Showing posts with label Auckland Airport. Show all posts
Showing posts with label Auckland Airport. Show all posts

Monday, 27 July 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 4

Salam Semua,

Jom sambung part seterusnya...

Day 9 ~ Sabtu, 6/12/25, South Island
Dunedin - Harrington Point - Christchurch


10.30 am - Check Out

Sebelum gerak menuju ke Christchurch nak singgah Harrington Point.
Harrington Point ialah sebuah kawasan yang terletak antara Taiaroa Head dan Otakou iaitu berhampiran dengan pintu masuk Pelabuhan Otago. Di situ terdapat hidupan liar tempatan seperti koloni albatros, singa laut dan penguin bermata kuning. Masih dalam kawasan bandar Dunedin, cuma nak ke Harrington Point kena memandu ke arah semenanjung Otago.

nun kat hujung atas sana Harrington Point

11.30 am - Tiba di Harrington Point
Oleh kerana aku pernah datang sini dulu jadi aku malas nak join adik beradik, anak dan wife aku jalan kaki turun ke pinggir pantai tempat singa laut atau penguin bersidai. Nak simpan tenaga sebab lepas ni nak drive jauh, 7-8 jam.

view dari Harrington Point menghala ke Pelabuhan Otago

Ni aku share cerita pasal Dunedin dan Harrington Point masa aku pegi tahun 2014
https://azhartravelog.blogspot.com/2014/09/new-zealand-bersama-trip-kekawan-march.html

12.45 pm - Tinggalkan Harrington Point

Oleh kerana jalan ke Harrington Point adalah jalan mati maka nak ke destinasi seterusnya kena balik semula ke Dunedin.

Masa datang ikut jalanraya di pinggiran teluk. Masa balik ikut jalan laluan atas bukit.

kat Portobello ada simpang boleh pilih nak ikut laluan mana..

cantik susunan pokok ni macam dalam alam fantasi filem LOTR

view laluan atas bukit... ada ladang bela kambing di situ..

pemandangan saujana mata memandang

 singgah tuang minyak kat Waitomo Eastgate... ada gigi raksasa kat Harbour Mouth Molars..

4 pm - Singgah pekan Oamaru

Sebaik tiba di sini, cari tempat untuk park Motorhome dan port untuk lunch. Alhamdulillah.. jumpa kat Roberts Park, Frome St. Semua ada kat situ, toilet, space untuk park Motorhomes dan padang untuk lunch sambil berkelah.

Adik-adik aku sempat pulak jalan-jalan kat pekan dan beli ayam goreng halal. Kat situ juga terserempak dengan couple orang Malaysia yang bekerja kat sini. Husband dia keje penyembelih lembu. Katanya ikut jejak abang dia dulu pernah kerja kat sini. Lama gak kami berbual hingga terlupa nak bergambo..


Oamaru adalah bandar terbesar di utara Otago. Bandar ni selari dengan bandar Queestown cuma ia terletak dekat dengan laut semenanjung Otago. Bandar ni juga terletak di tengah-tengah laluan antara Christchurch dan Dunedin. 

Plan asal aku nak bermalam kat bandar ni tapi ubah sebab aku rasa alang-alang lajak terus ke Christchurch. Memang jauh total jarak 400km++ tapi bila difikirkan esok hari last, so bila dah ada kat Christchurch boleh tenang-tenang tak payah drive jauh-jauh lagi.

9 pm - Check in Tasman Holiday Park - Christchurch

Total perjalanan hari ni hampir 11 jam. Memang meletihkan tapi yang penting dah ada kat Christchurch sebab malam ni malam terakhir di South Island dan last Holiday Park check in. Esok nak balik semula ke Auckland dan jelajah North Island pula.

entrance Tasman Holiday Park kat Christchurch

route paling jauh dan lama..

Day 10 ~ Ahad, 7/12/25, South Island
Holiday Park - Riccarton Park - Masjid Al Noor - RV Centre - Christchurch Airport - Auckland Airport - Auckland Airport Kiwi Motel

Hari ni hari terakhir kami berada di South Island dan malam nanti nak fly balik ke Auckland untuk jelajah North Island pula. Sementara masa yang ada sehingga pukul 5 petang kami plan nak jalan-jalan ke beberapa tempat.

kali ni dapat site parking jauh sikit dari toilet dan pantry

merasa gak drive Mercedes 7 hari..

my co-pilot since day 1

11 am - Check out.

11.20 am - Tiba di Riccarton Park. Datang sini sebab hari ini ada Sunday Market.


Dekat 15 min juga pusing-pusing cari parking yang boleh memuatkan 2 buah Motorhomes. Akhirnya dapat juga dan tak jauh dari Sunday Market. Jalan kaki tak sampai 50 meter.. Alhamdulillah...

Parking kat sebelah padang polo

antara gerai-gerai jualan di Sunday Market

gerai jual frame dan gambar..

singgah sini nak beli Dutch Pancakes

makan Dutch Pancakes sambil jalan... tak jumpa kerusi nak duduk

ada live solo band

makan fruit eskrem

lepak kat padang sambil layan live solo band

Selesai jalan-jalan kat Sunday Market kami gerak ke next location...

1.15 pm - Singgah Masjid An Noor.

Kalau ada yang masih ingat, masjid ni pernah berlaku peristiwa berdarah pada hari Jumaat, 15 March 2019. 51 gugur syahid di tembak oleh seorang warga Australia anti Islam. Kebanyakkan mereka yang syahid sedang menunggu untuk Solat Jumaat.

Memorial Syuhadah kat depan masjid

di ruang solat ini ramai yang kena tembak dan syahid

The Biras... Sulong, no 4 dan bongsu

Kami datang masjid ni bukan saja nak ziarah juga nak tunaikan solat dan lepas tu berkelah kat padang riadah depan masjid..

open table utk yg tak boleh makan bersila..

matahari walaupun terik tapi nyaman.. sesekali datang angin kuat..

Sebelum gerak untuk pulangkan Motorhomes, kami lunch dulu kat padang depan masjid. Siap bukak meja dan bentang tikar. Sesekali datang angin kuat hampir-hampir menerbangkan makanan. Seronok dapat berkelah ramai-ramai kat situ..

Masa tu kawan Insyirah yang belajar kat University of Canterbury di Christchurch pun join sekali...

3.30 pm - Tiba di RV Super Centre untuk pulangkan Motorhomes. 

Sebelum pulang kena clearkan semua sampah sarap, kemas apa yang patut, bersihkan dapur & sinki, buang air kotor, susun/letak peralatan kat dalam Motorhomes di tempatnya dan last sekali pulangkan kunci kat kaunter. Kemudian tunggu RV coordinator cakap semua ok then boleh ambil shuttle dan gerak ke airport.

Jalan-jalan Christchurch

dalam shuttle ke airport

boarding time.. naik Air New Zealand

8.30pm.. sunset dekat nak Maghrib.. bai-bai South Island

8.30 pm - Flight departure
9.30 pm - Tiba di Auckland Airport
11 pm - Naik free bus ke Motel
11. 30 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Motel

Aucland Airport - kat sini tempat tunggu bas free color kuning untuk ke hotel

naik bas kuning dengan drebar yang sama masa kami sampai 1st day..

Setel check in Motel.. kat NZ saiz bulan kelihatan lebih besar dari kat Malaysia

Sekian untuk kisah hari ke-9 dan 10. Kisah seterusnya esok hari ke-11 jelajah North Island pula... InshaaAllah bertemu lagi dalam Part 5... Robbi Yasir...

Post terdahulu,

Sunday, 17 July 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari ke 7 & 8

Assalamualaikum...

Hari ke-7 : Coromandel Top 10 Holiday Park

Kembara NZ North sudah sampai ke penghujung. Perjalanan hari ini ialah kembali ke Auckland dan esoknya Hari ke-8 terbang balik dan tiba di Malaysia lusa(Hari ke-9). Bermakna jumlah hari untuk kembara ini termasuk hari perjalanan dari JB-Melaka-Putrajaya-KLIA-Melbourne-Auckland... dan balik semula ke JB ialah 12 hari 11 malam (9-20 March 2016).

1 malam - Melaka(transit JB-KLIA)
1 malam - Melbourne(transit KLIA-Auckland)
1 malam - Auckland
1 malam - Turangi
1 malam - Wellington
1 malam - Napier
2 malam - Rotorua
1 malam - Coromandel
1 malam - Auckland
1 malam - Melbourne(transit Auckland-KLIA)
Jumlah = 11 malam  

Ok, cerita hari last kembara pada pagi hari ini, rutin biasa ialah punggah semua beg masuk ke MPV. Pastu berkumpul dan plan nak ambik gambar ramai-ramai dengan semua geng MPVian dan Motorhome, tapi ada yang tak siap lagi maka sapa yang ada je lah..


Perjalanan pagi ni takde nak rushing sangat. Cuma kalau sempat nak solat Jumaat kat area airport dekat-dekat hotel sebelum check in. Pastu pada sebelah petang nak jalan-jalan kat pusat bandar Auckland. Hotel dah book kat Airport Travel Air. Cuma dari area airport nak ke Auckland agak jauh sikit lebih kurang 15km. Sebab tu kena sambung sewa kereta kalau nak jalan-jalan.

Oleh kerana hari ini last kembara bermakna hari ini kena pulang semua MPV & Motorhome sebelum pukul 3 petang. Disebabkan nak sambung jalan-jalan dan memudahkan ke airport pada esok petang kami decide nak sambung sewa estima Jasmin dan Anuar. Sementera estima aku&Afzan, geng motorhome iaitu Aziz nak sewa.

Soalan, kenapa pakai 2 MPV? Sebabnya flight Jasmin awal pagi esok jadi kalau sewa 3 MPV macam rugi plak so ambil 2 je walaupun tau nanti bila nak jalan-jalan ke bandar Auckland terpaksa bersesak 4 keluarga dalam 2 MPV. Nasib aku dan Afzan bawa sorang anak je so taklah nampak cam sendat sangat walaupun dah terlebih muatan. Namun ada cerita masa jalan-jalan kat bandar. Kena baca sampai habis nanti baru tau cerita... hehe

Ok, selesai cerita sambung sewa MPV. Sambung cerita travelog..

Coromandel - Auckland

Dari Coromandel ke Auckland jarak perjalanan lebih kurang 160km dan 2 jam 20 minit perjalanan. Alhamdulillah... tak berapa jauh sangat. Menariknya separuh perjalanan melalui persisiran pantai yang saujana mata memandang. Walaupun laluan agak berliku tapi yang penting tak bosan sebab dapat tengok laut serta langit biru.



Geng MPV kat Coromandel Top 10 Holiday Park
Hujan pulak kejap kat pekan Coromandel..











Bandar Thames
sedap nama jalan tu Miranda... macam bau-bau nama artis...
Dah masuk highway Auckland menuju ke airport..

Masjid Airport - Auckland

Kami tiba masjid dekat area airport kira-kira 30 minit sebelum waktu Zohor. Alhamdulillah sempat nak solat Jumaat di New Zealand. 

Geng MPV bergambo depan Airport Masjid Al Maqtoum
Sebelum solat Jumaat ada tazkirah dalam bahasa english
Paling best tentang masjid ni disebelahnya ada jual makanan halal dan supermarket halal. Dari hotel kami pon tak berapa jauh dalam 4-5km aja. So kalau sesape nak jalan-jalan NZ North bole dok area airport supaya senang sket nak cari makanan halal. 

Ni den share nama dan alamat masjid. 

Airport Masjid - Al Maqtoum
91 Westney Road, Mangere
Auckland


Harga makanan berpatutan... boleh makan untuk 2 orang..

Airport Travel Air & EZI Car Rental

Selesai solat jumaat dan lunch terus ke hotel untuk check in dan ke ezi car rental untuk urus sewa estima. Seterusnya ialah jalan-jalan bandar Auckland.

Airport Travel Air Hotel - Selesa untuk 6 orang ada 3 katil queen
Route dari hotel ke bandar Auckland
Sistem jalan susur ke highway kat NZ... malaysia patut tiru.. 
Malaysia Cuisine... dekat-dekat bandar Auckland
Auckland Sky Tower











Ada banyak tempat lagi boleh lawat seperti Auckland fish market. Dari situ bole makan ikan fresh dan bergambo nampak latar belakang sky tower. Tapi apakan daya masa mencemburui.

Semasa dalam perjalanan balik ada kejadian berlaku kat bandar iaitu estima Anuar ditahan polis. Masa tu tengah stop kat traffic light dan estima Anuar kat belakang kami. Aku dan family Afzan naik dengan Jasmin. Cuma Afzan je naik dengan Anuar. 

Sebaik lampu hijau estima aku dan Jasmin gerak dulu dan bila tengok belakang polis sudah tahan estima Anuar. Kami pun terus gerak tak tau apa cerita kena tahan. Kalau tengok estima aku ngan Jasmin lagi ramai banding estima Anuar. Estima kami ada dewasa 5 orang, 2 remaja dan 4 orang kanak-kanak. Manakala estima Anuar pula ada 3 dewasa, 3 remaja dan 1 baby umur 3 tahun. Nasib polis tak tahan estima kami.. hehe..  

Sementara tunggu apa cerita kami terus ke Countdown kat Mangere tunggu estima Anuar sampai. Sebaik Anuar tiba dan cerita kena tahan rupanya sebab anak anuar yang kecik sekali tak duduk dalam baby car seat. Nasib dalam estima anuar memey ada baby seat cuma tak pasang dan polis suruh pasang dan tak kena saman. Bayangkan kalau polis tu tahan estima kami, kompom kena saman sebab lebih penumpang. 

Moral of story, kat NZ ni undang-undang bawa bayi dalam kereta sangat ketat dan tujuannya untuk keselamatan. Kat NZ kalau kena tahan bayi tak dok kat baby seat dan tiada baby seat, maka selain disaman polis akan escort/hantar sampai hotel/rumah. So, beringat kepada sesape nak sewa kereta di NZ juga Australia dan negara maju yang lain. Kat Malaysia boleh maaf lagi. Sebenarnya banyak kebaikan kalau letak baby kat baby car seat tapi kita orang Malaysia ramai tak aware. Kat Malaysia banyak kes kemalangan libatkan baby tercampak dari kereta. Ada yang meninggal.. huhu..    

Setel cerita kena tahan sambung shopping barang makanan kat Countdown seperti coklat untuk bawa balik Malaysia. Selesai di Countdown hantar Jasmin dan Family ke Ibis Hotel dekat-dekat airport sebab flight balik dia ke Qatar esok awal pagi. Tinggallah kami 3 keluarga bermakna selesai travelog Hari ke-7.


Hari ke-8 & Hari Travel Balik

Oleh kerana flight balik kami pukul 3.50 petang so pagi ni dari pukul 9-12 tengahari sempat jalan-jalan sekitar Mangere dan layan Sunday Market..

Padat dengan beg..



Macam-macam ada... 
Ada show kaum Maori dalam town centre...
Kat sini juga ada Halal Butchery
Sebelum ke airport singgah lunch kat kafe sebelah masjid airport
Waktu operasi kafe halal kat Airport Masjid..
On the way to airport
Harta karun untuk di bawa balik Malaysia... kelihatan beg Retro Afzan beli kat Saturday market masa Hari-2
@ Auckland Airport
Last kopek shopping kat airport habiskan duit NZ..
Solat Jamak Qasar dulu sebelum take off.. 
Boarding time
Bai-bai NZ..
Transit kat Melbourne
Sementara tunggu flight balik KL sempat layan game JDT vs PDRM... 
Alhamdulillah... safe landing kat KLIA
Total parking fee kena bayar kat Putrajaya Sentral untuk 11hari 2 jam ... rm62
Alhamdulillah... selesai sudah travelog Kembara New Zealand North. Banyak pengalaman dan kenangan telah kami perolehi sepanjang perjalanan dari hari pertama hingga terakhir. Tentang New Zealand samada di South atau North ada kelebihan dan tempat menarik masing-masing. Apa yang tiada di South ada di North dan sebaliknya. Apa yang penting ibrah yang diperolehi disebaliknya sambil menyaksikan sendiri keindahan alam kebesaran Allah swt, kemesraan penduduk di sana juga sistem-sistem yang baik yang boleh diikuti.

Semoga perkongsian ini dapat berikan maklumat yang diperlukan kepada pembaca yang ingin ke New Zealand. InshaaAllah travelog seterusnya ialah Mesir. Terima kasih kerana sudi membaca...