Tuesday 7 January 2014

Jalan-Jalan Seoul 22-28 Nov 2013 ~ Part 5 – Day 4

Assalamualaikum...

Hari ke-4, pagi-pagi dah siap untuk ke Nami Island. Seawal jam 8.30 dah keluar sebab lokasi Nami Island di luar bandar Seoul. Ikut plan asal nak naik shuttle bus di Jamsil atau Insadong tapi rasa macam tak sempat nak ke sana kerana bas akan berlepas jam 9.30am.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shuttle Bus (From Seoul to Namiseom Island)
* Bus Stop
1) Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park
2) Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart
* Shuttle Bus Schedule:
Insa-dong, Jamsil Station → Namiseom Island: 09:30
Namiseom Island → Insa-dong, Jamsil Station: 16:00
※ Advanced reservation required. (Inquiries +82-2-753-1247)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, ambik keputusan naik train je. Dari Hongik tukar train di Wangsimni dan kemudian di Sangbong untuk naik ITX direct ke Gapyeong.

Train route Hongik-Gapyeong - ikut route atas 2nd change kat Mangu tapi kawe tuko kat Sangbong
@ Sangbong tukar train Metro-ITX
@Sangbong... ikut je arah ke ITX
Actually, ada kisah disebalik naik ITX. Kami ingat dari Metro train boleh terus naik ITX. Semasa perjalanan untuk tukar train tak jumpa laluan untuk touch keluar T-Money. Kami cuma ikut arah dalam subway, terus jumpa gerabak ITX dan naik. Sebab tu masa kami masuk ke dalam ITX kebetulan ada 4 kerusi kosong dan kami pun duduk kat situ. Kemudian ada satu group student Korea mintak izin untuk tukar tempat duduk sebab nak duduk mengadap dengan kawan-kawan dorang. 

Kemudian datang staff ITX minta tiket. Barulah kami tahu rupanya kena beli tiket dulu sebelum naik ITX. Kami tanya staff ITX tu kat mana nak beli tiket. Memang agak susah nak komunikasi, nasib ada sorang student korea membantu untuk translate apa yang kami tanya kepada staff ITX tu. Alhamdulillah, staff ITX tu suruh kami stay dalam ITX dan dia akan uruskan pasal tiket tu. Ni yang aku suka pasal Korea, yang sulit jadi mudah dan yang penting tak kena halau dari train. Kalau tak kena tunggu sejam lagi untuk train seterusnya. Alhamdulillah... selesai masalah. Ingat! lain kali kalau nak naik ITX kena belik tiket dulu.


sebelah student-student yang sama-sama naik ITX
Renungan dari ITX
Suka hati dah nak sampai Nami Island
Setibanya di Gapyeong kena ambil teksi ke Namiseon, jeti untuk ke Nami Island. Tak jauh dalam 2-3 km je dan teksi charge ialah 3000 won (rm9).

Station Gapyeong
Teksi dari Gapyeong station to Namiseon



Lokasi wajib begambo kalau pegi Nami Island

Susunan macam pokok getah kat Parit Nipah, cuma lebar sket





Dah penat berjalan, masa untuk makan. Jangan risau di Nami Island ada makanan halal. Lokasinya dekat dengan bangunan letaknya Musolla. Kalau mengadap bangunan tu sebelah kanan sekali. Nama tempat makan tu kawe lupe.. :)


makanan halal tu ialah nasi goncang - sebelum makan kena goncang dulu

selepas goncang tengok hasil goncangan

Nasi goncang = Nasi + Telur + Sambal Kimchi

Selesai makan dan solat sambung jalan-jalan lagi...

Lokasi shooting Winter Sonata



Heater tradisional

Sehari suntuk dah jalan-jalan kat Nami Island dan masa untuk pulang ke bandar Seoul semula. Dari Nami Island naik feri ke Namiseon, di Namiseon ambik teksi ke station Gapyeong untuk naik ITX dan seterusnya.

di station Gapyeong salji turun lagi...

Layan salji sat...

Salji halus-halus turun..

dan jangan lupa sebelum naik ITX beli tiket dulu
Destinasi seterusnya setibanya di Hongik Univ. ialah ke Cat Cafe. Anak aku, Insyirah dari hari pertama sibuk nak ke cafe kucing tu. Lokasi Cat Cafe tak jauh dari guest house kami iaitu dalam kawasan Hongdae dan berdekatan dengan Hongik University. Dari subway Hongik Univ. kena keluar exit 9 kemudian belok kiri. Kalau malam-malam jalan kat situ ada night market tapi tak banyak kedai. Ada jual sarung tangan, mafla dan lain-lain barang musim sejuk.

Selepas belok kiri, jalan 50-60 meter, belok kanan dan jalan lebih kurang 50 meter tengok belah kanan bangunan kedai. Kawasan situ waktu malam agak happening dengan student-student dan orang ramai. Worth it lah ambik guesthouse di kawasan Hongdae. 

dari Hongik station exit 9 ke Cat Cafe

Cat Cafe di tingkat 3 - kena naik tangga!

No comments: