Monday 15 January 2024

Jalan-Jalan Swiss Adik Beradik, 6 - 14 Oct 2023 ~ Part 3

Assalamualaikum wbt

Untuk part 3 ada watak baru. Siapakah dia? Nak tau.. jom ikut jalan-jalan..

cukup 18 semua ada rombongan keluarga Md Israkal

Hari 6 ~ Rabu, 11 Oct 2023

Hari ini kami akan ke Zermatt. Pekan ni agak jauh dalam 3 jam perjalanan. Jadi kena gerak awal pagi. Nak ke Zermatt selain lalu jalan raya, ada laluan kena naik keretapi.

Perjalanan pergi dan balik macam ni,

Jalanraya,
Homestay ke Kandergteg - 53km (sejam)

Feri Darat(Keretapi Pengangkut),
Kandersteg ke Goppenstein - 18km(20 min)

Jalanraya,
Goppenstein ke Tasch - 51km (sejam)

Keretapi,
Tasch ke Zermatt - 5km (10 min)


Kandersteg

Pekan ni merupakan lokasi pelancongan terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Terkenal bukan saja ada Toboggan, juga ada Tasik Oeschinen yang terletak di atas gunung 1578 meter. Kami akan datang ke pekan ni pada lusa(13/10). Nanti baru cerita lebih lanjut pasal pekan ni pada Part 4.

Untuk hari ini cuma nak bagi tau, mana-mana kenderaan yang datang dari Wilayah Bern iaitu pekan Thun, Interlaken, Reichenbach dan selaluan dengannya yang nak menghala ke Tasch/Zermatt akan singgah pekan ni dulu. Ini kerana laluan seterusnya kena naik ferry darat atau keretapi pengangkut. Maksudnya, kenderaan kami bersama penumpang kena naik keretapi. Macam mana tu? Biar gambar-gambar kat bawah ni bercerita..

Kandersteg.. nampak tak view depan tu? kat situ terletak tempat pelancongan terkenal

selepas bayar CHF27 kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam perut keretapi

Jadual Keretapi Pengangkut setiap 20 min.. ni tengah menunggu..

Dah masuk dalam Keretapi Pengangkut.. kena matikan engine..

Masa tengah menunggu tiba2 ada sorang nak dok depan.. van ni memey boleh 3 orang dok depan

gelap gelita... tengah lalu dalam terowong

Goppenstein

Selepas kira-kira 20 min perjalanan melintasi laluan bawah pergunungan, kami tiba di pekan ni. Pekan ni ialah station keretapi selepas Kandersteg dan berada di ketinggian 1216 meter. Kurang 60m je dari puncak Gunung Ledang(1276m), Di pekan ni semua kenderaan kena keluar dari keretapi dan lalu jalanraya semula ke arah tujuan masing-masing. Kami menuju ke pekan Tasch. Jarak dari Goppenstein lebih kurang 51km dan sejam perjalanan. Sepanjang perjalanan dari Goppenstein-Tasch kami disajikan pemandangan yang indah-indah belaka.


Tasch

Kami tiba di pekan ni pukul 11.30 pagi. Parking bawah tanah di bangunan yang mengadap Station Keretapi Tasch. Parking kat situ murah CHF1 je untuk sejam.

Di Station Tasch kami siap-siap beli tiket keretapi ke Zermatt dan Gornergrat. Harga tiket keretapi return Tasch-Zermatt-Gornergrat ialah CHF126.40(RM660). Guna SHF cuma bayar RM330 je sorang. Jumlah jimat guna SHF kat 4 tempat ialah, RM716.

My mem bergambo depan Train to Zermatt


Zermatt

Zermatt merupakan bandar free car. Kenderaan petrol, diesel atau pakai minyak masak tak dibenarkan masuk ke dalam bandar ini. Kereta EV pun tak boleh masuk kecuali yang mini. Hanya kenderaan macam buggy guna bateri dan kereta kuda je yang dibenarkan lalu lalang jadi teksi kat sini. Kat sini kalau dok hotel atau homestay harga dia 2 kali ganda lebih mahal dari tempat lain. 

Walaupun harga penginapan di sini mahal, pekan ini tetap menjadi tumpuan pelancong sebab lokasinya di kaki Gunung Matterhorn. 

Dulu imej puncak Matterhorn yang berbentuk macam piramid ada pada coklat Toblerone. Tapi kini tidak lagi sebab ada komersial isu antara Syarikat pengeluar Toblerone yang dimiliki orang Amerika dan Penguasa Switzerland. Nak tahu isu sebenar boleh PM tepi. Panjang kalau nak cerita kat sini.

Toblerone dulu dan sekarang

Apa yang bestnya pekan yang berada di kaki Gunung Matterhorn?

Sudah pasti keunikan suasana pekan ini dan pemandangan gunung-ganang di sekitar puncak Matterhorn yang berada di sempadan Swiss-Italy. Dari pekan dah boleh nampak puncak tu. Memey iconik. Nak tengok lebih dekat kena naik train atau Cable Car. Untuk hari ini kami naik train ke Gornergrat 3100 meter.

Jef dan Yah di Zermatt.. nampak dah sipi-sipi puncak Matterhorn

ni gambo tahun 2022 aku dengan Capt Ru dan Capt Ir

Selain cerita hari ini, boleh baca cerita aku 3 sekawan pergi Zermatt tahun 2022 kat link bawah,

Cerita seterusnya jom layan gambo..

Masa dah time naik train ke Gornergrat

Ok, ni aku nak reveal siapakah watak baru dalam ini punya jalan-jalan.... jeng.. jeng.. jeng...

Ini dia watak baru yang aku maksudkan,, Captain Ru dan Yoon is Se-ri

Taa daaa.... memperkenalkan couple jiran sePerjiranan 10 BDO tapi la ni dok Abu Dhabi dan selalu ulang alik BDO.. Inilah watak terbaru dalam ini filem.. eh.. dalam ini punya Jalan-Jalan Swiss 2023. 

Dalam Trip Swiss 2022 Crash Landing On You, aku, Capt Ru dan sorang lagi Capt Ir watak utama.. kali ni Capt Ru watak jemputan.. 

Ada nampak macam terserempak tak?

Kisahnya Capt Ru bawak Kapal Terbang dari Abu Dhabi ke Geneva semalam. Hari ini dan esok dia off. Lusa bawak balik Kapal Terbang ke Abu Dhabi. So, ada 2 hari off  dia bawak is Se-Ri jalan-jalan sekali. Kebetulan yang telah ditakdirkan hari ini aku dan rombongan ke Zermatt maka terjadilah peristiwa ala-ala terserempak jejak kasih... 

Cuma nak bagi credit, hasil dari pergi Swiss 2022, 70% dari iternari yang disusun oleh Capt Ru aku cedok dan copy ke trip tahun 2023. Kira ada jasa di belakang tabir Capt Ru untuk trip tahun 2023. 

Kalau takde Trip Swiss 2022 mungkin adik ipar si Yah takde ajak pegi Swiss 2023.. Apapun semua tu sudah ditakdirkan untuk aku pergi Swiss 2 tahun berturut.. Alhamdulillah..

Ore kampung BDO kat depan Matterhorn

kurang sorang Capt Ir

Gornergrat

Station keretapi Gornergrat yang berada di ketinggian 3089 meter merupakan yang kedua tertinggi bukan saja di Swiss juga di Eropah. 1st ialah Top of Europe. Laluan keretapi di sini dah wujud sejak tahun 1898. Lebih 120 tahun dulu..

Sebaik tiba di sini cari port dulu untuk lunch. Masing-masing dah lapo.. Ok kat bangunan atas tu ada cafe. Kami buat port lunch kat situ.

dengan Capt Ru dekat port makan tengahari..

Luncheon sambil mengadap Matterhorn.. 

Lepas lunch acara seterusnya cari port untuk bergambo ramai-ramai. Tadi sebelum lunch aku tengok masing-masing macam tak sabo nak bergambo sampai beberapa kali perjalanan aku ke tempat nak lunch tersekat disekala 6. Sebabnya adik-adik mintak tolong ambilkan gambar. Aku cakap sabar..sabar.. tak lari Matterhorn dikejar.. dia tetap ada kat situ..

Ok, sekarang semua dah kenyang, ambillah gambar sampai lebam... hehe..

aku pun nak bergambar sampai lebam..

bergambo lagi.. nasib arr sape yang kena ambikkan tuu..

Aku ambik gambo Muzaffar nak panah Matterhorn..

dalam banyak2 gambo aku snap kat sini, cuma gambo Basit hubby Faizah je aku pilih tepek kat sini..

nasib ada bawak stok lama cokelat Toblerone.. boleh padankan dengan puncak Matterhorn

Puncak Matterhorn view from Tasek Leis di Sunnegga..

Gambo atas Capt Ru yang share. Dia sempat pergi Sunnegga dulu sebelum terserempak dengan kitorang. Cantik gak view dari situ dan macam lagi dekat. Mungkin next trip boleh bawak rombongan ke situ selain ke Gornergrat. 

Capt Ru cakap lagi murah cuma CHF23 harga tiket untuk train return. SHF rase boleh guna gak. Train dia menurut Capt Ru jenis condong macam kat Bukit Bendera, Penang. 

Nak ke Station untuk ke Sunnegga-Rothhorn ni kena jalan kaki dalam 500 meter dari pekan Zermatt.

awat semua tak pandang camera..

kat pekan Zermatt tunggu yang lain-lain sebelum gerak balik ke Tasch


Tasch

Kami habiskan masa lebih kurang 4 jam kat Zermatt dan Gornergrat. Masa dah time untuk gerak balik ke Tasch. Capt Ru offer singgah Apartmentstay dia kat Tasch untuk solat sebelum meneruskan perjalanan balik. Cuma yang naik van aku je singgah. Lain-lain nak gerak dulu tak singgah.


Apartmentstay Capt Ru kat Tasch


Sementara tunggu ore puan solat, jalan-jalan kat tepi parit depan rumah sambil discuss esok punya program..

Singgah kedai jual kebab halal sebelum balik rumah.. Kedai ni kat sebelah Station Reichenbach


Hari 7 ~ Khamis, 12 Oct 2023

Sekejap betul dah hari ke-7. Lagi 2 hari nak balik dah. Ok, selagi ada hari kena penuhkan dengan jalan-jalan melawat kawasang. 

Untuk hari ini jalan-jalan cuma drive je melayan pemandangan di jalan raya menuju ke gunung. Destinasi hari ni ke Furka Pass iaitu jalan raya gunung ke-3 tertinggi di Swiss yang mencecah elevation 2,436 meters. Lebih tinggi dari puncak Gunung Murud(2422m) kat Sarawak.


Grimsel Pass

Sebelum sampai di Furka Pass kena drive lalu Grimsel Pass dulu. Jalan raya Grimsel Pass lebih lebar dan paling tinggi ialah 2164 meter. Ada beberapa attractions menarik di sini antaranya empangan Grimsel, Alpinhotel dan Tasek Toten. Pemandangan banjaran alps di sini juga cantik dan memukau mata memandang. Ada yang cakap macam kat planet Marikh. Ya ke? Pernah pegi Marikh ke?hehe..

Singgah di Alpinhotel Grimsel Hospiz.. hotel ni sebelah empangan Grimsel

Jadi babysitter jap sementara tunggu dorang OOTD

Furka Pass

Jalan raya rentas gunung ni terkenal sebab filem James Bond Goldfinger pernah shoot kat sini. Lagi satu nak habaq Furka Pass merupakan salah satu jalan raya rentas gunung yang tercantik di Banjaran Swiss. 

Kalau ikut travel tour yang naik bas tu takkan sampai ke sini. Memey bukan syarat sah datang Swiss mesti ke sini tapi alang-alang dah datang Swiss kena rasa pengalaman lalu jalanraya kat sini. Pemandangan jangan cakap lah memey speechless.. 

Kalau dapat self drive lagi best. Tapi tak semua orang mampu drive kat jalanraya macam ni especially yang gayat. Symtomnya dia akan diam je sepanjang memandu terutama bila terpandang tebing tinggi di tepi jalan yang berliku-liku. Itulah yang terjadi pada drebar van lagi satu bila dia tak turun bergambo di hotel kat selekoh. Rupanya tengah layan mabuk... ok.. ok...bagi dia tenang dulu.. ada laluan lagi nak tempuh..

Aku? aku ok je... dah biasa drive kat jalanraya macam ni... kat Stelvio Pass Italy lagi banyak selekoh tajam dan tebing tinggi pun aku pernah layan.. buktinya klik kat post ni..


Hotel Belvedere

Hotel ni ada dalam scene filem James Bond lakonan Sean Connery tahun 1964. Uniknya hotel ni sebab  berada kat selekoh bentuk U. 

Dikatakan hotel ini adalah bangunan paling ikonik di Furka Pass dan dah ada lebih 100 tahun kat situ. Hotel ni berada di ketinggian 2300 meter. Tapi sejak 2016 hotel ni dah tak beroperasi.

Sampai sini wajib bergambo kat depan hotel ni

bergambo dengan mem plak

zoom out sikit

Di hotel kat selekoh ni aku terserempak lagi dengan Capt Ru dan wife dia Yoon Se-Ri. Bak kata pepatah, asam di BDO, ikan di Abu Dhabi kat Furka Pass pun boleh jumpa. 2 hari berturut jumpa..

Dah jumpa terus ajak lunch kat area paling puncak. Tahun 2022 masa datang kat tempat tu pada tarikh yang sama tempat tu bersalji. Kali ni datang kering kontang. Lambat pulak salji turun tahun ni kat Furka Pass.

Ni bukti pegi tahun 2022 tempat ni bersalji,

sebelum lunch bergambo dulu bersama BJF(Best Jiran Forever)

Nasi Lemak ayam goreng

Berkelah kat ketinggian 2436 meter.. walaupun matahari memanco terik tapi angin dia sejuk giler

my lunch nasi lemak POV

gambar sama macam atas tapi tak serupa

aku di Furka Pass.. boleh jadi tajuk album ni

Ainul Mardhiah bersama Mak Yong dan Pak Long

Sambung lagi cerita pasal Furka Pass. Jalan raya rentas gunung ni kalau drive 3 jam ke arah selatan  boleh sampai Italy iaitu di kota metropolitan Milan. 

Jalanraya arah ke Italy itu akan melalui pekan Realp dan Gletsh yang juga ada dalam scene filem Goldfinger James Bond. Jalan tu juga dinamakan Jalan James Bond sebab banyak scene kat situ. Tapi aku belum sempat nak drive sampai situ sebab jalaraya di situ agak sempit dan jauh pulak nak patah balik. Niat dah ada cuma belum kesampaian. Takpe next trip..

Masa dah time untuk masing-masing balik ke sarang. Capt Ru nak balik Geneva sebab esok dah keje bawak kapal terbang. 2 hari off dah habis. Faizah dan family katanya nak ke Italy kejap tido 1 malam kat Milan. Merasa dia lalu jalan James Bond. Manakala yang lain-lain sebelum balik rumah ajak singgah Coop di pekan Thun. Ok, lets go..

Singgah Coop di pekan Thun.. borong lagi cekelat Giotto dan ngopi

Coop kat pekan Thun ni besar macam hypermarket.. kat atas ada cafe boleh lepak..

Pokok epal kat sebelah homestay

layan sunset sampai gelap..

Dinner malam ni..

Maggi kari sedap by Chef Zulhairi

Sekian kisah Hari ke-6 dan ke-7. Harap ada something best yang dapat dikongsi. Thanks kepada watak jemputan istimewa Capt Ru dan wife yang join jalan-jalan semalam dan hari ini. Nanti kalau balik BDO kite lepak makan ikan siakap stim lemon kat restoren depan rumah aku.

Ok, ketemu lagi pada chapter terakhir iaitu Part 4 pada post akan datang.. 

Post terdahulu,

1 comment:

Mulan said...

Best best tumpang seronok baca.