Saturday 17 January 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-2 (30 Nov 2014)

Assalamualaikum wbt,

Sebelum den mulakan cerita Hari ke-2 nak share persiapan tentang Penginapan.

PENGINAPAN
Semasa cari-cari penginapan di Tokyo atau Osaka cuba gak cari Guesthouse macam Korea. Ada, tapi tak macam yang ada kat Korea. Atau, mungkin ada tapi tak jumpa.

Bila dah buntu, tanya pendapat Rafidi JBT pasal penginapan dan dia mention beberapa hotel/hostel dan aku tertarik kat Kurumi Mansion sebab boleh masak. So, kat Tokyo aku decide nak dok kat Kurumi Mansion dan Alhamdulillah, untuk tarikh 2-6 Dec 2014 masih lagi kosong untuk bilik 3 katil. Tapi malangnya untuk tarikh 29 Nov 2014 dah penuh. Itu yang book Hotel Palace Japan sebab antara paling murah pada tarikh itu. Di Osaka memang takda pilihan sebab nak duduk dekat dengan Station Shin-Osaka jadi aku pilih ShinOsaka Washington Hotel Plaza.. panjang eh nama hotel tu...

Masa pilih hotel, kriteria paling utama ialah lokasi. Kalau boleh nak dekat dengan Train Station. Perkara ke-2 ialah boleh masak dalam bilik. Lain-lain tentang murah mahal pun kena fikir gak. Hotel kat Jepun ni boleh tahan mahal. Standard hage dalam RM200 ke atas.

Bawah ni senarai hotel yang den duduk kat Tokyo dan Osaka,

Hotel Palace Japan(Tokyo)
- Dekat dengan Station Minamisenju
- 650 meter jarak dari station
- Toilet sharing dgn guest lain/sangat bersih dan moden
- RM290/pernight > 3/4 orang sebilik
- Boleh masak tetapi kena kongsi kitchen dengan guest lain
- Book dengan www.booking.com
- Bayar masa check in
- Wifi free
- Den bagi 3 bintang ***

Shin Osaka Washington Hotel Plaza(Osaka)
- Dekat dengan Station Shin-Osaka
- 350 meter jarak dari station
- Totally hotel
- Boleh masak air aja dalam bilik
- RM270/pernight untuk 2 orang(sempit untuk 3 orang)
- Book dengan www.booking.com
- Bayar masa check in
- Wifi free
- Den bagi 4 bintang ****

Kurumi Mansion
- Dekat dengan Station Suitengumae
- 600 meter jarak dari station
- Boleh masak. Kelengkapan macam dalam apartment semua ada
- RM241/pernight untuk 3 katil
- Book dengan www. hotels.com
- Bayar masa booking online
- Bilik boleh pilih pemandangan belakang sungai. Memey cun.
- Wifi free
- Den bagi 5 bintang *****

Kesimpulannya, untuk memilih hotel kat Jepun atau mungkin tempat lain bergantung kepada keperluan dan keadaan kita samada datang bujang atau dengan keluarga. Untuk backpackers atau bujang boleh pilih hotel jenis dorm atau sharing basis macam kitchen dan toilet. Penginapan jenis ni murah sket berbanding hotel. Untuk dengan keluarga boleh pilih apartment hotel atau hotel. Semua tu ikut kesesuaian masing-masing. Biasanya lebih mahal dari dorm atau guesthotel. Apapun, ini cadang bukan soalan...

Ni Kicthen kat Hotel Palace Japan... tinggal kitorang je sarapan. Pinggan dan sudu semua bawak dari Malaysia. Bukan apa, al-maklumla macam-macam bangsa, agama dok sini... sendiri kene ingatla..
Bilik kat ShinOsaka Washington Hotel Plaza... Terpaksa ambil bilik untuk 2 orang sebab lain-lain bilik dah full book... 2 malam tidur sini...
Bilik di Kurumi Mansion. Boleh masak dan bilik selesa untuk 3 orang. Pemandangan pun cantik sebelah sungai... walaupun agak jauh dari station tapi puashati..

Ok tamat cerita penginapan. Kalau ada benda lain teringat nanti den kongsi pada post akan datang.

Hari ke-2 (30 Nov 2014)

Malam semalam selepas check in dan buat apa yang patut lebih kurang pukul 1.30 pagi baru dapat tidur. Fuh! nikmatnya dapat baring selepas seharian dari JB bangun kol 4 pg, lepas tu kol 5.30 pg gerak ke Senai Airport, kemudian transit di KLIA dan bila sampai Narita lewat pulak keluar airport, lepas tu beg roda rosak... huhu... dugaan.. memey penat sungguh semalam punya cerita. Kata pegi bercuti tapi penat... hehe..

Hari ni bangun pagi segar sket badan walaupun dapat tidur cuma 4 jam.

Plan hari ni nak ke rumah Jamal sebab dia jemput lunch. So, alang-alang dah pegi rumah Jamal nak tumpang simpan beg. Plan cuma nak bawak 2 beg je dan tinggalkan lagi satu beg kat rumah Jamal. For sure beg yang roda rosak tu kena tinggal. Kemudian bawak 2 beg yang tak berapa besar supaya senang naik turun train dari Tokyo-Osaka dan hari balik nanti dari Osaka ke Kyoto-Tokyo...

Hari ini baru terasa sengal tangan dan badan angkara tarik beg wife yang roda rosak tu. Mana tak, beg tu je berat dekat 20kg. Inilah yang kena hadapi kalau cuti-cuti cuma guna pengangkutan awam, takda limosin ambik kat airport... nak jimat kan... haha... rasakan...

Bagi wife, beg tu ada sentimentel value. Banyak negara dah beg tu jejakkan roda. Beli masa pegi Perth, 2001. Kemudian ke Mekah, Madinah, Bandung 4x, Vietnam 3x, Bangkok 2x, Gold Coast, Korea dan New Zealand. Memang masa dah time roda nak rosak. Anggap saja masa untuk beg tu berehat...

Ok, tamat cete beg...

Selepas bersiap apa yang patut dan sarapan kat kitchen Hotel, lebih kurang pukul 10.30 pg gerak ke rumah Jamal. Lewat sikit sebab takda benda nak rush. Itu yang bagus kalau pergi sendiri-sendiri. Ikut suka nak jalan pukul berapa. Lagipun, plan hari ini cuma nak ke rumah Jamal dan kemudian pegi Osaka. 

Dari Station Minami Senju naik JR train kemudian tukar train di Station Nippori kena naik Monorel ke Station Toneri-Koen. Jamal wassap dia tunggu kat station tu.

Setibanya di Station Toneri-Koen disambut oleh anak-anak Jamal dengan basikal dan nun kelihatan taman dengan daun warna hijau kuning merah yang menarik perhatian. Terpesona sebentar... hehe...

Dari Station nak ke rumah Jamal kena lalu jalan sebelah taman tu... jalan sikit, begambo... jalan sikit lagi, begambo lagi... hehe.... Akhirnya, lebih kurang 20 minit barulah sampai kat rumah Jamal. Jarak dari station rasanya dalam 700 meter. Cuaca cerah dan tak berapa sejuk sangat dalam 10-13 Celcius.

Lepak kat rumah jamal dalam 2 jam, selepas lunch & solat lebih kurang pukul 2 ptg gerak ke train station semula untuk ke Osaka. Jamal offer balik dari Osaka tido rumah dia. Kata dia bilik atas kosong sesuai untuk den sekeluarga. Tapi aku cakap taknak susahkan wife dia nanti hari-hari kena masak lebih... Next time mal kalo datang Japun lagi aku tido rumah kau... hehe 

Lain-lain, biarlah gambar bercerita...

kat depan Hotel Palace Japan... check out time!
Acara sorong beg dari Hotel Palace Japan ke Station Minami-Senju... Hari Ahad, jalan lengang...
Route jalan kaki dari Hotel Palace ke Minamisenju station
Tunggu train... beg coklat tu yg roda rosak... beg paling besar pulak tuu..
Monorel route dari Nippori ke Toneri-Koen... 10 station kena singgah
Selfie dalam Train..
Drebar Monorel..
On d way to rumah Jamal.. dok depan sekali...
view dari Station Toneri Koen..





Rumah Jamal view dari Google Street
Lunch at rumah Jamal... lauk special masakan Jepun... memey terbaek sedap...
Selera nampak... hehe
View belakang rumah Jamal..
Mari belajar bahasa Jepun..
Selepas lunch ialah aktiviti membakar kalori... jalan ke station Toneri-Koen untuk ke Osaka..
Insyirah dan beg pinjam...
Mesin beli ticket train... lebih kurang je macam LRT kat Malaysia...
JR Pass tak cover. So, kena bayar 330 yen untuk Monorel dari Nippori - Toneri Koen
Jadual Shinkasen... kawe naik HIKARI 519 ke Shin-Osaka... NOZOMI, walaupun JR tapi tak cover...
Dalam Shinkansen Tokyo-Osaka.. 3 jam++ perjalanan utk kira-kira 600km...
Tiba di Station Shin-Osaka lebih kurang kol 7 mlm. Cuaca luar station hujan. Kalau nak jalan kaki dengan beg sure lencun. So, naik teksi je.... laaa rupenya dekat je... Drebar teksi pun cam segan nak amik duit dari aku. Tapi aku hulur gak. Takkan naik free... hehe..

Route jalan kaki dari ShinOsaka Station ke ShinOsaka Washingto Hotel Plaza

Klik sini untuk post Part 1 - Persiapan & Hari-1

10 comments:

Anil said...

bestnya travelog jepun... tak sabar nak baca lagi.. ^_^

Mohamad Azhar said...

Terima kasih @Anil Wanina... ni buat saya semangat nak tulis post seterusnya.. :)

Anonymous said...

hai mr azhar.. nak tumpang tanye siket.. klu dari narita airport ke kurumi weekly mansion tu ade kena tukar train x.. sbb saye risau touchdown lmbat di airport narita n bergegas ke kurumi weekly mansion.. btw saye pon kaki redah juge.. hihihi tqsm in advance.. -nur syakirin

Mohamad Azhar said...

Hai Nur Syakirin dan thanks baca blog saya.. :)

Dari Narita airport ke Kurumi kene stop kat Suitengumae station. Dari Narita kena transit kat 2 station iaitu Aoto(keisei Main Line) dan Oshiage(Tokyo Metro Hanzomon)...

Anonymous said...

tqsm mr azhar sbb reply sme Q's saye.. blog mr azhar mmg best bnyak info in details tp tulah saye ni jenis susah nak paham train line japan nihh.. kat kl bleh kire brape kali naek train huhu.. tu yg berdebar laen mcm nak faham train route japan.. saye ade tgok bus schedule dr terminal 2 narita airport ke t-cat, sbb t-cat dekat dgn kurumi mansion kann, so rasenye dah touchdown malam naek bus jelahh.. keep on blogging okeyh.. thousand tx again for u.. -nur syakirin

Mohamad Azhar said...

tq juga kpd Nur Syakirin krn sudi baca blog saya.. Tujuan saya buat blog ni utk kongsi apa yg saya tau dn alami..

pasal train kat jepun ni memang agak berselirat compare dgn kat KL. memang kena betul2 faham tapi sebenarnya tak susah sekejap dh boleh faham.

Ada 2 cara nak tau pasal train route kat jepun,
1. Guna map - boleh dpt free kat convenience shop dn sewaktu dgnnya..
2. Guna http://www.hyperdia.com/ yg ni kene ada internet. semasa saya kt sana memang guna web ni utk cari train route dan siap time sekali..

Pasal naik bas dari Narita Airport saya tak pernah cuba tapi boleh train. Lagipun kalau smpai malam takut train dh takde... kalau ada info pasal bas nanti saya comment kt sini... Thanks sekali lagi sudi baca blog saya... :)

Anonymous said...

saye yg patut trime kaseh kat mr.azhar sbb blog mr.azhar ni padat dgn info.. lg2 mr.azhar sanggop reply to my Q's yg bnyak tu huhuhuhu... million tx to u - nur syakirin

Mohamad Azhar said...

seronok taip sampai typo error... patutnya "Pasal naik bas dari Narita Airport saya tak pernah cuba tapi boleh try(bukan train).." haha...

apapun harap2 apa yg saya kongsi dpt membantu.. at least tak sesat masa kat sana.. hehe

Unknown said...

salam Cik.. cost sehari menaiki train berapa

Mohamad Azhar said...

wassalam @wanda blythe

Cik Wanda bole check kat web ni " http://www.hyperdia.com/ "
Cuma masuk 'From' dan 'To' nanti web tu akan kira route pilihan beserta kos.

Harap dapat membantu. Terima Kasih baca blog saya :)