Sunday 8 March 2015

Jalan-Jalan Osaka-Kyoto-Tokyo ~ Hari ke-5 (3 Dec 2014)

Assalamualaikum wbt...

Bertemu lagi untuk episod hari ke-5 kembara Jepun bersama keluarga saya. Bermakna termasuk hari ini ada 4 lagi episod untuk saya habiskan sebelum next trip saya pada bulan April nanti. Nak tau trip ke mana April nanti, follow lah FB saya... hehe..

Hari ke-5, ikut iternary asal yang saya sendiri buat sepatutnya hari ini ke Karuizawa Ski Resort. Tetapi saya ubah. Memandangkan hari ini cuaca cerah berbanding esok so, pergi tengok Gunung Fuji lebih sesuai. Keputusan ubah iternary saya buat 2 hari sebelum hari ini setelah tengok ramalan cuaca kat Phone Apps. Memang 99% tepat ramalan cuaca dan memang tepat keputusan saya. Lokasi kedua-dua tempat Gunung Fuji dan Karuizawa berada di luar bandaraya Tokyo.

Sedikit info tentang Gunung Fuji.
Gunung Fuji atau Fujisan ialah gunung tertinggi di Jepun dan juga simbol negara Jepun. Gunung ini sebenarnya gunung berapi yang masih aktif dan kali terakhir meletus 300 tahun dulu. Yang menariknya tentang Gunung Fuji ialah salji yang menuputi puncaknya kekal sepanjang tahun. Seolah macam topi salji. Di sekitar Gunung Fuji ada 5 tasik dan paling popular untuk melawat ialah Tasik Kawaguchi. Pada saya tak sah ke Jepun kalau tak tengok Gunung Fuji kerana disamping melihat kebesaran Allah juga menikmati keindahan alam.

Gunung Fuji..
Peta dari Tokyo ke Kawaguchiko Station (Lake Kawaguchiko).. dalam map total perjalanan 3 jam.. perjalanan berejam sebab tiada Shinkansen ke Kawaguchi..
Hari ke-5 kami keluar lewat sikit. Sepatutnya kalau nak ke Gunung Fuji kena keluar seawal jam 7 pagi. Tapi entah kenapa kami tak aware nak keluar awal. Inilah pro n cons kalau pegi sendiri suka-suka hati nak keluar pukul berapa. Lagipun pemandangan belakang bilik kami sangat cantik dihiasi sungai dan bangunan. Sesekali kelihatan cruise ulang alik bawa pelancong. Hari tu cuaca cerah pulak tu.. hoho.. relax punya relax sambil sarapan, sekali tengok jam dah pukul 9... haha... kelam kalibut baru nak keluar...


Dari hotel nak ke Train station(Suitengumae) kena lalu jambatan cross sungai kat belakang hotel kami... sungai ini sangat bersih dan pemandangan pon cantik... ditambah lagi dengan cuaca cerah...
Train route dari Suitengumae ke Tokyo station tapi JR Pass tak support.
So, kena bayar 170yen(RM4.50) seorang.. Child separuh harga..
Train route dari Tokyo ke Kawaguchiko Station(Gunung Fuji)
Untuk ke Gunung Fuji ada beberapa tempat attractions tetapi yang paling popular ialah di Lake Kawaguchiko.

Melalui hyperdia.com, ada 2-3 propose train route dari Tokyo ke Kawaguchiko dan saya pilih yang paling cepat dan dekat. Dari Tokyo naik JR train kemudian transit di Otsuki dan naik train seterusnya ke Kawaguchiko. Train Otsuki-Kawaguchiko kena bayar lain sebab JR Pass tak cover.  

ni rupa train dari Otsuki ke Kawaguchiko
Muka-muka bosan bila lama dok dalam train...
Dalam train Otsuki-Kawaguchiko sudah nampak puncak Gunung Fuji.. bermakna nak dekat sampai... dah 2 jam lebih perjalanan...
Kami tiba di Lake Kawaguchiko sudah awal petang. Lepas Zohor. Perut pun dah nyanyi lagu keroncong untuk ana. Nasib bawak bekal makanan beli kat 7-Eleven rumah Jamal semalam. Kat Lake Kawaguchiko den dah survey macam takda restoran halal. Lagipun nak jimat masa sebab masa begitu mencemburui. Ada 2-3 jam je nak jelajah pekan Tasik Kawaguchiko sebelum hari gelap pukul 4.30 ptg nanti... Tu lah, sapa suruh keluar lambat...

apa dia tulis tuu... haha
Nak jalan-jalan kat Tasik Kawaguchiko kena naik bas ni... naik bas ni kena bayar samada 1 day atau 2 day package.. den hari tu bayar 1000 yen day package utk sorang, Budak separuh hage..
Destinasi pertama naik bas nak ke jeti bot...
Stop sini untuk naik sightseeing bot...
Naik bot ni untuk keliling Tasik Kawaguchiko... 900 yen sorang, Budak separuh hage...
Dari bot sudah kelihatan Gunung Fuji...
Syirah : Mama! jom naik cable car...
Mama : Tanya ayah...
Ayah : Lain trip yaa, hari ni masa tak cukup... haha...
Tu dia cable car.... tengok je laa dari bawah... masa ada 2-3 jam cover tempat penting je...
Mari lah wefie...


Sempoi je boat nii... bentuk macam kapal Titanic, besar macam tongkang nelayan kat Mersing... hehe
Jalan-jalan juga... Solat jangan tinggal... kat mana-mana di bumi Allah kena tunaikan... Cari je tempat yg sesuai dan solat di situ. Di Jepun tak risau sangat sebab kebanyakkan tempat semua bersih... yang tak tahan nak amik wuduk je... sejuk giler!



On the way balik ke Station Kawaguchiko...
Snap mana yg sempat dari dalam bas guna henfon..
Balik time to Tokyo.. kol 5.05 ptg dah gelap....
Design Bangunan Station Kawaguchiko konsep klasik Jepun.... 
Gelap sudah kat Station Otsuki..
Jarang naik train kat Jepun kosong... selalu penuh dengan manusia...  Otsuki-Shinjuku
On the way dari Station Suitangumae balik Kurumi Mansion singgah 7-Eleven borong apa yang patut untuk hari-hari seterusnya...


Selesai jalan-jalan hari ke-5.... bersambung hari ke-6

Post terdahulu...

Persiapan/Hari 1...
Hari ke-2...
Hari ke-3...
Hari ke-4... 



8 comments:

Anonymous said...

hai mr azhar.. assalammualaikum.. nak tanye lagi hehehe.. klu saye dar suitengumae station nak ke station kawaguchiko tu mst turun di otsuki utk tukar train ke.. btw saye x beli JR pass utk shinkansen sbb thinking nak gune pasmo atau suica card je.. btw saye nak ke fujiten snow resort utk day travel saje.. thanking u in advance.. -nur syakirin

Mohamad Azhar said...

Hai Nur Syakirin,

Dari Suitengumae ke Kawaguchiko memang mesti kene turun Otsuki... sebelum tu kena lalu 2 station iaitu Otemachi(Tokyo) & Shinjuku(JR)... kalau tak beli JR pass so kene beli tiket harge 1320 yen...

Anonymous said...

Salam, nmpak dari shinkansen je gunung ni...yg bas di fuji tu tour bus ye..

Mohamad Azhar said...

Wassalam Anonymous 09:26,

Dari Shinkansen Tokyo-Osaka dan Tokyo-Kawaguchiko boleh nmpak gunung fuji... dan bus tu tour utk kawasan tasek kawaguchiko lokasi popular tengok gunung fuji..

Tq melawat blog saya.. :)

Anonymous said...

salam,
saya dan kwn2 akan ke tokyo krismas nnt..nk tanya pasal tiket train..jr pas tu utk jarak jauh punya tempat ke? kalo utk daily punya train mcm mana? satu lagi, bleh tlg advise mcm mana nk sewa portable wifi kt sana? try nk booking mcm mahal pulak jd nya.
terima kasih

regards,
ila

Mohamad Azhar said...

Wassalam Ila,

JR pass kalau kerap long distance lebih jimat amik. JR datang dengan package 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Harga 7 hari dlm rm1000++/per person(depend on currency). Package 7 hari juga include utk metro train yg ada lambang JR.
JR Pass ni kene book sebelum berangkat ke Jepun samada secara online atau ke pejabat JR di KL kat Jalan Imbi(kalau tak silap)

Dalam bandar ada beberapa train lain bukan JR Tokyo Metro, Monorail dan yang ini kena bayar..

Untuk lebih lanjut kat web ini, https://www.japan-rail-pass.com/jr-pass
Boleh juga rujuk post saya, http://azhartravelog.blogspot.my/2015/01/jalan-jalan-osaka-kyoto-tokyo-persiapan.html

Untuk Pocket Wifi saya recommend Pupuru Pocket Wifi(saya pernah guna dan sgt memuaskan).. boleh book kat link ni, http://www.pupuru.com/en/service/emobile/ .

Tq, sudi baca blog saya... :)

tim_fs said...

salam bro azhar..
saya akan travel ke tokyo hujung bulan 11 ni..saya nak tanya beberapa soalan:
1) kalau nak ke mount fuji ni(lake kawaguchi)jika saya tak nak beli Jr pass boleh ke? selain dari naik bas ada ke train biasa utk ke situ? dan berapa kos nya?
2) jika saya nak beli passmo atau suica card di narita airport ada jual tak?
3) jika dah sampai di lake kawaguchiko tu perlu naik bas dan kena ambil package tu kan? so dimana nak bayar dan dptkan package tu ya?

Tq in advance

Mohamad Azhar said...

Wassalam Puan Mama Tim,

Jawapannya,

1. Ada beberapa cara nak ke Gng Fuji dari Tokyo

#Dengan kereta
Kena sewa dan sebagainya.

#Dengan Bas
Puan boleh book online di sini, http://highway-buses.jp/fuji/

#Dengan Train,
Puan boleh check laluan train kat link sini http://www.hyperdia.com/en (ada 5 route puan boleh pilih nak ke lake kawaguchiko tapi tengah2 tu tetap kena naik JR)

Contoh Route,
Tokyo - Shinjuku (Tokyo Metro Line)/19 minit/200 yen
Shinjuku-Otsuki (JR)/55 min/1320 yen
Ousuki - Kawaguvhiko (Fujikyu Railway)/47 minit/1140 yen

2. Passmo boleh beli kat airport. Utk Suica card boleh beli advance di Malaysia di AMODA atau KLCC.

Untuk lebih lanjut Puan boleh ke link ni, https://www.jtbmalaysia.com/
Semua tentang maklumat trip muslim ke Jepun boleh dapat kat link tu.

3. di lake kawaguchiko memang kena naik bas utk pusing bandar. package boleh dpt kat station kawaguchiko dan bayar kat situ. ada package sehari atau 2 hari.

Saya harap dapat menjawab soalan puan dan terima kasih sudi baca blog saya.. :)