Saturday 21 March 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 4

Assalamualaikum wbt.

Semasa aku menulis travelog ini sudah masuk hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan akibat wabak Covid19. Perintah ini semua kena duduk diam-diam kat rumah #StayAtHome. Jadi aku manfaat masa yang banyak ni dengan menulis blog.

Berbanding musibah seperti Tsunami, gempa bumi, gunung berapi, ribut taufan dan puting beliung yang hanya berlaku kat sesetengah tempat atau 1 negara aje. Berbeza dengan Covid19 hampir semua negara kat bumi terkesan termasuk Malaysia. Laporan hari semalam pada 20 Mac 2020 sudah sampai ke 170 buah negara virus bernama Corona atau Covid19 ini merantau dari negara asalnya di China.

Sebenarnya virus ini cuma asbab dan ia merupakan teguran dari Allah kepada semua penduduk bumi yang dah banyak buat kerosakan. Bagi orang Islam ini masa untuk muhasabah dan ambil iktibar. 

Cuba fikirkan minggu lepas kita boleh buat macam-macam aktiviti termasuk solat berjamaah di masjid juga surau. Tiba-tiba sejak 4 hari lepas semua aktiviti itu tidak dibenarkan demi mengekang virus yang sedang menular. Lebih menyedihkan masjid dan surau juga kena tutup dan tidak dibenarkan solat berjamaah. 

Semalam pada hari Jumaat 20 Mac 2020 bersamaan 25 Rejab 1441H tercatat dalam sejarah hidup aku di tanah tumpah darahku buat pertama kali Solat Jumaat tidak dibenarkan. Hanya boleh solat Zohor di rumah masing-masing.

Waduh! Nikmat apa yang telah kita semua lupakan hinggakan Allah hantar virus dan seterusnya tidak izinkan Solat Jumaat bukan saja di Malaysia juga di negara-negara umat Islam yang lain?

Sekarang inilah masa untuk kita semua muhasabah dan ambil iktibar atas semua yang Allah swt telah takdirkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Pikir positif barangkali Allah swt nak gantikan sesuatu yang lebih baik supaya umat Islam kembali lebih kuat dan bersatu. Masjid dan Surau akan lebih ramai datang berjamaah dan kuliah selepas semua kembali sedia kala.. InshaaAllah... 

Bagi mereka yang tidak merasa apa-apa atau seronok dapat cuti, dapat dok rumah, dapat tik tok, semoga kalian berbahagia dengan apa yang dilakukan. Sesungguhnya hidup ini sentiasa ada pilihan. Maka pilihlah jalan yang terbaik yang Allah swt redha. Pesanan ini untuk aku juga yang sentiasa buat dosa.

Ya Allah! Maafkan kami kerana terlalu alpa dengan nikmat dunia, yang lupa untuk bersyukur dan lalai dengan segala perintah-perintahMu..

Ya Allah! Aku berlindung dengan Mu dari penyakit Sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan dari segala penyakit merbahaya yang lain... amin Ya Robbal Alamin...

Ya Allah! Ya Karim! Ya Mujib! Ya Rahman! Ya Rahim!

Laluan kembara Ibnu Batutah

Ok kembali semula cerita travelog. 

Semalam selepas zohor tertengok movie Indonesia tajuk, Jilbab Traveller. Menarik cerita ni bukan sekadar kisah cinta biasa. Ia kisah seorang wanita berjilbab yang suka travel seorang diri dan sudah merantau banyak negara. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal movie ni pegi cari kat youtube.

Apa yang buat aku tertarik pasal movie ini ialah ada mention pasal Ibnu Batutah. So aku pon google sebab nak tau lebih lanjut pasal Ibnu Batutah.

Ibnu Batutah

Ibnu Batutah atau sebenar Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim Al-Lawati. Merupakan penjelajah Islam hebat yang telah mengembara sejauh 120,000km merentasi 44 negara selama 30 tahun. Lebih hebat dari Marco Polo atau mereka yang sewaktu dengannya.

Ibnu Batutah telah melalui pelbagai rintangan sepanjang pengembaraan dan mencatat segala pengalaman beliau dalam sebuah buku bernama "Rihlah".



Berasal dari negara Maghribi(Morocco) dan lahir sekitar tahun 703 hijrah(1304 masihi) dan merupakan ulamak Mahzab Maliki.

Ringkasnya Ibnu Batutah mengembara bukan sekadar jalan-jalan melawat kawasan tapi lebih dari itu. Antara pengalaman beliau ialah,
  • Bertemu ramai raja dan mengagumi 7 darinya iaitu raja-raja di Iraq, India, Yaman, Turki, Rom, Turkistan dan Sumatera. Ada cerita dalam kitab Tuhfat Al Nazhar.
  • Bertemu ramai ahli sufi
  • Berjuang bersama keturunan Genghis Khan
  • Pernah menjadi ketua hakim di Delhi dan Kerala
  • Berkahwin dengan keluarga di raja Maldives
  • Pernah dirompak dan diculik di India
  • Tunaikan haji 7 kali
  • Kepala hampir dipenggal oleh raja zalim

Banyak sebenar sumbangan Ibnu Batutah dalam dunia Islam pada zaman ketika itu hingga kini. Antaranya ialah ilmu Geografi, Sejarah, Sosial, Ekonomi, Ekologi, Teknologi dan Politik.

Memang susah nak ikut jejak langkah Ibnu Batutah mengembara. Mengembara bukan dengan bas, kereta, keretapi apatah lagi kapal terbang. Cuma dengan naik binatang tunggangan seperti unta, keldai dan lain-lain.

Bagi aku cuma mampu mengembara dengan melihat kebesaran Allah swt dan menghargainya. Juga cuba memahami budaya dan sosio ekonomi di tempat-tempat yang aku lawat untuk diambil Ibrah. Jika tak dapat mengembara seperti Ibnu Batutah cukuplah memadai Allah swt redha setiap pengembaraan aku... amin..




Semoga kisah tentang Ibnu Batutah dapat memberi inspirasi kepada kaki travel macam aku dan juga pembaca blog ini. Kena sentiasa betulkan niat mengembara lebih-lebih lagi pada waktu sekarang Allah swt tidak izinkan untuk sape-sape pegi travel kerana wabak Covid19. Banyak negara dah tutup sempadan dari dimasuki dan pastinya akan beri kesan besar kepada ekonomi. Teruskan berdoa memohon supaya keadaan kembali seperti sedia kala.. amin..


Hari 4 ~ 12 Disember 2019

Untuk jalan-jalan Dubai hari ini ada beberapa tempat plan nak pagi. Tempat pertama nak pegi ialah Naif Souq atau Naif Market yang terletak di kawasan Dubai Old Town.



Dari Apartment kami naik teksi. Walau jarak tak berapa jauh tambangnya dalam aed36. Kalau bagi 3 orang dalam aed8-9 seorang. Pada aku ok kalau compare naik train lepas tu naik teksi. Bila totalkan lebih kurang je tambangnya. Lagi satu lebih jimat masa kalau naik teksi aja.

Dalam teksi to Naif Market.. 
bangunan pencakar langit di Dubai
  
teksi pakai meter... tu dah cecah aed32.50

Naif Market

Antara tempat murah nak beli jubah di Dubai. 2nd time aku datang sini. Masa 1st datang dengan Rudy. Bagusnya Naif Market ni sebelah ada Masjid.




sambo selai.. exceli 2 helai.. satu lagi color biru... 2 jubah dalam aed90
macam tak kena plak pakai serban... huhu..
wife aku cakap jubah-jubah kat dalam ni giler mahal...

  

at beli jubah kat kedai luar ni lagi murah dari kat dalam...

lepas beli dengan dia kita selfie..

Selepas membeli dan belah kat Naif Market lepak sat cafe kat betul-betul sebelah pintu masuk market. Anas Caferia. Jual macam-macam air sejuk blended dan juga kebab. 2nd time lepak sini, dulu dengan adik ipar aku Masturah dan Rudy sekali.


terliur tengok air dia..
aneka sandwich... memey sedap..
air dia... terngiang2 kesedapannya...




air buah campur... fuh! sedap bangat..

Selepas makan-makan sandwich dan minum kat Anas Caferia, lokasi kedua nak ke Dubai Creek yang lokasinya lebih kurang 1km dari Naif Market. Kami plan jalan kaki ke situ berpandukan Google Maps.


Just follow the anak panah dan arahan..

Dalam perjalanan ternampak pulak kedai jual sourvenir, lalu kami pun singgah untuk membeli sourvenir.







Syirah benda ni dia tengok..

Syirah dan Wife aku dan hasil tangkapan di Gift Land Centre...

Dubai Creek - Al Sabkha Station

Akhirnya kami sampai di sini. Dubai Creek antara tempat popular di Dubai. Ia merupakan sungai yang memisahkan Dubai lama dan baru. Dulunya di sini merupakan perkampungan nelayan menangkap ikan dan mutiara dengan menyelam ke dasar sungai. Sekarang kampung tu semua dah takde sebab Dubai yang dulu bukanlah sekarang. Dulu old school, sekarang metropolitan.

Untuk menyeberang sungai boleh naik sampan tradisional di station Dubai Water Bus dengan bayaran aed1 aje. 

Apa ada kat seberang sungai?
Macam-macam ada, antarannya Masjid Ali bin Abi Talib, Dubai Old Souq, muzium dan lain-lain.

Awalnya kami nak naik sampan tu tapi tak jadi sebab macam tak cukup masa nak jalan-jalan kat sana pulak. Fikir nak balik semula apartment sebab malam nanti pukul 7 ada janji nak jumpa kawan wife aku kat restoren sebelah Burj Khalifa.











Sampan tradisional di Dubai Creek


Oleh kerana kat area Al Sabkha ni takde taxi station kena jalan kaki balik ke Naif Market untuk dapatkan teksi kat sana.


Muka dah penat jalan kaki
Old Dubai
Naif Market
Finally sampai semula Naif Market
otw lalu sebelah Dubai Frame
test jubah baru beli..
macam jauh plak nak jalan kaki ke Dubai Mall lalu Walkaway
Lebih kurang pukul 5.30 petang kami keluar semula menuju Dubai Mall melalui walkaway yang siap ada aircon. Maghrib kat Dubai kira-kira pukul 6 petang. Awal sebab musim winter siang pendek dalam 11 jam.

walkaway kat sebelah kiri atas...


Dream In Apartment view from Walkaway Metro Station Burj Khalifa

Sunset...




Setibanya di Dubai Mall kami cuma lalu je sebab nak terus ke Souk Al Bahar yang terletak kat luar mall sebelah Dubai Fountain. Di restoren kat situ dah janji nak jumpa adik kepada kawan wife aku. Ada barang kakak dia kirim dari Malaysia. 

Rupanya pada pukul 6.30 petang ada pertunjukkan di Dubai Fountain. So, sambil-sambil nak tunggu pertunjukan bermula layan bergambo kat sekitar fountain yang berlatar belakang bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.











Souk Al Bahar
Restoren di Souk Al Bahar tempat kami nak dinner betul-betul terletak kat sebelah Dubai Fountain
Restoren Shack Shake... dinner free adik kawan wife aku belanja..
Pertunjukan laser di Burj Khalifa
Pertunjukan air menari yang diiringi lagu...

Sepanjang 2 jam kami berada di Souk Al Bahar ada lebih kurang 6 kali pertunjukkan air menari di Dubai Fountain dan juga laser di Burj Khalifa. Pertunjukkan yang sangat menakjubkan dan memukau. Bukan kaleng-kaleng punya pertunjukan dan free untuk yang berkunjung ke Dubai Fountain. 


adik kawan wife aku dan husband orang UK


Selepas dinner ingat nak singgah ngopi kat Dubai Mall tapi tak jadi. Terus singgah kedai coklat sebab adik kawan wife aku tu nak kirim coklat kat kakak dia.




anak adik kawan wife aku... mixed Melayu dan mat saleh
Syirah dan sicomel... lupa plak nama dia...
Cekelat..
Disertakan video jalan-jalan untuk hari ini...



Ok, sekian kisah travelog Hari ke-4 yang paling cepat disiapkan sebab #StayAtHome.

Biasanya nak siapkan satu travelog ni makan masa 2-3 hari sebab buat sikit-sikit. Ada yang berminggu-minggu sebab kejap-kejap je dapat taip. Kali ni dapat siapkan sekaligus dari pagi sampai petang cuma break untuk makan dan solat je.

InshaaAllah, kisah seterusnya hari ke-5 pada post akan datang....
http://azhartravelog.blogspot.com/2020/03/abu-dhabi-dubai-kami-datang-lagi-9-17_29.html

Travelog terdahulu,

No comments: