Sunday 5 April 2020

Abu Dhabi & Dubai, kami datang lagi, 9-17 Dec 2019 ~ Hari 6

Assalamualaikum wbt,

Hari 6 ~ 14 Disember 2019

Sepatutnya hari ni plan nak pegi Al-Ain tapi tukar esok. Plan hari ni cuma nak jalan-jalan dalam bandar pegi window shopping kat Carefour nak tengok kalau ada sale kat situ. Kata Rudy biasanya hujung tahun kat Carefour ada sale dan diskaun giler-giler. Giler ke tak diskaun kena baca sampai habis post ni.

So, hari ni takde layan pemandangan, takde main pasir atau melawat bangunan-bangunan unik kat Abu Dhabi. Hari ni sesi terapi jiwa dengan window dan beli kalau berkenan...

Rudy and his cat..

Mamak Cafe

Sebelum pegi Carefour singgah sarapan dulu kat Mamak. Hari tu dah pekena murtabak, roti canai dan kali ni nak makan lain pulak. Menu pilihan aku dan wife kali ni nasi lemak udang sambal. Anak aku makan nasi lemak ayam goreng. Semua berselera makan sebab makan nasi lemak kat negara arab.

Nasi lemak udang sambal kat Mamak Cafe
Syirah & Ameera makan nasi lemak ayam goreng..

Carrefore Airport Road Abu Dhabi

Selepas sarapan, terus pergi Carrefour yang terletak di Airport Road. Walaupun terletak di Airport Road tapi dekat dengan Airport Al Bateen. Abu Dhabi International Airport jauh sket dalam 20km lebih. Airport Al Bateen ni khas untuk kegunaan kerajaan Abu Dhabi dan golongan VIP.

kedudukan Carrefour kat sebelah Al Bateen Executive Airport
laluan dari rumah Rudy ke Carrefour
Masuk-masuk je Carrefour lalu kat bahagian jual Ipad, notebook, handphone dan sebagainya....

ok gak hage Ipad ni..
Ipad ni pun murah..
Apple XR

Iphone 11
ingat nak sambar jam Apple Nike series ni hage aed999 tapi dah habis pulak... aduh!
Next pegi ke section barang-barang rumah seperti di bawah...

Coffee maker... nak sambor satu...
Giler mahal coffee maker ni..
mampu beli yang ni je, hage aed999 siap dapat kopi maker + kopi griender..
Coffee maker atas aku punya, yang bawah Rudy punya mahal sket...


Lepas sambo Coffee Maker, wife mintak juice blender plak.. 


sebelum beli belajar cara-cara nak pakai dan bersihkan..
tengok muka Syirah dan Ameera..
vacum dyson... tengok je...
Coffee Maker dah..
Juice Blender dah...
Next apa pulak?...hmmmm...

Kemudian lalu kat bahagian barang-barang camping pulak.... 

Kalau kat Malaysia dah sambo ni..
set BBQ
Tengah tengok-tengok tiba-tiba terpandang satu set BBQ.... fuh! murah giler! Aku pulak memang tengah cari set BBQ. Kat Malaysia dah survey mahal giler.

Lepas bincang dengan Rudy senang tak nak bawak balik Malaysia barulah aku decide sambar satu set... Rudy pun macam nak beli tapi lepas fikir 15x tak jadi pulak...

lepas beli set BBQ ni baru terpikir camne nak bawak balik Malaysia?

ni pun beli... 5 batang...

Dah beli coffee maker, kenalah beli biji kopi kan... rupanya kopi ni datang dari macam-macam negara. Ada dari Brazil, Amerika, Italy dan aku pun tak ingat beli yang mana satu...


Rudy pun nak beli kopi sebab dia pun beli Coffee Maker..
ni kopi dari Itali
set BBQ in trolley
bayar time... bayar pakai kad kredit Rudy dulu... nanti baru bayar kat dia...

Coffee Maker, aed999(rm1099)
Juice Blender, aed299(rm329)
BBQ set, aed199(rm219)
Lampu taman(5 batang), aed25(rm27.50)
Biji Kopi 500g, aed31.50(rm35)
Jumlah dalam RM = rm1709

Ok cukup shopping hari ni... masa untuk balik...

Syirah dan eskrem..
next datang, KidZania mesti dah bukak...
Kat rumah Rudy sementara nak tunggu malam, layan game EPL Liverpool vs Wafford. Game kat Anfield pukul 12.30 petang bersamaan 4.30 petang waktu Abu Dhabi dan di Malaysia pada pukul 8.30 malam.

Liverpool menang 2-0
Kesian takleh keluar.. masa ni UAE belum PKP lagi...
Lepas Isyak, Rudy ajak keluar lagi pegi bandar. Asalnya nak jalan-jalan pusing bandar tapi tersinggah Mushrif Mall plak sebab nak cari kacang-kacang dan makanan kering sebab ada yang kirim dan nak bagi sedara mara juga kengkawan..


Masa on the way lalu depan bangunan-bangunan unik kat Abu Dhabi seperti Capital Gate, Al Bahar Towers, Aldar dan lain-lain. Ada beberapa sempat amek gambar. 

Malam tu semua bangunan pasang lampu berlambangkan bendera UAE sempena UAE National Day pada 2 December.

Capital gate

Grand Mosque Sheikh Zayed


Musrif Mall

Konsep Mall ni lebih kepada shopping kompleks dan terdapat hyper market di dalamnya. Rudy ajak datang sini sebab ada jual kacang-kacang dan makanan kering lain. 

Lampu camping yg macam Rudy punya..
generator pon ada jual..
trolley... sesuai ni kalau nak pegi pasar tani..
bole ambik 2-2... saya bayar...
sampai kat abu dhabi ada kurma safawi rashid..
olive oil...
rambutan pon ada...
tengok hage dia.... mahai bak hang...
Wireless printer macam kat rumah Rudy
XBOX macam murah ni...
PS4..
Smart watch Huawei GT2... 
lain-lain jenis smart watch


Jalan punya jalan Syirah ternampak kereta remote control, terus cakap..

Syirah,  "ayah nak ini kereta ni", 
aku, "ni?" "ok"

Terus beli.. kereta remote 4WD ni aed139(rm152).. aku pun tak sure mahal ke murah... pada aku ok laa... saiz pon besar skala 1:10.. 

Suka dapat kereta remote control..

Cukuplah kisah travelog hari ini cerita jalan-jalan pegi Mall je dan barang-barang aku dah beli. Masa beli memey seronok sampai terlupa aku ni kat Abu Dhabi. Barang-barang tu nanti nak bawak Malaysia kena transit Hong Kong dulu. Nak kena pack baik-baik dalam beg supaya tak pecah atau rosak bila tiba Malaysia nanti.

Ok, sekian terima kasih baca sampai habis. Travelog seterusnya Hari ke-7 pada post akan datang, inshaaAllah.. http://azhartravelog.blogspot.com/2020/04/abu-dhabi-dubai-kami-datang-lagi-9-17_12.html

Travelog terdahulu,