Saturday 21 March 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-7 (5 Dec 2014)

 Assalamualaikum wbt,

Kita sambung lagi episod seterusnya Hari ke-7. Bermakna tinggal 1 lagi episod Hari ke-8 untuk tamatkan cerita Jalan-Jalan Jepun. Tak sabar rasanya nak habiskan tapi apakan daya masa tak mengizinkan untuk hari-hari menaip. Lagipun nak menyiapkan satu post paling cepat 4-5 jam. Ada yang berhari-hari sebab taip sikit-sikit. Kadang-kadang ada hari idea block atau hari malas. Proses yang paling leceh ialah nak masukkan gambar. Lagi lambat kalau edit. Sebab tu kalo tengok gambar-gambar yang saya share ada yang cerah dan ada yang kelabu asap... haha.. Gambar-gambar tu ada yang dari henfon dan ada dari camera DSLR. Kalau dari DSLR boleh la cantik sikit dari henfon. Apapun yang penting mesej sampai...

So, setakat ni macam mana? suka tak Jepun? ada rasa nak pegi tak? Apapun, terima kasih kepada tuan puan yang sudi baca blog yang seberapa ini. Blog ni sekadar nak share pengalaman saya jalan-jalan sana sini. Mana yang ingat saya share. Saya pun sebelum ke Jepun cari maklumat dengan skodeng blog orang lain. Hasil skodeng blog ke blog saya dapat maklumat terutama pasal Iternary, JR Pass, Pocket Wifi dan lain-lain. Memang akan ambil banyak masa dan ada kalanya stress sebab risau maklumat tak cukup. Namun, hasilnya apa yang dapat saya share kat sini walau ada kurang sana-sini. Saya sebenarnya seorang yang suka bercerita especially kepada yang nak tau tentang apa saja pasal kerja, termasuklah cerita jalan-jalan cari makan. Maka terhasillah blog ini, bukan saja berkongsi cerita dengan yang membaca juga untuk rujukan saya. Selain itu blog ini umpama diari catatan saya yang suka travel. 


Ok, sekadar itu mukadimah..

Hari ke-7 di Jepun bersamaan hari Jumaat. Hari Jumaat bermakna kena solat Jumaat. Ikut hukum tak wajib solat Jumaat ketika musafir. Tapi bagi saya, tetap nak solat Jumaat walaupun musafir. Lagipun negara macam Jepun berlambak masjid especially kat Tokyo. So, takda masalah nak solat Jumaat. Tak seperti pergi New Zealand tahun lepas hari Jumaat kena kat tempat takda masjid. Solat Jamak Qasar je gamaknya. Lagipun inilah peluang nak tengok suasana solat Jumaat di negara orang. 

Untuk hari ini saya dah pilih nak ke Masjid Tokyo atau Tokyo Camii untuk solat Jumaat. Dari hasil menggoogle saya tertarik dengan binaan masjid tu persis masjid di Turkey. Dari hotel ke Tokyo Camii pon tak berapa jauh..

Kurumi Mansion... bukak tingkap nampak sungai... so cool.. 
Lepak-lepak hari Jumaat... sempat Syirah layan kartun Jepun...
Pagi Jumaat 5 Dec 2014 keluar lambat sikit sebab nak terus ke Masjid Tokyo. Lebih kurang pukul 10 pagi baru keluar. Waktu Solat Jumaat masa tu pukul 12.50 ptg. Sebenarnya waktu Zohor ialah 11.30am, kemudian Khutbah 12.20 tengahari dan Solat pada 12.50 tengahari. Berbeza kan dengan tempat kita? Kat Malaysia, antara Azan Zohor dengan Khutbah lebih kurang 20-30 min aja. Kat sini sejam lebih.   

Cuaca cerah hari dan sejuk...
Jambatan cross sungai... lupa plak nak catat nama sungai nii...
Sebelah kanan 7/11 access to Suitengumae Station
Access to Train Subway..
Nak ke Kurumi Mansion kene keluar Exit No. 2
Dalam subway pun pakai spek ke?
Train route dari Suitengumae ke Station paling hampir dengan Masjid Tokyo
Dari Station Yoyogi-Uehara kena jalan kaki 5 min untuk ke Masjid..
Tiba kat sini lebih kurang pukul 11 pagi.. memey cantik masjid ni... terasa macam kat Turki plak...
Masa ni dah azan kali ke-2 kira-kira pukul 12 tengahari..

Sambil tunggu mula khutbah sambil tengok-tengok sekeliling...

Khutbah dalam 3 bahasa - Turki, Jepun dan English..
Intipati Khutbah... antaranya perpaduan umat Islam dan masjid tempat untuk bersatu...

Ketemu sahabat-sahabat dari Indonesia... mereka ini student...
Setiap hari Jumaat ada sedekah makanan... masa aku keluar dah selamat makanan tu... habis... sape suruh lambat keluar...

Suasana di tingkat bawah masjid.. penuh dengan orang Turki, Jepun, Indonesia dan termasuklah Malaysia...
Survenir dari Istanbul pun ada...
Model masjid asal... dalam sama..


Sebijik macam masjid kat Istanbul..


Kat Masjid Tokyo ramai jugak berkenalan dengan sahabat-sahabat baru dari Indonesia juga Malaysia. Itulah hakikatnya fungsi Masjid tempat bertemu dan mengikat Silaturrohim sesama Muslim. Juga simbol perpaduan Islam.

Sebab itu Nabi saw pertama kali sampai di Madinah perkara pertama Baginda buat ialah dirikan masjid iaitu Masjid Quba' yang ada sampai sekarang. Alhamdulillah, hasil dari perjuangan Nabi saw Islam terus berkembang sampai ke Jepun. Semoga umat Islam terus bertambah di Jepun... InshaaAllah...

Selesai Solat Jumaat, next lokasi ialah ke Asakusa. Asakusa ni antara kawasan tumpuan pelancong di Tokyo. Ada temple, kuil, tapi kawe cuma nak jalan-jalan kat kedai-kedai yang macam-macam jual termasuk sourvenir.

Route dari Station Yoyogi-Uehara ke Asakusa... agak jauh gak...
Tak jauh dari station Asakusa... keluar station, lintas jalan dan sampai...
Jelas kelihatan skytree dari Asakusa... plan nak ke sana esok...
Pintu gerbang Asakusa...

Macam petaling street pun ada...
Nak beli pedang samurai pun ada...
takde kije ke buat atas tuu...




Makanan halal pun ada jual kat Asakusa...



Fridge Magnet... 400 Yen = RM12... mahal tak? yg tak dapat tu harap maklum...



86,000 Yen = RM2670.00.... Fuh! giler mahal!
Tengok je... sebab dah beli kat Akihabara semalam...

Setel jalan-jalan Asakusa, masa untuk mamam kat Sekai Cafe... Cafe ni awek kat Masjid AsSalam yang rekemen... tak jauh je dari Asakusa cuma jalan kaki 2 minit...






Sambil order sambil berbual.. don wori boleh cakap english dorang ni...
Den makan pizza sayur je...
Mr Shinya pernah keje kat Singapore... boleh layan berbual...





3300 Yen = RM102 utk 3 orang... 

Bergambo dengan Halal Media Japan Team...
On the way balik dari Asakusa ke Kurumi Mansion singgah Hard Rock Shop kat Ueno Station. Sat kemudian Jamal call nak jumpa kat Ueno dan ajak jalan-jalan kat pasar malam Ueno. Oooo... rupanya kat area station Ueno ada pasar malam dan siang... Oooo.. baru tau... Nasib ada kawan kat Jepun bagi tau... 

Singgah Hard Rock Shop beli t'shirt kawan kirim.. den pun sambar selai...

Dari station Ueno kena cross jalan ke Pasar Ueno... lebih kurang 200 meter jalan kaki...
Aneka Seaweed... Insyirah feveret...
Udang, Ikan pun ada jual...


Gerai Kebab kat Pasar Ueno...
Jamal belanja makan Kebab Turkey...
Eh! Zizang pun ada kat gerai sebelah?
Jual kasut pun ada... murah-murah...


Wah! banyaknya memborong.. haha...
Maka selesailah episod hari ke 7... inshaaAllah, bersambung hari ke-8 dan hari terakhir di Jepun.

Iternary hari ini

Kurumi Mansion > Tokyo Camii/Masjid Tokyo > Asakusa > Sekai Cafe > Hard Rock Shop Ueno > Pasar Ueno >Kurumi Mansion

Post terdahulu...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...
Hari ke-3...
Hari ke-4...

4 comments:

element iliz said...

Nice journey! Terima kasih...boleh buat reference...nak tanya yang dekat HRC Euno ni merchandise dia tulis HRC Tokyo or HRC Euno ye? Sebab ada a few HRC shop kat area Tokyo kan?

Mohamad Azhar said...

di HRC Euno(station Euno) merchandise tulis "Uyeno-Eki Tokyo"

Lagi satu HRC shop di Tokyo cuma tulis "Tokyo" aje..

Thanks @element iliz sudi baca blog saya.. :)

Anonymous said...

Salam,

thanks sbb suggest tmpt di TOkyo ngan tmpt skii.. saya pergi sehari semalam je di tokyo naik shinkansen dari osaka...just cover shibuya,mahaima(disneyland), akihabara, shinjuku, tokyo camii...konon la crossing kat shibuya tu feeling tokyo drift..hehe

Next time maybe...

(fiza)

Mohamad Azhar said...

Wassalam Fiza,

Alhamdulillah... next time datang Jepun lagi boleh cover tempat lain pulak... hehe.. banyak sebenarnya tempat2 menarik kat Jepun...

InshaaAllah... next time.. :)

Tq ye baca blog saya... :)