Showing posts with label Christchurch. Show all posts
Showing posts with label Christchurch. Show all posts

Monday, 13 July 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 2

Salam semua,

Bertemu lagi kisah seterusnya Part 2.

Yang belum baca post terdahulu boleh baca link di bawah,


Day 4 ~ Isnin, 1/12/25, South Island
Christchurch - Lake Tekapo - High Country Salmon - Lake Ruataniwha Holiday Park



8 am - Aku, Insyirah dan biras(Jef & Amir) dah gerak ke Christchurch Airport untuk pulangkan MPV sewa. Kemudian ke RV Super Centre untuk pick-up Motorhomes. 

Sepatutnya ada shuttle ambil kami di airport tapi tunggu punya tunggu macam takde pulak. Terus ambik Uber. Tempat pick up Motorhomes tak jauh dalam 2km je.

10.30 am - Selesai proses ambil Motorhomes. Dalam 2 jam ya sebab hari ni agak ramai yang juga macam kami nak mengembara ke South Island dengan Motorhomes. So, kena tunggu giliran. 

Ada 3 proses,
1. Register dan isi borang. Masa ni kena pastikan setiap pemandu bawa lesen fizikal yang sah.
2. Lepas isi borang dan jawab beberapa soalan kemudian hantar ke kaunter. Tunggu sehingga nama dipanggil.
3. Sesi briefing cara mengendalikan Motorhomes oleh wakil RV dan handover. 

Terasa agak lama jugak sebab kena tunggu giliran. Sesi briefing dan handover dalam 1/2 jam je..

ni briefing session dan kemudian handover motorhomes

Dari tempat pick up Motorhomes di RV Super Centre kami kembali ke homestay untuk pick up ahli keluarga lain.

11.15 am - Kembara ke Pulau Selatan bermula. Lokasi pertama yang dituju ialah Lake Tekapo. 

3 jam perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo

3.30 pm - Tiba di Lake Tekapo. 

Lake Tekapo terkenal dengan air glasier biru turquoise yang indah dan berlatarbelakangkan pergunungan bersalji. Di tebing tasik pula terletak sebuah bangunan ikonik iaitu Church of the Good Shepherd. Selain itu Lake Tekapo terkenal sebagai pusat pemerhatian bintang Milky Way bertaraf dunia. 

kat belakang aku tu binaan ikonik Lake Tekapo iaitu sebuah Church


kami dan bunga lupin

Masa kami datang di tebing tasik dipenuhi dengan Bunga Lupin berwarna-warni yang sangat cantik. Bunga Lupin hanya tumbuh pada akhir musim bunga iaitu pada pertengahan November hingga Disember.

1st lunch dalam motorhomes.. makanan tu packed kat homestay..


6.30 pm - Tiba di lokasi ke-2 iaitu High Country Salmon. 

High Country Salmon ialah kolam ikan salmon terapung milik keluarga yang popular di Twizel. Di sini pengunjung boleh memancing, menikmati sashimi segar dan salmon salai panas sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik yang indah.

Nasib masa kami sampai masih buka lagi, cuma tiada lagi aktiviti memancing. Kami sebenarnya datang sini cuma nak makan ikan salmon segar je terutama sashimi. Lain bai rasanya kat sini berbanding yang telah dibekukan dan diimport. Kat sini lebih segar dan sedap.

kelihatan my niece Ainul Mardhiah di situ

Sashimi kat sini rasa dia memey padu

Alhamdulillah... muka puas hati dapat makan ikan salmon fresh

8.30 pm - Check in Lake Ruataniwha Holiday Park.

Holiday Park ni terletak kat sebelah Lake Ruataniwha dan 4.5 km jer dari High Country Salmon. 

baru masuk waktu Maghrib

Twin motorhomes untuk 9 adult dan 2 child family members

selesai hari pertama dan malam pertama tidur dalam motorhomes

Day 5 ~ Selasa, 2/12/25, South Island
Lake Ruataniwha Holiday Park - Cromwell - Kawarau Gorge - Queenstown Creeksyde Holiday Park

11.15 am - Check out. Lewat sikit sebab pagi tadi hujan. Perjalanan hari ini menuju Queenstown dan plan asal nak pergi beberapa tempat antaranya Wanaka Tree, Mount Cook dan Cromwell.

Wanaka Tree dan Mount Cook terpaksa skip sebab takut sampai Queenstown lewat. Kalau nak pegi 2 tempat ni kena extra 1 hari lagi sebab laluan tak bersambung ke tempat lain. Laluan sama pergi dan balik. Frust gak sebab 2 tempat tu aku tak pernah pegi walau ini kali ke-2 aku kembara ke South Island.

Lindis Pass.. antara jalan raya rentas bukit bukau tercantik di South Island..

sebelah kanan tu Lake Dunstan

2 pm - Singgah Cromwell untuk makan fruit ice cream.

Ice Cream ni 100% dari buah... boleh pilih nak strawberry, blueberry dll

pokok berry... kat sini kalau datang musim autumn lagi cantik


3.30 pm - Kawarau Gorge.

Sebuah ngarai yang terletak di Otago yang menghubungkan Queenstown dan Cromwell melalui Lebuhraya Negeri 6. 

Untuk yang suka terjun bungy boleh singgah kat Jambatan Gantung Kawarau Gorge iaitu tempat kelahiran terjun bungy komersial.

aku, jeram dan alam...

mama, syirah dan ayah

5.30 pm - Check in Queenstown Creedside Holiday Park

masa check in akan dapat map ni tunjuk tempat parking motorhomes

kali dapat betul-betul dekat dengan Toilet & Pantry

6.45 pm - Keluar jalan-jalan pekan Queestown. Nak makan burger halal famous kat sini FergBurger. Sebelum keluar booking dulu by call. Nanti kat kedai tinggal bayar dan ambil. 

Dari holiday park ke pekan dalam 1.5km jalan kaki.

kalau tak booking kena beratur panjang

ni rupa Fergburger.. besar saiz dia

ikut style orang NZ.. berkelah makan burger kat padang sebelah tasik

Serba sedikit tentang Queenstown merupakan bandar yang terletak di pinggir barat laut Tasik Wakatipu. Tasik Wakatipu merupakan tasik yang panjang berbentuk S dan mempunyai pemandangan pergunungan yang indah dan menawan terutama pada musim winter.

Ada berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti skydiving, jet boating, naik cable car di Skyline dan macam-macam lagi.

Oleh kerana kami sampai Qeenstown dah petang, selepas makan burger kami jalan-jalan kat tepi Tasik.

ada yang nak makan oysters

jeti untuk naik cruise

Tasik Wakatipu dan pergunungan

sunset.. masa ni dah on the way balik jalan kaki ke Holiday Park

Route map perjalanan hari ke-5, total 200km

Day 6 ~ Rabu, 3/12/25, South Island
Queenstown - Glenorchy - Te Anau

9.30 am - Hari ini lokasi pertama ialah Glenorchy iaitu pekan yang terletak di penghujung utara Tasik Wakatipu. Jarak dari Queenstown lebih kurang 47km dan 50 min perjalanan. Pekan ini bukan saja indah dengan pemandangan pergunungan juga terkenal sebagai lokasi penggambaran "Middle-earth" untuk The Lord of the Rings dan The Hobbit.

Asalnya Glenorchy takde dalam iternary tapi Insyirah yang ajak pergi sini. Bila dah sampai memey cantik pekan ni dan wajib datang kalau dah pegi Queenstown. Patut lah producer LOTR & The Hobbit jadikan tempat ni antara lokasi filem.

sebelah kiri ialah Tasik Wakatipu

bangsal merah ikonik Glenorchy

penghujung utara Tasik Wakatipu

ada jeti tempat nak Ootd

pekan Glenorchy dan latar belakang gunung ganang bersalji

1.30 pm - Dari Glenorchy kami patah balik ke Queenstown semula untuk aktiviti di Skyline. 

Di Skyline Queenstown kami nak naik Cable Car untuk ke Bob's Peak setinggi 450 meter. Dari atas selain dapat tengok panorama Tasik Wakatipu juga boleh naik Luge. Selain tu ada cafe dan kedai jual sourvenir.

Harga tiket cable car NZD66 untuk adult dan NZD42 untuk child umur 5-14. Free untuk bawah 5 tahun. Kalau nak naik luge kena tambah NZD22 untuk 2 kali rides.

gambar ni dapat snap free siap dan termasuk dalam harga tiket cable car

gambar ni snap sebelum naik cable car.. background belakang tu template

Family Luge rides

5.30 pm - Tinggalkan Queenstown dengan kenangan indah untuk ke lokasi seterusnya iaitu Te Anau.

Dari Queenstown menghala Te Anau akan lalu pekan Kingston iaitu penghujung selatan Tasik Wakatipu. Hari ini dari utara(Glenorchy) hingga selatan(Kingston) kami lalu jalanraya dipinggir tasik yang panjangnya lebih kurang 92km. Bandar Queenstown di tengah-tengah antara utara dan selatan tasik.

Total jarak Queenstown -Te Anau dalam 172 km dan 3 jam perjalanan kalau tak singgah. Tapi kami ada singgah pekan Mossburn untuk toilet break dan solat.

laluan dari Queenstown ke Te Anau.. belah kanan Tasik Wakatipu

9.30 pm - Alhamdulillah.. selamat sampai dan check in di Te Anau Lakeview Holiday Park.

kat Te Anau Holiday Park dapat parking site depan toilet dan pantry

route map perjalanan hari ke-6

Sekian kisah perjalanan family trip untuk hari ke-4, 5 dan 6. Perjalanan seterusnya bersambung part 3.. inshaaAllah..

Post terdahulu,



Monday, 16 February 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. bertemu lagi untuk kisah seterusnya..


Motorhome kami untuk 7 hari

Sebelum abam nak bercerita lebih lanjut, nak share dulu 2 benda wajib kena bawa jika nak travel secara road trip dengan menyewa kenderaan samada Kereta, Van, MPV atau Motorhomes.

1. Lesen Memandu Malaysia Fizikal - pastikan bawa yang siap ada gambar. Jika tiada boleh pergi ke JPJ dan mohon. 

Hebahan terbaru tentang LMM Digital dan Fizikal

2. Kad Kredit - Pastikan baki cukup untuk deposit dan bukan orang lain punya. Nama pada kat kad kredit kena sama dengan penyewa kereta. 

Tambahan apa lagi kena bawa,

3. Wise kad - Di luar negara la ni kebanyakkan transaksi secara cashless. Abam buat pertama kali sejak travel tak tukar duit kat money changer. Cuma tukar siap-siap dalam Wise jer.

Kepada yang belum ada kat Wise boleh ke link ini untuk memohon, https://wise.com/ms-my/blog/kad-wise-malaysia

Apa beza Wise dan Kad Kredit?

Kad Wise - Fungsi seperti Debit kad. Kita boleh siap-siap masukkan duit ikut currency negara yang kita nak. Jadi masa kita belanja nanti tak ikut currency semasa, ikut masa kita tukar. Nasiblah kalau masa kita transfer ke dalam Wise exchange rate murah dan masa travel tiba-tiba currency naik, so kita untung. Begitulah jika sebaliknya dan kita rugi. 

Ini pengalaman abam, masa transfer duit ke Wise exchange rate MYR to NZD 2.45-2.5... Tiba-tiba 1-2 bulan nak travel currency drop 2.32-2.35... pergghh... dan abam pulak dah tukar NZD2k. Banyak beza tau dekat rm300++. So, ada prons dan crons. Kena pandai predict exchage rate akan datang dan tentukan bila waktu sesuai nak tukar duit dalam Wise. 

Abam sepanjang kat NZ dari shopping, makan, bayar parking dan tuang minyak semua pakai Wise. Senang dah mudah.

Kad Kredit - Bila belanja akan ikut exchange rate semasa dan selalunya akan lebih mahal sebab ikut rate bank.

Lain-lain perbezaan antara Wise dan Kad Kredit boleh baca kat sini, https://wise.com/ms-my/blog/perbezaan-kad-kredit-dan-debit

Lain-lain tips atau info kalau ada nanti abey share dalam post akan datang..

Day 1 ~ Jumaat, 28/11/25

10 am - Travel to KLIA(dari JB)
12. 30 pm - Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA
3 pm - Park kereta di DKLIA (booking 2 minggu sebelum tarikh travel)
4.30 pm - Tiba KLIA, Makan, Drop bag dan boarding
8.40 pm - Fly to Auckland by Malaysia Airline MH145

Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA

Gate MH 0145 to Auckland

MAS new aircraft Airbus A330-900 NEO.. TV monitor besar


Day 2 ~ Sabtu, 29/11/25
North Island

12.05 pm - Tiba Auckland International Airport
3 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Hotel
4-9pm - Rest, Free & Easy

Auckland aku datang..

Airbus A330-900 NEO

Proses imigresen kalau takde apa-apa nak declare dalam 30-40 min dah setel. Tapi kalau ada bawa makanan dalam sejam gak sebab kena ikut laluan dan kaunter khas. Paling penting dah siap-siap buat list barang makanan yang dibawa supaya memudahkan dorang nak baca dan faham..

Alhamdulillah.. makanan yang kami bawa semua lepas.. takda satu pun kena rampas..

10 famili member.. sorang lagi join esok..

Shuttle free to hotel - tak payah booking, tunggu je kat platform D

25 min sekali..

1st hotel check in - 1 malam je tido kat sini

RTE food.. waktu ni kat Malaysia dah pukul 12 malam (+5 jam)

Siang yang panjang...


Day 3 ~ Ahad, 30/11/25
South Island

6.30 am - Check out
7.30 am - Auckland Dosmetic Airport
10 am - Fly to Christchurch by Air New Zealand NZ532
11.25 am - Tiba Christchurch Airport
12.30 pm - Collect MPV Rental at Airport
1-5pm - Jalan2 bandar Christchurch
5.30pm - Check in homestay at 9 Lassiter Green, 8051 Chr
7pm - Shopping groceries at Pak'nSave

Auckland Domestik Terminal

anak-anak sedara.. 2 tahun dan 5 tahun 

Air New Zealand, Airbus 320

ready for take off

dah sampai Christchurch airport... tambah sorang lagi... my daughter, Nurhanisah Insyirah

my small family

MPV Rental - KIA Carnival

Pick up MPV kat parking airport

Jom jalan-jalan Christchurch.. 5 orang kat MPV satu lagi.. child 5 tahun wajib duduk kat booster seat.
Booster seat kena request..

Lunch dulu kat Riverside Market, Central Ward - ada jual makanan indonesia halal

Lepas lunch jalan-jalan beli sourvenir.. kat sini antara yg paling murah..

Tram color biru.. laluan tram betul-betul kat depan kedai sourvenir

check in homestay kat Christchurch. 1 malam je dok sini

Nama homestay ni kat Booking.com : Airport, motorway, shopping handy
Address homestay : 9 Lassiter Green, 8051 Christchurch, NZ

Hall

kat Garaj ada meja ping pong dan snooker

Pantry

Homestay ni ada 4 Bilik, 1 Hall, 1 Pantry, 1 ruang TV, 1 Garaj dan Yard

waktu solat di Christchurch

Ok sekian kisah Part 1 dari hari pertama hingga ke-3... Kisah seterusnya, pada post akan datang... 

Part 2.. inshaaAllah... Robbi Yasir..

Post terdahulu,

Intro