Wednesday 10 September 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014~Part 3


Assalamualaikum...

Untuk yang belum baca part 1 & 2 boleh klik sini.... Part 1 & Part 2

Perjalanan Hari ke-3 bersama Trip Kekawan diteruskan seawal jam 6.30 am. Destinasi target ialah Milford Sound yang mesti sampai sebelum jam 11.00 pagi kerana akan menaiki cruise menjelajah sungai dan lihat keindahan alam. Sebelum tu ketua Trip nasihatkan supaya singgah Te Anau untuk tuang minyak dulu kerana ditakuti minyak tak cukup kerana laluan dari Te Anau ke Milford Sound akan melalui gunung-ganang yang sungguh indah dan antaranya tempat penggambaraan The Lord of Ring dan Hobbit. Oleh kerana laluan gunung-ganang maka sudah tentu tiada pam minyak. Dengan itu kena tuang awal-awal, takut minyak habis tengah jalan.

Jarak perjalanan dari Gore ke Te Anau lebih kurang 140km dan Te Anau ke Milford Sound ialah 120km. So, jumlah 240km pergi balik Milford-Te Anau. Campsite tempat bermalam ialah di Te Anau dan merupakan antara 10 Campsite terbaik di South Island. 

Memang tidak dinafikan sepanjang perjalanan dari Gore-Te Anau-Milford Sound pemandangan tersangat cantik. Ditambah lagi dengan suasana awal pagi bila sang suria memancarkan cahaya ke gunung-ganang. Kelihatan sungguh indah sekali ciptaan Allah SWT. Kerana itu New Zealand menjadi tarikan produser Hollywood untuk membuat penggambaraan  filem terutama cerita-cerita epik dan mitos. 

Te Anau juga punya pemandangan yang indah kerana di pekan ini terdapat sebuah tasek yang berlatarbelakangkan gunung. Te Anau juga merupakan tempat persinggahan untuk mereka yang hendak ke Milford Sound. Di situ juga ada banyak kedai-kedai menjual sourvenir dan salah satunya kepunyaan orang Malaysia yang berasal dari Sabah. Di situ juga banyak duit kami habis beli souvenir dan sewaktu dengannya.

Masih gelap lagi...
Ufuk pagi sedang memanco ke gunung-gunung...
Memey indah sekali...

Pokok pon nampak cantek
Belok kiri ke pekan Te Anau, jalan terus ke Milford Sound...
Pekan Te Anau... kedai sorvenir belum buka
Beratur isi minyak
Perjalanan dari Te Anau-Milford Sound melalui gunung-gunang
Puncak bukit beserta salji belum cair...
Tunggu giliran masuk terowong
Milford Sound.. tempat beli tiket
Jeti sebelum naik feri






JDT ada di mana-mana...






Geng Bot-Bot kechil... dari kiri Anuar, Jasmin, Afzan...
at parking Milford Sound sebelum gerak balik ke Te Anau
On day way balik singgah tempat-tempat menarik...
area terowong pon menarik gak...
salji atas tuu...


Motorhomes park sini untuk lunch...
Panaskan daging kambing BBQ yg tapau semalam
Takda kuah pon sodap... 
area ni kawasan shooting filem Hobbit... rasa-rasanya
Memey cun kawasan ni...
JDT ada lagi di mana-mana...
Mirror Lake... tapi tak mirror sangat sebab dah petang...


Mirror Lake... gambar cilok dari member. Tak sempat singgah sini...
Kedai Sorvenir di Te Anau... ni kedai owner orang Malaysia dari Sabah...


Suasana senja campsite Te Anau
Suasana malam... tido time!!
Gambar pagi hari ke-4 sebelum gerak ke Queenstown
Jarak perjalanan hari ini, Gore-Te Anau-Milford Sound-Te Anau = 380km
Bersambung hari ke-4 & Part 4....

Ringkasan Iternari hari ini,

6.30 am - Check out dan bergerak ke Te Anau.
7.30 am - Tiba di Te Anau untuk tuang minyak dan sewaktu dengannya.
10.30 am - Tiba di Milford Sound
11.00 am - Perjalanan Cruise bermula sejauh 15km menyelusuri sungai hingga ke Laut Tasman.
1.00 pm - Cruise tamat dan jalan-jalan disekitar Milford Sound yang sangat indah dikelilingi bukit bukau dan gunung.
5.30 pm - Tiba di Te Anau untuk check in campsite dan kemudian jalan-jalan sekitar pekan Te Anau.
9.00 pm - Taklimat untuk aktiviti esok dan makan malam.
11.00 pm - Tido...

No comments: