Wednesday 18 December 2013

Jalan-Jalan Seoul, 22-28 Nov 2013 ~ Part 2 : Day 1

Assalamualaikum...

Day Travel JB to KLIA ~ 22 Nov 2013(Jumaat)

3.30 pm - Memandu dari JB ke KL.

7.30 pm - Tiba di KLIA. Terus ke parking blok A tingkat 4(untuk long term parking). Urusan check in dan yang sepatutnya. Dapat tau flight delay dari 11.35pm ke 12.15am.

12.15 am - Terbang! Seoul! here we come!

Day 1 ~ 23 Nov 2013(Sabtu)

7.15 am - Tiba di Seoul (Waktu Malaysia 6.15 am). Urusan kastam, ambil beg dan lain-lain selesai dlm 40 minit. Paling penting sebelum keluar dari airport kena beli kad T-Money. Kad ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Touch n Go. Guna untuk naik train, bus, teksi. So, aku beli 3 kad untuk 3 orang. 1 kad harga 2500 won(RM7.50) + top up 20000 won(RM60).

Tempat beli Kad T-Money kat 7 Eleven kat Airport

Ini rupa Kad T-Money
8.15am - Ambil teksi untuk ke Guesthouse di Hongdae. Mulanya plan nak naik shuttle bus tapi entah macamana boleh terjebak naik jumbo teksi. Kata kawan Mas yang keje kat Korea, teksi kos dalam rm100-150 je. Tapi itu untuk teksi biasa bukannya teksi yang aku deal. Teksi aku deal Teksi Jumbo... walawei.... Teksi tu pakai meter. Sekali bayar kena 100k won kena bersamaan rm300++... huhu... apa nak buat, taik kambing bulat-bulat. Lagipun jadikan ini pengalaman pertama di Korea. Kalau pergi sekali lagi aku dah tau nak naik apa... sonang je. So, dari pengalaman aku ni aku turunkan kepada yang baca blog ni. Please take note. Kalau duit terlebih bolehlah nak try Taxi Jumbo. Ingat ya...

Dalam Taxi Jumbo Incheon Airport to Pencil Guesthouse @ Hondae
9.15 am - Tiba di Pencil Guesthouse. Turun dari teksi bila cakap mulut berasap. Haha.. macam jakun kejap. Especially anak aku, Insyirah. Memang sejuk bai. Pulak tu aku pakai baju 2 lapis je. Shirt and jaket. Rasanya temperature dalam 5-7 celcius. Angkat beg terus ke guesthouse untuk urusan check in. Tunggu punya tunggu punyalah lama, rupanya ada masalah. Dekat sejam gak baru setel. Tapi kena tukar guesthouse lain untuk 1 malam. Ada masalah tentang booking. Finally setel dan dorang mengaku silap. Berkali-kali mintak maaf. Bagus orang Korea ni, layan tetamu bagus sekali.

Oleh kerana ada janji nak jumpa kawan Mas kat Namdaemun pukul 11, beg-beg tu semua kena tinggal kat Pencil Guesthouse sementara dorang cari guesthouse ganti. Staff guesthouse tu janji akan hantarkan beg-beg tu ke guesthouse ganti. Dorang akan sms. Sebelum tu aku mintak nak pinjam 1 bilik untuk mandi dan salin baju winter.


Pencil Guesthouse
10.30 am - Dari Pencil Guesthouse jalan kaki ke Subway Stesyen Hongik. Pening juga nak cari lokasi Hongik University Subway Station. Puas belek peta, tengok jalan, tengok bangunan dan lastly terjumpa orang Malaysia dan tanya arah ke Hongik Station.

Keluar dari Pencil GH kena belok kanan dan jalan 50 meter kemudian belok kanan lagi. Jalan terus 100 meter kemudian belok kiri, jalan 30 meter ada traffic light kena belok kanan dan lintas jalan. Kemudian jalan terus lebih kurang 100 meter akan nampak Hongik Univ Exit 2 kat hujung jalan sebelah jalan besar. Jarak dari Pencil GH lebih kurang 400-500 meter. Sejuk-sejuk jalan tak terasa sangat. Cuma rasa ngantuk je sebab dalam flight tido 1-2 jam je.

Hongik University Exit 2 Subway Station
11.00 am - Di  subway Hongik Station sekali lagi bukak map. Ni memey kena baca map. Tengok mula-mula memang serabut. Ada macam-macam color line subway. Kena tahu dari stesyen mana dan lokasi stesyen nak stop.

Seoul Subway Map... amacam? serabut tak?

Tempat aku nak pegi tu ialah Namdaemun market. Dari Hongik Univ kena lalu 5 station. Transfer ke Line color ungu gelap di City Hall. Kemudian turun ni Seoul Station dan Transfer lagi ke Line Biru ke Hoehyeon Station. 2 kali kena transfer line dari Hongik. Tambang lupa pulak nak kira. Rasa dalam 1000++ won sorang. Transfer line kena turun naik tangga dan escalater. Jalan-jalan macam ni kaki kena kuat. Kalau nak senang naik teksi atau bas. Bas lagi murah dari Teksi. Subway lagi murah dari Bas. Kalau naik teksi rasa-rasa dekat 10k won(rm30 lebih kurang). Nak murah naik subway laaa...

Hongik Univ(Line Hijau) ke Hoehyeon(Line Biru)
11.30 am - Tiba di Namdaemun dan jalan-jalan shopping beli sourvenir. 1st day dah shopping. Sebabnya hari ini Sabtu kawan wife aku cuma free boleh ikut jalan-jalan. Lain hari dia sibuk. Kawan wife aku tu keje kat Kedutaan Malaysia. So dia bawak kitorang terus ke kedai tempat dia kenal. Dapat murah sikit. 1st day dah setel beli fridge magnet, ketip kuku, brooch, pandora....

Namdaemun Market

Namdaemun Market

Namdaemun Market - Beli Brooch
1.00 pm - Sejuk-sejuk perut cepat lapar. Last makan dalam flight pukul 5 pagi, memang lapar giler. Kawan wife aku nak belanja makan kat Itaewon. Nama Restoren Wang Thai. Alhamdulillah... save sikit duit makan tengahari 1st day in Korea. Dari Namdaemun ke Itaewon naik teksi je. Kat Itaewon juga banyak restoren halal. Kat sini juga terletak Masjid Seoul. Kira kawasan ni ramai foreigner dan orang Islam pun ramai kat sini. So, kalau jalan-jalan Seoul nak berulang makan kat sini pon bole. Cuma leceh nak kena naik turun train, bus atau teksi sebab nak makan. So, bab makan kena pandai-pandai plan sendiri.


Makanan Thai - ada Tom Yam, kerabu, udang goreng tepung... rasa-rasanya 4 orang makan ni dekat RM200++. Memey Sodap.
2.30 pm - Setel makan semua perut pun dah kenyang, mata pun mengantuk dan badan rasa letih sebab tidur tak cukup. Dari Itaewon terus balik ke guest house kat Hongdae. Naik subway dari Itaewon. Bukak map subway lagi. Kali ni lain route. 2nd time faham dah cara nak baca map tu. Senang jer...

3.30 pm - Tiba di Kimchi Guesthouse. Setelkan check in bilik, solat dan tidoo...

6.30 pm - Punyalah lena tido dekat 3 jam. Tengok luar macam dah gelap. Kat Seoul waktu musim winter siang pendek dan malam panjang. Maghrib jam 5.17pm dan Isyak sejam kemudian.

8.00 pm - Setel mandi, dinner, solat, kami keluar jalan-jalan kat area Hongik University. Jalan kaki je dari guesthouse. Memang happening kawasan Hongdae. Ada night market, cat cafe, trick muzeum semua ada kat area sini. Sebenarnya dah survey tempat dalam internet cuma tak tahu kawasan mana. Bila jalan-jalan terjumpa pulak. Tapi cat cafe pukul 9 dah tutup. So, kena pegi next day. Lagi pun dekat je. Malam tu cuaca memang sejuk dalam 2-3 celcius. Tapi aku ok lagi walau tak pakai glove, skaf dan hat. Kat night market dah terlanjur kat terus sambar glove yang mesra henfon. Tak payah bukak kalau nak tekan-tekan touch screen.

10.00 pm - Dah puas jalan-jalan dan beli apa yang patut, masa untuk balik ke guesthouse. Esok ada tempat lain nak pegi. Plan esok nak pegi Everland.




No comments: