Sunday 16 February 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 2

Assalamualaikum wbt.

Hari 2 ~ 10 Disember 2019

Hari ke-2 dan Rudy masih berada di luar kawasan Abu Dhabi. Malam nanti baru balik dan esok dia start cuti. Walaupun Rudy takda, dia dah susun aktiviti aku sekeluarga petang nanti pegi tour Safari Desert.

Masa 1st time datang Abu Dhabi dulu tak sempat pegi safari desert. Kali ni datang wajib pegi sebab tak lengkap pegi negara arab tapi tak main pasir...

Nak pegi tour desert safari ni kene ambik pakej dan ada 2 pilihan samada nak yang private atau share dengan orang lain. Aku pilih private walau hage dia mahal sikit. Kalau kongsi hage dalam 100 aed sorang. Private dalam 250-300 aed sorang.

Pakej safari desert termasuk ambil dan hantar kat rumah atau hotel kalau dok hotel. Aktivitinya seperti di bawah.

- Pick up by 4x4 wheel Drive from any point in Dubai/Abu Dhabi at 3 pm.
- Drive through the desert - Dune Bashing.
- 20-30 minutes Dune Driving
- Sun Set Photography
- Camel Rides
- Henna Painting
- Hubbllee Bubblee (shisha)
- Arabic Coffee (gahwa) and Fresh Dates
- Traditional costumes
- Unlimited soft drinks, tea coffee and mineral water
- Belly Dancing
- Tanura Show
- Buffet Dinner and B.B.Q.(vegetarian food also available on request)
- Departure at 8.30 pm

FB package desert safari.. dari Dubai atau Abu Dhabi bole pickup

Yas Mall

Lama lagi nak tunggu petang, pagi ni aktiviti free and easy. Liza(wife Rudy) bawa kami jalan-jalan ke Yas Mall. Yas Mall ialah pusat beli belah yang terbesar di Abu Dhabi dan bersambung dengan Ferrari World.

Yas Mall terletak di Pulau Yas yang dibangunkan oleh kerajaan Abu Dhabi semata-mata untuk pusat perniagaan, percutian dan pelancongan. Selain ada Yas Mall dan Ferrari World juga terdapat Litar F1 di Yas Marina. Akan datang ada Water World pulak. Banyak lagi tarikan pelancong di sini dan kalau nak tau kena datang sini dan nikmati.

Yas Mall dan Ferrari World sebelah menyebelah
Macam-macam ada di Pulau Yas
26km dari rumah Rudy ke Yas Mall
window shopping kat Yas Mall
nak dekat krismas ada pokok krismas kat Yas Mall
Lunch... kat Abu Dhabi semua makanan halal..

Nasi goreng lauk ayam celup sup
Doner Kebab... kali ke-2 makan kat sini


Lepas makan pekena kopi Tim Hortons

Desert Safari

Tepat pukul 3.15 petang pak arab drebar 4X4 datang ambil kami kat rumah. Perjalanan dari rumah Rudy ke padang pasir, kata drebar pak arab dalam 40 minit lalu highway menghala ke Al-Ain yang speed limit boleh cecah 160kmj. Kat Abu Dhabi hanya ada 2 highway je boleh lenjan sampai 160kmj. Lagi satu highway menghala ke Jeddah, Arab Saudi. Highway ke Dubai maksimum speed 140kmj.





Dalam perjalanan sempat aku interview pak arab drebar ni. Nama dia Mohamad. Nama bapak dia lupa plak nak tanya. Dia half Oman, half UAE dan dia rakyat UAE. Nampak je dia ni drebar tapi aku agak dia ni owner travel package dan juga tanah padang pasir tempat nak dune bashing dan camp picnic. Kena ada kebenaran dari tuan tanah baru boleh nak buat aktiviti kat situ. Jadi aku agak dialah owner padang pasir tu. 

Sebenarnya untung jadi rakyat Abu Dhabi atau Dubai, macam-macam dapat. 

Kalau keje dengan kerajaan gaji lebih besar dari rakyat luar yang keje kat Abu Dhabi atau Dubai. 

Kalau birthday raja, macam-macam hadiah raja akan bagi dan antaranya yang Rudy cerita dapat hadiah setelkan hutang seperti hutang rumah, kereta dan lain-lain. Sebab tu kat sini ada pegawai tentera boleh pakai ferrari. Kat negara kita korang rasa boleh? Sure SPRM datang siasat mana dapat duit? 




Dune Bashing

Setibanya di kaki gurun padang pasir, drebar pak arab tu tiba-tiba stopkan kereta dan turun. Rupanya nak buang angin semua 4 tayar. Memang kene buang angin untuk safety supaya masa dune bashing kenderaan tak terbalik.  

Dune Bashing ni drebar akan bawak kenderaan 4WD ni pusing-pusing naik turun padang pasir macam ala-ala rally dakar. Nak drive macam ni kena ada skill. Kalau takde skill boleh terbalik kereta 4WD tu. 



bayangkan macam ni punya drive - gambar cilok google

30 minit pusing-pusing naik turun sampai rasa nak muntah pun ada. Macam roller coaster dia bawak. Nasib 30 minit je, kalau lebih masa tak tau lah apa rasa...










Seleasai Dune Bashing, kami dibawa ke kemah untuk aktiviti seterusnya. Kat sini kami akan lepak sampai malam.

Kat kemah, selain ada minum-minum dan makan-makan, sebahagian besar aktiviti desert safari adalah kat sini. Kat sini boleh naik unta, sand boarding, tengok show dan lain-lain kawe dah tulis kat atas..





sand boarding..
tinggi pulak nak naik atas tu..
ambik gambo je laa.. hehe


Pakaian tradisi arab..

Sunset..






belly dancing... tak dan nak tengok...
Dinner..
taring pusing... aku tengok pon kepala jadi pusing..
Full moon maley ni..


5 jam aktiviti Safari Desert terasa cepat je masa berlalu. Pada aku kalau datang Abu Dhabi atau Dubai, tour Safari Desert adalah aktiviti wajib. Kecuali belly dance, lain-lain activiti semua best dan sesuai untuk aku. Apesal belly dance tak best? korang pegi google laa kalau nak tau... haha...

Pukul 9 malam aku dah sampai semula kat rumah. Ingat nak layan game Liverpool lawan Red Bull Salzburg malam ni tapi lepas mandi telelap plak. Rudy balik pun tak sedar. Sedar-sedar je pagi tengok result Liverpool menang 2-0 dan layak ke 2nd round Champion League.

Sekian untuk kisah hari ini dan bersambung pada post akan datang Hari ke-3...
http://azhartravelog.blogspot.com/2020/03/abu-dhabi-dubai-kami-datang-lagi-9-17.html

Travelog terdahulu,



No comments: