Showing posts with label Auckland. Show all posts
Showing posts with label Auckland. Show all posts

Monday, 16 February 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 1

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. bertemu lagi untuk kisah seterusnya..


Motorhome kami untuk 7 hari

Sebelum abam nak bercerita lebih lanjut, nak share dulu 2 benda wajib kena bawa jika nak travel secara road trip dengan menyewa kenderaan samada Kereta, Van, MPV atau Motorhomes.

1. Lesen Memandu Malaysia Fizikal - pastikan bawa yang siap ada gambar. Jika tiada boleh pergi ke JPJ dan mohon. 

Hebahan terbaru tentang LMM Digital dan Fizikal

2. Kad Kredit - Pastikan baki cukup untuk deposit dan bukan orang lain punya. Nama pada kat kad kredit kena sama dengan penyewa kereta. 

Tambahan apa lagi kena bawa,

3. Wise kad - Di luar negara la ni kebanyakkan transaksi secara cashless. Abam buat pertama kali sejak travel tak tukar duit kat money changer. Cuma tukar siap-siap dalam Wise jer.

Kepada yang belum ada kat Wise boleh ke link ini untuk memohon, https://wise.com/ms-my/blog/kad-wise-malaysia

Apa beza Wise dan Kad Kredit?

Kad Wise - Fungsi seperti Debit kad. Kita boleh siap-siap masukkan duit ikut currency negara yang kita nak. Jadi masa kita belanja nanti tak ikut currency semasa, ikut masa kita tukar. Nasiblah kalau masa kita transfer ke dalam Wise exchange rate murah dan masa travel tiba-tiba currency naik, so kita untung. Begitulah jika sebaliknya dan kita rugi. 

Ini pengalaman abam, masa transfer duit ke Wise exchange rate MYR to NZD 2.45-2.5... Tiba-tiba 1-2 bulan nak travel currency drop 2.32-2.35... pergghh... dan abam pulak dah tukar NZD2k. Banyak beza tau dekat rm300++. So, ada prons dan crons. Kena pandai predict exchage rate akan datang dan tentukan bila waktu sesuai nak tukar duit dalam Wise. 

Abam sepanjang kat NZ dari shopping, makan, bayar parking dan tuang minyak semua pakai Wise. Senang dah mudah.

Kad Kredit - Bila belanja akan ikut exchange rate semasa dan selalunya akan lebih mahal sebab ikut rate bank.

Lain-lain perbezaan antara Wise dan Kad Kredit boleh baca kat sini, https://wise.com/ms-my/blog/perbezaan-kad-kredit-dan-debit

Lain-lain tips atau info kalau ada nanti abey share dalam post akan datang..

Day 1 ~ Jumaat, 28/11/25

10 am - Travel to KLIA(dari JB)
12. 30 pm - Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA
3 pm - Park kereta di DKLIA (booking 2 minggu sebelum tarikh travel)
4.30 pm - Tiba KLIA, Makan, Drop bag dan boarding
8.40 pm - Fly to Auckland by Malaysia Airline MH145

Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA

Gate MH 0145 to Auckland

MAS new aircraft Airbus A330-900 NEO.. TV monitor besar


Day 2 ~ Sabtu, 29/11/25
North Island

12.05 pm - Tiba Auckland International Airport
3 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Hotel
4-9pm - Rest, Free & Easy

Auckland aku datang..

Airbus A330-900 NEO

Proses imigresen kalau takde apa-apa nak declare dalam 30-40 min dah setel. Tapi kalau ada bawa makanan dalam sejam gak sebab kena ikut laluan dan kaunter khas. Paling penting dah siap-siap buat list barang makanan yang dibawa supaya memudahkan dorang nak baca dan faham..

Alhamdulillah.. makanan yang kami bawa semua lepas.. takda satu pun kena rampas..

10 famili member.. sorang lagi join esok..

Shuttle free to hotel - tak payah booking, tunggu je kat platform D

25 min sekali..

1st hotel check in - 1 malam je tido kat sini

RTE food.. waktu ni kat Malaysia dah pukul 12 malam (+5 jam)

Siang yang panjang...


Day 3 ~ Ahad, 30/11/25
South Island

6.30 am - Check out
7.30 am - Auckland Dosmetic Airport
10 am - Fly to Christchurch by Air New Zealand NZ532
11.25 am - Tiba Christchurch Airport
12.30 pm - Collect MPV Rental at Airport
1-5pm - Jalan2 bandar Christchurch
5.30pm - Check in homestay at 9 Lassiter Green, 8051 Chr
7pm - Shopping groceries at Pak'nSave

Auckland Domestik Terminal

anak-anak sedara.. 2 tahun dan 5 tahun 

Air New Zealand, Airbus 320

ready for take off

dah sampai Christchurch airport... tambah sorang lagi... my daughter, Nurhanisah Insyirah

my small family

MPV Rental - KIA Carnival

Pick up MPV kat parking airport

Jom jalan-jalan Christchurch.. 5 orang kat MPV satu lagi.. child 5 tahun wajib duduk kat booster seat.
Booster seat kena request..

Lunch dulu kat Riverside Market, Central Ward - ada jual makanan indonesia halal

Lepas lunch jalan-jalan beli sourvenir.. kat sini antara yg paling murah..

Tram color biru.. laluan tram betul-betul kat depan kedai sourvenir

check in homestay kat Christchurch. 1 malam je dok sini

Nama homestay ni kat Booking.com : Airport, motorway, shopping handy
Address homestay : 9 Lassiter Green, 8051 Christchurch, NZ

Hall

kat Garaj ada meja ping pong dan snooker

Pantry

Homestay ni ada 4 Bilik, 1 Hall, 1 Pantry, 1 ruang TV, 1 Garaj dan Yard

waktu solat di Christchurch

Ok sekian kisah Part 1 dari hari pertama hingga ke-3... Kisah seterusnya, pada post akan datang... 

Part 2.. inshaaAllah... Robbi Yasir..

Post terdahulu,

Intro


Tuesday, 6 January 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Intro

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah selesai famili trip 17 hari 15 malam ke New Zealand South dan North Island pada 28 Nov hingga 14 Dec 2025. Ahli keluarga yang join trip ini terdiri daripada adik beradik wife, 8 dewasa dan 2 kanak-kanak. Seorang lagi, anak saya menanti di Christchurch. So, total jadi 11 orang semuanya.

Travel ke New Zealand bagi saya dan isteri bukan kali pertama tapi kali ke-3. Adik beradik lain ya dorang kali pertama. Manakala anak saya pula dah dekat 3 tahun berada di New Zealand dan baru menamatkan pengajian di Victoria Universiti of Wellington. Kami ke New Zealand selain nak jalan-jalan juga ada kena-mengena dengan dia. Nak tahu sebab apa, kenalah follow semua post pasal trip ini hingga habis.

Sebelum baca kisah seterusnya, saya nak share post lama di blog ini masa saya pergi NZ kali pertama dan kedua


2016 - New Zealand North Island > 10 hari

Kali ke-3,
2025 - South dan North Island > 17 hari. Lama sikit sebab cover 2 pulau utara dan selatan.

4 famili


Sebelum saya cerita kisah pada hari kejadian, nak share dulu perancangan dan persiapan yang kena buat bila nak pergi travel cara DIY. Walau saya pernah ke NZ sebelum ini, namun tetap kena merancang dulu apa yang patut. Antaranya.. 

Flight

1. Malaysia Airline, KL ~ Auckland

Sebelum memilih naik MAS ada beberapa pilihan seperti Singapore Airline, Air New Zealand, Qantas tapi akhirnya kami pilih MAS sebab direct flight. Tiada transit. Dulu masa pegi 2014 naik Qantas dan 2016 naik Emirates. Kedua-dua airlines tu kena transit dekat Australia. Emirates pula selepas zaman COVID dah takde flight dari KL ke Auckland.

Tiket flight MAS, kami beli masa MATTA Fair bulan 4 lepas raya, masa tu harga bolehlah lebih >4k walaupun setelah diskaun. 

Selepas saya booked dapat promotion code dan saya share dengan adik & husband yang bawa 2 anak dan mereka dapat diskaun lagi 30% sebab pilih Ekonomi Flex. Bila total, beza harga dengan tiket saya dekat RM600 per tiket.. 

Malaysia Airlines at Auckland International Airport

2. Air New Zealand, Auckland ~ Christchurch

Oleh kerana Auckland terletak di North Island dan kami semua nak ke South Island dulu maka kena beli satu lagi tiket flight ke South iaitu ke Christchurch. Boleh je nak drive, naik bas atau naik train dan kemudian kena naik feri tapi perjalanan agak jauh dan mengambil masa 2-3 hari juga untuk sampai. Maka lebih baik naik flight lagi cepat.

Air New Zealand

Harga tiket dalam RM600++ untuk return. Beli tiket pada bulan Jun 25. Pilihan lain boleh naik Jetstar.

Motorhomes

Dari bulan Jan 25 saya dah survey harga sewa motorhomes di website-website provider Motorhomes di NZ. Tujuannya nak tahu harga juga apa yang include seperti full cover insurance dan accesories spt meja/kerusi, baby/booster seat dll. Ahmad Caravan juga termasuk dalam list saya survey melalui whatsup. Motorhomes ni saya nak sewa untuk trip ke South Island pada 1-7 Dec.

Tarikh travel saya dah tetapkan pada 28/11 hingga 14/12/2025. Lebih kurang 17 hari. Tarikh yang saya pilih ni dah musim shoulder peak. Walau belum betul-betul peak namun harga seperti Motorhomes dan hotel dah start mahal. Season paling peak di NZ bermula pada 15 Dec hingga hujung bulan Jan. Sebab masa ni pelancong dari Amerika dan Europe ramai datang sebab di NZ musim panas. Kat sana musim winter.

Dari hasil survey harga sewa motorhomes bermula dari RM1k++ hingga RM1300++ per day. 

Setelah membanding-bandingkan harga akhirnya saya pilih Ahmad Caravan dan book masa MATTA Fair. Dari harga asal RM1315 sehari dapat diskaun RM1260. Book untuk 7 hari 6 malam. 

Jika berminat nak sewa Motorhomes dengan Ahmad Caravan boleh contact, Adan 013 9283679

my Motorhomes untuk 7 hari 6 malam

Accomodation

Famili Trip ni lebih kepada road trip. So, setiap hari kami akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 

Walaupun dalam motorhomes sudah tersedia tempat tidur, dapur dan toilet tapi masih perlukan campsite untuk bermalam. Sebab di campsite lebih selesa sebab ada AC power point, pantry dan toilet. Nak masuk campsite kena bayar dalam RM50-RM80 per head bergantung kepada lokasi dan musim. Campsite boleh book at least sehari sebelum check in.

Ini salah satu link nak book campsite secara online,

http://www.teanauholidaypark.co.nz/

Te Anau Lakeview Holiday Park - salah satu campsite kami.
Depan tu toilet dan pantry. Masa book boleh request nak dekat dengan toilet & patry

Senarai campsite/Holiday Parks yang kami stay di South Island,

1. Lake Ruataniwha Holiday Park (1 malam)
2. Queenstown Creeksyde Holiday Park (1 malam)
3. Te Anau Lakeview Holiday Park (2 malam)
4. Dunedin Holiday Park (1 malam)
5. Christchurch Tasman Holiday Parks (1 malam)

Manakala untuk hotel, motel dan homestay(kebanyakkan di North Island) kena book awal dan saya mula book pada bulan Ogos.

Ada 6 accomodation dan ini senarainya,

North
1. Auckland Airport Kiwi Hotel ~ 29/11/25(1 malam)

South
2. Homestay di Christchurch ~ 30/11/25(1 malam)

North
3. Auckland Airport Kiwi Motel ~ 7-8/12/25(1 malam)
4. Belt side road Holiday Park, New Plymouth ~ 8/12/25(1 malam)
5. Homestay di Wellington ~ 9-11/12/25(3 malam) > kat sini stay lama sikit sebab ada event Insyirah Graduation Day pada 10 & 11/12/25
6. Turangi Leisure Lodge ~ 12/12/25(1 malam)

Auckland Airport Kiwi Hotel(North Island)

Homestay di Christchurch(South Island) dan MPV Rental Kia Carnival

Homestay at Wellington & Toyota Vellfire rental

MPV Rental

Ada 2 MPV kami sewa,

Pertama, di South pada 30/11/25(1 hari) > 2 buah KIA Carnival

Kedua, di North pada 8-13/12/25(6 hari) > 2 buah Toyota Vellfire

Kedua-dua MPV sewa ni saya berurusan dengan Ikhlas Tours. Ownernya orang Malaysia yang menetap di Auckland. Jika berminat nak self drive atau tour kat NZ boleh contact anak owner, Nadia +64 20 4047 2102

Collect MPV Rental Kia Carnival di Christchurch Airport(South Island)

Toyota Vellfire rental di North Island

NZeTA

Ini benda wajib kena apply kalau nak datang New Zealand. Dulu murah tapi sejak 1 Oct 2024 dah naik jadi NZD117 dan valid 2 tahun.

Nak apply NZeTA boleh guna apps je.

Apps NZeTA

Makanan

Kepada yang 1st time nak travel ke NZ kena ambil tahu apa makanan yang boleh bawa dan tidak boleh bawa. Di New Zealand peraturan bawa masuk makanan sangat ketat. Setiap makanan yang hendak dibawa masuk kena declare. Jika tidak, anda boleh didenda sehingga NZD400. Lebih mahal dari saman speed trap kat sana. 

Makanan yang tidak boleh dibawa masuk ialah makanan mentah seperti daging, susu, buahan, sayuran, madu dan beberapa yang lain. Makanan kering yang berbungkus seperti RTE boleh bawa dengan syarat kena declare. Cara nak declare ialah senaraikan makanan yang hendak dibawa serta bahan-bahan di dalamnya dan kemudian buat print hard copy A4.

Urusan makanan saya serahkan kepada wife dan adik beradik perempuan. Lain-lain bahan masak dan mentah boleh beli kat NZ samada di PaknSave atau kat Asian Market. Jangan risau kat NZ banyak kedai jual bahan-bahan masak orang asia teruatama kat bandar.

Contoh nak buat declaration list. Kemudian print hard copy

Iternari

Trip ni ada 2 part,
1. South Island ~ Motorhome, 1-7/12
2. North Island ~ MPV, 8-13/12
Travel Period - 17 hari 15 malam

Iternari asal ada sedikit perubahan dan yang bawah ni yang actual pada hari kejadian. Bolehlah sesape nak guna sebagai rujukan kalau nak travel DIY ke NZ

Day 1(28/11)
10 am - Travel to KLIA(dari JB)
5 pm - Tiba KLIA & Drop bag
8.40 pm - Fly to Auckland by Malaysia Airline MH145

Day 2(29/11)
12.05 pm - Tiba Auckland International Airport
3 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Hotel
4-9pm - Rest, Free & Easy

South Island
Day 3(30/11)
6.30 am - Check out
7.30 am - Auckland Dosmetic Airport
10 am - Fly to Christchurch by
Air New Zealand NZ532
11.25 am - Tiba Christchurch Airport
12.30 pm - Collect MPV Rental at Airport
1-5pm - Jalan2 bandar Christchurch
5.30pm - Check in homestay at 9 Lassiter Green, 8051 Chr
7pm - Shopping groceries at PaknSave

Day 4(1/12)
8 am - Return MPV at Christchurch airport
9 am - Collect Motorhome. Proses ambil 1-2 jam
11 am - Start journey with Motorhome, headed to Lake Tekapo
3.30 pm - Tiba Lake Tekapo
5 pm - Lake Pukaki viewpoint
6 pm - Singgah High Country Salmon
7.30 pm - Check in Lake Ruataniwha Holiday Park

Day 5(2/12)
10 am - Check out
10.30 am - Singgah lagi High Country Salmon. Skip Wanaka Tree & Mount Cook view point sebab tak sempat. Kena tambah hari jika nak ke situ.
2 pm - Cromwell (Fruit Ice Cream)
3.30 pm - Lindis Pass lookout
4 pm - Kawarau Gorge
5.30 pm - Check in Queenstown Creeksyde Holiday Park
7 pm - Jalan2 pekan Queenstown. Dah datang sini kene rasa Ferg Burger yang famous dan halal.

Day 6(3/12)
9.30 am - Check out
10.30 am - Glenorchy(penghujung utara Tasik Wakatipu)
1 pm - Queenstown Skyline
5.30 pm - Gerak menuju Te Anau
8 pm - Check in 2 malam di Te Anau Lakeview Holiday Park

Day 7(4/12)
6.30 am - Gerak ke Milford Sound. Pemandangan sangat cantik. Boleh singgah 2-3 tempat jika ada masa.
9.15 am - Tiba Milford Sound
9.45 am - Cruise Milford Sound
12 pm - Balik ke Te Anau
4 pm - Jalan2 di Pekan Te Anau
6 pm - Malam ke-2 di Te Anau Lakeview Holiday Park

Day 8(5/12)
10 am - Check out dan menuju ke Dunedin
5 pm - Tunnel Beach Walk
8 pm - Check in Dunedin Holiday Park

Day 9(6/12)
10 am - Checkout
11 am - Harrington Point (boleh tengok Seal & Penguin)
12 pm - Menuju Christchurch
2.30 pm - Singgah pekan Otago
7 pm - Check in Christchurch Tasman Holiday Parks

Day 10(7/12)
10 am - Check out
11 am - Riccarton Park Sunday Market
1.30 pm - Singgah Masjid Al Noor
3.30 pm - Return Motorhome
5.30 pm - Tiba Christchurch Airport
8.10 pm - Fly to Auckland by Air New Zealand NZ574
9.35 pm - Tiba Auckland Airport
10.30 pm - Check in Auckland Airport Kiwi Motel

South Island route map

North Island
Day 11(8/12)
9 am - Collect MPV. Ikhlas Tours hantar 2 Toyota Vellfire ke Motel
9.30 am - check out
10 am - Sarapan at Taste of Malaysia @ Food Junction, Auckland
11.30 am - Pegi Kmart 24hrs shopping apa yang patut
12 pm - North Island journey, headed to New Plymouth via West Coast road
2 pm - Singgah Hamilton Jamia Mosque
4.30 pm - Singgah Big Azz Ice Cream at Waitomo
6.30 pm - Singgah Umukaha point - Three Sisters Lookout dan boleh nampak puncak Mt Taranaki
8 pm - Singgah tepi jalan Edmont Rd(ladang) layan Golden Hour Mt Taranaki view(Hillsborough area)
9 pm - Check in Belt Seaside Road Holiday Park

Day 12(9/12)
9.30 am - Check out
10.40 am - Singgah kaki Gunung Taranaki
1.20 pm - Toilet stop and rest at Rotokawau Virginia Lake Reserve
4 pm - Check in homestay at 59, Ohariu Rd, Johnsonville, Wellington. Stay kat sini 4 hari 3 malam
5 pm - Collect Insyirah graduation day jubah @ Kelburn Campus, Victoria University of Wellington 

Day 13(10/12)
1.30 am - Pegi Princess Bay Beach(mengadap South Pacific Ocean). Dapat info boleh nampak aurora tapi yang nampak cuma Milky way.
9 am - Breakfast di Sri Penang
2-5 pm - Attend Insyirah Graduation Day di Michael Fowler Centre, Wakefield Street, Wellington

Day 14(11/12)
12-2 pm - Attend Insyirah Graduation Day Parade di Queens Wharf Square. Pakai baju raya.
3-5.30 pm - Jalan2 kat bandar Wellington
6.30 pm - Jamuan raya di homestay

Day 15(12/12)
10 am - Check out
11-1 pm - Cable Car Wellington
2 pm - Pak’nSave, borong cokelat & cookies
3.20 pm - Selamat tinggal Wellington dan menuju ke Turangi
4.45 pm - Singgah Manawatu Muslim Centre
7.50 pm - Singgah lookout point Tongariru Mount di Desert Road
9 pm - Check in Turangi Leisure Lodge

Day 16(13/12)
10 am - Check out
11.30 am - Singgah Lake Taupo scenic lookout. Dari sini boleh nampak puncak Mt Ruapehu dan Mt Tongariro
1 pm - Singgah Huka Falls
6.30 pm - Singgah Auckland Airport Motel(2 family check in sini sebab flight balik esok 14/12, 1.40 tengahari
8 pm - Return MPV rental dan gerak ke Auckland International Airport
10.30 pm - Drop bag. Kaunter buka 3 jam sebelum fly time

Day 17(14/12)
1.40 am - Fly back to Malaysia by Malaysia Airlines MH132
8 am - Tiba KLIA & end of NZ trip

Note : 
Selain nak explore NZ South & North island tujuan utama hadir Insyirah Graduation Day. So, iternari NZ North boleh je skip Wellington dan pergi ke Rotorua, Napier dan Coromandel yang jarak semua tempat ni dalam 2-3 jam perjalanan dari Auckland. Macam-macam aktiviti keluarga boleh buat kat sana antaranya melawat Maori village, tengok show cukur bulu kambing di Agrodome dll.

The Hobbiton asalnya memang ada dalam plan tapi tiket dah sold out walaupun cuba book sebulan sebelum pegi. Pasni kalau nak return kena book 6 bulan awal. Harap2 boleh return sebab NZeTA valid 2 tahun. Mahal tu dekat rm300.

North Island route map

Ringkasan Persiapan,
  • Tetapkan Tarikh Travel - Jan 25
  • Beli tiket flight MAS - April 25
  • Book Motorhome - April 25
  • Beli tiket flight Air NZ - Jun 25
  • Book MPV Rental - July 25
  • Book Accomodation - Aug 25
  • Apply NZeTA - Sep & Oct 25
  • Design Iternari - Oct 25
  • Book Holiday Park for Motorhome campsite - Nov/Dec 25 

Untuk kos perhead dan lain-lain saya akan share pada post terakhir...

Ok sekian bersambung pada post akan datang... Part 1

Sunday, 27 March 2016

Kembara New Zealand North, 10-19 March 2016 ~ Hari Travel dan Hari 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. selesai kembara New Zealand North minggu lepas bersama 8 family semuanya yang kenal masa kembara New Zealand South pada 2 tahun lepas dengan Trip Kekawan. Kira reunion tapi dengan arrangement sendiri. Bukan dengan Trip Kekawan.

Kembara NZ North telah dirancang 2 tahun lalu selepas balik dari South. Walaupun baru kenal 6-7 hari buat kami jadi akrab dan plan untuk next trip bersama. Plan asal sepatutnya pada Dec 2015 tapi ditangguhkan atas sebab satu family tak dapat join. So, tangguh ke March 2016 supaya semua dapat join.

Kalau nak cerita pasal arrangement semua yang join kembara ni ada tugas masing-masing seperti design iternari, mencari tempat menarik, book tempat-tempat nak lawat, book tiket flight, book campsite dan lain-lain. Memang agak sukar sebab perbincangan secara jarak jauh dengan WhatsUp dan sesekali meeting di Melaka. Macam saya & Afzan kena datang dari JB. Dari KL ada 3 family dan 1 family di Melaka.

Paling jauh ialah sahabat yang berada di Qatar iaitu Jasmin yang bertanggungjawab mencari tempat-tempat menarik untuk lawat dan juga book campsite berdasarkan laluan iternari. Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga walaupun ada macam-macam dugaan. 

Ok, ringkaskan cerita. 

Hari Travel - 10 March 2016.

Kami naik flight Emirates dari KLIA pukul 3.20 petang. Transit di Melbourne 6 jam dan tiba di Aucland pada pukul 1.45 petang, 11 March 2016. 

Travel 2 hari sebab transit lama di Melbourne dan waktu New Zealand 5 jam cepat dari Malaysia.

Nota : Flight tiket Emirates KLIA-Auckland berharga RM3234.90 seorang untuk Dewasa dan RM2544.90 untuk Kanak-Kanak. Memang agak mahal tapi itu aja yang paling murah dari airlines yang lain. Sebabnya beli bukan waktu sale. Lagi satu sebab RM merudum. 

Hari Tiba - 11 March 2016

Di airport Auckland kami disambut Captain Anuar. Kami panggil Captain sebab Anuar adalah pencetus idea kembara ke NZ North dan juga ketua kembara ini yang tugasnya lebih banyak iaitu uruskan budjet, sewa Motorhome, sewa MPV, insuran peribadi setiap peserta dan uruskan agen di NZ untuk kembara ini. Memang bukan tugas yang mudah tetapi demi kawan-kawan Capt Anuar uruskan dengan dedikasi dan kami membantu dari jauh.

Dari Airport, keluarga saya dan Afzan terus naik shuttle ke hotel. Sementara saya, Afzan dan Anuar ke EZI Car Rental yang letaknya kira-kira 3-4 km untuk mengambil MPV. Untuk kembara kali ini keluarga saya & Afzan, Anuar dan Jasmin sewa MPV. Total ada 3 MPV sebab saya dan Afzan kongsi 1 MPV. Jasmin tiba malam nanti dan akan collect MPV esok.

Lain-lain keluarga Azim, Aziz, Nabhan dan Abang Johari sewa Motorhome. Pada asalnya memang semua yang join nak motorhome tetapi sebab sewa motorhome lagi mahal iaitu 3 kali ganda dari MPV jadi beberapa famili termasuk saya pilih untuk sewa MPV aja.

Nota : Kos sewa Motorhome ialah RM1000-1200 sehari. MPV pula RM350-RM400 sehari. 

Selesai urusan ambil MPV kami kembali ke hotel di Airport Gateway untuk berehat 2-3 jam dan kemudian keluar semula untuk makan dan kemudian ke Park n Save untuk cari bekalan makanan. Dari Malaysia dah bawa tapi lain-lain seperti sayur, bawang, buah, telur, roti kena beli kat sini sebab tak boleh bawak dari Malaysia.

Nota : Cerita tentang makanan yang ingin dibawa masuk ke New Zealand amatlah ketat dan kena declare. Tak semua boleh dibawa masuk seperti daging, susu, buah-buahan dan roti. Bahan makanan yang hendak dibawa masuk seperti daging hendaklah di pack macam pack Brahims. Kalau boleh buat list makanan supaya senang semasa proses declare kat imigresen NZ.  

Seterusnya kisah Hari Travel biar gambar bercerita...

Penyerahan Walkie Talkie dari Aziz ke Afzan di KLIA. Walkie Talkie masing2 kene beli harga dalam RM290 satu.
Masa untuk berlepas dengan Emirates B777-300... 7 jam 25 min perjalanan
Cam bese... wefie dalam flight..
Ada Glowworm dalam kabin pesawat..
Transit 6 jam di Melbourne... selesa bangat banyak kerusi kosong boleh tidur baring...
Kapal Dugong A380 doubledec Melbourne-Auckland... 3 jam 35 minit perjalanan.. 
Ada CCTV kat ekor pesawat... boleh nampak lengkong bumi...
Sikit lagi sampai...
Selamat landing..
Gembira jejakkan kaki di Auckland.. 
Ambik je sebab free..
Pegi 6 beg untuk 6 orang... tengok balik nanti...
aku, Afzan & Anuar..
Family pegi check in Hotel dulu naik Shuttle...
kat ezi car rental...
MPV Capt Nuar... Plat Johor
MPV aku & Afzan... Check apa yang patut sebelum serah..
Plat H... macam terlajak laris punya produk..
Hotel Airport Gateway... 4-5km je dari airport...
Bilik kat Airport Gateway... ok lah selesa untuk 6 orang...
Bilik aku 3 beranak...
Hall.. ada katil dan sofa & extra bed.. untuk Afzan 3 beranak
Dapur... pinggan, sudu kena samak dulu kalo nak guna...
Siap-siap nak keluar g makan...
Boleh tahan gak nasi goreng dan kari kambing kat kedai nii... boleh rekemen...
Tengah lapo pastu dapat makan nasi.... perghhh!! Alhamdulillah...
Lepas makan pegi Park n Save pulak cari Groceries pulak.... Apel segar bugar sini...

Periuk nasi 1.2L bawak dari Malaysia... senang nak masak nasi nanti..

Hari 1 - 12 March 2016(Sabtu)

Hari ini bermula kembara NZ North dengan destinasi pertama ke Waitomo nak tengok Glowworm kat Cave Waitomo. Glowworm ni ulat bercahaya dalam gua. Macamana ia bercahaya nanti tengok kat Waitomo.

Jarak dari Auckland ke Waitomo lebih kurang 181km dan 2 jam lebih perjalanan. Sebelum tu lebih kurang pukul 8 pagi kena bawa family yang sewa Motorhome ke depot Motorhome untuk ambil Motorhome. Oh! lupa, pagi ni juga hantar Jasmin untuk collect MPV di EZI.

Dari kiri, Anuar, Afzan, Aku, Azim dan Abang Johari di hadapan Motorhome kepunyaan Azim..
Route dari Auckland ke Waitomo..
Sendat dengan bag... kalau ikut undang-undang jalanraya NZ salah ni dok 4 orang kat seat tengah... tawakal je lah...
Walkie Talkie untuk memudahkan komunikasi semasa konvoi..
Biru nyer langit itew...
Singgah sat tengok pemandangan...

Geng MPVian dari kiri... Guwe, Anuar, Jasmin, Afzan..
Mak dara dan sorang anak dara MPVian..
MPVian.... Plat MPV Jasmin macam nama flat kat Singapore..
Lain tempat lain belalang, lain pekan lain hage minyaknya... Ron 91 Unleaded NZ1.76 seliter...
Pam minyak kat Whatawhata..
Singgah Whatawhata sebab nak pegi toilet.. anggur yg Afzan pegang tu hage 2 dolar je tapi masam... rasenya anggur untuk buat wine..
Singgah lagi... pekan koboi mana entah...
Macam-macam bahasa "Selamat Datang"

Navman GPS
Lori macam transformer bersepah kat NZ buat tarik kontena, kayu balak...
Sikit lagi sampai Waitomo caves..
Sampai sudaaa

Tiket dah beli online... ni cuma nak tentukan pukul berapa boleh masuk..
Oleh kerana baru pukul 2 dan masa untuk masuk gua pukul 4 petang... masa yang terluang ni makan berjemaah dulu...
Lepas makan solat berjemaah... di Imamkan oleh adik Danish Al-Hafiz iaitu anak no. 2 Anuar..
Tour guide masuk gua... Mr Mike... dalam gua tidak dibenarkan ambik gambo..
Naik sampan dalam gua... dekat luar gua baru bole amik gambo..
Belakang tu gua... dalam gua tu banyak ulat bercahaya.... tapi sayang tabule amik gambo...
Gambar cilok dari Google... macam ni keadaan dalam gua... kat atas tu lah ulat-ulat yang bercahaya.. masuk dalam tu just nak tengok ulat-ulat macam tengok kunang-kunang...
Dalam gua ada sungai....
Sourvenir dari Waitomo Glowworm..

Dengan Azim dan anak sulong dia nama Anwar
Selesai tengok ulat bercahaya di dalam gua Waitomo perjalanan diteruskan ke Turangi iaitu lokasi Campsite untuk bermalam. 2 jam lagi perjalanan. Harapan dapat sampai awal sebab akan melalui pinggir Tasik Taupo iaitu Tasik terbesar di New Zealand dan lebih besar dari pulau Singapura.

Route dari Waitomo ke Turangi..
  



Kambing-kambing...

Nak Maghrib dah..

Kami tiba di Turangi Kiwi Park lebih kurang pukul 8.30 malam. Hari dah gelap dan sangat sejuk. Suhu dalam 9-10 celcius. 

Selesai check in dan dapat kabin, acara seterusnya ialah masak untuk dinner oleh mama-mama MPVian di Pantry yang sememangnya tersedia ada di setiap campsite. 

Macam-macam makanan ada maggi, nasi goreng Brahim, coco tamar...