bole tengok tempat yang tidak ada dalam itinerary (free) 😊😊***

☆ pakej all in (cukup tempah flight & sedia wang shopping), include:
👉 transport full 4 days
👉 hotel 3 stars
👉 makan (lunch & dinner)
👉 all entrance fees
*** start RM 599 sorang ***

☆ pakej exclude hotel (tak payah deposit), include
👉 transport full 4 days
👉 makan (lunch & dinner)
👉 all entrance fees, etc
*** start RM 444 sorang ***

☆ pakej transport + hotel 3 stars, include
👉 transport full 4 days
👉 hotel 3 stars (+breakfast)
*** start rm 290 sorang ***

☆ transport only
*** start RM 26 sorang per day ***
👉 kereta, minyak, supir, parking

Nak kastam (tempat lawat ikut tuan / puan) pakej pun bole 😉

Sebarang soalan sila whatsapp +628985101301 atau sila click www.bit.ly/cutijogja. Tanya2 dulu tidak mengapa.

Fb: www.facebook.com/reviosta
Instagram @pelanconganjogja

Insya Allah harga berpatutan service best (sila tengok comment dekat fb).

primera trans said...

Jom cuti2 Bandung,
284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon

Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack
✅ Free layer cake

whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung

absensi sidik jari said...

mesin absensi sidik jari jogja
Solution x100c Jogja

myhuonglequyen said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

Admin said...

Enak ya...bisa refreshing ke tempat tempat menakjubkan... sayang saya belum bisa memimpikan hal serupa..semoga aman di jalan selalu brother..

Mohamad Azhar said...

Hi Admin 7/10/22 00:18,
Semoga dipermudahkan pada satu hari dpt juga berjalan2... Aaminn