Sunday 16 November 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014~Part 4

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bertemu lagi untuk episod seterusnya jalan-jalan NZ bersama Trip Kekawan. Syukur kepada Allah swt kerana dikurniakan kelapangan masa dan kesihatan yang baik walaupun kebelakangan ini eden agak sibuk dengan kerja dan tugasan di luar kawasan. Harap-harap dapat siapkan episod jalan-jalan NZ sebelum next trip seterusnya ke Jepun pada 29 Nov ni...

Mengimbas kembali perjalanan hari ke 3(Part 3) yang memerlukan kami semua kena keluar awal pagi untuk ke Milford Sound. Kemudian singgah di Te Anau untuk tuang minyak kerana antara Ten Anau dan Milford Sound tiada petrol station dan jika minyak habis sendiri kena ingat laa. Selesai jelajah Milford Sound kembali semula ke Te Anau untuk bermalam di camsite di sini. 

Te Anau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di selatan barat pulau selatan. Berhampiran pekan ini ialah Tasik Te Anau dan terdapat gunung-ganang di sekitarnya. Ada antara puncak gunungnya masih diseliputi salji walaupun dah masuk musim Autum. Suhu ketika itu lebih kurang 10-15 celcius. Memang agak sejuk terutama bila malam dan awal pagi. 

Pada malam di campsite Te Anau seperti biasa taklimat oleh En Zikri untuk maklumat perjalanan pada esok iaitu hari ke-4 ke Queenstown dan juga diberitahu akan bermalam di camp site yang agak basic di Moke Lake (tiada elektrik, cuma ada toilet aja di situ). Masa tu masing-masing terbayang macam manalah suasana kat camp site Moke Lake nanti.... akan cerita pada Part 5.  

Untuk hari ke-4 tak perlu terlalu awal nak check out dari camp site. Lagipun next lokasi ialah Queenstown yang terletak 170km dari Te Anau dan akan berada di sana 2 hari. Jadi tak perlu tergesa-gesa. So, di Te Anau ambil peluang untuk jalan-jalan di sekitar pekan ni untuk ambil gambar dan beli apa yang patut especially sourvenir untuk diri sendiri. Sourvenir orang lain pun ada cuma yang tertentu je. Boleh tahan mahal barang-barang kat NZ ni. Sebijik fridge magnet je paling murah rm4.50. So, yang tak dapat tu faham-faham je lah... hehe 

Oklah, cerita panjang-panjang nanti bosan pulak... layanlah gambar-gambar kat bawah ni..

Di sini ialah cafe, tempat boleh masak dan di sini juga tempat taklimat. Di belakang cafe ni juga terletak tandas dan tempat mandi
Kalau taknak tidur dalam Motorhome boleh ambil chalet macam ni... bayo aje lah... nak masuk camp site ni je sekelapa kena bayar NZ25 dolar..
Pejabat camp site... bayo kat sini
Ni antara motorhomes yang park kt sini.. jenis kecik sesuai utk 1-2 orang...belakang tu ada tempat masak.. owner van ni Keith Foo agaknya...
jeem suka hati...

Facilities Camp Site Te Anau memey terbaek! sebab tu tersenarai antara Top 10 Holiday Parks... charges pon mahai! sekepala NZ25(RM75)
Sekitar Te Anau, kiri tasek, depan gunung...
Tasek Te Anau


Deretan kedai makan sarapan...
Tempat beli sourvenir
burung kiwi beku... pon jadi tempat amek gambar..
tu dia harga minyak kat NZ1.55 seliter(rm4.60)... syukurlah minyak Malaysia murah.. tapi kat sini park Motorhomes kat tak kunci pon barang tak hilang... cuba try park keta tak kunci kat malaysia?

aksi Insyirah membekukan diri...

Tasek Te Anau saujana mata memandang...
dikelilingi bukit, bukau dan gunung... nun sana puncak gunung masih ada salji..

lain macam je muka fisherman nii...
Ada cerita masa tuang minyak kat sini.... terlupa nak bayar sampai kene kejar ngan owner pam minyak... haha
bagi peluang orang puang drive motorhome kat NZ..
lembu-lembu NZ... sebijik macam kat Kundasang..
kambing... kabonya jumlah kambing lagi banyak dari jumlah penduduk NZ


Tasek Wakatipu.... Wa tak tipu memey cantek tasek ni dengan airnya yang membiru...






kat malaysia selalu bangla yang pegang benda STOP ni..... 
Sikit lagi nak sampai Queenstown...


Naik Skyline ke puncak bukit Queenstown

Fuh! menawan sungguh tasek wakatipu...













cantik pulak pokok ni..

Perjalanan ke camp site Moke Lake... macam tak percaya kat sini ada campsite..
rare tak tempat ni? apa pun takde.... tapiii....

Afzan sempat tangkap itik moke lake...
Selepas Subuh di Moke Lake.... nantikan cerita di Moke Lake pada part 5
Te Anau-Queenstown, 170km, 2 jam perjalanan
Bersambung hari ke-5, Part 5...

Ringkasan Iternari hari ini

9.30 am - Check out dan jalan-jalan Pekan Te Anau
11.00 am - Bergerak ke Queenstown
12.30 pm - Singgah Tasik Wakatipu
1.30 pm - Tiba di Queenstown dan makan tengahari di Nandos
3.00 pm - Naik bukit Queenstown dengan Sky Line
5.00 pm - Jalan-jalan sekitar bandar Queenstown
7.00 pm  - bergerak ke campsite Moke Lake.
10.00 pm - Tido.... awal sebab sejuk bangat di luar....

Yang terlepas baca part-part lain boleh klik bawah,

2 comments:

Anonymous said...

Tq sharing info. Tak sabar nk baca selanjutnya

Mohamad Azhar said...

Terima Kasih Anonymous berkunjung ke blog saya... inshaaAllah, sedang berusaha menyambung part selanjutnya... :)