Untuk part 3 ada watak baru. Siapakah dia? Nak tau.. jom ikut jalan-jalan..
cukup 18 semua ada rombongan keluarga Md Israkal
Hari 6 ~ Rabu, 11 Oct 2023
Hari ini kami akan ke Zermatt. Pekan ni agak jauh dalam 3 jam perjalanan. Jadi kena gerak awal pagi. Nak ke Zermatt selain lalu jalan raya, ada laluan kena naik keretapi.
Perjalanan pergi dan balik macam ni,
Jalanraya, Homestay ke Kandergteg - 53km (sejam)
Feri Darat(Keretapi Pengangkut), Kandersteg ke Goppenstein - 18km(20 min)
Jalanraya,
Goppenstein ke Tasch - 51km (sejam)
Keretapi, Tasch ke Zermatt - 5km (10 min)
Kandersteg
Pekan ni merupakan lokasi pelancongan terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Terkenal bukan saja ada Toboggan, juga ada Tasik Oeschinen yang terletak di atas gunung 1578 meter. Kami akan datang ke pekan ni pada lusa(13/10). Nanti baru cerita lebih lanjut pasal pekan ni pada Part 4.
Untuk hari ini cuma nak bagi tau, mana-mana kenderaan yang datang dari Wilayah Bern iaitu pekan Thun, Interlaken, Reichenbach dan selaluan dengannya yang nak menghala ke Tasch/Zermatt akan singgah pekan ni dulu. Ini kerana laluan seterusnya kena naik ferry darat atau keretapi pengangkut. Maksudnya, kenderaan kami bersama penumpang kena naik keretapi. Macam mana tu? Biar gambar-gambar kat bawah ni bercerita..
Kandersteg.. nampak tak view depan tu? kat situ terletak tempat pelancongan terkenal
selepas bayar CHF27 kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam perut keretapi
Jadual Keretapi Pengangkut setiap 20 min.. ni tengah menunggu..
Dah masuk dalam Keretapi Pengangkut.. kena matikan engine..
Masa tengah menunggu tiba2 ada sorang nak dok depan.. van ni memey boleh 3 orang dok depan
gelap gelita... tengah lalu dalam terowong
Goppenstein
Selepas kira-kira 20 min perjalanan melintasi laluan bawah pergunungan, kami tiba di pekan ni. Pekan ni ialah station keretapi selepas Kandersteg dan berada di ketinggian 1216 meter. Kurang 60m je dari puncak Gunung Ledang(1276m), Di pekan ni semua kenderaan kena keluar dari keretapi dan lalu jalanraya semula ke arah tujuan masing-masing. Kami menuju ke pekan Tasch. Jarak dari Goppenstein lebih kurang 51km dan sejam perjalanan. Sepanjang perjalanan dari Goppenstein-Tasch kami disajikan pemandangan yang indah-indah belaka.
Tasch
Kami tiba di pekan ni pukul 11.30 pagi. Parking bawah tanah di bangunan yang mengadap Station Keretapi Tasch. Parking kat situ murah CHF1 je untuk sejam.
Di Station Tasch kami siap-siap beli tiket keretapi ke Zermatt dan Gornergrat. Harga tiket keretapi return Tasch-Zermatt-Gornergrat ialah CHF126.40(RM660). Guna SHF cuma bayar RM330 je sorang. Jumlah jimat guna SHF kat 4 tempat ialah, RM716.
My mem bergambo depan Train to Zermatt
Zermatt
Zermatt merupakan bandar free car. Kenderaan petrol, diesel atau pakai minyak masak tak dibenarkan masuk ke dalam bandar ini. Kereta EV pun tak boleh masuk kecuali yang mini. Hanya kenderaan macam buggy guna bateri dan kereta kuda je yang dibenarkan lalu lalang jadi teksi kat sini. Kat sini kalau dok hotel atau homestay harga dia 2 kali ganda lebih mahal dari tempat lain.
Walaupun harga penginapan di sini mahal, pekan ini tetap menjadi tumpuan pelancong sebab lokasinya di kaki Gunung Matterhorn.
Dulu imej puncak Matterhorn yang berbentuk macam piramid ada pada coklat Toblerone. Tapi kini tidak lagi sebab ada komersial isu antara Syarikat pengeluar Toblerone yang dimiliki orang Amerika dan Penguasa Switzerland. Nak tahu isu sebenar boleh PM tepi. Panjang kalau nak cerita kat sini.
Toblerone dulu dan sekarang
Apa yang bestnya pekan yang berada di kaki Gunung Matterhorn?
Sudah pasti keunikan suasana pekan ini dan pemandangan gunung-ganang di sekitar puncak Matterhorn yang berada di sempadan Swiss-Italy. Dari pekan dah boleh nampak puncak tu. Memey iconik. Nak tengok lebih dekat kena naik train atau Cable Car. Untuk hari ini kami naik train ke Gornergrat 3100 meter.
Jef dan Yah di Zermatt.. nampak dah sipi-sipi puncak Matterhorn
ni gambo tahun 2022 aku dengan Capt Ru dan Capt Ir
Selain cerita hari ini, boleh baca cerita aku 3 sekawan pergi Zermatt tahun 2022 kat link bawah,
Ok, ni aku nak reveal siapakah watak baru dalam ini punya jalan-jalan.... jeng.. jeng.. jeng...
Ini dia watak baru yang aku maksudkan,, Captain Ru dan Yoon is Se-ri
Taa daaa.... memperkenalkan couple jiran sePerjiranan 10 BDO tapi la ni dok Abu Dhabi dan selalu ulang alik BDO.. Inilah watak terbaru dalam ini filem.. eh.. dalam ini punya Jalan-Jalan Swiss 2023.
Dalam Trip Swiss 2022 Crash Landing On You, aku, Capt Ru dan sorang lagi Capt Ir watak utama.. kali ni Capt Ru watak jemputan..
Ada nampak macam terserempak tak?
Kisahnya Capt Ru bawak Kapal Terbang dari Abu Dhabi ke Geneva semalam. Hari ini dan esok dia off. Lusa bawak balik Kapal Terbang ke Abu Dhabi. So, ada 2 hari off dia bawak is Se-Ri jalan-jalan sekali. Kebetulan yang telah ditakdirkan hari ini aku dan rombongan ke Zermatt maka terjadilah peristiwa ala-ala terserempak jejak kasih...
Cuma nak bagi credit, hasil dari pergi Swiss 2022, 70% dari iternari yang disusun oleh Capt Ru aku cedok dan copy ke trip tahun 2023. Kira ada jasa di belakang tabir Capt Ru untuk trip tahun 2023.
Kalau takde Trip Swiss 2022 mungkin adik ipar si Yah takde ajak pegi Swiss 2023.. Apapun semua tu sudah ditakdirkan untuk aku pergi Swiss 2 tahun berturut.. Alhamdulillah..
Ore kampung BDO kat depan Matterhorn
kurang sorang Capt Ir
Gornergrat
Station keretapi Gornergrat yang berada di ketinggian 3089 meter merupakan yang kedua tertinggi bukan saja di Swiss juga di Eropah. 1st ialah Top of Europe. Laluan keretapi di sini dah wujud sejak tahun 1898. Lebih 120 tahun dulu..
Sebaik tiba di sini cari port dulu untuk lunch. Masing-masing dah lapo.. Ok kat bangunan atas tu ada cafe. Kami buat port lunch kat situ.
dengan Capt Ru dekat port makan tengahari..
Luncheon sambil mengadap Matterhorn..
Lepas lunch acara seterusnya cari port untuk bergambo ramai-ramai. Tadi sebelum lunch aku tengok masing-masing macam tak sabo nak bergambo sampai beberapa kali perjalanan aku ke tempat nak lunch tersekat disekala 6. Sebabnya adik-adik mintak tolong ambilkan gambar. Aku cakap sabar..sabar.. tak lari Matterhorn dikejar.. dia tetap ada kat situ..
Ok, sekarang semua dah kenyang, ambillah gambar sampai lebam... hehe..
aku pun nak bergambar sampai lebam..
bergambo lagi.. nasib arr sape yang kena ambikkan tuu..
Aku ambik gambo Muzaffar nak panah Matterhorn..
dalam banyak2 gambo aku snap kat sini, cuma gambo Basit hubby Faizah je aku pilih tepek kat sini..
nasib ada bawak stok lama cokelat Toblerone.. boleh padankan dengan puncak Matterhorn
Puncak Matterhorn view from Tasek Leis di Sunnegga..
Gambo atas Capt Ru yang share. Dia sempat pergi Sunnegga dulu sebelum terserempak dengan kitorang. Cantik gak view dari situ dan macam lagi dekat. Mungkin next trip boleh bawak rombongan ke situ selain ke Gornergrat.
Capt Ru cakap lagi murah cuma CHF23 harga tiket untuk train return. SHF rase boleh guna gak. Train dia menurut Capt Ru jenis condong macam kat Bukit Bendera, Penang.
Nak ke Station untuk ke Sunnegga-Rothhornni kena jalan kaki dalam 500 meter dari pekan Zermatt.
awat semua tak pandang camera..
kat pekan Zermatt tunggu yang lain-lain sebelum gerak balik ke Tasch
Tasch
Kami habiskan masa lebih kurang 4 jam kat Zermatt dan Gornergrat. Masa dah time untuk gerak balik ke Tasch. Capt Ru offer singgah Apartmentstay dia kat Tasch untuk solat sebelum meneruskan perjalanan balik. Cuma yang naik van aku je singgah. Lain-lain nak gerak dulu tak singgah.
Apartmentstay Capt Ru kat Tasch
Sementara tunggu ore puan solat, jalan-jalan kat tepi parit depan rumah sambil discuss esok punya program..
Singgah kedai jual kebab halal sebelum balik rumah.. Kedai ni kat sebelah Station Reichenbach
Hari 7 ~ Khamis, 12 Oct 2023
Sekejap betul dah hari ke-7. Lagi 2 hari nak balik dah. Ok, selagi ada hari kena penuhkan dengan jalan-jalan melawat kawasang.
Untuk hari ini jalan-jalan cuma drive je melayan pemandangan di jalan raya menuju ke gunung. Destinasi hari ni ke Furka Pass iaitu jalan raya gunung ke-3 tertinggi di Swiss yang mencecah elevation 2,436 meters. Lebih tinggi dari puncak Gunung Murud(2422m) kat Sarawak.
Grimsel Pass
Sebelum sampai di Furka Pass kena drive lalu Grimsel Pass dulu. Jalan rayaGrimsel Pass lebih lebar dan paling tinggi ialah 2164 meter. Ada beberapa attractions menarik di sini antaranya empangan Grimsel, Alpinhotel dan Tasek Toten. Pemandangan banjaran alps di sini juga cantik dan memukau mata memandang. Ada yang cakap macam kat planet Marikh. Ya ke? Pernah pegi Marikh ke?hehe..
Singgah di Alpinhotel Grimsel Hospiz.. hotel ni sebelah empangan Grimsel
Jadi babysitter jap sementara tunggu dorang OOTD
Furka Pass
Jalan raya rentas gunung ni terkenal sebab filem James Bond Goldfinger pernah shoot kat sini. Lagi satu nak habaq Furka Pass merupakan salah satu jalan raya rentas gunung yang tercantik di Banjaran Swiss.
Kalau ikut travel tour yang naik bas tu takkan sampai ke sini. Memey bukan syarat sah datang Swiss mesti ke sini tapi alang-alang dah datang Swiss kena rasa pengalaman lalu jalanraya kat sini. Pemandangan jangan cakap lah memey speechless..
Kalau dapat self drive lagi best. Tapi tak semua orang mampu drive kat jalanraya macam ni especially yang gayat. Symtomnya dia akan diam je sepanjang memandu terutama bila terpandang tebing tinggi di tepi jalan yang berliku-liku. Itulah yang terjadi pada drebar van lagi satu bila dia tak turun bergambo di hotel kat selekoh. Rupanya tengah layan mabuk... ok.. ok...bagi dia tenang dulu.. ada laluan lagi nak tempuh..
Aku? aku ok je... dah biasa drive kat jalanraya macam ni... kat Stelvio Pass Italy lagi banyak selekoh tajam dan tebing tinggi pun aku pernah layan.. buktinya klik kat post ni..
Hotel ni ada dalam scene filem James Bond lakonan Sean Connery tahun 1964. Uniknya hotel ni sebab berada kat selekoh bentuk U.
Dikatakan hotel ini adalah bangunan paling ikonik di Furka Pass dan dah ada lebih 100 tahun kat situ. Hotel ni berada di ketinggian 2300 meter. Tapi sejak 2016 hotel ni dah tak beroperasi.
Sampai sini wajib bergambo kat depan hotel ni
bergambo dengan mem plak
zoom out sikit
Di hotel kat selekoh ni aku terserempak lagi dengan Capt Ru dan wife dia Yoon Se-Ri. Bak kata pepatah, asam di BDO, ikan di Abu Dhabi kat Furka Pass pun boleh jumpa. 2 hari berturut jumpa..
Dah jumpa terus ajak lunch kat area paling puncak. Tahun 2022 masa datang kat tempat tu pada tarikh yang sama tempat tu bersalji. Kali ni datang kering kontang. Lambat pulak salji turun tahun ni kat Furka Pass.
sebelum lunch bergambo dulu bersama BJF(Best Jiran Forever)
Nasi Lemak ayam goreng
Berkelah kat ketinggian 2436 meter.. walaupun matahari memanco terik tapi angin dia sejuk giler
my lunch nasi lemak POV
gambar sama macam atas tapi tak serupa
aku di Furka Pass.. boleh jadi tajuk album ni
Ainul Mardhiah bersama Mak Yong dan Pak Long
Sambung lagi cerita pasal Furka Pass. Jalan raya rentas gunung ni kalau drive 3 jam ke arah selatan boleh sampai Italy iaitu di kota metropolitan Milan.
Jalanraya arah ke Italy itu akan melalui pekan Realp dan Gletsh yang juga ada dalam scene filem Goldfinger James Bond. Jalan tu juga dinamakan Jalan James Bond sebab banyak scene kat situ. Tapi aku belum sempat nak drive sampai situ sebab jalaraya di situ agak sempit dan jauh pulak nak patah balik. Niat dah ada cuma belum kesampaian. Takpe next trip..
Masa dah time untuk masing-masing balik ke sarang. Capt Ru nak balik Geneva sebab esok dah keje bawak kapal terbang. 2 hari off dah habis. Faizah dan family katanya nak ke Italy kejap tido 1 malam kat Milan. Merasa dia lalu jalan James Bond. Manakala yang lain-lain sebelum balik rumah ajak singgah Coop di pekan Thun. Ok, lets go..
Singgah Coop di pekan Thun.. borong lagi cekelat Giotto dan ngopi
Coop kat pekan Thun ni besar macam hypermarket.. kat atas ada cafe boleh lepak..
Pokok epal kat sebelah homestay
layan sunset sampai gelap..
Dinner malam ni..
Maggi kari sedap by Chef Zulhairi
Sekian kisah Hari ke-6 dan ke-7. Harap ada something best yang dapat dikongsi. Thanks kepada watak jemputan istimewa Capt Ru dan wife yang join jalan-jalan semalam dan hari ini. Nanti kalau balik BDO kite lepak makan ikan siakap stim lemon kat restoren depan rumah aku.
Ok, ketemu lagi pada chapter terakhir iaitu Part 4 pada post akan datang..
Jelajah Swiss hari ini diteruskan ke satu tempat yang aku sendiri request dengan Rudy nak pegi ke situ. Tempat ni kalau ikut travel agent jarang-jarang dapat sampai. Trip private atau Trip DIY macam kami je yang selalunya dapat peluang pegi.
Kenapa aku nak sangat pegi tempat tu?
Sebab tempat tu rare. Aku dapat tahu tempat tu sebab ternampak gambar hotel kat selekoh semasa menggoogle pasal Swiss. Pada aku rare sebab ada hotel kat selekoh pada ketinggian 2100 meter. Tinggi tu.
Lagi satu tentang hotel kat selekoh ni, pernah ada dalam scene filem James Bond Goldfinger 1964. Menarik kan? Dengan sebab itu aku nak sangat pegi situ dan tengok hotel tu kat depan mata.
Lagi satu yang rare pasal tempat ni ialah pengalaman memandu di jalan raya merentasi gunung. Hanya musim tertentu seperti musim panas, autumn dan pengujung spring je jalan kat situ akan dibuka. Musim lain seperti winter dan awal spring jalan raya ni tutup sebab penuh salji dan merbahaya untuk kenderaan lalu kerana jalan licin terutama kat selekoh tajam.
Masa aku datang jalan tu masih bukak dan dapatlah kami melayan selekoh disamping menikmati pemandangan gunung ganang yang menakjubkan. Jalan raya ini juga termasuk antara 10 jalan raya tercantik kat dunia.
Apa nama tempat tu?
Furka Pass...
Nak tahu apa ada kat Furka Pass... jom teruskan membaca..
Day 3 ~ Isnin, 3 Oct 2023
Sebelum gerak macam biasa sarapan disediakan oleh Cef Ir dan Capt Ru. Hari ini sarapan roti toast cecah mushroom sup. Sambil menyarap sambil melayan pemandangan kat tepi tingkap. Lepas makan tugas aku pulak basuh pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan kuali..
view tepi meja makan..
atap rumah dan nun sana gunung ganang
roti toast.. mushroom sup belum siap lagi
view belakang rumah
Oleh kerana perjalanan pergi dan balik hari ini agak jauh dalam 200km++ dan mungkin ambil masa dalam 5-6 jam untuk pergi dan balik, makanya kena siapkan bekal makanan seperti telur goreng untuk dimakan dengan pek kembara nasi lemak dan nasi ayam merah.
Dalam pukul 8.30 pagi kami dah gerak keluar dari homestay dan singgah Coop sat nak beli apa yang patut.
murah air evian kat sini.. kat malaysia level kayangan je beli
harga-harga air ni kalau convert RM memey mahai tapi bagi warga swiss B40 mampu sangat..
healing kat Station ketapi Bahnlof depan Coop je..
tu dia ketapi pun sampai...
road to puncak..
Sebelum dapat sampai ke Furka Pass kena lalu pekan-pekan ni dulu seperti,
Leissigen - Därligen - pastu lalu highway Gunten ke Interlaken West - lalu terowong(Rugentunnel) 500 meter - cross pekan Wilderswill - lalu terowong lagi(Lutscshinetunnel) 650 meter - lalu terowong lagi(Sunggtunnel) 650 meter - Isetlwald - lalu terowong lagi(Chuebalmtunnel) 900 meter - lalu terowong lagi(Giessbachtunnel) 1km - lalu sebelah military airport( Flugplatz Meiringen) - Meiringen - Schattenhalb - Innertkirchen.
Di pekan Innerkirchen ada 2 simpang, ke Sustenstrasse dan ke Grimselpass. Kedua-dua laluan boleh sampai ke Furka Pass. Kami pilih lalu Grimselpass sebab lebih dekat.
Di laluan Grimselpass hingga ke puncak akan lalu pekan-pekan ni, Göttannermärt - Guttannen dan beberapa terowong hingga ke puncak.
Alhamdulillah.. cuaca hari ini cerah, langit membiru dan pemandangan memukau..
di kiri dan kanan kelihatan rumah-rumah kampung di lereng pergunungan Alps
kat swiss ni memey akan banyak lalu terowong
Raterichsboden Staumauer
1st stop kami ni merupakan sebuah empangan yang asalnya ialah Tasik Raterichsboden atau Raterichsbodensee. "See" dalam bahasa Jerman ialah tasik.
Empangan ini berada dalam mukim Guttannen iaitu bandar yang berada di antara 2 lembah banjaran Alps. Di belah utara empangan menghala ke laluan puncak Grimsel Pass yang seterusnya bersambung dengan laluan Furka Pass.
Air empangan yang bertakung di empangan ini berasal dari Sungai Aare yang terhasil dari cairan Glasier di atas gunung. Untuk info kebanyakan air empangan dan tasik di Swiss terhasil dari cairan glasier beratus tahun.
Begitulah serba sedikit yang sempat aku google pasal empangan ni. Masa kami singgah hari tu cuba juga nak baca info pasal tempat ni tapi dalam bahasa jerman la pulak..
cuba baca tapi sepatah haram tak faham...
nak sebut perkataan bahasa jerman ni boleh terbelit lidah
ni aku rasa dia cete pasal isi padu air dalam empangan tu... agaknya lah..
view belah selatan empangan
view belah utara empangan
view kami bertiga
lagi kami bertiga dengan view gunung ganang yang diliputi awan
Grimsel Pass Dam
2nd stop ni juga sebuah empangan yang bersambung dengan empangan pertama yang kami singgah tadi. Kedudukan empangan ini juga lebih tinggi dan 4 kali besar.
Kat sini view dia lebih menawan bila kelihatan puncak-puncak gunung yang dilitupi ais. Bak kata ore kelantan kawen dengan Indon Sabah.. "memey cantik bangat bah.."
Kami macam biasa, bila jumpa tempat cantik jangan lepaskan peluang bergambar berlatar belakang keindahan gunung ganang.
atas bukit batu depan tu ada bangunan hotel dan lain-lain..
bukan setakat ada empangan juga ada hotel kat sini..
aku dan empangan Grimsel
info pasal empangan dan dari mana asal usul air empangan itu datang..
merenung ke gunung ganang
air empangan kat sini macam kaler putih green tea campur susu..
Subhanallah...
sinun tu ada hotel dan kalau rasa nak terkucil sebab sejuk boleh turun ke bawah ada toilet
aku.. hotel dan pendi... nice kan view belakang tuu
penunjuk arah... ok dah nampak arah ke toilet...
Totensee
Stop ke-3. Masih di laluan Grimsel Pass. Singgah lagi sebab nampak tasek cantik yang sangat jernih airnya bagai cermin.
Kat tasek Toten ni view dia lagi menawan dari 1st dan 2nd stop. Nampaknya semakin tinggi mendaki laluan Grimsel Pass semakin terserlah keindahan pemandangan gunung ganang yang bersalji di puncaknya.
Subhanallah! Patutlah orang kata Switzerland ni secebis Syurga. Dalam gambar yang aku share ni cuma 10% je dari kecantikan sebenar bila kat depan mata.
blur plak view belakang... bokeh 2.7
kami bertiga di tepi Tasek Toten
fendi di tepi tasek
Subhanallah
ada tompok-tompok salji di situ
Grimselpass Overlook
Next stop(ke-4) kami berhenti di puncak tertinggi Grimselpass iaitu 2164 meter dari paras laut. Dari tempat ni boleh nampak laluan turun Grimsel pass ke pekan Gletsch dan dari satu akan bersambung ke laluan Furka Pass.
Laluan ke puncak Furka Pass lebih mencabar kerana selekohnya lebih tajam dan jalan raya tak berapa lebar dan kena extra berhati-hati semasa memandu. Apapun bagi kami dapat memandu kat jalan raya rentas gunung adalah satu pengalaman yang sangat best ditambah lagi dengan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan.
dari Grimsel Pass ke Furka Pass.. nampak tak selekoh tu dah macam U-turn
ambil feel sebelum layan selekoh
tak puas tengok selekoh-selekoh tu dari atas... share lagi gambar..
Grimsel Pass dalam Waze
Hotel Belvedere
Akhirnya sampai juga kat hotel yang sebelum ni cuma dapat tengok gambar dalam google je.
Kisahnya hotel ini dibina pada tahun 1882 oleh pengusaha hotel muda bernama Josef Seiler di selekoh jalan raya rentas gunung Furka Pass. Selama beberapa dekad Hotel Belvedere menjadi salah satu hotel paling ikonik di Swiss Alps.
Di hotel ini, tidak ada tempat lain di dunia ini yang boleh memandu kereta begitu hampir dengan pinggir glasier, mendaftar masuk ke bilik hotel dengan balkoni yang menghadap ke sungai besar ais, dan kemudian menyusuri laluan berturap ke glasier di bawah yang terletak hanya beberapa ratus meter. Boleh hanya jalan kaki ke situ.
Pada zaman kegemilangannya, pemandangan dari bilik tetamu menghadap ke hamparan berais Glasier Rhône dan ada sebuah gua yang diukir pada ais berwarna biru.
Malangnya, Hotel Belvedere ditutup pada tahun 2016, tetapi ia kekal sebagai lokasi pemandangan yang menarik perhatian para pengembara yang berjaya sampai di situ. Hotel ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi scene dalam filem James Bond, Goldfinger pada tahun 1968.
Alhamdulillah.. impian aku untuk sampai di sini telah menjadi kenyataan. Bukan semata kerana nak melihat hotel itu tapi apa yang ada di kawasan sekitar ciptaan Allah swt.. Subhanallah...
Indah sungguh panorama di sini
scene Goldfinger 1968
scene James Bond tapi kereta lain pulak
gambo cilok google... tu dia sungai air glasier... boleh jalan kaki je dari hotel
atok sean connery kat Furka Pass
tak puas begambo kat sini... selfie plak gambo hotel berlatar belakangkan gunung ganang
ni laluan depan sket dari hotel... dekat dah dengan puncak Furka Pass
Furka Pass
Furka Pass dengan ketinggian 2,436 meter ialah laluan gunung tinggi di Pergunungan Alps Switzerland yang menghubungkan Gletsch, Valais dengan Realp, Uri. Laluan ini dibina pada tahun 1864-1866 yang menyambung bandar Andermatt di Utara Timur dan bandar Gletsch di Selatan Barat.
Laluan Furka Pass ini menjadi terkenal bila digunakan sebagai lokasi dalam filem James Bond Goldfinger 1968 dan kebanyakkan lokasi scenenya di sebelah laluan ke utara menghala ke Realp dan bandar Andermatt. Malangnya kami tak sempat ke laluan sebelah sana sebab tak cukup masa nak patah balik. Kami cuma sempat sampai kat puncak tertinggi ni je. Oklah tu dari tak sampai.
Selain tu laluan Furka Pass ni terkenal sebab ada hotel kat selekoh yang aku dah cerita kat atas. Pada aku kalau korang berpeluang datang Swiss cuba usahakan dan merasai memandu di kawasan ini. Memey tak mengecewakan dan aku pun tak tahu nak gambarkan betapa bestnya sambil layan selekoh sambil layan pemandangan. Dah pegi dan merasai baru faham.
Selain memandu layan corner, sebenarnya banyak aktiviti boleh buat kat sini. Kalau dekat kawasan Hotel Belvedere boleh hiking ke Grotto Ais Glasier Rhone dan seterusnya masuk terowong yang hanya di buka pada musim selain winter. Kalau nak cuba naik basikal pun boleh tapi jangan menyesal sebab kena kayuh naik gunung.
Laluan puncak tertinggi Furka Pass dan rumah kecik tanda sempadan Canton Valais dan Uri
Cer tengok kat gambar atas boleh nampak lambang kepala lembu perisai kuning tu bermaksud Uri. Ada sejarah disebaliknya dan kaitan dengam negara Switzerland
Fendi tengah cari salji untuk dimakan
nak baca dalam bahasa german la pulak
masa untuk makan tengahari..
pack kembara cuma letak air je dan dalam masa 5 minit dah boleh makan
ok siap untuk dimakan
nasi lemak sambal sotong dan telur goreng
syok dapat makan nasi lemak kat atas gunung
lepas makan kita amik gambo kat Grand Tour
penuh sticker dah...
Dekat sejam gak kami berada kat laluan puncak Furka Pass melayan pemandangan dan menikmati makan tengahari sambil duduk atas batu beralaskan salji. Kalau boleh nak berada lama di sini tapi masa agak terhad. Ikut hati nak terus memandu ke lokasi scene James Bond seterusnya di Realp dan Andermatt tapi jauh la pulak nak patah balik. Masa dah time untuk kembali semula ke homestay sebelum hari gelap.
laluan turun..
Perjalanan balik ke homestay ambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih cepat sebab tak banyak singgah. Seperti mana perjalanan datang, perjalanan balik tak terasa lama sebab melayan pemandangan yang memukau dari sisi pandangan yang berbeza pulak.
Waktu petang kelihatan awan-awan citrus berada separas dengan jalan raya seolah boleh dicapai dengan tangan. Ditambah lagi lagi dengan sinaran matahari petang menambah seri elimen warna pada gunung ganang yang diliputi salji di puncaknya.