Sunday 20 August 2017

Kembara Ukhwah Acheh 27-30 Julai 2017 - Part 3

Assalamualaikum..

Untuk Part 1 & Part 2 boleh klik kat link bawah..

Kembara Acheh - Part 1
Kembara Acheh - Part 2

29 Julai 2017



Makam Pahlawan Nasional Sultan Iskandar Muda

Pengembaraan hari ke-3 diteruskan dan lokasi pertama lawatan hari ini melawat Makam Sultan Iskandar Muda. Menurut sejarah Sultan Iskandar Muda diiktiraf sebagai pahlawan nasional kerana pada zaman pemerintahanya(1607-1636) merupakan zaman kegemilangan kesultanan Acheh. Nama beliau juga diabadikan di Bandar Udara(Bandara-Airport) Internasional Acheh.

Kaitan Sultan Iskandar Muda dengan Tanah Melayu ialah telah berkahwin dengan putri dari Kesultanan Pahang. Setelah berkahwin kabarnya Putri Pahang terlalu rindu dengan kampung halaman di Pahang lalu Sultan Iskandar Muda telah membina sebuah Taman Gunongan sebagai tanda cintanya. Taman itu masih lagi ada di Bandar Acheh dan salah satu lokasi lawatan hari ini.

Panjang lagi kisah Sultan Iskandar Muda antaranya kaitan dengan Melaka, Johor, Pahang dan Kedah. Zaman tu juga Portugis gagal luaskan wilayah penjajahan dan hanya di Melaka sahaja. Kalau nak cerita semua ni 3 hari 3 malam tak habis. So, cukup setakat ini dan sambung tengok gambar.  


cam bese... bergambo ramai-ramai..
Serba sedikit kisah Sultan Iskandar Muda...

Gambar paling rare dan viral... Surya mohon restu dari Pak Ngah..
Makan Sultan..
Sangat besar pokok ini... entah berapa umur dia?

Taman Puteri Pahang - Taman Gunongan

Inilah taman tanda cinta Sultan Iskandar kepada isternya yang berasal dari Pahang. Memang unik taman ni warna putih dan bentuk macam gunung-ganang. Ini kisah cinta lebih kurang macam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal dengan Taj Mahal. Cuma bezanya Taj Mahal lagi mahal dan lebih gah hingga termasuk dalam senarai 7 keajaiban dunia.

Level Sultan boleh lah buktikan cinta dengan bina macam ni. Level kita bawak pegi Taman Bunga je lahh.. hehe...


Gambar ihsan Hj Zainal... siap ada date tuu
Haji Azman kat depan Taman Gunongan Puteri Pahang


Kapal Apung PLTD

Lokasi ke-3 ke Kampung Punge Blang Cut. Kampung ni kat tengah Bandar Acheh kira-kira 5 km dari Pelabuhan Ule Lheue. Di kampung inilah terdampar sebuah kapal seberat 2600 tan dihanyut ombak tsunami. 

Bayangkan kapal seberat 2600 tan boleh hanyut begitu jauh dari laut ke darat? 
Dan, cuba bayangkan bagaimana keadaan ombak tsunami yang menyerang Banda Acheh?

Sudah tentu dahsyatkan? Jadi, tak heranlah ramai penduduk Acheh yang terkorban hingga 200k++. Bukan saja terkorban malah ada yang tak dijumpai hingga hari ini. Kemungkinan juga ada yang terkubur di bawah Kapal Apung PLTD. 

Dengan sebab itu juga kapal ini jadi monumen bersejarah peninggalan tsunami untuk menunjukkan betapa dahsyatnya ombak tsunami yang melanda Acheh.



Maklumat tentang Kapal PLTD iaitu sebuah kapal generator
Cik... sape tah lupa nama... jurucerita tentang Kapal Apung PLTD
lebar lebih kurang 10 meter dan panjang 90 meter
Sheikh Amin melambai mesra sambil tunjuk simbol V ke arah geng kembara...
Me and Kapal Apung PLTD di belakang.. 
yang belakang tuu... Cak!
Cam bese... beramai-ramai begambo..
Dalam kapal PLTD... banyak info tentang kapal ni dan kejadian tsunami
Kapal PLTD sebelum di komersialkan menjadi monumen
Me kat atas... mereka di bawah..

Dulu di sini tapak beberapa rumah...

Muzium Tsunami

Muzium ini bukan sekadar memaparkan kejadian semasa dan selepas tsunami juga dijadikan sebagai pusat pendidikan dan tempat perlindungan darurat andai tsunami terjadi lagi. Rekabentuk muzium dengan struktur melengkong sebagai simbolis kepada tsunami. 

Ada beberapa bahagian dalam bangunan ini inspirasi dari rumah tradisional Acheh iaitu lantai dan dinding luar. Memang unik rekaannya dan jika dilihat dari atas seolah membentuk gelombang laut.


Model mini bangunan Muzium Tsunami
Pandangan tingkat bawah
Dalam panggung tayangan tsunami
antara gambar-gambar dalam muzium
Suasana selepas Tsunami di Masjid Baiturrahman
Bot atas rumah
Kapal Apung PLTD
Kelihatan mayat-mayat korban tsunami

Kapal PLTD saat tsunami
Masjid Rahmatullah
Bot atas rumah








Reka bentuk dalaman muzium tsunami






Makan Tengahari Rumah Ibu..

Lupa pulak nama ibu ni iaitu tuan rumah untuk makan tengahari. Keluarga ini antara mangsa tsunami yang telah kehilangan ahli keluarga iaitu anak perempuan mereka. Punca lupa nak tanya sebab masa tu perut dah lapar bangat dan mata cuma nampak makanan aje.. hehe..


Antara lauk-lauk... yg hijau tu tinggal daun je, ayam ketol dah habis...



Kuih-muih pencuci mulut... sedap sungguh
Air ni memey sedap... air timun

Rumah Anak Yatim Dayah Nurul Huda

Destinasi seterusnya selepas lunch ialah ziarah Rumah Anak Yatim. Tujuannya untuk hulurkan infaq dari geng kembara dan juga yang mengirim dari Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat membantu anak-anak ini yang memang sangat memerlukan bantuan terutama untuk sara makan minum di sini. 

Sayu.. makan hanya berlaukkan ikan... tu pun kadang-kadang takde lauk... :(
anak-anak gadis ini bila cukup umur 20 tahun akan dijodohkan...






Bantuan diserahkan kepada Ustaz..


anak sapo la ni rajin potong sayur... hehe..

Pak Wali Kota sedang interview penjaga di sini




Masjid Baitul Mukminin

Kami singgah masjid ni untuk solat jamak zohor-asar sebelum ke destinasi seterusnya. Kubah hitam simbol masjid-masjid di Acheh.






Pasar Acheh

Aktiviti wajib selepas melawat kawasan dan sebelum balik esok ialah membeli apa yang patut untuk sendiri atau cenderahati. Barang diingat Acheh tak sama macam Bandung atau Jakarta iaitu syurga beli belah. Kat sini barangannya tak berapa banyak tapi kalau untuk kudapan yang tiada di bandar lain adalah lebih baik beli sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia. At least ada juga dari takde langsung.

Pasar Atieh,,, sebutan Pasar Acheh... mulanya ingat macam bazar rupanya dalam bangunan ni...
Macam-macam makanan tradisi Acheh ada kat sini


Masa tsunami jalan raya ni jadi macam sungai...



Penat berjalan kita singgah minum kopi

Makam Malam di Kampung Blang Punge Cut

Last destinasi untuk hari ke-3 ke Kampung Blang Punge Cut. Macam pernah dengar kampung ni? Tapi di mana yeah? ala... cer baca balik kat atas post ni sure jumpa nama kampung ni... dah jumpe? aha... :)

Dulu, tuan rumah tempat kami dinner ni rumah dia kat tapak Kapal Apung PLTD yang terdampar tu. Oleh kerana dah rosak sebab tsunami dan digantikan tapak baru di sini. Jarak dari tapak rumah lama dalam 200 meter.

Tuan rumah ni juga tempat kami order binka ubi sekotak harga Rp40k. Sambil makan malam sambil ambil barang yang telah diorder.

Menu lauk makan malam ni ada beza sket banding rumah lain yang kami dah singgah. Ada tempe masak sambal dan beberapa lauk lain yang kene dengan tekak Fendi. Sebab dia cakap dah tak lalu nak makan lauk masak belinjau. Cakap je laa dah rindu nak makan lauk asam pedas..

Bagi helwa makan dulu
Fendi dengan kusyuknya dapat makan tempe..
Dah macam open house kat sini
Setakat ini aktiviti kami untuk hari ke-3 juga hari last melawat kawasan. Banyak juga tempat telah singgah juga ziarah dan yang penting telah mencapai matlamat kembara ini. Malam ni semua ahli kembara diminta bersiap-siap pack apa yang patut sebab esok awal pagi lepas subuh dah kena gerak ke airport. 

30 Julai 2017


Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Aceh setelah 4 hari. Banyak yang telah kami pelajari di sini. Terutama tentang kejadian tsunami besar 13 tahun lalu bukan hanya telah meninggalkan parut dalam kepada warga Aceh, juga hikmah keamanan antara Gerakan Acheh Merdeka(GAM) dengan Kerajaan Indonesia.

Kesempatan bertemu dan beramah dengan warga Acheh yang juga mangsa tsunami dapat memberi peluang kepada kami mendengar cerita-cerita mereka secara terus tentang kebesaran Allah dan peluang kedua yang diberikan. Selain itu juga dapat melihat sendiri di depan mata monumen-monumen dan masjid-masjid yang selamat dari gelombang tsunami.

Selain itu, kesempatan berbual mesra bersama warga tempatan disini dan kami dapati bahasa pertuturan mereka seperti bahasa melayu Malaysia mudah untuk difahami. Malah warganya sangat mesra.

Antara perkara menarik yang saya dapati juga banyak sekali masjid yang dibina dengan kubah-kubah yang besar dan cantik. Ia melambangkan Acheh pernah menjadi kuasa besar penyebaran Islam suatu ketika dahulu. Juga, pengaruh islam ini sangat kuat dan berakar dalam warga tempatan.

Sebagaimana yang diketahui, Aceh juga merupakan satu-satunya wilayah/negeri di Indonesia yang melaksanakan hukuman syariah kepada warganya yang membuat kesalahan seperti khalwat, zina dan berjudi. Antara hukuman Syariah itu disebut Hukum Cambuk iaitu hukuman merotan dikhalayak ramai.

Pengembaraan kali ini berbeza seperti kembara saya yang lepas kerana kali ini banyak hikmah dan tauladan yang telah dibawa bersama serta memori gambar yang dirakam.

Semoga Acheh terus makmur dan dilindungi Allah. Selamat tinggal bumi Aceh. InshaaAllah, bisa ketemu lagi!

Di Bandara Sultan Iskandar Muda
Menunggu giliran untuk check-in beg




Sudah sampai KLIA2
Bergambar kali terakhir bersama Ustaz Suhaimi
Dalam bas KLIA2-Masjid BDO

Akhir kata terima kasih kepada yang sudi membaca hingga tamat. Semoga apa yang dikongsi sedikit sebanyak memberi manfaat dan tauladan terutama yang belum sampai di Acheh. Walaupun ada gurau senda di post-post ini tujuannya hanya untuk meriahkan suasana supaya tak bosan baca. :)

Saya sarankan jika diberi rezeki lebih pergilah ke Acheh dan selami apa yang telah berlaku di sana. Banyak sebenarnya yang boleh diambil pengajaran disamping dapat membantu golongan yang memerlukan.

Kepada pembaca blog saya sekalian kebiasaan kembara saya sebelum-sebelum ini hanya bersama beberapa orang atau dalam grup yang kecil. Tetapi kali ini saya dan team kembara buat keputusan untuk buat secara beramai kerana lebih sesuai untuk ziarah dan beramal.

Hikmah lain bila mengembara beramai-ramai ialah dapat berkenalan sesama ahli kembara kerana ada yang tak kenal. Hasilnya, walaupun hanya 5 hari termasuk hari perjalanan telah wujudkan kemesraan dan ukhwah yang erat diantara kami sehingga ter realisasi 1st reunion pada 9 Aug 2017 iaitu semasa kami menjemput Pak Syaifun ke Johor Bahru untuk ceramah khas di Masjid Sultan Iskandar. Masa tu Pak Syaifun berada di Malaysia atas jemputan Ustaz Suhaimi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.


Ceramah khas di MSI oleh Pak Syaifun... 

Bawa Pak Syaifun jalan-jalan bandar JB

kat Goreng Pisang Mawar
1st Reunion Kembara Acheh 27-30 Aug 2017





Pak Syaifun bersama jemaah MSI

Sekian, jumpa lagi pada post akan datang...

No comments: