Assalamualaikum wbt
Hari 6 ~ Sabtu, 9 Mar 2024
Hari ini sepatutnya hari game Liverpool lawan Manchester City pada pukul 3 petang. Tetapi 2 minggu sebelum fly dapat tahu game reschedule pada hari esok, Ahad 10 Mar. Sebab musabab reschedule, Liverpool ada game Piala UEFA pada hari khamis dan dalam masa 2 hari terlalu singkat untuk persiapan game seterusnya. Jadi kena tunda.
Dengan tertundanya hari game maka iternari kami juga kena ubah. Hari ni sepatutnya boleh tenang-tenang dok rumah sebelum pergi stadium. Tak payah fikir pasal parking kereta sebab masih ada 1 malam stay kat sini. Lepas habis game boleh jalan-jalan memeriahkan suasana di perkarangan stadium dan tak payah kelam kabut nak balik. Esoknya hari Ahad balik London boleh singgah tempat-tempat yang tak sempat singgah masa datang Liverpool.
Bila game tunda, segala perancangan berubah. Sebelum game pada pukul 3.30 petang kami kena check out pada pukul 11 pagi. 4 jam setengah sebelum game kena cari port nak lunch, nak solat dan nak parking kereta.
Kalau nak tahu macamana kami setelkan semua masalah hari esok kenalah tunggu post Hari ke-7 juga merupakan episod terakhir dan kemuncak kisah bapak-bapak pergi London dan Liverpool.
So, untuk hari ini jom ikut bapak-bapak pegi jenjalan. Kemana? Aaajomm... teruskan baca..
 |
Mural Mo Salah |
Kingsway Tunnel
Hari ni kami decide nak datang lagi Cheshire Oaks Designer Outlet. Katanya ada barang wife kirim kena beli. Aku follow je dan silap-silap aku pun terjebak beli sama.
Dari Liverpool nak ke Cheshire Oaks paling dekat kena lalu Kingsway Tunnel.
Kingsway Tunnel ialah sebuah jalanraya bawah Sungai Mersey yang menghubungkan bandar Liverpool dengan Wallasey. Tunney ni sepanjang 2.4km dan toll dikenakan. Untuk kereta £2 sehala. Di bina pada tahun 1965 dan dibuka pada 1971.
Kingsway Tunnel merupakan terowong kedua bawah sungai dan di bina untuk menggantikan Queensway Tunnel yang tak boleh menampungkan jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Dari Liverpool kalau nak ke Wales ikut jalan terowong ni yang paling dekat.
Lain-lain info pasal tunnel ni boleh google kat Pak Wiki.
 |
nak ke Chesire Oaks Designer Outlet kena lalu Kingsway Tunnel iaitu jalan raya bawah sungai |
 |
sebelum masuk terowong kena bayo tol £2 bersamaan rm12 ya.. balik nanti pon kena bayar gak.. |
 |
ada pilihan nak bayar cash atau card... kami pilih pondok bayar cash |
Cheshire Oaks Designer Outlet
Apa yang best tentang Cheshire Oaks Designer Outlet?
Cheshire Oaks ialah Outlet Designer yang terbesar di UK. Ada lebih daripada 140 kedai, kafe, restoran dan tempat liburan. Lokasinya terletak di pekan Chester iaitu antara Manchester dan Liverpool.
Di sini selain ada kedai-kedai yang menjual pakaian, kasut dan beg tangan jenama mewah pada harga diskaun juga disediakan kawasan permainan yang mesra kanak-kanak. Juga menjadi tempat hiburan untuk keluarga.
4 kali aku dah pegi sini dan aku tengok tak pernah tak ramai orang. Memey sentiasa ramai dengan manusia walaupun pada hari biasa bukannya pada hari cuti hujung minggu. Maknanya tempat ni merupakan outlet yang menjadi kesukaan penduduk tempatan juga pelancong luar yang datang untuk liburan sambil membeli dan lepas tu belah.
 |
Cheshire Oak Design Outlet snap dari Google Maps |
 |
dah beli kite selfie |
 |
sambo selai mafla untuk koleksi.. £25 selai.. |
 |
jumpa fan Liverpool dari Malaysia dan ajak bergambar sekali.. |
Kat gerai tu sambar selai mafla untuk game esok sebagai koleksi kenang-kenangan. Specialnya pasal mafla ni ada tarikh dan nama team yang lawan Liverpool di Anfield. Ini barang limited edition punya. Kat Liverpool Store memey takde. Hanya dijual kat gerai macam ni pada hari game atau sehari sebelum game. Kalau beli lepas game boleh dapat lagi murah.
Setakat ni aku dah ada 3 mafla ni,
2015(13 April) - vs Newcastle
2018(14 April) vs Bournmouth
2024 (10 March) vs Man City
 |
ni dia mafla collection aku |
Selesai membeli merchandise, kami kembali ke homestay untuk makan tengahari. Lepas makan keluar balik nak cari spot mural pemain-pemain Liverpool. Mural-mural ni antara tarikan terbaru di sekitar Stadium Anfield yang memaparkan beberapa player Liverpool sekarang dan yang dah jadi legend.
Antaranya yang sempat aku pergi,
 |
Roberto Firmino.. 2015-2023.. musim 2023/24 dah berhijrah ke kelab Al Ahli kat Arab Saudi |
 |
Mohamad Salah.. masih lagi player Liverpool sejak 2017.. bakal jadi legend Liverpool |
 |
dengan mural The Boss |
The Boss, Jurgen KloopMusim ni yang terakhir The Boss jadi Manager setelah berkhidmat selama 9 tahun (2015-2024).
Antara Manager terhebat dan berjaya bawa banyak kejuaraan kepada Liverpool antaranya Juara UCL, Juara EPL, Juara Kelab Dunia, Piala FA dan lain-lain.
Paling di kenang semasa menang besar dengan team rival Manchester United 5-0 & 4-0 pada musim 2021/22 dan 7-0 pada musim 2022/23.
Selain tu buat comeback menang dengan Bacerlona 4-0 di Anfield selepas kalah 3-0 di Nou Camp. Kemudian jadi Juara UCL pada musim 2018/2019. Walaupun kemenangan dan kenangan ini sudah jadi sejarah pastinya The Boss akan dirindui..
 |
lain-lain mural yang ada di sekitar stadium |
Aku hanya sempat singgah kat 3 mural je. Lain-lain nak jalan kaki macam jauh la plak. Suhu pulak makin sejuk ditambah lagi dengan tiupan angin dan dia punya rasa sampai ke tulang sum sum. Selepas melawat mural Jurgen Klopp terus balik ke homestay. Lain-lain mural next time kalau datang Liverpool lagi..
Bawah ni antara lain-lain mural yang belum sempat singgah dan tengok,
 |
atas kiri - Luis Diaz, kanan - Trent Arnold, bawah - Jordan Henderson |
 |
ni semua mural legend Liverpool - John Barnes, Steven Gerrard, Ray Clemence, Ian Rush, Jamie Caragger, Phil Neal dan Ian Callaghan |
 |
atas kiri - Steven Gerrard, kanan - Ray Kennedy dan bawah mixed legend dan present van dirk |
Begitulah kisah kami pada Hari ke-6 yang sepatutnya hari tengok game tapi terpaksa ubah sebab jadual perlawanan berubah. Nasib kami plan ada extra 1 hari selepas hari game dan bernasib baik juga game tangguh 1 hari je. Kalau 2 hari memey tak dapatlah tengok game walaupun tiket dah tempah. Apapun kita hanya mampu merancang tapi semua telah ditentukan olehNya.
No comments:
Post a Comment