Salam Semua,
Jom sambung part seterusnya...
Day 9 ~ Sabtu, 6/12/25, South Island
Dunedin - Harrington Point - Christchurch
10.30 am - Check Out
Sebelum gerak menuju ke Christchurch nak singgah Harrington Point.
Harrington Point ialah sebuah kawasan yang terletak antara Taiaroa Head dan Otakou iaitu berhampiran dengan pintu masuk Pelabuhan Otago. Di situ terdapat hidupan liar tempatan seperti koloni albatros, singa laut dan penguin bermata kuning. Masih dalam kawasan bandar Dunedin, cuma nak ke Harrington Point kena memandu ke arah semenanjung Otago.
![]() |
| nun kat hujung atas sana Harrington Point |
11.30 am - Tiba di Harrington Point.
Oleh kerana aku pernah datang sini dulu jadi aku malas nak join adik beradik, anak dan wife aku jalan kaki turun ke pinggir pantai tempat singa laut atau penguin bersidai. Nak simpan tenaga sebab lepas ni nak drive jauh, 7-8 jam.
![]() |
| view dari Harrington Point menghala ke Pelabuhan Otago |
Ni aku share cerita pasal Dunedin dan Harrington Point masa aku pegi tahun 2014
https://azhartravelog.blogspot.com/2014/09/new-zealand-bersama-trip-kekawan-march.html
12.45 pm - Tinggalkan Harrington Point
Oleh kerana jalan ke Harrington Point adalah jalan mati maka nak ke destinasi seterusnya kena balik semula ke Dunedin.
Masa datang ikut jalanraya di pinggiran teluk. Masa balik ikut jalan laluan atas bukit.
![]() |
| kat Portobello ada simpang boleh pilih nak ikut laluan mana.. |
![]() |
| cantik susunan pokok ni macam dalam alam fantasi filem LOTR |
![]() |
| view laluan atas bukit... ada ladang bela kambing di situ.. |
![]() |
| pemandangan saujana mata memandang |
![]() |
| singgah tuang minyak kat Waitomo Eastgate... ada gigi raksasa kat Harbour Mouth Molars.. |
4 pm - Singgah pekan Oamaru.
Sebaik tiba di sini, cari tempat untuk park Motorhome dan port untuk lunch. Alhamdulillah.. jumpa kat Roberts Park, Frome St. Semua ada kat situ, toilet, space untuk park Motorhomes dan padang untuk lunch sambil berkelah.
Adik-adik aku sempat pulak jalan-jalan kat pekan dan beli ayam goreng halal. Kat situ juga terserempak dengan couple orang Malaysia yang bekerja kat sini. Husband dia keje penyembelih lembu. Katanya ikut jejak abang dia dulu pernah kerja kat sini. Lama gak kami berbual hingga terlupa nak bergambo..
Oamaru adalah bandar terbesar di utara Otago. Bandar ni selari dengan bandar Queestown cuma ia terletak dekat dengan laut semenanjung Otago. Bandar ni juga terletak di tengah-tengah laluan antara Christchurch dan Dunedin.
Plan asal aku nak bermalam kat bandar ni tapi ubah sebab aku rasa alang-alang lajak terus ke Christchurch. Memang jauh total jarak 400km++ tapi bila difikirkan esok hari last, so bila dah ada kat Christchurch boleh tenang-tenang tak payah drive jauh-jauh lagi.
9 pm - Check in Tasman Holiday Park - Christchurch
Total perjalanan hari ni hampir 11 jam. Memang meletihkan tapi yang penting dah ada kat Christchurch sebab malam ni malam terakhir di South Island dan last Holiday Park check in. Esok nak balik semula ke Auckland dan jelajah North Island pula.
![]() |
| entrance Tasman Holiday Park kat Christchurch |
![]() |
| route paling jauh dan lama.. |
Day 10 ~ Ahad, 7/12/25, South Island
Holiday Park - Riccarton Park - Masjid Al Noor - RV Centre - Christchurch Airport - Auckland Airport - Auckland Airport Kiwi Motel
Hari ni hari terakhir kami berada di South Island dan malam nanti nak fly balik ke Auckland untuk jelajah North Island pula. Sementara masa yang ada sehingga pukul 5 petang kami plan nak jalan-jalan ke beberapa tempat.
![]() |
| kali ni dapat site parking jauh sikit dari toilet dan pantry |
![]() |
| merasa gak drive Mercedes 7 hari.. |
![]() |
| my co-pilot since day 1 |
11 am - Check out.
11.20 am - Tiba di Riccarton Park. Datang sini sebab hari ini ada Sunday Market.
Dekat 15 min juga pusing-pusing cari parking yang boleh memuatkan 2 buah Motorhomes. Akhirnya dapat juga dan tak jauh dari Sunday Market. Jalan kaki tak sampai 50 meter.. Alhamdulillah...
![]() |
| Parking kat sebelah padang polo |
![]() |
| antara gerai-gerai jualan di Sunday Market |
![]() |
| gerai jual frame dan gambar.. |
![]() |
| singgah sini nak beli Dutch Pancakes |
![]() |
| makan Dutch Pancakes sambil jalan... tak jumpa kerusi nak duduk |
![]() |
| ada live solo band |
![]() |
| makan fruit eskrem |
![]() |
| lepak kat padang sambil layan live solo band |
Selesai jalan-jalan kat Sunday Market kami gerak ke next location...
1.15 pm - Singgah Masjid An Noor.
Kalau ada yang masih ingat, masjid ni pernah berlaku peristiwa berdarah pada hari Jumaat, 15 March 2019. 51 gugur syahid di tembak oleh seorang warga Australia anti Islam. Kebanyakkan mereka yang syahid sedang menunggu untuk Solat Jumaat.
![]() |
| Memorial Syuhadah kat depan masjid |
![]() |
| di ruang solat ini ramai yang kena tembak dan syahid |
![]() |
| The Biras... Sulong, no 4 dan bongsu |
Kami datang masjid ni bukan saja nak ziarah juga nak tunaikan solat dan lepas tu berkelah kat padang riadah depan masjid..
![]() |
| open table utk yg tak boleh makan bersila.. |
![]() |
| matahari walaupun terik tapi nyaman.. sesekali datang angin kuat.. |
Sebelum gerak untuk pulangkan Motorhomes, kami lunch dulu kat padang depan masjid. Siap bukak meja dan bentang tikar. Sesekali datang angin kuat hampir-hampir menerbangkan makanan. Seronok dapat berkelah ramai-ramai kat situ..
Masa tu kawan Insyirah yang belajar kat University of Canterbury di Christchurch pun join sekali...
3.30 pm - Tiba di RV Super Centre untuk pulangkan Motorhomes.
Sebelum pulang kena clearkan semua sampah sarap, kemas apa yang patut, bersihkan dapur & sinki, buang air kotor, susun/letak peralatan kat dalam Motorhomes di tempatnya dan last sekali pulangkan kunci kat kaunter. Kemudian tunggu RV coordinator cakap semua ok then boleh ambil shuttle dan gerak ke airport.
![]() |
| Jalan-jalan Christchurch |
![]() |
| boarding time.. naik Air New Zealand |
![]() |
| 8.30pm.. sunset dekat nak Maghrib.. bai-bai South Island |
8.30 pm - Flight departure
9.30 pm - Tiba di Auckland Airport
11 pm - Naik free bus ke Motel
11. 30 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Motel
Sekian untuk kisah hari ke-9 dan 10. Kisah seterusnya esok hari ke-11 jelajah North Island pula... InshaaAllah bertemu lagi dalam Part 5... Robbi Yasir...
![]() |
| Aucland Airport - kat sini tempat tunggu bas free color kuning untuk ke hotel |
![]() |
| naik bas kuning dengan drebar yang sama masa kami sampai 1st day.. |
![]() |
| Setel check in Motel.. kat NZ saiz bulan kelihatan lebih besar dari kat Malaysia |
Sekian untuk kisah hari ke-9 dan 10. Kisah seterusnya esok hari ke-11 jelajah North Island pula... InshaaAllah bertemu lagi dalam Part 5... Robbi Yasir...
Post terdahulu,



































No comments:
Post a Comment