Thursday 23 January 2014

Jalan-Jalan Seoul 22-28 Nov 2013 ~ Part 7 – Day 6(Last day in Korea)

Assalamualaikum...

Day 6 - Khamis, 28 Nov 2013

Hari yang taknak ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu hari terakhir di Korea. Cepat betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah 6 hari kat Korea. Itulah, tempat best memang tak puas jalan. Korea memang best. Tenang, sejuk, aman dan paling penting selamat. Patutla ramai yang nak return bila dah datang sekali termasuk lah aku. Bila nak return? bulan dah tau cuma tahun tak confirm bila... hehe.

Barang-barang yang dibeli semua dah siap pack malam tadi. 30kg luggage MAS jadi tak risau. Flight balik pukul 11 pagi waktu Korea. So, pagi-pagi sebelum Subuh dah bangun untuk solat Subuh dan bersiap. Selesai semua dan gerak keluar dari guesthouse jam 7am. Senang je nak check out just tutup pintu dan keluar. Sistem Pencil Guesthouse ni memang mudah. 1st day check in, nanti dorang bagi kod pintu untuk nak masuk bangunan guesthouse dan kod nombor bilik. Semua keyless system. 1st day jugak kena bayo deposit dan full payment. Duit deposit collect semula malam last sebab awal pagi dorang belum masuk kerja. Bila nak check-out just simply keluar dan tutup pintu. Kalau nak curi TV pon bole... tapi kena ingat, "Allah swt melihat apa yang kita buat..."

Untuk ke airport dari Hondae/Guesthouse ada 4 cara. Paling mahal naik teksi(80,000 won(rm240++ sehala) atau naik bas(sorang 10,000 won (rm30x3) atau naik train(sorang 3000 won (rm9x3). Paling murah dan percuma kalau ada kawan boleh hantar ke airport. 

Oleh kerana kawan kepada wife aku yang kerja kat pejabat kedutaan Malaysia tak free maka tinggal 3 pilihan. Finally kami pilih naik train via subway. Kalau tinggal di area Hondae boleh ke station Hongik Univ. yang ada train direct terus ke airport. Yang susah kalau bawak barang banyak kenalah pikul dari guesthouse ke station subway. So, barang/beg kami pun taklah banyak sangat dan ada roda boleh heret je ke Subway.
sarapan dulu sebelum check out
Jalan kaki dari guesthouse ke Station Hongik Univ. lebih kurang 15-20 minit. Kemudian dalam subway ikut arah ke lane train Airport Express(AREX) untuk ke Airport. Tunggu lebih kurang 10 minit AREX pun tiba. Dari Hongik Univ. direct to Incheon Airport lebih kurang sejam perjalanan. Kami tiba di Incheon lebih kurang pukul 8.30am. Urusan check in, refund T-Money(ada belen 10,000(RM30) won setiap kad), kemudian imegresen dan boarding lebih kurang sejam.



dalam A'Rex Airport Express Train to Incheon Airport
Muka sedih nak balik... hehe
Insyirah duduk sebelah oppah & oppah abah




MAS Flight Incheon - KLIA
Nak pegi Jeju Island kena naik flight Jeju Air 
Sebelah wife tu Amoi orang JB datang Korea semata-mata nak operate hidung
Ready to take off
jauh juga rupanya Jeju Island.. patutlah kena naik flight
6 jam lagi sampai KLIA
Lunch
Layan cete Tanda Putera
Alhamdulillah, selamat sampai di KLIA seperti dijadualkan. Semuanya berjalan lancar dari Pencil Guesthouse-Incheon Airport-KLIA dan hinggalah tiba di rumah Bandar Dato' Onn, JB. Kastam pun just lalu takde scan beg. Cuma yang penat kena sambung drive dari KLIA ke BDO.

Sememangnya, pengalaman ke Korea satu kenangan yang manis. Terutama inilah kali pertama bercuti ketika musim winter dan dapat rasa pengalaman salji turun. Walaupun ada kalanya tak tahan sejuk tapi sebenarnya seronok. So, next trip kalau ada rezeki nak ke negara lain juga pada musim winter. 

Kepada yang baca blog ini saya rekemen melancong ke Korea. Salah satu sebab selain banyak tempat-tempat menarik, Korea ialah antara 10 bandar selamat di dunia untuk pelancong. Kalau tak percaya tanya Faizah dan Bella. So jangan risau.

Iternary Jalan-Jalan Seoul 6 Hari 5 Malam,

Day 1 - 23 Nov 2013(Sabtu)

  • Pagi - Tiba di Incheon Airport. Check In Pencil/Kimchi Guesthouse di Hongdae
  • Pagi-Tengahari - Namdaemon > Shopping Sourvenir
  • Tengahari-Petang - Lunch di Restoren Wang Thai di Itaewon
  • Malam - Jalan-Jalan sekitar Hongik University > Night Market 

Day 2 - 24 Nov 2013(Ahad)

  • Pagi-Petang - Everland Themepark
  • Malam - Dinner di Foreign Restoren di Itaewon

Day 3 - 25 Nov 2013(Isnin)

  • Pagi-Tengahari - Namsan Seoul Tower
  • Petang - Lunch di Mr Kebab di Itaewon dan Jalan-Jalan sekitar Masjid Seoul
  • Malam - Dongdaemun > Shopping sourvenir

Day 4 - 26 Nov 2013(Selasa)

  • Pagi-Petang - Nami Island
  • Malam - Cat Cafe di Hongdae

Day 5 - 27 Nov 2013(Rabu)

  • Pagi-Tengahari - Gyeongbokgung Palace
  • Tengahari - Lunch di Kompleks Ssamziegil di Insadong
  • Petang - Tourist Center di Insadong > Hangbok
  • Malam - Dinner di llbok.

Day 6 - 28 Nov 2013(Khamis)

  • Pulang ke Malaysia

Anggaran Perbelanjaan Jalan-Jalan Seoul,
  • Tiket Flight - RM3891 (untuk 3 orang)
  • Kimchi & Pencil Guesthouse - RM1300 (5 night, bilik untuk 3 orang)
  • T-Money - RM300 (Train & Bus)
  • Teksi - RM450 (1st day aje Airport-Guesthouse - RM300) 
  • Makan-makan - RM500
  • Shopping + Sourvenir - RM2000
  • Everland, Cat Cafe, Palace, Nami Island - RM250
  • Jajan - RM100
Total = RM8791 > RM2930/per head

Berbanding jalan-jalan dengan travel agent dengan jalan-jalan sendiri lagi jimat. Nak jimat, sebelum pergi kena study, cari maklumat kat blog, kemudian buat sendiri iternary dan paling penting kena berani. Sejak saya mula jalan-jalan ke luar negara hanya Umrah sahaja yang ambil full package sebab tak boleh elak kerana ada urusan Visa, Mutawiff dan sebagainya. 

Semasa di Korea ramai juga bertemu dengan orang Malaysia. Ada yang datang secara full package atau ground package. Ground package ialah tak termasuk tiket flight dan kemudian kena hubungi ejen di Seoul untuk arrangment seperti hotel, transport, makanan halal dan tour guide. Ada juga ground package yang diuruskan oleh pelajar Malaysia yang sedang belajar di sana. Sama macam jalan-jalan sendiri turun naik subway, bezanya cuma ada orang follow dan tunjuk arah mana nak pergi. Bila ramai orang Malaysia melancong ke Korea, student Malaysia boleh buat side income.

Ada juga jumpa mereka yang jalan-jalan sendiri macam kami dan yang jalan solo pun ada. Semua tu samada full package, ground package atau jalan sendiri ada kepuasan tersendiri. Yang penting kita hargai rezeki dan peluang yang Allah swt kurniakan kepada kita untuk melihat negara orang.

Akhir sekali, tamatlah sudah posting pasal cerita Jalan-Jalan Seoul dan akan bersambung post-post akan datang d itempat lain pula, InshaaAllah.... 

No comments: