Sunday 23 November 2014

New Zealand bersama Trip Kekawan March 2014~Part 5

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bertemu kembali untuk kisah perjalanan seterusnya hari ke-5 bersama Trip Kekawan. Lokasi bermalam berikutnya ialah di Moke Lake Campsite yang terletak kira-kira 9 km dari bandar Queenstown. Memang rare campsite ni dan bayaran sekepala NZ7.00(RM21++). Memey murah berbanding Te Anau dan sewaktu dengannya. Sebabnya elektrik tak disediakan dan cuma ada 2 toilet lubang. Wow! Toilet Lubang? Sure, macam-macam ada dalam lubang tuu... hehe.. dan bayangkan bila toilet takda lampu. So, kenalah bawak benda yang boleh keluarkan cahaya supaya tak gelap bila nak tunaikan hajat di malam hari. Perlu ada keberanian bila dok sorang-sorang dalam toilet yang gelap gelita.. hehe...  

Ketika kawe sampai di Moke Lake lebih kurang jam 8 malam, hari hampir gelap dan dah nak masuk Maghrib. Geng Motorhome ada yang dah sampai. Dalam 7-8 biji. Yang lain mungkin dalam perjalanan. Selain geng motorhome ada juga 2-3 buah kenderaan lain yang bukan dari geng TK dan ada kemah di sisi kenderaan mereka. 

Sebaik tiba dan keluar dari Motorhome sudah terasa kesejukannya hingga ke tulang. Kawe rase suhu dalam 5-10 celcius atau kurang dari itu. Memey giler sejuk. Takdan nak duduk luar Motorhome lelama. Masa amik wuduk kat toilet pun dah rasa macam air batu.. gegel! Memang sah malam ni tak mandi.. haha... Bayangkan mereka yang tidur dalam kemah. Mau berbungkus bagai.. 

Bila hari sudah gelap, pekat dan dongak ke langit kelihatan cakerawala serta bintang-bintang yang sangat indah. Rupanya di Moke Lake antara lokasi memphoto bintang. Malangnya kawe telupo pulak nak snap gambar dek kerana terpegun dengan kebesaran Allah. Seperkara lagi sebab kawe maleh nak dok lama-lama kat luar. Sejuk bangat!

Malam tu selain aktiviti memphoto bintang, ada geng ajak makan rojak sogo kat tepi motorhome dia. Tapi aku tak larat nak keluar coz badan dah terasa macam seram sejuk.. hantar Afzan je jadi wakil.. hehe... So, malam tu kat Moke Lake kawe tido awal sket dari biasa kerana esok perjalanan masih panjang....

Peta Queenstown ke Moke Lake
Pagi @ Moke Lake.... yang macam rumah kecik itulah toilet...
Moke Lake a.k.a Tasek Moke... indah sungguh pemandangan di sini...
Kiri, kanan, belakang gunung... depan, tasek moke...
Pagi selepas Subuh hari ke-5... taklimat oleh Hj Zikri (Founder Trip Kekawan)
Taklimat ini tentang aktiviti hari ini dan seterusnya perjalanan ke Fairlie Top...
Semuanya berjaket, berbungkus bagai kerana suhu yang sejuk...
Awan kabus separa tasek... nyaman sungguh...

selesai taklimat ialah sarapan berjemaah..
Mana yang stok makanan terlebih bolehlah dibawa keluar untuk dihidangkan dan dijamu secara berjemaah... 
seronok bila makan ramai-ramai....
Masa nilah dapat berjumpa dengan semua geng Motorhome... sebab sebelum ni masa taklimat hanya jumpa ketua Motorhome je..
walaupun dalam kesejukan pagi, paling penting dapat berkenalan dan rapatkan silaturrohim..
Sesi seterusnya ialah bergambar....

JDT ada di mana-mana... hehe
tunggul kayu di Moke Lake ni memey popular untuk bergambo...
bergambo ikut stail masing-masing...
Inilah Geng NZ Trip Kekawan March 2014.... ada 18 keluarga dan 16 Motorhome... ada yang kemudian jadi sahabat walau baru kenal 5-6 hari... Alhamdulillah...
masa untuk berangkat meninggalkan Moke Lake... dalam kesulitan ada kemesraan...
The Tasek Moke... macam cermin...
Perjalanan seterusnya menuju ke Queenstown semula, kemudian ke Wanaka, Lake Tekapo dan Fairlie Campsite. Ada beberapa keluarga yang tinggal untuk aktiviti horse riding...
Bye-bye Moke Lake... see you again... entah bila ke sini lagi...

QUEENSTOWN > WANAKA > LAKE TEKAPO > FAIRLIE

Sambung jalan-jalan di bandar Queenstown... sourvenir lagi!
Lunch Kebab..
Simple dan menarik bandar ni...
walau matahari memanco... kedinginan masih terasa...
Nak cari parking Motorhome kat area bandar mcm Queenstown memey susah sebab saiznya yg besar macam lori... finally jumpa gak dan tak jauh sangat dari pusat shopping di Queenstown... kira-kira 1km jalan kaki..
Afzan membimbit hasil borongan....

Selesai jalan-jalan di bandar Queenstown, perjalanan seterusnya ke Wanaka melalui Cardrona Valley iaitu jalan tertinggi di NZ... di jalan inilah Datuk K eksiden tapi tak sure kat km berapa...
Hampir ke Wanaka ternampak benda pelik bergantungan...
Takde benda lain ke dorang nak gantung....
Tasek Wanaka
laa... macam dekat je gunung tuu... hehe
waaa caaa!!
Tenang je bandar ni... sesuai untuk mereka yang nak cari ketenangan...
Kenderaan pun tak berapa banyak...
Singgah Wanaka Puzzling World
eh! apo ko bondo nih?
ooo..... tahan jangan tak tahan! hahaha....
Wah! macam kuat je jeem... hehe
boleh slip disc nii...
macam-macam ado sini selain puzzle... dan ini ialah toilet orang roman..


inside Wanaka Puzzling World... sementara menunggu nak masuk puzzle world...
camera trick..
dia pun nak buat jugak...
satu jari pon boleh tahan...

instawanaka... kakakaka....
tangan telebey! hehe...
ramai gak geng Motorhome TK singgah kat Puzzling World...
next stop, makan ikan salmon fresh...

ikan salmon yang telah dipotong-potong...

boleh tahan mahal hage ikan dier...
kolam ikan salmon...
Mount Cook view from Lake Pukaki...
masa sampai sini hari dah petang... patutnya air tasek kelihatan biru tapi nampak kelabu...
Lake Tekapo.... sampai sini dah nak maghrib....
Kalau musim luruh, cantek tempat ni...
Final destinasi dan malam last tido dalam motorhome @ Fairlie Top Campsite.... Top 10 gak..
Perjalanan hari ke-5 sejauh 313km... fuh!
Bersambung Hari ke-6, Part 6, Final Part...

Ringkasan Iternari hari ini

9.00 am - Check Out dari Moke Lake dan menuju ke Queenstown
12.00 pm - Bergerak menuju Wanaka
1.30 pm - Tiba di Wanaka dan kemudian ke Puzzling World
3.00 pm - Bergerak menuju ke Salmon Farm
5.30 pm - Dari Salmon Farm menuju ke Lake Pukaki dan Tekapo 
7.00 pm - Dari Lake Tekapo menuju ke Fairlie Top Campsite
8.00 pm - Tiba di Fairlie Top

Yang terlepas baca part-part lain boleh klik bawah,

No comments: