Tuesday 23 April 2024

Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool, 4-11 Mac 24 ~ Hari 2

Assalamualaikum wbt

Sebelum tu nak ucap, Selamat Hari Raya Aidil Fitri gais.. Salam14 Syawal 1445H..

Sambil-sambil kunyah kuih raya, moh kite sambung kisah hari ke-2 bersama geng bapak-bapak dan sorang anak jalan-jalan kat kota London. 

So, hari ini kemana bapak-bapak nak pegi? Aaa.. jom teruskan baca..

3 kiri bapak-bapak.. kanan sekali anak


Hari 2 ~ Selasa, 5 Mar 2024

Hari ini plan jalan-jalan sekitar kota London je naik public transport. Tempat-tempat plan nak pegi ada yang aku, Asri dan anak dia pernah pergi. Ni pegi lagi sebab nak bawak abe Zaidi yang 1st time datang London.

selfie depan pokok cherry blossom atau kat Jepun panggil Sakura... bese kat negara 4 musim ada..

Dari homestay nak ke train Station Shepherd Bush Market kena jalan kaki 700 meter melalui kedai-kedai yang majoriti muslim dan halal.

Suhu pagi ni agak sejuk dan langit kelihatan mendung berkabut. Memey macam ni lah suasana pada awal musim spring selepas tamat musim winter. Pada waktu pagi begini memey susah nak nampak langit biru dan sinar matahari. Bila datang London time musim gini memey kena ready dengan jaket winter sebab cuaca masih sejuk dalam 7-10 celcius.   

sana tu Masjid Shepherd Bush kat sebelah Bush Hall.. 

Masjid Shepherd Bush

Disebabkan ramai muslim tinggal kat kawasan ini pada hari Jumaat, solat Jumaat di Masjid Shepherd Bush dilaksanakan 2 kali. Menunjukkan bertambahnya umat Islam di London dan komuniti di sini kena cari jalan untuk besarkan masjid atau cari lokasi sesuai untuk tapak masjid lebih besar. Modal besar gak tu nak guna, sementelah kat London ni semua serba mahal.

antara kedai jual buah-buahan dan groceries halal

Lebih kurang 7 min jalan kaki kami tiba di Train Station Shepherd Bush Market

Sherpherd Bush Market Station

Di station ni sape yang ada Kad Oyster boleh top-up dulu sebelum naik train.

Apakah Kad Oyster?

Kad Oyster adalah kad pra bayar untuk menaiki pengangkutan awam di London seperti bas, tram, Tube, London Overground dan lain-lain. Kad ni aku dah ada sejak 2015 dan yang bagusnya baki dalam kad tu masih ada sampai hari ini. Maknanya baki tu takde tarikh luput. 

Kad Oyster

Untuk naik train hari ini aku kena topup sebab baki yang ada dalam kad tak cukup. Nak naik Transport for London ni sehari kena charge £9(rm54). Kat mesin tu paling minimum boleh topup ialah £10. Cukup untuk guna sehari. 

Kepada yang takde Kad Oyster boleh je pakai kad kredit dan chargenya sama. Nak masuk station cuma Tap je macam Kad Touch n Go.

mesin topup untuk Kad Oyster

depan Station train ni ialah Shepherd Bush Market

1st location nak pegi Big Ben.. kena stop kat Station Westminster

mintak akak ni guide camne nak tukar train ke Circle Line


station kecik cuma ada tangga je kalau nak naik atas

one with London Tube

Orang London panggil London Subway ni 'Tube' sebab bentuk terowongnya macam Tube. 'Tube' juga adalah nickname untuk London Underground. The Underground atau dalam bahasa melayu Keretapi bawah tanah ni dah wujud kat London sejak tahun 1863 dan merupakan yang pertama kat dunia. 

La ni laluan keretapi ni bukan saja kat bawah tanah, kat atas tanah pun ada. Kalau nak jalan-jalan kat bandar London lebih mudah naik public transport kerana kebanyakkan tempat attraction utama tak jauh dari station keretapi. Cuma... kena gagahkan kaki sebab akan banyak jalan kaki keluar masuk station.

ketapi dah sampai.. jom naik

dah sampai Westminster Station.. Exit 3 ke Big Ben

train map dari Shepherd Bush Market Station ke Westminster(Big Ben). Dalam 30 min perjalanan

keluar dari station Westminster terus nampak Big Ben


3 kali datang London, 3 kali bergambo kat sini

ni kat seberang jalan sebelah Sungai Thames

Nun di seberang sungai ialah Eye On London yang pernah jadi tertinggi kat dunia..

Dah puas bergambo kat Big Ben dan kawasan sekitarnya lokasi seterusnya ke Tower Bridge. Nak ke Tower Bridge kena naik train ke Station Tower Hill. 

Dari Station Tower Hill kena jalan kaki dalam 650 meter untuk ke Tower Bridge. 

Westminster ke Tower Hill Station...

dari station Tower Hill nak ke Tower Bridge kena jalan kaki 550 meter

ni kat luar station Tower Hill

salah jalan... kena patah balik

Laluan dari Station Tower Hill ke Tower Bridge akan lalu sebelah Tower of London iaitu bangunan Castle bersejarah tempat menginap Raja England dahulu kala sejak abad ke-10.

Tower of London view dari Google Map

Tower of London ni terletak kat sebelah Sungai Thames dan tak jauh dengan Tower Bridge. Memey zaman dulu-dulu raja suka buat istana dekat dengan sungai mungkin lebih memudahkan guna pengangkutan air iaitu sungai.


Tower Bridge dari pandangan sebelah Tower of London atau North

Tower Bridge kat sebelah South iaitu seberang sungai

datang London memey kene begambo kat sini

2018 tak singgah sebab salah naik train dan tak sempat

Free Palestine


Lokasi seterusnya ke Staion London Bridge untuk ke Oxford Street. Dari Tower Bridge dekat 1km gak kena jalan kaki..

The Shard.. bangunan paling tinggi di UK

next location ke Oxford Street. Kena stop Station Bond Street

train route dari Station London Bridge ke Bond Street lalu Jubilee line

abe zaidi dalam train

antara kedai sourvenir singgah.. cuci mata je...

Di Oxford street kami singgah beberapa kedai sourvenir yang ada money changer sebab abe zaidi nak tuko duit. Nak dikatakan semua kedai money changer amek rate tinggi x 7 ~ 7.5.. market sekarang dalam 6 je. Tu la akibat kalau taknak tuko kat Malaysia. 

Selepas singgah beberapa kedai, abe zaidi tukar gak kat kedai yang rate exchangenya paling rendah. Rendah-rendah pun x7. 

salah satu kedai ada jual merchandise EPL team

Oxford Street.. Baru boleh nampak langit biru di celah-celah awan

alamak! Primax kat depan

Masuk Primax cadang nak window shopping je. Sekali ter call wife dia nak beg pulak. Siap buat video call nak pilih yang mana satu. Nasib kat Primax ni barang-barang dia murah-murah. Apalah sangat untuk wife belikan beg harga £10. Lawo pulak tu boleh bawak pegi surau.

alamak! tersambo beg ni untuk wife £10 jer

kaunter

bukti dah masuk Primax dan beli

jaket ni £30(rm180).. abe zaidi sambo selai..

abe zaidi dan hasil tangkapan

Selepas membeli dan belah dari Primax singgah kat kedai kopi halal Bread and Co. Saje je nak rasa kopi kat London ni sedap ke tak. Sambil tu makan roti pizza. 

Aku ngan Asri pilih Macchiato Single £3 secawan. Sekali yang datang cawan saiz macam expresso. Aduh! tersalah order plak. Dah lah mahai..

kecik bebeno je cawan dia sekali teguk dah haabiss..

secawan dekat 18-20 hinggit.. tambah 80 pence boleh dapat cawan beso sikit

muka selepas minum Macchiato Single seteguk.. total ngopi untuk 4 orang = £26(rm156)

Kami singgah ngopi untuk alas perut dulu sebab nak pegi satu tempat lagi sebelum lunch kat area homestay kami. Lokasi seterusnya ke Bayswater. Pegi situ sebab nak beli sourvenir.

lengang dalam station

at Bond Street Station.. flawless plak muka aku..

dari Bond Street nak ke Bayswater kami stop kat Queensway Station.. 

Kenapa tak turun kat Station Bayswater?

Sebab nak ke station ni kena tukar line route. Lagipun Station Queensway tak jauh dengan Station Bayswater dalam 190 meter je..

ni Station Bayswater 190 meter dari Station Queensway

jumpa gak public phone merah ni depan Station Bayswater

ini dia kedai sorvenir murah dan yang jaga kedai nama dia Mustafa

Kat kedai sourvenir ni, fridge magnet 15 keping £10 je... dalam 70 pence sekeping

99 pence kalau beli sekeping

boleh combine fridge magnet dengan keychain

dulu kat dalam bangunan depan ada jual perfume murah.. tapi tengah renovate plak

Selesai beli sourvenir memasing perut dah lapar. Masa dah time cari restoren untuk makan tengahari. Kami balik ke kawasan dekat dengan homestay sebab kat situ katanya ada nasi arab lambshank yang sedap. Owner homestay yang bagi tau.

dari Queensway Station sama line ke Shepherd Bush

Dari Queensway Station kami naik train ke Shepherd Bush Station yang sama line. 

Shepherd Bush Station dan Shepherd Bush Market Station bukan station yang sama. Beza jarak 550 meter dan kami kena menapak lagi jauh untuk menghala ke restoren yang kami nak tuju.

total menapak 1.1 km

order lain-lain... salah satu nasi arab lambshank... 1 dulang tu boleh makan 2 orang..
Total makan untuk 4 orang = £33.50(rm201)

Selesai lunch kami balik ke homestay untuk berehat. Plan lepas maghrib sambung jalan-jalan nak melawat stadium team rival yang ada kat London. Ada 5 top team EPL stadium kat sekitar bandar London iaitu,

1. Arsenal
2. Chelsea
3. Spurs
4. West Ham
5. Fulham

So, malam nanti nak pegi melawat stadium-stadium ni.. kalau sempat semua..

musim awal spring kol 6.30 dah gelap.. Maghrib kat sini pukul 5.40pm

view ke jalan menghala ke Station Shepherd Bush Market

Selepas maghrib, kami keluar lagi untuk aktiviti seterusnya melawat stadium. Macam biasa dari homestay kena jalan kaki 700 meter ke Station Shepherd Bush Market.

Destinasi stadium pertama nak pergi ialah Stadium Emirates iaitu home stadium untuk team Arsenal. Dari Station Shepherd Bush Market kena singgah King's Cross St. Pancras untuk tukar Piccadilly Line untuk ke Station Arsenal. Boleh tahan jauh gak. Dekat 40 minit perjalanan.


Station Arsenal

Lepas keluar dari Station Arsenal kena jalan kaki 300 meter untuk sampai kat tangga ke Stadium Emirates. Bagi aku kali-3 datang stadium ini. 2 kali sebelum ini datang waktu siang. Kali ni kita test datang malam pulak.

nak sampai sini kena naik tangga

Fan Arsenal ok ke? Fan Liverpool dah 3 kali datang sini..

Kat depan sini pada 2015 telah terjadi satu peristiwa... nak tahu kena baca post kat bawah


Jadual game Arsenal kat Stadium Emirates

Selepas menghabiskan masa beberapa ketika di Stadium Emirates, plan nak ke stadium lain tapi masing-masing dah penat. Waktu pun dah makin malam dan esok nak travel jauh ke beberapa tempat sebelum ke Liverpool. So, semua sepakat untuk balik jer dan berehat..

Kad Oyster aku ada baki lagi.. carry foward untuk next datang London

jumlah menapak hari ini ialah 23000 tapak... fuh!

Sekian kisah geng bapak-bapak jalan-jalan di London dari pagi sampai malam. Untuk kisah hari seterusnya tungguu post akan datang... inshaaAllah.. Semoga dipermudahkan..

Post terdahulu,

Hari 1