Showing posts with label Iseltwald. Show all posts
Showing posts with label Iseltwald. Show all posts

Friday, 7 July 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 5

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hari ke 5 dah.. so ke mana kami hari ni? Jom..


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1y2ZHpgBIxtlQdvpac2LRpcojbLzfVbI8
Menu sarap hari ini roti canai cecah kari berahim


Day 5 ~ Rabu, 5 Oct 2022

Hari ni 1st destinasi kami ke Bonigen. Park kereta kat situ dan naik feri ke Iselwald. Kemudian dari Iselwald naik bas balik ke Bonigen.

Tujuan kami pegi 2 tempat ni sebab nak amek feel salah satu scene dalam drama CLOY yang ada kena mengena dengan Feri dan jeti kat Iselwald. Feri yang kitorang naik ni akan lalu kat depan jeti macam dalam scene dalam drama.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1leL9yOZT2LsSnAQKJNi6YlS74__7OWqS
ni dia scene heroin si Se-Ri naik feri lalu depan jeti kat Iselwald

Nampak tak kaitan Feri dengan Jeti.. masa feri lalu Capt-Ri tengah main piano kat atas jeti


Bonigen

Tentang pekan ni,

Bonigen merupakan sebuah pekan kecil dan kawasan perkampungan dalam daerah pentadbiran Interlaken-Oberhasli di Canton Bern. Ia terletak di sebelah Tasik Brienz, berhampiran muara sungai Lutschine, dan bersebelahan dengan bandar peranginan Interlaken.

Nak datang pekan ni samada dengan kereta atau bas. Dengan basikal atau motor pun boleh, cuma kalau nak naik train je tak dapat direct. Kena cari station train yang ada bas ke Bonigen. Contoh, Interlaken ada train station dan bas ke Bonigen. 

Route dari rumah ke Bonigen - 30km/30 min

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XS_oxEGxiI3zxRQynF-qNycH-Zpa36e5
Jeti dan Feri Stop di Bonigen

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1hAOUzR_ft5YiB9-rySEsdOTbBji0Nnqn
kat board tu cakap tiket boleh beli online atau dalam boat/feri. Free kalau ada pass..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1j7F9S1RUhBPKzt1Tav1QpnmgGCW6rLfC
Feri Stop wide view

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TOzc3hMYYc1iiIdBvHevnNx3arRxX3wn
walaupun matahari memancar tapi suasana dingin ditambah ada pokok-pokok daun kuning dan tasek kat depan mata

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uzxqW0JcgadyTmb1VCqCsF7n7Nx5s3_3
dan...dan dah ada dalam feri... terus pegi depan bot tempat Se-Ri duduk

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1M3K4JygC8C-Z1ILF9lD2_muPbxyWdIZ2
heading to Iselwald

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1pjPqQYtACcHyqGQFQCDHCjKyWuxpj7oV

Nampak tak tempat jeti Capt-Ri main piano? Kelihatan ramai orang tengah beratur nak begambo kat situ..

Perjalanan feri dari Bonigen ke Iselwald lebih kurang 30-40 minit. Apa yang menarik ialah viewnya yang tak tergambar dengan perkataan. Dengan air tasek yang membiru, bukit bukau dan rumah-rumah kampung swiss di tepi tasek menambah seri saujana mata memandang.

Sebenarnya lake cruise ni ada banyak tempat boleh singgah cuma akan ambil masa lama dalam 2 jam lebih dan bayaran untuk tiket juga lebih..

Bagi kitorang, alang-alang dah datang sini kena rasa pengalaman lake cruise ni. Pasti puas hati dan nak naik lagi.


kedua-dua tasek ni ada cruise lake.. tutup pada musim winter

Iseltwald

Ini kali-2 kami ke sini. 1st masa hari ke-2. Boleh baca kat link ni ada apa kat pekan ni,

Kat sini kami singgah kejap je sebab nak kena naik bas untuk balik semula ke Bonigen.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1B1A8htyLnz8VBj8NCOheE4Rwr8s_DG1p
check no bus balik ke Bonigen

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1twzPrFVDrhVB-VxHRnJNFD1X8yFGc4EN
Jadual bas Iselwald ke Bonigen

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ATs3tdM0A7yK-_zMSMxvbdc9R2PkGRUg
Iselwald Bus Stop

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15ljfu_pFedUO2uTb5d-NSdw2L0yfRxBX
Dalam bas.. hage tiket CHF 2.20

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1cSaWHlyzA6z_szAsfHAzvqPCVVSZhB2j
Laluan bas kat celah-celah lorong rumah..

Jarak laluan bas Iseltwald-Bonigen dalam 6km dan 14 min perjalanan

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1P0eNWEzjcG02kj2xXJl11b94m1P1Hq1u
Dah sampai Bonigen

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_aizGlQWYKYN8_LhhJUsnAdraW-y6DRs
tu keta kami

Selesai naik feri dan bas, destinasi seterusnya ke Sigriswill. Juga lokasi drama CLOY

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aAQqokdW_s6ZzIAV8wxH3zhcymQ721Dt
Lalu mini terowong kat sebelah tasek


Sigriswil


Jarak dari Bonigen ke Sigriswil dalam 22.5km

Sigriswil ni terletak kat kawasan atas bukit yang dikelilingi rumah kampung orang Swiss. Sebelum ni tempat ni biasa-biasa je, tapi selepas drama CLOY meletop terus jadi tumpuan pelancong terutama peminat drama CLOY.. 

Aku ni bukanlah minat sangat drama korea tu. Datang sebab nak tengok apa yang special sangat sampai jadi lokasi drama. Bila dah datang dan tengok... hmmm... patutlah... memey cantik panorama kat situ... nampak tasek dan latar belakang gunung ganang serta rumah-rumah kampung orang swiss..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UBrfkBCzp3tGmhwQbqMSrKMhNFQXpmdB
Dah ada signboard CLOY 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12hX3qQ7aQ241doq3DPm_WEUvgeV8Gf43
jambatan gantung ni tinggi tau..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qDkETpZ9kHNInNOIu7yXctrAnOD2fZ0n
Maklumat tentang jambatan Sigriswill boleh baca kat sini..
Panjang - 340 meter
Lebar - 1.2 meter
Tinggi - 180 meter

Memey tinggi jambatan ni. Bagi mereka yang gayat memey akan rasa gayat bila lalu atas jambatan ni. Inilah masa nak mencabar diri yang gayat tuu... 

Semasa sedang meniti dan berada di tengah jambatan, ada pulak orang lain lalu maka akan berayun-ayun jambatan itu dan masa tu engkau(bukan aku..hehe) rasa nak jalan terus atau patah balik... hehe... dah kat tengah apa barang patah balik... jalan terus je bai... haha..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kSiI4HKXwnbHZSAWKbNHo0qb0psf5AyM
ni kat tengah-tengah.. tenang walaupun jambatan tengah bergoyang..

Ni kawe share gambar scene drama CLOY kat atas jambatan.. sama kan tempat kami berdiri tuu...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1B7mH7wXzo3bJHGJadcJQ36NhR0PFMOk3

Blausee

Last lokasi untuk hari ini ni. Blausee ni dalam bahasa Jerman. 

Dalam bahasa melayu, 

Blau(Blue) - Biru, 
See - Tasek

Tasek ni terkenal dengan airnya yang warna biru kristal dan suasana hutan semula jadi yang sesuai untuk rekreasi dan OOTD..

Tasek ni dengan rumah kirotang tak berapa jauh dalam 13km je..

dekat je dengan rumah airbnb

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12xaJok9rXrQCADntLXYbrnsgkvaeo2CD
tempat parking dan pintu masuk

Nak masuk kena bayar,

from 09.00 a.m

MON - FRI

SAT - SUN & HOLIDAYS

AdultCHF 11.00CHF 13.00
6 to 15 yearsCHF 7.00CHF 9.00
Children up to 5 yearsfreefree
   

from 18.00 clock

MON - FRI

SAT - SUN & HOLIDAYS

AdultCHF 9.00CHF 11.00
6 to 15 yearsCHF 5.00CHF 7.00
Children up to 5 yearsfreefree

Pada musim tertentu tasek ni bukak sampai kol 9 malam.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lBX5YIHuyDEsa1HMy-S2j1q6z7wfgKmx
Kena jalan dalam 70-80 meter dari entrance untuk ke tepi tasek

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n0xwACFvOzct6PvMzxQzCyjfKvZ2GzLQ
musim autumn banyak pokok-pokok daun kuning dan oren

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FOR0m2cPCbZLfIhYpO4PwC0hU68dfMrg
healing time selepas kaki lenguh

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Le45fLZ3TuyNDGFbCjbNvC25B5b20XoD
hai..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qCrOVG1GDPV64jy8hJk2XzJvCIB3k9eW
ada sampan... tapi entah mana sampan tuu

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ikpeBuWbEKfBjXpKRmB139fj_NewEm48
Jalan-jalan keliling tasek

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1AtRHdQx1HuYhbe4fQ69dy5LxDg-VrTAS
view tasek dari sisi lain

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1c3JiRAN8CprrpL8Q4MnHQF41KnzTWq4n

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1q1FkPeyL5mJJ1LBt1-SL-xR-Ie-SFvZ9

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1blSzEKqCAwbwt6XMwQOvszFCoaFfFGyq
aku yang gelap... yang penting belakang terang..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TdwJhfxp10bHG0T23k7XVnVbu7-7TqpP
sejuk-sejuk pekena Latte memey sodap

Ok gais, sekian untuk kisah Hari ke-5... bersambung Hari ke-6 pada post akan datang... InshaaAllah...
Ringkasan aktiviti hari ini,
  1. Bonigen - naik feri ke Iseltwald. Tiket feri > CHF6.50 (RM31.20)
  2. Iseltwald - naik bas balik ke Bonigen. Tiket bas > CHF2.20 (RM10.60)
  3. Sigriswil - Jambatan gantung. Tiket masuk > CHF8(RM38.40)
  4. Blausee - Tasek dan hutan. Tiket masuk > CHF11(RM52.80)  
Kos lain parking kat Bonigen dan Blausee.

Note : ini kiraan exchange rate masa tu 4.8. Sekarang ni dah cecah 5.1.


Post terdahulu,

Tuesday, 7 February 2023

Crash Landing On You in Switzerland ~ Day 2

Assalamualaikum wbt,

Day 2 ~ Ahad, 2 Oct 2022 

Subuh pertama di Swiss, Fendi paling terawal bangun pukul 12 malam, padahal waktu Subuh pukul 6 pagi. Mana tak, semalam pukul 6 petang dia dah tidur. Swiss dan Malaysia beza -6 jam. 

Dah pesan jangan layan tidur ikut waktu Malaysia. Cuba try tidur dalam pukul 9-10 malam. Fendi kata dia tak boleh tahan ngantuk. Hah! ambik kau tengah malam bangun solat Jamak Takhir. Lepas tu tak boleh tidur sampai ke Subuh.. haha.. ikut suka ko lah Fendi... layanlah jetlag tu sampai balik... hehe..

Kain Pelekat

Selepas sarapan Rudy ajak bergambo kat luar rumah pakai kain pelekat. Pagi tu suhu dalam 6-7 celcius memey sejuk dan menyejukkan. Tapi demi sebuah konten inilah peluang nak pakai kain pelekat kat Swiss. Bukan selalu dapat datang sini, lebih-lebih dengan Geng Setaman BDO. Pada kami, takkan Melayu hilang di Swiss.





 

Selesai shooting berKain Pelekat kat Kampung Alps, kami bersiap-siap nak keluar jalan-jalan melawat kawasang. 

Kemana nak pergi hari ini? Salah satu tempat pastinya lokasi scene drama Crash Landing On You(CLOY)... dan beberapa tempat lain... 

Iseltwald

Inilah tempat pertama CLOY scene yang dimaksudkan. Jarak dari homestay dalam 38km dan 30 minit perjalanan. Awal pagi kami dah keluar dalam pukul 8.30. Datang awal dengan harapan orang belum ramai kat situ. Memang masa kami sampai orang belum ramai.

Iseltwald adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di tebing Tasik Brienz. Selain air tasik yang tenang dan biru, pemandangan sekitar tersangatlah indah. Ditambah lagi dengan adanya rumah-rumah seni bina tradisional Swiss yang cantik. Cuaca pagi hari ni cerah.. Alhamdulillah..

Baru perasan bila datang pada waktu pagi dan bergambo kat spot menarik kedudukannya tak membelakangkan matahari. Jadi gambar akan lebih terang kerana dapat sinaran cahaya semula jadi dari matahari. Ini tips kalau taknak gambar jadi gelap jangan bergambo menghadap matahari. So, nak gambar lebih terang dan cantik kat sini kena datang belah pagi.

 

cari parking kat Iseltwald

belakang sana tu jeti

Ootd kat jalan menuju ke Jeti Capt Ri

Jumpa geng malaysia kursus kat jerman datang jalan jalan swiss

Crash Landing On You

Dulu Iseltwald taklah sepopular sekarang. Tapi sejak drama CLOY popular pada 2020, sekarang ini jadi antara destinasi wajib singgah. Ramai yang datang ke sini akan bergambo kat Jeti kecil tempat Capt Ri main piano.

Tak jauh dari Jeti kecil tu ada Jeti besar tempat feri singgah. Salah satu scene juga melibatkan heroin Se-ri naik feri dan nampak hero Capt Ri sedang main piano kat atas jeti kecik. Masa adegan tu Capt Ri dan Se-Ri belum kenal antara satu sama lain. Kira adegan flashback bila masing-masing dah kenal. Episod berapa aku tak tahu. Aku tahu pasal scene ni sebab Rudy yang cerita masa pegi tempat ni..

Aku ni bukanlah peminat drama korea tapi selepas tengok drama korea macam dah ada minit sikit sebab drama korea dia punya jalan cerita tak cliche macam kebanyakan drama melayu. Peminat drama melayu tenang yaa.. aku pun layan gak drama melayu tapi tak semua. Sebab tu aku boleh compare drama melayu dengan drama korea. Drama korea ni banyak plot twist dan ending dia susah nak agak. Aku komen hasil lepas tengok 2-3 siri drama korea. Tajuk lupa.. hehe..

Ok, tiba-tiba kat Swiss cete pasal drama plak... dah tajuk post pun tajuk drama korea.. layan jer... 

tunggu giliran nak bergambo kat jeti

ni scene Capt Ri main piano.. kat jeti kecik

salah satu scene drama Capt Ri berdiri tepi tasek

Capt Ir dan abe Ar berdiri atas jeti tempat Capt Ri main piano

Fendi amek feel Capt Ri menanti Se-Ri

belakang tu jeti untuk Feri.. tapi feri belum singgah..

view dari jeti kecik

Lauterbrunnen

Ini kali ke 3 aku datang kampung ni. Antara tempat pelancongan popular di Swiss. Popular sebab selain banyak view bukit-bukau dan gunung-ganang yang memukau mata memandang juga boleh access ke banyak tempat-tempat menarik lain seperti air terjun Trummelbach, Staubbach Waterfall, Camping Site Rutti, kampung Wengen dan  banyak lagi. 

Kat sini juga aku pernah 2x check in di Junfrau Campsite.

kat depan tu Staubbach Waterfall

Staubbach Waterfall

jalan ke Camping Rutti Stechelberg


Camping Rutti Stechelberg

Lokasinya masih dalam kawasan Lauterbrunnen.  Tak jauh dari air terjun Trummelbach dan Jungfrau Camping Site. Aku pernah sampai sini masa 2018 dan masa tu kawasan sini bersalji.

alas perut makan roti

pastu makan mamee

makan mamee sambil layan view


Trummelbach Falls

Nak masuk tempat ni kena beli tiket harga 12CHF(RM55) untuk dewasa. Kanak-kanak 5-15 tahun, 5CHF(RM23)

Masa sampai kat sini dari tempat beli tiket cuma nampak bukit je. Dalam hati bertanya, mana air terjunnya? Tak macam Staubbach Falls dari jauh dah nampak air terjun.

Dari tempat beli tiket kena jalan kaki dalam 200 meter hingga ke kaki bukit. Masa jalan kaki tu nampaklah anak sungai yang jernih mengalir deras. Tapi masih tak nampak di manakah punca air tu datang?

Tiba kat kaki bukit boleh pilih samada nak naik tangga atau naik lif? Oh ada lif... so, naik lif lah.. tak penat. Lif tu dalam gua yang lalu terowong ke naik ke atas.. Adalah dalam 5-6 tingkat tinggi bangunan. 

Sebaik keluar lif nampaklah pemandangan Lauterbrunnen yang indah. Memey cun view dari atas. Masa tu tercari-cari lagi... mana air terjunnya? 

Dari tempat keluar lif kena jalan naik tangga lagi menuju ke dalam gua. Fuh! tempat tinggi macam ni pun ada gua... Kemudian jalan lagi masuk ke dalam dan masa tu baru kedengaran bunyi air yang agak kuat. Semakin dekat semakin kuat bunyi air. Baru tau, rupanya Air Terjun Trummelbach ni kat dalam gua... Oooo..


kedai sourvenir dan tempat beli tiket

Jalan kaki menuju ke kaki bukit

Autumn is my feveret season

sebelum naik lif.. wefie dulu

wefie dulu sebelum menapak naik tangga ke atas..

tu dia air terjunnya jatuh kat celah-celah batu dalam gua


laluan air terjun

lagi dekat dengan air terjun lagi banyak kene tempias..

pemandangan Lauterbrunnen dari atas..

kami dalam gua

Sedikit info nak share tentang air terjun dalam gua ni hasil dari tadahan dinding glasier Gunung Eiger(3790m), Monch (4099m) dan Jungfrau (4158m). Di kawasan pergunungan ada kawasan tadahan seluas 24 kilometer persegi yang mana kira-kira separuh daripadanya dilitupi salji dan ais. Ia merupakan warisan semula jadi dunia UNESCO.

Air terjun ni hanya dibuka pada bulan April hingga November aje. Musim winter Disember hingga March tutup sebab air beku agaknya...

rambut basah kena tempias air terjun... dah macam mandi hujan pun ada... hehe

setiap angle jangan lepaskan peluang bergambo..

Trummelbach view dari jalan... air tejun dalam gua

Staubbach Waterfall

Selesai masuk gua di Trummelback falls kami ke lagi satu lokasi air terjun. Air terjun ni dah macam mercu tanda Lauterbrunnen dan antara yang popular sebab boleh nampak dari jauh. 

Staubbach Falls ni dekat dengan Jungfrau Campsite. Kira tempat ni tak asing bagi aku sebab pernah 2 kali check in kat sini.

Staubbach Falls ni setinggi 297 meter atau 974 kaki. Kalau berhajat nak bergambo kat belakang air terjun kena mendaki ke kaki bukit.



Hari ni jalan-jalan setengah hari je. Dalam pukul 1 petang kami dah gerak balik ke homestay. Bukan apa kaki dah mula lenguh sebab banyak jalan naik turun tangga masa pegi Trummelbach Falls. Perut pun dah mula lapar. On the way balik nanti Capt Ru ajak singgah kedai kebab. Dia kata kebab kat situ halal dan sedap.

pekan lauterbrunnen

ni pemandangan hari-hari nak balik homestay... tak jemu memandang..

nun atas bukit sana terletak homestay kami

Stesyen Keretapi Reichenbach I.K

Bahnhof Pizzeria @ Reichenbach.. kat sini ada jual kebab halal

kedai jual kebab halal ni kat sebelah stesyen keretapi

view dari tingkap bilik aku ni dah macam wallpaper

kebab beli tadi.. makan separuh dah kenyang... betul kata Capt Ru memey sedap

Fendi... dah nampak tanda-tanda jetlag... 

Route jalan-jalan hari ini

video koleksi dari Tik Tok untuk Day 2

video durasi 15 minit dari Iseltwald ke Lauterbrunnen


Ok sekian untuk kisah hari ini, bersambung post akan datang Day 3 in Swiss.. https://azhartravelog.blogspot.com/2023/03/crash-landing-on-you-in-switzerland-day.html

Post terdahulu,