Sebulan lebih takde post terbaru, mesti ada yang menunggu dan tak sabar nak tahu cerita seterusnya... Ok, jom sambung cerita Hari ke-5..
Geng bapak-bapak dan 'Mo Salah' |
Hari 5 ~ Jumaat, 8 Mar 2024
Oleh kerana hari ini hari Jumaat kami plan jalan-jalan di sekitar Liverpool je supaya sempat nak pergi solat Jumaat nanti.
Walaupun di perantauan dan sedang musafir boleh je kami nak skip solat Jumaat, tetapi bila dah berada di tempat macam Liverpool maka adalah lebih afdal jangan lepaskan peluang untuk solat Jumaat bersama warga di sini. Bukan lama sangat pun dan paling penting boleh dapat ibrah dengan mendengar khutbah version Liverpool.
Selepas sarapan lokasi pertama kami nak pergi cuma perlu jalan kaki sahaja iaitu ke...
![]() |
Sarapan English by Chef Asri |
Stadium Anfield Tour
Bagi aku dan Asri serta anaknya ini kali ke-2. Walaupun kali ke-2 selepas 9 tahun(masa 2018 tak tour) tapi pengalaman pasti berbeza dan ada penambahan isi kandungan tour dan pastinya takkan sama seperti kali pertama tour masa 2015.
Ni kisah masa aku 1st time pergi stadium tour pada 2015,
![]() |
beratur untuk beli tiket Stadium Tour |
Bayaran untuk stadium tour ialah £25(rm150). Selesai buat pembayaran kami dibekalkan dengan satu set multimedia sebagai alat bantu penerangan tentang stadium tour. Alat tu mengandungi 1 unit earphone yang ada cop logo Liverpool dan 1 unid iPad. Masa 2015 takde benda alah ni.
![]() |
tu dia alat bantu penerangan.. ada ear phone dan iPad |
![]() |
tunggu nak naik lift ke tingkat atas |
![]() |
1st stop... penerangan pasal tempat ni ada dalam iPad.. kisah pasal past Liverpool Manager |
Seperti caption dalam gambar-gambar diatas semua pengunjung Stadium Tour akan dibekalkan satu set alat bantu penerangan untuk menerangkan tempat-tempat yang akan singgah.
Lokasi pertama kami dibawa naik ke tingkat 3 dan di situ ada gambar Pengurus-Pengurus Lagenda Liverpool berserta kata-kata hikmah mereka yang telah banyak bawa kejayaan kepada Pasukan Liverpool. Antaranya, Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Daghlish dan terkini Jurgen Klopp.
![]() |
Bill Shankly(1959-1974) dan Bob Paisley(1974-1983) |
![]() |
terkini ~ Jurgen Klopp(2015-2024) |
![]() |
antara kejayaan Jurgen Klopp - Champion UCL dan EPL |
Untuk fan-fan Liverpool aku senaraikan Pengurus Liverpool bermula dari Bill Shankly hingga yang terbaru pengganti Jurgen Klopp,
Arne Slot 01 Jul, 2024 Present
Jurgen Klopp 08 Oct, 2015 20 May, 2024
Brendan Rodgers 01 Jun, 2012 04 Oct, 2015
Kenny Dalglish 08 Jan, 2011 16 May, 2012
Roy Hodgson 01 Jul, 2010 08 Jan, 2011
Rafael Benitez 16 Jun, 2004 03 Jun, 2010
Gerard Houllier 12 Nov, 1998 24 May, 2004
Gerard Houllier 01 Jul, 1998 12 Nov, 1998
Roy Evans 28 Jan, 1994 12 Nov, 1998
Graeme Souness 16 Apr, 1991 28 Jan, 1994
Ronnie Moran 22 Feb, 1991 16 Apr, 1991
Kenny Dalglish 30 May, 1985 22 Feb, 1991
Joe Fagan 23 May, 1983 30 May, 1985
Bob Paisley 26 Jul, 1974 23 May, 1983
Bill Shankly 01 Dec, 1959 12 Jul, 1974
![]() |
Mural player legend Liverpool ~ Ian Rush |
![]() |
Mural player Liverpool sekarang ~ Allison Becker |
Seterusnya dari tingkat 3 kami naik ke tingkat paling atas. On the way naik tangga sambil tengok pemandangan luar kat taman perumahan berdekatan stadium maka kelihatan beberapa mural pemain-pemain yang pernah dan bakal menjadi legenda Liverpool.
![]() |
Bermulanya pasukan Liverpool pada 1892 |
![]() |
Pemandangan dari atas Main Stand... kelihatan kat bawah tu tengah beramai-ramai begambo tepi padang.. |
![]() |
Aku dan Stadium Anfield.. |
Selesai jalan-jalan kat atas, kami turun ke tingkat paling bawah. Apa ada kat bawah? Antaranya,
1. Bilik persalinan pasukan pelawat
2. Bilik persalinan pasukan home
3. Ruang makan pemain
4. Tempat pemain dan pengurus di temu ramah sebelum dan selepas perlawanan
5. Bilik media
6. Lorong tempat pemain beratur sebelum masuk ke padang
7. Laluan ke padang
![]() |
aku dan Andy Robertson dan Trent Anold.. player utama Liverpool |
![]() |
aku dan keeper Liverpool, Allison dan Van Dirk(Kapten) |
![]() |
midfield Liverpool, kiri Maclister dan Dominik Szoboszlai |
![]() |
ni kat bilik pasukan pelawat.. Ronaldo pernah beberapa kali datang sini |
![]() |
ni kat bilik persalinan pasukan Liverpool.. kelihatan jersey Mo Salah dan Joe Gomez |
![]() |
lagi kat bilik persalinan Liverpool |
![]() |
sebelum dan selepas game player akan ngeteh kat sini.. |
![]() |
ruang makan untuk pemain |
![]() |
Liverpool sentiasa buat sejarah.. kelihatan bekas ketua pasukan Henderson sedang menjulang tropi |
![]() |
aku dan the boss... Jurgen Klopp |
![]() |
lagi begambo dengan boss |
![]() |
logo keramat Liverpool |
![]() |
lorong motivasi.. kiri kanan depan tu semua pintu ke bilik-bilik.. |
![]() |
abe zaidi dan fan liverpool pangkat atok |
![]() |
lorong pemain beratur sebelum masuk padang |
![]() |
lorong ke padang... selalu tengok live kat tv je player jalan kat sini.. |
![]() |
Aku kat tepi padang Stadium Anfield |
![]() |
bapak-bapak dan sorang anak ditepi padang |
sorang anak dan bapak-bapak fan Liverpool |
Dekat 2 jam kami selesai stadium tour. Memey banyak benda baru compare masa tour 2015. Kalau datang lagi tahun depan rasanya ada lagi perubahan. Paling ketara stadium dah naik taraf dari 50k tempat duduk kepada 60k++.
Walaupun dah bertambah tempat duduk tapi masih susah nak dapat tiket perlawanan. Nak dapatkan kena melalui agen dan harga akan berganda-ganda mahal dari harga biasa £30-£50. Kitorang pernah tanya untuk game lawan Mancherster City dorang jual paling murah £550. Alhamdulillah, kami dapat harga £57 melalui ARM(All Reds Malaysia) iaitu Liverpool Official Fan Malaysia.
Macam mana nak tengok game kat Stadium Anfield dan dapat tiket game yang murah?
Caranya, kena jadi official fan Liverpool ARM. Ni link Facebook ARM,
Masjid Al Rahma
Selesai stadium tour kami balik semula ke homestay. Berehat kejap sebelum gerak menuju ke Masjid Al Rahma untuk solat jumaat. Nak lunch macam tak sempat nak masak nasi. So, lunch lepas solat jumaat.
Jarak masjid dengan homestay kami lebih kurang 6km dan 15 min perjalanan kalau tak jem. Jem tu sebab banyak kena lalu traffic light.
Masjid ni terletak di kawasan kejiranan ramai orang Islam dan tak jauh dengan Universiti Liverpool. Kat sini juga senang nak cari makanan halal.
route dari homestay ke Masjid Al Rahma |
Kami tiba ketika azan zohor sudah berkumandang. Waktu zohor di Liverpool masa tu pukul 12.30pm. Masa kami sampai di kawasan berdekatan masjid kelihatan kereta dah banyak bersusun parking di tepi jalan. Maknanya dah ramai jemaah datang. Harap-harap masih ada ruang untuk kami solat.
![]() |
Kali ke-2 solat jumaat kat sini |
Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid kami lihat di ruang tingkat bawah sudah penuh dengan jamaah. Lalu kami naik ke tingkat ke 2 dan Alhamdulillah masih banyak ruang kosong. Sementara nak tunggu azan ke 2 kami buat apa yang patut seperti solat sunat, selawat dan lain-lain.
![]() |
masa ni tengah tunggu khutbah.. ada tv kat depan boleh tengok Imam yang berkhutbah |
Beberapa ketika kemudian barulah azan ke-2 berkumandang dan selepas itu diikuti khutbah jumaat. Khutbah di sampaikan dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan english. Antara isi kandungan khutbah tentang amalan wajib dan sunat pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Lepas solat jumaat tanya orang sini bila UK mula puasa? Dorang cakap mungkin pada 11 Mar. Maknanya lagi 3 hari. Awal sehari dari Malaysia pada 12 Mar.
![]() |
Alhamdulillah... selesai solat jumaat |
Usai solat jumaat kami balik semula ke homestay untuk lunch. Selepas tu keluar balik untuk Albert Dock.
Albert Dock 5.3 km dari homestay |
![]() |
harga minyak kat sini Petrol ~ £1.419, Diesel £1.509 |
Harga minyak kat Shell lagi mahal dari Sainsbury's |
On the way ke Albert Dock sambil pandang kiri dan kanan sambil bandingkan harga petrol dan diesel dibeberapa stesyen minyak. Harga tak jauh beza dan yang nampak paling murah kat Sainsbury's.
Di UK dan juga Eropah mungkin kat negara lain selain di Malaysia minyak harga minyak tak sama. Kat sini ada yang murah dan ada yang mahal. Beza ada yang sampai 20-30 pence. Paling mahal yang aku perasan kat highway. Paling murah kat kawasan luar bandar. Kat Liverpool luar dari pusat bandar lebih murah.
Kat sini juga bukan saja company macam Shell, BP atau Esso boleh jual minyak. Company hypermarket macam Asda pun ada petrol stesyen. Sainsbury's ni aku tak sure main bussiness dia apa.
![]() |
dekat pusat bandar Liverpool baru boleh nampak bangunan tinggi |
![]() |
antara bangunan klasik kat pusat bandar Liverpool |
Royal Albert Dock
Albert Dock terletak di sebelah Sungai Mersey di pusat bandar Liverpool. Ia merupakan sebuah kompleks bangunan dermaga/dock. Sesuai dengan Liverpool yang dikenali sebagai bandar pelabuhan sebab itu disini ada sebuah dermaga untuk tujuan urusniaga dan gudang.
Mula dikenali sebagai Albert Dock sehingga 2018. Kemudian diberikan piagam diraja dan diberi nama "Royal" sebagai yang terhormat. Kini dikenali sebagai Royal Albert Dock.
Keluasan dermaga ini ialah 2.8 km dan kedalamanya membawak ke 9 meter. Info lain tentang dermaga atau dock ini ialah,
- Dibina pada 1841 dan dibuka pada tahun 1846
- Struktur pertama di Britain yang dibina daripada besi tuang, batu dan bata dan tanpa kayu. Hasilnya, dermaga dan gudang tidak mudah terbakar yang pertama dibina di dunia.
- Dermaga termurah yang dibina dengan harga £2.2 juta.
- Dermaga pertama diterangi oleh elektrik.
![]() |
kawasan dermaga ni dulu di sini tempat kapal berlabuh untuk urusniaga |
Albert Dock 3D view crop dari Googles map |
Hari ini Royal Albert Dock antara tarikan pelancong di Liverpool dan yang paling banyak dikunjungi di luar London.
Antara tarikan di sini ialah,
- Eye of Liverpool
- Titanic Memorial
- Muzium Maritim
- Muzium The Beatles
- Memorial Elvis Presley
- Kedai sourvenir
- Cafe
Dan beberapa lagi...
![]() |
aku dan di belakang tu bangunan tahan kebakaran Albert Dock |
![]() |
antara kedai sourvenir sempat singgah |
![]() |
merchandise Liverpool pun ada jual kat sini |
![]() |
ni lagi.. |
![]() |
di hadapan muzium The Beatles |
Kami ingat nak spend masa lama sikit jalan-jalan kat Albert Dock tapi suhu kat sini dia punya sejuk sampai ke tulang. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang tak berapa sepoi bila kena kat muka terus rasa beku. Dari terus membeku kami decide balik homestay setelah tak sampai sejam jalan-jalan.
![]() |
kat bangunan nun depan sana kat puncak ada lambang The Liver Bird yang menjadi simbol bandar Liverpool |
ni gambar zoom.. |
Lambang The Liver Bird bukan ada kat bangunan tu je tapi ada kat beberapa bangunan lain. Abam sempat snap yang ni jer..
The Liver Bird
Ceritanya, Burung Hati ialah sejenis makhluk burung(bukan ayam ya) yang menjadi simbol bandar Liverpool. Kalau tengok kat burung tu kelihatan cabang rumpai laut kat paruhnya dan kalau nak cerita memey panjang. Ceritanya dari abad ke-12 dan ada yang mitos.
Jadi, diringkaskan cerita simbol burung tu bukan saja simbol bandar Liverpool juga ada kaitan dengan team bola Liverpool dari dulu sampai sekarang.
logo Liverpool tahun 40an |
![]() |
logo Liverpool terkini |
Begitulah kisahnya The Liver Bird dan kaitan dengan team feveret abam iaitu Liverpool. Lambang ni sekarang jadi sudah menjadi hak cipta terpelihara untuk Liverpool FC sahaja.
Ok, cukup sampai di sini kisah Hari ke-5 dan cerita seterusnya Hari ke-6 akan bersambung pada post akan datang.. InshaaAllah... https://azhartravelog.blogspot.com/2024/07/geng-bapak-bapak-ke-london-dan_11.html
1 comment:
Terima kasih artikelnya sangat membantu untuk referensi
boleh lihat ini juga untuk referensi
Rafting ciwidey
Post a Comment