Wednesday 22 January 2014

Jalan-Jalan Seoul 22-28 Nov 2013 ~ Part 6 – Day 5

Assalamualaikum...

Semoga sahabat-sahabat yang membaca blog ini dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan dirahmati Allah swt...

Ok, kita sambung Jalan-Jalan Seoul untuk hari ke 5 iaitu 2nd last day sebelum balik ke Malaysia. Rasanya masa begitu cepat berlalu dan belum puas jalan-jalan di Seoul. Tambahan pula, banyak lagi tempat yang belum pegi dan explore. Takpa, simpan untuk next trip... inshaaAllah, kalau ada rezeki.. So, untuk hari ke-5 kami plan nak ke Palace dan explore tentang budaya Korea.

Day 5 - Rabu, 27 Nov 2013

Seperti biasa waktu pagi siap-siap apa yang patut iaitu pastikan lokasi mana nak pegi dan cara arah ke sana. Lokasi hari ini ialah ke Gyeongbokgung Palace. Route train seperti di bawah. Dari Hongik Univ. tukar line train di Chungjeongno dan seterusnya keluar di station Gwanghwamun. Sebenarnya station paling dekat ke palace itu ialah Gyeongbokgung tapi kena lalu lagi 3 station dan tukar train di Jongno. Tetapi kami ambil keputusan keluar di station Gwanghwamun dan jalan kali lebih kurang 400 meter. Dari station Gwanghwamun keluar di exit 2.

______________________________________________________________
Gyeongbukgung Palace
Admission Fee:
Adults (ages 19-64) 3,000 won / Youths (ages 7-18) 1,500 won
Operating Hours:
March to October 09:00-18:00 / November to February 09:00-17:00, closed on Tuesday
Interpretation Services (1 hour):
* English: 11:00, 13:30, 15:30
* Japanese: 10:00, 12:30, 14:30
* Chinese: 10:30, 13:00, 15:00
Getting Here:
Gyeongbokgung Station (Subway Line 3), exit 5.
or
Ganghwamun Station (Subway Line 5), exit 2 and walk 400 meters.
____________________________________________________________________


Pintu masuk Gyeongbukgung palace
Selepas beberapa ketika berada di kawasan Palace salji mula turun rintik-rintik. Kali ke-3 dalam 5 hari di Korea rasa suasana salji. Kali ni salji turun bukan 2-3 minit tapi berterusan sepanjang berada di dalam kawasan palace. Memey cuaca agak lembab dan sejuk ketika tu. gegel!

yahooo! salji!!


dengan dulu apa tour guide nak cete pasal palace....

sukanyer dia jumpa salji lagi...

tutup mana yg boleh tutup... sejuk punya pasal


salji... salji
Kawasan palace ni sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kawasan istana yang terdiri dari rumah-rumah dan taman rahsia istana iaitu Secret Garden. Boleh tahan beso gak kawasan ni. Tour Guide beberapa kali pesan, kalau tak larat boleh keluar barisan dan masuk bulatan.. hehe... tapi kami sekeluarga gagahkan juga menjelajah semua kawasan palace ini walau kaki dah sengal-sengal. Dah bayo, rugi tak abiskan..



pokok-pokok masih ada lagi daun-daun kuning, merah, coklat...


lawa tempat ni..





Salju Salji


Faezah & Bella dari Johor jumpa kat Seoul
Menjelang awal petang dan selesai explore di Gyeongbokgun Palace sudah terasa bibit-bibit kelaparan. Ditambah lagi dengan cuaca sejuk. Ditakdirkan semasa di Palace kami telah bertemu dengan Faezah dan Bella, juga orang Johor. Cepat betul wife aku dan Insyirah mesra dengan Faezah dan Bella. Padahal baru saja jumpa. Itulah hikmahnya kalau kita peramah especially kat tempat orang. Pengalaman kami di Korea memang ramai jumpa orang Malaysia. Ada yang peramah, ada yang sombong. Yang sombong kita tak payah layan. Yang peramah kita jadikan kawan. Ramai jugak dapat kawan-kawan baru seperi keluarga Abang Talib dari Singapore, Afnan(pelancong solo), ada dari Sabah, Kelantan dan beberapa lagi sambil kongsi no. phone dan address facebook. 

Eh! banyak pulak menceceh.. hehe. Ok balik cerita pasal Faezah dan Bella, mereka ni 2 orang aje datang jalan-jalan kat Korea. Jalan sendiri, tak pakai tour guide. Boleh tahan berani. Jumpa mereka masa kat pintu masuk palace. Tanya asal-usul orang Johor jugak. Keluarga Bella pulak tinggal sebelah taman je kat Johor Bahru dan Faezah orang Skudai. Mereka berdua baru sampai di Seoul pagi tadi dan kemudian terus follow sampai pegi makan di Ssamziegil. Makan kat Ssamziegil ni pun dorang yang cadangkan. I follow je.. 

Dari Palace ke Ssamziegil lebih kurang 1km kena jalan kaki. Semasa dalam perjalanan dari Palace mencari Ssamziegil ketika itu salji telah turun mencurah-curah. Kali ni salji turun kaso-kaso macam ribut salji... Seronok pulak rasa salji macam kat oversea... hehe, memey oversea pon cuma bukan kat negara omputih.


salji... salji... salji turun!




tengah fening cari Ssamziegil
finally jumpa... lunch kimchi... nama restoren lupa
ni dia rupa Kimchi.... sayuq belake..
Selesai lunch, lokasi kedua nak cari tempat pakai Hangbok iaitu baju kurung Korea. Dekat je dari Kompleks Ssamziegil, dalam 100 meter ikut celah gambar bawah ni


suasana selepas salji... 

gwiyomi... gwiyomi... gwiyomi
Lokasi tempat pakai Hangbok ni kat Tourism centre dalam area Insadong. Dari Kompleks Ssamziegil dekat je jalan kaki. Kat tempat ni juga kami mintak izin nak solat. Alhamdulillah, orang Korea ok dan benarkan kami solat dalam premis mereka. 

Selesai pakai apa yang patut (cuma aku je tak pakai) dan bergambo sakan, hari pun dah nak senja. Musim winter ni maghrib awal pukul 5.20 pm lebih kurang gitu. So, plan asal lepas ni nak ke Dongdaemun untuk shopping sourvenir sebab esok dah nak balik tapi tak jadi. Keputusannya balik ke Hongdae dan dinner di sana. Faezah dan Bella pula pulang ke Guesthouse. Itulah 1st day and last jalan-jalan dengan dorang. 

Dari Insadong kami naik teksi balik ke Hongdae sebab tak larat nak jalan kerana cuaca sejuk sangat. Sampai di Hongdae lebih kurang jam 7 pm terus cari restoren llbok untuk dinner. Restoren llbok ni ada dalam buku Muslim guide dan boleh dikategorikan halal sebab cuma serve vege dan ikan je.  Lokasi restoren ni sejalan dengan Cat Cafe. Lokasi dekat hujung jalan. Baca part 5 untuk map.


Menu @ llbok Restoren - fish fillet, bubur dan Kimchi
Istimewanya restoren-restoren di Korea tak pernah lagi jumpa ada menu untuk minuman. Minuman semua disediakan percuma iaitu air kosong dan ada tempat lain seperti di Ssamziegil bagi air macam teh cina. Itulah sebabnya kebanyakan orang Korea ni slim-slim belaka dan kulit putih mulus a.k.a winter sonata.

Selepas dinner, on the way jalan balik ke guest house singgah sambil cuci mata tengok gerai-gerai yang jual barang-barang musim sejuk. Entah kenapa malam last di Korea rasa sejuk giler. Giler pun tak sejuk macam ni. Masa malam first aku boleh relax cuma pakai jaket je, tak pakai glove, hat dan mafla. Tapi malam ni semua complete siap pakai long john atas bawah tetapi sejuk amat. Lega bila dah tiba di guesthouse. Check current whether kat Seoul rupanya memey sejuk dari biasa. Patutlah sejuk gaban, suhu dah minus rupanya. Maknanya jaket merah yang aku pakai tu tak boleh cover suhu macam ni. Sebenarnya ada bawak jaket lagi satu color oren kelabu tapi rasa macam tebal sangat, tu yang pasal malas nak pakai.


Last day bersambung Part 7...

No comments: