Sunday 1 March 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-4 (2 Dec 2014)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni cuti weekend dapatlah luangkan masa untuk sambung kisah kembara Jepun Hari ke-4.

Hari ke-4 di Jepun ialah hari ke-3 di Osaka dan merupakan hari check out. Perancangan hari ni nak ke Kyoto kemudian kembali semula ke Tokyo. 

Jarak dari Osaka ke Kyoto lebih kurang 50 min perjalanan dengan Shinkansen(Osaka-Kyoto) dan dari station Kyoto naik train lagi ke Station Sagaarashimaya untuk ke Bamboo Grove. Romantic train juga dekat area Arashimaya. Teringin nak naik tapi tak cukup masa. Target saya ke Kyoto cuma nak ke Bamboo Grove dan luangkan masa 2-3 jam.

Dengan Shinkansen dari Osaka ke Tokyo akan melalui Kyoto... 
Serba sedikit tentang Kyoto merupakan sebuah bandar lama dan pernah menjadi pusat pentadbiran Jepun satu ketika dahulu sebelum berpindah ke Tokyo. Di sini terdapat bangunan atau binaan lama yang unik yang telah diletakkan di bawah UNESCO. Sesiapa yang inginkan ketenangan, keindahan alam dan suasana klasik disarankan datanglah ke Kyoto dan menginap 2-3 hari. Anda pasti puas hati kerana di sini banyak juga tempat-tempat menarik selain Bamboo Grove dan Romantic train. Di sini juga suhu agak sejuk berbanding Osaka iaitu ketika saya datang 2 Dec 2014 suhu ketika itu sekitar 5-6 celcius pada waktu siang.   

Train route dari Osaka ke Kyoto/Sagaarahiyama
Acara menarik bagasi dari ShinOsaka Washington Hotel ke ShinOsaka Station... masa ni suhu agak sejuk banding semalam..
Simpan bagasi di locker di station Kyoto
Mari bergambar di tepi locker... bukan apa untuk cam nanti senang nak collect beg...
Sewa basikal kat pekan Arashimaya untuk ke Bamboo Grove..


  
ingatkan kat Bamboo Grove boleh kayuh beskal sampai atas.. at last tinggal kat sini dan sambung jalan kaki... 
Wefie at Bamboo Grove...


jumpa orang Malaysia ambil feel Jepun dengan pakai Kimono...
selain batang buluh, pokok lain pon ada...
selesai Bamboo Grove, kayuh basikal kat pekan Arashimaya, Kyoto...
orang sangat ramai... tak boleh kayuh lelama...
ni kedai kasut... tapi bangunannya nampak klasik..
Cari FM... jumpa tapi mahai!

kat station Sagaarashimaya...
Station Sagaarashimaya 

Selesai jalan-jalan di Kyoto, perjalananan seterusnya balik ke Tokyo. Dari Sagaarashimaya naik train ke Station Kyoto untuk collect beg kat locker kemudian book reserve seat di kaunter JR untuk Shinkansen dari Kyoto ke Tokyo. Semuanya cuma tunjukkan JR 7 days Ordinary Pass kerana sudah bayar lamsam sebelum ke Jepun. 

Ada cerita sebenarnya disebalik perjalanan dari Kyoto ke Tokyo. Sebaik book reserve seat untuk Shinkasen kami akan diberi tiket yang tertera masa perjalanan, nama shinkansen dan nombor gerabak. No platform kene tanya kat kaunter. Oleh kerana agak terlalai Shinkansen yang sepatutnya saya naik dah terlepas. Padahal isteri sudah bagi tahu kami berada di platform yang salah. Kebetulan di platform yang saya tunggu ada lagi satu Shinkansen yang juga akan ke Tokyo. Oleh kerana nak menunggu next Shinkansen lambat lagi, kami terus naik dan menuju ke gerabak free seating. 

Lebih kurang 10-15 min berlepas petugas Shinkansen datang dan periksa tiket saya. Dengan tenang dan sopan petugas orang Jepun tu beritahu untuk JR Ordinary Pass hanya Shinkansen tertentu boleh naik dan Shinkansen yang saya naik ni jenis NOZOMI antara yang tak boleh naik. Dia beritahu saya kena turun di next station dan naik Shinkansen yang dibenarkan. Memey saya puji cara petugas Jepun tu explain kat saya. Saya senang hati dan faham apa yang dia maksudkan. So, next station kenelah turun. Next station ialah Nagoya. 

Setibanya di Nagoya, Shinkansen HIKARI yang saya dah reserve seat belum tiba. Alhamdulillah, tunggu tak lama, lebih kurang 5 minit tiba dan terus naik dan duduk di gerabak yang dah book seat. Masih kosong seat tu sebab memang dah reserve untuk kami sekeluarga.

Baru saya faham perbezaan Shinkansen NOZOMI dan HIKARI walaupun sama destinasi ke Tokyo yang membezakan ialah jumlah station yang akan berhenti. NOZOMI akan lebih awal tiba di Tokyo berbanding HIKARI dan sebab itu JR Pass ada yang mahal dan murah. Saya punya kira yang paling murah. Murah tak murah untuk 3 orang selama 7 hari kena bayar RM2200(Dewasa-RM880, Kanak-RM440). Apapun, itu nama dia pengalaman yang saya boleh share kat blog ni kepada mereka yang akan ke Jepun. Kena pastikan betul-betul nama train yang akan dinaiki.   

Train route map dari Sagaarashimaya ke Suitengume(Hotel Furumi Mansion)
Train route.. tapi ingat ya NOZOMI tak boleh naik dengan JR Ordinary Pass
Train route dari Station ke Kurumi Mansion(Station Suitengumae)
Kena turun kat Nagoya... kat Malaysia ada Nagoya Textile... haha...
Dalam Shinkansen HIKARI
Boleh bukak apa yang patut sebab kurang sejuk bila dalam Bullet Train... 


Dari Station Kyoto pukul 2.22 petang, kemudian kena turun kat Nagoya dan finally tiba di Tokyo lebih kurang pukul 5 petang. 2 jam lebih perjalanan untuk jarak 460++ km. Bayangkan kalau naik train biasa 8 jam belum tentu sampai. Itu sebabnya tambang Shinkansen mahal. Dari Tokyo ke Osaka tambang lebih kurang RM250++ sehala.   

Dari Tokyo sambung naik train ke Station Suitengumae untuk check in di Kurumi Mansion. Penginapan seterusnya untuk 5 hari 4 malam. 

Dari Station Suitengumae kena jalan kaki lagi 600-800 meter ke Kurumi Mansion. Hasilnya 1000 kalori terbakar...
Selepas check in tak terus berehat sebab nak ke rumah Jamal semula untuk ambil beg dan dinner kat sana. Fuh! jalan kaki lagi ke station. Hari ini saya kira-kira jalan kaki je lebih kurang 2-3 km. Badan pun rasa ringan sikit sebab apa yang dimakan semua bakar balik... hehe

Kami tiba di rumah Jamal lebih kurang jam 8 malam. Kalau kat Jepun dah taim tidur tapi Jamal setia menunggu untuk dinner bersama-sama. Sorry Jamal kalau susahkan ko..

Selepas dinner Jamal ajak ke 7 eleven dekat area rumah dia untuk tunjukkan makanan dan minuman yang boleh dan tak boleh makan. Bawah ni antara yang boleh sebab sumber bahan dari sayuran..

Susu coklat..
ni manisan salut kacang merah... sedap...
Coklat bar... sesak-sesak kalo lapar makan ni je...
Dorayaki... Doremon suka makan nii...
Antara kopi yang boleh minum...
Maka memboronglah makanan yang patut untuk bekalan jalan-jalan esok. Kami pulang dari rumah Jamal lebih kurang pukul 10.30 malam. Milions terima kasih Jamal belanja dinner. Nanti kalau pindah semula Malaysia kawe belanja makan pulak..

Sekian untuk kisah Hari ke-4, bersambung Hari ke-5....

Post terdahulu...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...
Hari ke-3...

No comments: