Monday 26 December 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 8

Assalamualaikum..

Last senja di Istanbul...

Alhamdulillah.. kami selamat tiba di Station Bas Otogar Istanbul pada pukul 9 pagi.. hmmm.. agak lama juga 13 jam perjalanan dari Cappadocia. Sepatutnya pada hari biasa cuma 10 jam aje perjalanan. Tapi memandangkan di Turki tengah cuti panjang Eid Adha + hujung minggu maka terlama sket dok dalam bas. 

Toleh kanan tengok wife, adik-adik dan anak semua muka tention sebab tak sampai-sampai. Sambil-sambil tu tanya wife best tak naik bas? Dia cakap... tobat.. tobat... hahaha... saja je nak bagi dorang feel mengembara macam backpacker... baru ada thrill... hehe

Sebaik turun dari bas, shuttle free iaitu mini bas dah tunggu untuk pindahkan kami ke stesyen-stesyen bas kecil atau tram dan kami pilih untuk turun di station Aksaray. Dari Aksaray asalnya nak naik Tram balik ke SultanAhmet tapi sebab memasing dah penat so naik teksi terus hantar kat depan hotel. 

Mescit is Masjid atau Surau at RnR..
Mescit @ RnR
Singgah-singgah turunkan penumpang sebelum sampai ke station bas Otogar
Pondok Tol..


Nilufer? Naelofar? Neelofa?
Memandangkan hari ini Hari Jumaat sudah pasti taknak lepaskan peluang solat Jumaat di Masjid Biru. Rasa bertuah sebab sepanjang berada di Istanbul selain dapat solat waktu juga dapat Solat Eid Adha. Hari ini Allah izinkan dapat Solat Jumaat pula walau tak berapa faham isi khutbah....

Level bawah Flamingo Apart... ada kedai jual sourvenir milik owner hotel dan sebelah juga hotel + cafe..
Sarap/Lunch Kanat dulu sebelum gerak ke masjid..
Bagus polis sini pon solat jumaat...
Player Man City dan Bacerlona pon solat jumaat...
Datang sebelum khutbah pun dah kene dok luar sebab dalam dah penuh...

entah bila dapat solat jumaat kat sini lagi...


Selesai solat, jalan sorang-sorang kat Hippodrome kat sebelah Masjid Biru. Ada 2 monumen Obelisk di situ. Sebelum ni beberapa kali lalu kat situ tapi tak singgah tengok dan teliti. Kali ni ada masa bolehlah baca dan amik gambar.

Monumen Obelisk ini untuk pengetahuan korang ada banyak kat negara lain termasuk negara kita. Bentuk monumen pun hampir serupa iaitu menara dan pada puncaknya seakan pyramid. Monumen ini asalnya adalah dari sejarah Mesir kuno dan dikaitkan dengan iluminiti iaitu simbol dajjal. 

Beribu tahun monumen ini telah dibina iaitu pada zaman kaisar Rom. Bahan binaan dibawa dari Mesir dan dikatakan batuan yang sama digunakan untuk bina Pyramid. Antara 2 monumen di bina ketinggian tak sama dan dibina tak sama tahun. Maknanya tak dibina serentak. 

Hippodrome juga ada sejarahnya iaitu tempat balapan untuk aktiviti berkuda bangsa Rom. Juga tempat aktiviti olahraga seperti memanjat tiang menara oleh bangsa Ottoman. La ni semua aktiviti tersebut tinggal sejarah dan tempat ni sekarang ialah kawasan dataran yang menempatkan monumen-monumen bersejarah di Istanbul. Free aje nak tengok monumen-monumen ini.





Ukiran-ukiran Rom





Ada mata di situ... 


Patriotik!
Istanbulkart.... 1 kad boleh pakai 5 orang..
Dah puas berehat, sebelah petang baru nak keluar jalan-jalan sambil cari tempat nak dinner. So, pilih ke Eminonu sebab kat sebelah sungai sana bila malam sangat happening. Makanan popular kat situ ialah Kebab Ikan. Macamana rupa kebab tu? Jom layan gambar....

Sebelum naik tram bergambo dulu latar belakang Blue Mosque waktu senja...
Dari Sultanahmet naik Tram ke Eminonu kemudian jalan kaki ke dataran tepi sungai...



Kupang isi nasi..



Kebab Ikan..
Memey ngam... makan makanan laut dengan air limau...



Memey sedap!
Jagung bakar..
Kat dalam terowong ni macam-macam ada jual...
termasuk tudung turki yang murah... murah...
Odenen(Fee per touch) - TL2.30
Kalan(Balance) - TL8.19 
Sungguh sesak dalam Tram..
Masjid kat sebelah Sultanahmet Tram Station... 200 meter je dari Masjid Biru...
Muka kenyang makan kebab ikan... 
Sebelum naik bilik ngeteh kat kedai kopi sebelah hotel


Tak banyak aktiviti Hari ke-8 cuma jalan-jalan sekitar Sultanahmet dan Eminonu. Malam ni juga malam last sebab esok dah nak balik... huhu... rasa tak puas pulak sebab Istanbul memey best. Senang nak makan, senang nak ngeteh dan paling penting harga makanan dan barang-barang tak berapa mahal. Ditambah lagi dengan layanan orang-orang di sini yang sangat baik hingga terlebih-lebih baik sampaikan adik ipar aku pun dorang nak mengorat... haha... memey orang-orang sini terutama lelaki sangat sweet talker dan boleh dikatakan good looking. So, berhati-hatilah kepada gadis-gadis yang nak melancong ke sini jangan sampai jatuh hati...

Ok, setakat ini travelog Hari ke-8 dan akan bersambung Hari terakhir di Istanbul iaitu Hari ke-9...

Post terdahulu,

No comments: