Sunday 6 August 2017

Kembara Ukhwah Acheh 27-30 Julai 2017 - Part 1

Assalamualaikum..

Idea ke Acheh timbul selepas balik dari Jalan-Jalan Surabaya-Bandung. Masa tu bincang dalam group whastsup nak ke Acheh dalam 6-7 orang je. Kemudian ada pula yang nak bawa isteri dan anak. Dari situ timbul idea buat rombongan sekala ramai anjuran Masjid Sultan Iskandar. Kebetulan dalam grup tu ada sorang(Farid) pernah pergi Acheh dan cadangkan orang/ustaz yang boleh uruskan rombongan ke Acheh. Bermula dari situ terus buat perancangan dan program untuk ke Acheh. Maka akhirnya terhasil lah Kembara Ukhwah Acheh pada 27-30 Julai 2017. Tarikh ini dipilih hasil dari perbincangan meja bulat Biro Ekonomi dan Rakan Muda MSI.

Kenapa Acheh?

Kalau saya sejak 2011 dah berhajat nak ke sana. Kat blog ni Acheh antara tempat dalam wish list saya. Beberapa kali dah cuba plan dengan geng-geng kaki travel yang lain tapi akhirnya jodoh ke Acheh dengan Geng MSI juga. Nasib Geng MSI ni ramai juga yang kaki travel jadi senang sket bab-bab nak mengurus.

Di Masjid Sultan Iskandar sebelum bertolak ke KLIA2

Sebelum Kembara Acheh ini menjadi realiti kami telah mengaturkan beberapa program untuk dilaksanakan sebagai promosi, antaranya promosi di FB, pengumunan tentang Kembara Acheh sebelum solat Jumaat di MSI dan juga memanggil Ustaz Suhaimi untuk ceramah tentang Acheh. Ustaz Suhaimi kami kenal melalui Farid sebab dia pernah ke Acheh bersama Ustaz 3 tahun lepas. Jadi kami melantik Ustaz untuk urusan dari beli tiket flight dan juga semua urusan di Acheh untuk 4 hari 3 malam.

Banner promosi ke Acheh 
Kuliah Ustaz Suhaimi tentang Kembara Acheh
Ustaz Suhaimi di Masjid Sultan Iskandar


Pejam celik, celik pejam, hari yang dinantikan hampir tiba. Terasa macam baru semalam buat plan rombongan ke Acheh. Tiba-tiba, eh! minggu depan dah nak pegi? eh! lusa dah pegi. Memang cepat masa berlalu. Apapun, terima kasih kepada AJK-AJK yang terlibat yang menguruskan terutama Che Shidah yang uruskan pendaftaran dan wang peserta. Banyak tu masa dihabiskan. Juga kepada Sheikh Farid yang berurusan dengan Ustaz Suhaimi. Tanpa anda semua takkan tercapai matlamat ke Acheh.

Last meeting 3 hari sebelum ke Acheh... Sori Shidah masa ko tiba lupa nak amek gambo... hehe..

26 Julai 2017 : Masjid Sultan Iskandar > KLIA 2

Perjalanan kami ke Acheh bermula dari Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn(MSI). Semua peserta diminta berkumpul di MSI untuk naik bas ke KLIA2. Flight ke Acheh pada 27 Julai jam 7.40 pagi, oleh itu kena gerak dari MSI pada malam hari sebelum. Oleh kerana rombongan kami seramai 44 orang maka selewatnya kena berada di KLIA2 pada pukul 3 pagi untuk urusan check-in beg dan lain-lain. Jadinya kami bertolak dari MSI pada jam 10 malam, 26 Julai.


27 Julai 2017 : KLIA2

Bas tiba di KLIA2 ngam-ngam pukul 3 pagi. Bila tengok muka masing-masing memang masih mengantuk tapi tetap teruja dan tak sabar nak sampai Acheh. Oh, lupa nak habaq rombongan kami ni terdiri dari semua lapisan umur. Dari umur 5 tahun hingga 70 tahun. Alhamdulillah, semua beri kerjasama yang sangat baik.


Di KLIA2 kami disambut oleh Ustaz Suhaimi dan terus mulakan urusan timbang berat beg dan check-in. Semua urusan tu ambil masa 2 jam lebih dan kami boarding kira-kira 15 minit sebelum waktu Subuh.

bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi sebelum boarding
Geng Mesir & Krabi bergabung ke Acheh

Name Tag peserta Acheh...  Tag AJK pon sama macam peserta

Sultan Iskandar Muda International Airport

Pemandangan Bumi Acheh 1000 kaki dari tingkap row 23F AK 422
Sultan Iskandar Muda International Airport - Lebih moden dan canggih airport ni banding kat Bandung

Sebaik mendarat di Bandara antarabangsa Sultan Iskandar Muda, urusan seterusnya ialah check out dan berkumpul di luar bangunan Bandara (sebutan Indonesia untuk Bandar Udara). Di situ bas sedang menunggu untuk membawa kami ke lokasi lawatan pertama.

Bas di Acheh

Perkuburan Massal, Kg Siron

Lokasi pertama lawatan ialah Perkuburan Massal iaitu tempat bersemadi 46, 718 mangsa Tsunami. Boleh dikatakan perkuburan ini tiada nisan dan ditanam secara berlapis. Agak syahdu juga bila berada di sini dan mengenangkan saat mereka mangsa-mangsa ini ditanam. Tanpa kafan, tanpa talkin dan tanpa ahli keluarga yang melihat mereka ditanam. Siapa mereka pun tak diketahui asal-usul dari mana.


Me and Afandi
Kembara tak kenal usia... janji ngam satu kepala...

Masjid Rahmatullah - Lampuuk

Lokasi kedua ialah Masjid Rahmatullah. Kalau korang semua masih ingat ada satu gambar yang viral dulu selepas Tsunami melanda kawasan ini. Masjid ini menjadi satu-satunya binaan yang masih teguh walaupun binaan di sekeliling sudah tiada dan menjadi rata seperti padang jarak padang tekukur. Di sekeliling masjid ini ialah kawasan perkampungan yang padat dengan rumah, tetapi bila tsunami melanda semua runtuh dan hanyut dibawa ombak.

Menurut cerita ombak tsunami yang menyerang kawasan ini setinggi bangunan 3 tingkat. Bayangkan masa tu kita berada disitu melihat ombak setinggi 20 meter kemudian cuba berlari tapi tak sempat dan dihanyutkan bersama-sama zing, kayu, besi, pokok dan kaca. Masa tu apa yang datang kepada kita takkan dapat elak. Boleh jadi kita luka parah dan meninggal dan boleh jadi kita sekadar hanyut tanpa luka sebab Allah lindung kita. Namun apa yang berlaku di sini lebih dahsyat dari apa yang kita bayangkan. Inilah keadaan kiamat yang Allah hadirkan sebagai peringatan kepada rakyat Acheh sebagai tanda kasih sayang untuk mereka yang diberi diberi peluang kedua. Setiap kejadian pasti ada hikmah.

Bagi kita yang berpeluang datang ke sini dan melihat kesan-kesan peninggalan tsunami di depan mata, jangan sekadar bergambar tapi cuba hayati dan ambil iktibar. Ia sebagai proses untuk muhasabah diri dan sebagai hamba kena bersyukur Allah cipta tanah Sumatra sebagai pelindung kepada negara Malaysia dari bencana Tsunami. Subhanallah!

Masjid Rahmatullah selepas Tsunami
Kerosakan akibat Tsunami masih dikekalkan untuk tatapan mereka yang melawat masjid ini
Hanya patah-patah tapi tak menjejaskan struktur bangunan masjid
Ruang solat selepas dibaiki kerajaan Turki
Menara belakang masjid dibina oleh Kerajaan Turki

Kebetulan datang Acheh pada musim durian. Tiba-tiba datang orang kampung naik motor dengan sebakul durian dibelakangnya. Bertemu pula dengan orang Malaysia yang kaki durian maka hasilnya selamatlah durian tersebut direwang oleh kami. Rp250k untuk 18 biji. Oklah, tak mahal dan tak mengecewakan untuk durian baka kampung.







Pondok Pesantren Hidayatullah Putri

Lokasi ke-3 selepas kenyang makan durian ialah melawat Pesantren. Tujuan ke sini selain ziarah ialah untuk sampaikan sumbangan. Melawat pesantren merupakan salah satu aktiviti utama Kembara Acheh selain melawat monumen-monumen Tsunami. Tujuannya supaya kita semua dapat melihat kepayahan anak-anak yatim yang berada disini yang hidup dalam serba kekurangan serta mengharapkan sumbangan dari orang ramai. Ada juga anak-anak ini mangsa Tsunami yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya. Pesantren ini khas untuk kaum Putri aje.

Selepas mendengar tazkirah dari Ustaz yang menguruskan pesantren ini, acara seterusnya ialah sampaikan sumbangan hasil infaq dari peserta kembara dan yang mengirim dari Malaysia. Kemudian kami dihidangkan makan tengahari makanan tradisi Acheh iaitu antaranya belinjau masak lemak, ayam goreng daun kari dan minuman air timun. Cara masakan lebih kurang macam orang Jawa atau Bugis cuma bahan masakan je terutama yang ada biji belinjau.



Ketua Biro Ekonomi, Haji Razali sampaikan sumbangan kepada Ustaz




Hotel Mekkah

Lokasi seterusnya ialah check-in hotel. Ustaz Suhaimi sangat memahami tentang kepenatan kami yang tak cukup tidur akibat travel dari malam semalam. Peluang dapat berehat ini kami gunakan untuk tidur sebentar dua-tiga jam. Next acara ialah selepas Maghrib.

Che Shidah @ depan Hotel Mekkah
Bangunan Hotel Mekkah
Bilik kami untuk 3 orang.. 2 katil king bergabung jadi king kong..

Yang bestnyer Hotel Mekkah ni terletak di sebelah Masjid Al-Makmur. Masjid ini dibina oleh Negara Oman selepas Tsunami. Dan, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Oman. Alhamdulillah, hari pertama di Acheh dapat solat maghrib berjamaah di sini. Jemaah Maghrib juga boleh tahan ramai dan masjid hampir penuh. Alhamdulillah, orang Acheh memang utamakan solat berjemaah. Mungkin juga hikmah selepas tsunami.

Masjid Oman akan Al-Makmur... ni rakan sebilik guwe Amin dan Afandi... kami 3 A..

Selepas Maghrib, acara seterusnya ialah makey malam di Ayam Lepaas. Tengok nama restoren ni teringat Ayam den lopeh. Rasanya ada kena-mengena tu dengan nogori semiley sebab Acheh kat Sumatra. Sumatra tempat asal-usul minang. Minang ada kaitan dengan Nogori Semiley. Mungkin juga owner restoren ni ore minang? haha.. jauh nau pikir.. Makan aje laa woii... pikey bebanyak bukan kenyang pun.. hehe... Menu makanan lebih kurang macam ayam penyet. Kena dengan selera.

Che Shidah dengan ayoh dier..




Aktiviti terakhir hari ini selepas dinner ialah ke kedai Sourvenir untuk beli apa yang patut. Kat situ kawe sambar t'shir selai, fridge magnet, replika pedang acheh dan kopi Acheh 3 jenis. Terbang 200 ribu rupiah Lain-lain peserta banyak juga yang membeli dan belah. Ye lah, Acheh ni tak macam Bandung bukan syurga shopping. Apa yang menarik boleh lah beli sebab tak return lagi tempat ni. Next tempat shopping akan pergi pada hari ke-3 nanti di Pasar Acheh dekat area Masjid Baiturrahman.

Muka Afandi terpaksa digelapkan untuk terangkan signboard kedai sourvenir kat belakang
Balik dari kedai sourvenir hari dah lewat malam. So, masa untuk berehat simpan tenaga untuk aktiviti esok Hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2017. 


No comments: