Showing posts with label Grindelwald First. Show all posts
Showing posts with label Grindelwald First. Show all posts

Saturday, 6 January 2024

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 2

Assalamualakum wbt.

Sebelum sambung kisah seterusnya, baca dulu beberapa tip nak jimat pegi travel samada ke Swiss atau negara lain,

1. Beli tiket flight awal 8-10 bulan 

Tiket flight adalah bajet paling besar iaitu dalam 30-40% dari total travel kos. Bermakna kalau nak dapatkan tiket yang murah sikit kena rancang awal negara mana nak pergi, musim apa dan jumlah hari. Untuk trip Swiss aku pilih tarikh 6-14 Oct 2023 sebab masa tu tiket paling murah dalam RM3300++. Lagi satu untuk ke negara Europe aku prefer airline yang base kat negara arab macam Emirates, Etihad, Qatar atau Saudi Air. Sebab apa? Sebab suka dik..hehe 

So, kena rajin survey guna skyscanner.com. Bila dapat hage baik terus pakat dengan geng travel dan booked. Tu pentingnya ada geng yang terus firm nak join travel. Sape yang nak fikir dulu, tak confirm, ko biarkan je dia. Bukan apa, jumlah ahli travel akan menentukan juga kos-kos lain seperti accomodation dan jenis kenderaan nak sewa. So, faham-faham ya lah..

Ok, untuk yang dah ada plan nak travel hujung tahun ni dah boleh start survey tiket flight.

2. Sewa Transport

Jika travel ramai lebih jimat sewa transport. Bagi aku 3 atau lebih dah kira ramai. Boleh je nak naik public transport tapi pilihan hotel jadi terhad sebab kena pilih dekat dengan bus atau railway station. Kebanyakkan hotel yang dekat dengan station lebih mahal dan susah nak dapat yang lengkap dengan dapur. Boleh je nak dapat hotel atau homestay yang murah sikit, tapi kena menapaklah jauh sikit ke station bus/ketapi..

Once dah decide nak sewa transport di negara seperti Swiss maka kena bersedia dan berani dari segi mental untuk drive setereng kiri dan memandu di jalan raya belah kanan. Mula-mula je kekok tapi lepas drive 1-2 jam ok dah. Tak semua orang berani drive stereng kiri. Macam-macam fikir, takut sesatlah, takut eksiden lah, takut kena saman lah, macam sorang kawan aku(nama dirahsiakan). Kalau takut, hire je private tour atau ikut travel agent dan ramai-ramai 30-40 orang naik bas.. ok gak tu dapat kawan baru.. huhu..

Hakikatnya, banyak kelebihan jika sewa transport seperti tak terikat dengan masa dan boleh pilih penginapan yang kita suka seperti di atas bukit atau tepi tasek yang menyajikan pemandangannya lebih indah dan memukau. Yang bestnya, bila memandu sendiri kita boleh berhenti kat mana suka untuk Ootd, berkelah atau solat kat kaki gunung. Bestkan...

3. Bawa Child Car Seat sendiri

Ini bagi mereka yang bawa anak kecil dan sewa transport. Ia lebih jimat dari sewa kat sana. Adik ipar yang bongsu bawa 2 child car seat. Setiap car seat berat dalam 3-4 kg je. Cuma kena modal untuk wrapping je dan kalau nak lagi jimat wrapping sendiri dan bawa wrapping tape dan plastik wrap dari rumah untuk wrap masa nak balik nanti.

4. Masak sendiri dan bawa bekal

Makan minum kat Swiss sangat mahal ya. Sekali makan nasi beriani ayam atau daging boleh cecah RM80-RM100 sepinggan. Lagi satu susah nak cari makanan halal. Kalau ada pun kebab je manjang. Kedai jual kebab halal pun ada yang campur dengan Pizza tak halal. 

So, bawalah bekal makanan seperti pek kembara atau pek rempah ratus untuk masak-memasak kat sana. Lain-lain seperti telur, ayam, buah-buahan dan roti boleh beli kat kedai runcit Groceries seperti Coop dan lain-lain. Kedai jual daging halal pun ada cuma agak susah nak jumpa. Selalunya ada kat pekan seperti di Geneva dan Interlaken.

Semasa kami kat sana geng muslimah yang terdiri ibu-ibu, adik-adik serta kawan-kawan gotong-royong masak lauk-pauk pada waktu malam dan lepas solat subuh sambung masak nasi dan kemudian isi dalam bekas lauk dan lunch box. Alhamdulillah, sepanjang kat sana macam-macam menu kaum ibu masak. Pastinya tak sempat lapar dah makan. Ada juga sekali sekala beli makanan kat luar seperti kebab dan minum hot cokelat. Saja nak pecahkan duit Swiss.

5. Pergi Swiss dengan Bajet RM6k je

Tak percaya? Caranya tak payah naik train atau cable car ke gunung seperti Top of Europe, Zermat/Matterhorn, Brienzer Rothorn, Grindelwald First, Mount Titlis dan lain-lain yang harga tiketnya bermula dari CHF64 dan keatas. Paling mahal ialah TOE, CHF197(RM1044). Kos untuk ke semua tempat-tempat ni boleh cecah RM3k seorang dan kalau beli Swiss Half Fare dapat diskaun 50% + CHF120(RM626). So, bila total up pun dekat RM1700++ seorang.

Jika skip jalan-jalan ke gunung, boleh ganti dengan jalan-jalan dan layan view kat Lauterbrunnen, Grindelwald dan lepak kat tepi Tasik Thun, Brienz atau Luzern. Drive ke Furka Pass pun best dapat layan corner hingga ke puncak 2500 meter. Lain pilihan, boleh ke tempat yang kena bayar tapi murah sikit seperti Blausee, Sigriswill, Trummelbachfall dan air terjun Reinfall. Tempat-tempat ni bayaran dalam CHF8-11 je. So, tepuk seluar tanya poket.. 

Ok cukup 5 jer nak share.. nanti kalau ada lagi tip kawe share kat post seterusnya..

 Staubbachfall @ Lauterbrunnen


Hari 4 ~ Isnin, 9 Oct 2023

Iternari hari ni sepatutnya ke Grindelwald First dan Lauterbrunnen tapi sengaja aku tukar ke Brienzer Rothorn atas sebab-sebab nanti aku cerita. 

8.30 pagi - Keluar dari guesthotel. Jalan yang sama seperti semalam melalui tepian Tasek Thun hingga ke Interlaken. Kemudian lalu highway kat tepi Tasek Brienz pastu masuk keluar terowong 3x dan sampai kat parking lot Stesyen keretapi Brienz. Dari rumah dalam 44km dan sejam perjalanan.

9.30 pagi - Tiba dan parking. Kat sini ada 2 stesyen keretapi,

1. Brienz - Main Railway Station untuk laluan ke Lucern dan Interlaken
2. Brienz Rothorn Bahn - Station keretapi wap untuk ke Gunung Brienz Rothorn

Tujuan kami ke Brienz Rothorn Bahn. Jarak antara 2 station mengadap seberang jalan je.

Setelah bayar parking aku dan Faizah pergi ke stesyen keretapi Brienzer Rothorn untuk beli tiket. Setibanya di kaunter, makcik saleh cakap tiket keretapi stim ke gunung untuk hari ini semua dah habis. Apa? dah habis? Cepat tolll..ni cakap dalam hati buat-buat terperanjat..hehe.. Ok, cakap sini, habis sini ya.. Aku sebenarnya dah agak bila Faizah ada cerita kawan dia pernah datang walk in mengalami situasi yang sama. Cuma kawan dia dapat jugak tiket tapi kena sidai 2 ke 3 jam. Mungkin kawan dia dapat tiket even kena tunggu sebab tak ramai dalam 3-4 beranak. Kitorang ni 18 orang bai.. memey susah nak adjust.. ketapi wap ni sekali trip hanya boleh muat 100 orang je..

Ok takpa, tanpa fikir panjang terus book tiket untuk esok pukul 10.45 pagi. Kat sini boleh guna Swiss Half Fare(SHF). Harga asal CHF97(RM514), dapat diskaun 50%. Jimat RM257. Semalam pegi TOE jimat RM549. Jumlah jimat semalam dan hari ini, RM806. Dah cover beli SHF RM626 dan jumlah jimat bersih ialah RM179.

Nampak tak tujuan kenapa aku tukar plan iternari ke Brienzer Rothorn hari ini bukannya ke Lauterbrunnen. Sebab aku dah dapat rasa kalau walk in memang susah nak dapat tiket dan kalau dapat pun kena tunggu lama. Sebenarnya boleh je book online tapi memang takkan sempat sebab bila malam je lepas dinner masing-masing dah ngantuk nak tido.

Cerita Brienzer Rothorn kita sambung esok, jom kite ke Lauterbrunnen... 


Lauterbrunnen

Pekan ni dah macam kampung aku kat Parit Nipah. 2 kali pada 2015 dan 2018 aku pernah stay 3H 2M dan 4H 3M di Jungfrau Campsite. Kat sini pada aku antara tempat tercantik di Swiss. Kaya dengan air terjun, tak silap ada 70 dan yang paling popular di Staubbachfall yang menjadi mercu tanda Lauterbrunnen. Juga ada air terjun dalam gua di Trummelbachfall. Air terjun dalam gua ni nak masuk kena bayar CHF12. Lain-lain lagi 68 air terjun kena cari sendiri. Selain itu macam-macam aktiviti boleh buat kat sini antarnya hiking, camping dan paragliding. Aku yang kali ke-4 datang pun tak habis teroka tempat ni.


belakang tu air terjun Staubbachfall.. tapi tak berapa nak terjun airnya...

dah penat jalan kita kene kopi dan hot cekelat

secawan CHF5

hot cekelat mengadap Staubbachfall

Lepas, jalan-jalan dan bergambo kat pekan Lauterbrunnen, kami gerak ke dalam sikit di Stechelberg dan park di situ untuk cari port makan tengahari. Tempat kami park tu di sebelah stesyen bas dan ada toilet kat situ. Kalau ikutkan tidak dibenarkan berkelah kat kawasan parking tu(ada signboard melarang), tapi kami redah je. 

besar, lapang dan tak banyak kereta parking

inilah bekalan untuk makan tenghari

Makan sambil layan view

Dimana-mana boleh solat.. yang penting jangan tinggal solat..


Grindelwald First

Lokasi seterusnya ke Grindelwald yang jaraknya dalam 20km. Semalam dah datang, hari ni datang lagi dan kami park kat tempat sama. Dari tempat parking(Parkhaus Eiger) kami jalan kaki 500m ke Grindelwald Gondola Lift Station untuk naik ke Grindelwald 1st yang terletak di ketinggian 2100 meter.


Jalan masuk ke Grindelwald Gondola Lift Station.

Harga tiket gondola atau cable car untuk seorang ialah CHF78(RM413). Masa nak beli tiket aku keluarkan SHF saje nak cuba try test boleh dapat diskaun ke tak. Rupanya dapat. Alhamdulillah, jimat lagi RM206. Total penjimatan bersih setelah guna di 3 tempat ialah RM386. Lepas ni ada 2 tempat lagi iaitu ke Zermatt & Gornegrat dan Kandesteg.

Faizah & family dalam gondola ke Grindelwald 1st

tahun lepas pegi tempat OOTD ni belum ada..

Mak Yong and Pak Long

belakang tu Cliff Walk... sape yang gayat boleh try jalan kat situ.. pasti tambah gayat..hehe

Lepas jalan-jalan pekena croisant dan hot cekelat sambil layan view

Gondola ni boleh muat 6 orang

Ekceli kat Grindelwald 1st masa nak turun boleh pilih aktiviti samada naik trottibike atau mountain cart. Masa beli tiket boleh pilih salah satu. Aktiviti dah termasuk dengan harga tiket gondola. Tapi semua macam dah tak larat. Masa turun semua nak naik gondola je. Aku ok je sebab last year dah rasa naik Trottibike.

Sebelum balik kat tempat parking singgah lagi Coop beli apa yang patut.

kat Coop borong cokelat ni untuk sourvenir kawan-kawan


Hari 5 ~ Selasa, 10 Oct 2023

Hari ni datang Brienzer Rothorn semula. Sebelum ke sana singgah dulu,

Iselwald

Tahun lepas aku dah datang sini. Kali ni datang bawak rombongan pulak. Tempat ni dulu sebelum drama CLOY(Crash Landing On You) popular takde sape peduli. La ni antara tempat faveret singgah especially peminat drama Korea. Tak jauh tempat ni dari Interlaken dan boleh datang samada dengan bas atau feri. Kalau datang dengan transport sendiri, banyak parking lot ada dan jangan lupa bayar kat mesin parking.

cerita pasal jeti yang ada kene-mengena dengan drama korea CLOY

tahun lepas free.. tahun ni kena bayar CHF5

You and Me

Family Edi & Zulhairi


Brienzer Rothorn

Asalnya tempat ni tiada dalam iternari. Tiba-tiba wife share link tiktok dalam grup pasal tempat ni dan semua request nak pegi. Boleh je, tapi kena cancel pegi Mount Titlis. Semua setuju.

Ini station keretapi wap/stim ke Brienzer Rothorn

ni rupanya ketapi wap.. memey klasik ketapi ni

Bacalah.. ada cerita asal usul tempat dan keretapi wap

Pak Long, Mak Long dan Bicu & Family.. Biru belakang tu tasik Brienz

Faizah in action

Bicu

Hubby Bicu.. model Mangga

sampai kat puncak Brienzer Rothorn lunch dulu.. hari ni lauk asam pedas

bawah tu Tasik Brienz

Bendera Swiss berkibar riang

Ainol Mardhiah.. anak Bicu

Family Edi & Zulhairi

Kat atas Brienzer Rothorn ni selain lunch kami cuma jalan-jalan kat kawasan sekitar je. Si husband Faizah dia cakap naik sampai viewpoint paling tinggi. Dia sorang je pegi, lain-lain termasuk aku dok layan view kat cafe tempat kami lunch. Dengan angin bertiup kencang tanpa hadangan, suhu 20 celcius pun jadi gigil. Apapun, view dia memey memukau..

Turun time.. kena berlari nak kejo seat..

Abang Long takda kawasan

Mak Yong

Sebelum ke lokasi seterusnya, aku nak share tentang Brienzer Rothorn merupakan sebuah gunung dengan ketinggian 2350 meter. Boleh naik ke atas samada dengan keretapi wap atau cable car. Kami pilih naik keretapi sebab nak merasai pengalaman naik Keretapi Wap yang tertua di Switzerland yang dah wujud sejak 1891.

Perjalanan mendaki sejauh 7.6km mengambil masa sejam termasuk singgah sekejap di PlanAlp untuk mengisi tangki air keretapi. Sepanjang perjalanan pemandangannya memey menakjubkan. Indah sungguh ciptaan Allah.

Sebaik tiba di puncak 2244 meter yang juga station keretapi ke-4 tertinggi di Switzerland kami disajikan pula dengan pemandangan panoramik puncak-puncak pergunungan. Dari atas juga boleh nampak pemandangan indah Tasik Brienz yang airnya membiru. Memey sangat indah. Brienzer Rothorn memey berbaloi dilawati dan wajib ada dalam iternary kalau ke Swiss. Travel Agent dari Malaysia jarang bawak ke sini. Even tak ramai orang Malaysia datang sini tiket keretapi wap ni hari-hari tetap sold out.


Interlaken

On the balik ke homestay ada request nak singgah Interlaken. Sebab ada yang nak beli sourvenir. 

Interlaken adalah pekan yang terletak di antara 2 tasik Thun dan Brienz merupakan tempat tumpuan pelancong. Pekan ni juga adalah pusat yang menghubungkan ke banyak pekan-pekan lain seperti Grindelwald, Lauterbrunnen, Brienz, Lucern dan Thun, samada dengan keretapi atau bas. Sebab itu di sini banyak hotel-hotel yang berdekatan dengan station keretapi dan bas. Kalau mereka yang nak jalan-jalan Swiss naik public transport elok duduk pekan ni yang dekat dengan station keretapi.

Di Interlaken ada East dan West. Station keretapi dan bas terletak di sebelah West. Kedai sourvenir yang murah-murah pun banyak kat belah West. Kedai lain seperti Migros, kedai jual jam, pisau lipat swiss, pakaian, kedai halal kebab, nasi beriani dan groceries halal juga ada kat belah West. Senang cakap kat belah West semua ada. So, kalau datang ke Interlaken pergilah sebelah West.

Ok, sementara tunggu wife dan adik beradik pergi shopping aku dan amir lepak makan kebab kat cafe depan kedai jual sourvenir. Berejam gak tunggu dorang habis shopping.

Kedai sourvenir kat depan kedai jual kebab

#Sunset depan bilik


Sekian kisah hari ke-4 dan ke-5, bersambung Part 3 untuk hari-hari seterusnya...

Post terdahulu,

Friday, 16 June 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selepas semalam layan selekoh di Grimsel dan Furka Pass, hari ini jalan-jalan Swiss kembali menjejaki lokasi scene drama CLOY.  

Kat mana?
Jom teruskan scroll...



Day 4, 4 Oct 2022

Macam biasa sebelum keluar melawat kawasan kena isi perut dulu supaya kekal bertenaga hingga ke petang kalau boleh. Tapi biasanya tengahari dah lapar dan kami bawa bekal untuk alas perut. Arakian cuaca kat Swiss la ni dah start sejuk dan pastinya akan cepat lapar. So sarapan kena makan karbo lebih sikit supaya dapat kekalkan tenaga.

Hari ni kami akan ke Grindelwald iaitu antara tempat tarikan popular di Swiss. Di Grindelwald boleh access ke beberapa tempat tanah tinggi antaranya Top of Europe(Jungfraujoch), Kleine Scheidegg, Grindelwald first dan lain-lain. 3 tempat aku sebut ni ada kene mengena dengan drama scene Crash Landing On You(CLOY).

Untuk hari ini kami cuma nak naik ke Grindelwald first je. Lagi 2 tempat tu pada hari lain.

Sebelum korang layan cerita seterusnya aku nak ajak layan dulu video suasana kat dapur homestay kami...




Grindelwald

Dari homestay kami ke Grindelwald lebih kurang 46km.

nak pegi Grindelwald belok kiri... jalan terus ke Launterbrunnen

kat depan dah nampak puncak-puncak Alps

Di Grindelwald kami parking kereta di Parkhaue Eiger+ dan kemudian jalan kaki 650 meter ke Cable Car station.

ada tempat parking yang paling dekat tapi tempat tu cepat penuh.. jadi parking kat situ

view from satellite

kat depan Grindelwald First Cable Car Station

Ada map tentang laluan cable car dan lain-lain

Pendi dan view puncak Alps di belakang

aku plak begambo

kelihatan Capt Ru selesai membeli tiket cable car

peta laluan ke puncak-puncak di Jungfrau.. boleh naik train atau cable car

On the way puncak lalu kampung-kampung di kaki Banjaran Grindelwald First


Grindelwal First

antara activiti bole buat di Grindelwald First

Nak sampai kat sini kena naik cable car atau gondola. Ada beberapa jenis harga ticket berdasarkan package apa yang kita nak pilih. Kami pilih Full Fare + 1 activity. 

Fare TypeCHFRM ( x 4.8)
Full Fare (any 1 activity)78.00374.00
Full Fare Child between 06-15.99 yrs (any 1 activity)45.00216.00
Full Fare (any 2 activities)93.00446.00
Full Fare Child between 06-15.99 yrs (any 2 activities)59.00283.00

Activity yang boleh pilih antara yang 4 ni,

- Flyer
- Glider
- Mountain Cart 
- Trottibike

Kami pilih naik Trottibike.

Selain activiti + naik cable car ada lagi aktiviti lain boleh buat antaranya naik paraglyder, hiking, jalan kat Cliff Walk, naik First Flieger, kayuh basikal bukit dan lain-lain. 

Aktiviti kami pula selain nanti masa turun naik Trottibike juga nak layan pemandangan sambil bergambo kat tempat scene drama CLOY. Seterusnya, moh layan gambar...

boleh refer map kat sini kalau tak tau nak pegi mana

bawah sana antara location drama scene CLOY

nak explore semua tempat 1 hari tak cukup


First CliffWalk

sape gayat wajib jalan kat sini

pendi sedang berhati-hati meniti di titian...

cantik sangat... sambil meniti sambil layan view

boleh zoom in guna teropong tengok lebih dekat puncak-puncak kat North Face


jauh lagi perjalanan meniti di titian First Cliff

Rehat sebentar di tengah-tengah titian..


aku yang sedang meniti dan merenung..

selesai meniti di titian kita wefie dengan gunung ganang kat belakang tu

sedang mentelaah info pasal puncak North Face di hadapan yang semuanya tinggi lebih 3000 meter

cafe pada ketinggian 7100 kaki atau 2100 meter dari paras laut


First flieger - Paragliding take off and landing

Di sini merupakan salah satu location drama scene CLOY. Lokasi ni mengadap ke utara Jungfrau dan puncak-puncak seperti Wetterhorn, Schreckhorn dan Eiger. 

Macam yang aku cakap sebelum ni kalau produser or pengarah pilih lokasi jadi drama scene pasti tempat tu memey cantik dan mempersonakan mata memandang.. Subhanallah! Memey cantik..

terpaling healing sampai terbaring..





CLOY Scene Location

Barang order

Barang sampai

pun barang sampai

memey cantik duduk kat bangku dan layan view..

rehat sat sebelum ke lokasi seterusnya...

First Schreckfeld

Ni 2nd location drama scene CLOY. Tak jauh dari tempat pertama yang kami singgah. Nak ke sini kena jalan kaki naik bukit lepas tu turun bukit pastu jalan lagi sampai jumpa bangku. Jauhnya dalam 400m. Cungap gak tapi demi secebis CLOY scene kitorang turutkan..hehe..

nampak tak bangku tu.. itulah bangku landmark scene CLOY kat sini

Barang order

Barang dapat..

masa ni tengah fikir nak turun bawah atau jalan kaki balik ke cable car station

untung ko mami sampai ke swiss aku bawak untuk dimakan


Trottibike

Setelah kira jarak nak kena jalan kaki kami decide balik semula ke cable car station di Schreckfeld kemudian turun ke next station First Bahn untuk naik Trottibike.

ni map aktiviti tempat start and stop aktiviti kat Grindelwald First

Starting point naik Trottibike

ok masa dah time untuk turun bukit...

yang best naik Trottibike ni korang akan lalu track menurun bukit dan melalui rumah-rumah kampung swiss yang masa naik cable car cuma dapat tengok dari atas jer. Kali ni dapat tengok lebih dekat dan lalu kat depan rumah dorang.

Peringatan! 
Safety First. Sebelum ambik bike tu kena pastikan brek berfungsi. Bahaya wei kalau brek tak makan boleh jadi punca terbabas atau jatuh dari bukit dan menyebabkan kecederaan yang serius dan seterusnya merencatkan keseronokan percutian anda. Helmet memey disediakan dan wajib pakai.

Behind The Video Scene

Capt Ru and the view rumah kampung orang Swiss

ni gambar dah sampai bawah selepas layan Trottibike.. duduk tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang..

masa dah time balik ke sarang sambil pekene Latte

sampai rumah layan game JDT.. masa ni kat malaysia dah kol 10 malam, kat sini baru kol 4

pastu layan drama CLOY nak tengok balik tempat kami pegi tadi...  ni scene episod 16


Ok gais setakat ni kawe nak cerita pasal hari ke-4. Next post hari ke-5... InshaaAllah.. tungguu....

Post terdahulu,