Wednesday, 19 August 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 6

Salam Semua,

Kisah seterusnya, merupakan episod terakhir... nak tahu apa cerita... jom baca sampai habis..

Day 14 ~ Khamis, 11/12/25, North Island
Homestay - Victoria University - Queens Wharf Square - Welington City

Hari ni ada majlis graduasi ke-2 iaitu Perarakan Graduan (Graduation Parade).

Sudah menjadi tradisi university di New Zealand selain majlis penganugerahan ijazah di dalam dewan juga ada perarakan graduan di luar dewan. Di Victoria University of Wellington menganjurkan perarakan 2 kali setahun, iaitu pada bulan May dan Disember. 

Sepatutnya Graduan Day Insyirah pada bulan May 2026 tapi disebabkan pengajian Insyirah dan final Exam tamat pada bulan Novermber maka boleh mohon jika nak join Graduan Day pada bulan Disember 2025. Syaratnya semua subjek dari Sem 1 hingga Sem 6 semua lulus dan tiada repeat paper.

Majlis Perarakan Graduan membolehkan graduan berarak melalui pusat bandar dengan pakaian akademik mereka, diiringi oleh keluarga dan rakan-rakan. 

Perarakan bermula di Bangunan Kerajaan Lama atau cawangan University School of Law, melalui Lambton Quay dan berakhir di Queens Wharf Square. Perarakan bermula pada 12.30 tengahari.

Sempena Insyirah special day semua pakai baju kebangsaan Malaysia
 
9.30 am - Hantar Insyirah ke University sebab ada photoshoot sebelum majlis perarakan.

12.30 pm - Tiba di Te Papa parking, sebelah Museum of New Zealand

route jalan kaki dari Te Papa parking ke Queens Wharf Square

berbaju raya di Wellinton

yang lelaki siap bersamping

on the way nampak ada acara terjun di Taranaki Street Wharf

memey rare bila pakai baju kurung dan baju melayu di Wellington

Sepanjang jalan kaki, walau kelihatan matahari terpacak kat atas kepala tetapi suhu sejuk ditambah bila ada angin bertiup dari laut maka bertambah sejuk..

1 pm - Tiba di Queens Wharf Square

lepak sat tunggu perarakan graduan tiba

Hang Zhar

1.20 pm - Graduan tiba di Queens Wharf Square

British style

Sama-sama berarak..

Syirah dan kawan-kawan

family photo

2.30 pm - Acara perarakan graduan tamat. 
Masih awal lagi nak balik homestay, so kami jalan-jalan kat pusat bandar Wellington sambil window shopping

Jalan-jalan kat tengah bandar Wellington

Singgah Chemist Warehouse.. murah gak harga perfume kat sini

singgah Gong Cha pekena freshly brewed tea sambil belek gambar Graduation Day semalam

2025 bergambo kat depan muzeum

terobek 2016 masa kali ke-2 datang NZ kembara North Island

6.15 pm - Tiba di homestay. 

special day.. masak makanan raya..

Alhamdulillah.. walau jauh di Wellington dapat makan makanan raya

Day 15 ~ Jumaat, 13/12/25, North Island
Homestay - Wellington Cable Car - Park'n Save - Manawatu Muslim Centre - Turangi Leisure Lodge

Hari terakhir di Wellinton meninggalkan kenangan indah terutama Hari Graduasi Insyirah pada 10/12/25. Itulah tujuan sebenar kami sekeluarga datang ke sini. Dah jauh-jauh datang takkan tak jalan-jalan New Zealand sekali ke South dan North Island. Ia lebih menyeronokkan bila jalan-jalan dengan keluarga, adik beradik dan anak saudara sambil beraya..

Homestay interior.. POV kitchen to hall

POV hall to kitchen

10 am - Check out.

11 am - Tiba di station Cable Car Wellington di Lambton Quay. Beli tiket dan tunggu giliran untuk naik ke atas.

11.30 am - Tiba di atas bukit Wellington. Jalan-jalan di sekitar, antaranya masuk Cable Car Museum dan ngopi di Cable Top Eatery. Rupanya lokasi top of Cable Car ni tak jauh dengan University Insyirah. Sebelah je dalam 1-2km.

kaunter tiket kat celah-celah bangunan

harga tiket

apa ada kat Top of The Cable Car

macam kat Bukit Bendera

jom naik

salah satu view dalam terowong cable car

kat dalam muzeum cable car


1.45 pm - Singgah Park'n Save. Nak borong cokelat dan cookies.

kudapan untuk sourvenir

3 pm - Tinggalkan bandar Wellington menuju ke Turangi.

Selamat tinggal Wellington..

5 pm - Singgah Masjid Manawatu di Palmerston North.

7.50 pm - Singgah Desert Road. Jalan raya di sini antara tercantik di North Island sebabnya boleh nampak puncak Gunung Ruapehu(2797m), Gunung Ngauruhoe(2287m) dan Gunung Tongariro(1987m). 

di tepi jalan Desert Road

belakang kalau awan tak cover ialah Mount Ruapehu

Sceenic view kat Desert Road

8.45 pm - Check in Turangi Leisure Lodge

Lodge ni ada 1 1/2 tingkat.. boleh muat 4 orang

Route map dari Wellington ke Turangi

Day 16 ~ Sabtu, 14/12/25, North Island
Turangi Leisure Lodge - Huka Falls - Lake Taupo Scenic Lookout - Silveroaks Inn - Auckland Airport

10 am - Check out.

parking kat belakang lodge

laluan pinggiran Tasik Taupo

11.30 am - Huka Falls

Huka Falls

1 pm - Lake Taupo Scenic Lookout.

nun sana Mount Ruapehu

6.30 pm - Singgah Silveroaks Inn. Ada 3 adik ipar dan sorang biras check in kat sini sebab flight balik dorang esok tengahari. Kat sini juga kami jumpa wakil Ikhlas Tours untuk return 2 MPV.

lawa awan tompok-tompok citrus


8 pm - Wakil Ikhlas Tours hantar kami ke Auckland Airport.

sebelum gerak pegi airport bergambo dulu

Route map perjalanan hari ini

Day 17 ~ Ahad, 15/12/25, North Island
Auckland Airport - KLIA

lepak Lounge dulu..

tempat solat ni ada dekat area boarding bawah Emirates Lounge

tempat ambil wuduk

Ruang solat

tiba-tiba dapat upgrade bisness class... Alhamdulillah.. selesa sikit untuk long distance flight..

1.30 am - Flight back to Malaysia by Malaysia Airline MH144

8.30 am - Alhamdulillah.. selamat tiba di Malaysia. Total perjalanan 11 jam dari Auckland ke KLIA.

Setibanya di KLIA maka tamatlah kisah pengembaraan kami adik beradik ke New Zealand North dan South Island selama 17 hari. Sudah tentu banyak kenangan manis dan indah disepanjang perjalanan road trip kami menaiki Motorhomes di South Island dan MPV di North Island. 

Sengaja aku aka Abang Long menyusun begitu supaya adik beradik dapat merasa pengalaman naik dan tidur dalam motorhomes di campsite yang ada kalanya tak selesa sebab sempit dan itulah namanya pengalaman. At least bila ada yang tanya pernah naik motorhomes kat NZ? So, inilah jawapannya...

Sebelum mengakhiri post ini, abey nak share total kos untuk ground per head(tak termasuk tiket flight MH KL-Auc),

NZeTA - rm290
Hotel at Auckland 1 day - rm130
Total - rm420

South Expenses
Flight NZ Air return Auc-Chr - rm633
MPV Rent 1 day - rm145
MPV Fuel - rm12
MPV Parking - rm7
Homestay Chr 1 day - rm125
Motorhomes 7 days - rm1761
MH Diesel 7 days - rm237
MH Diesel Tax - rm75
MH Parking - rm16
Holiday Park(5) - rm364
Meals - rm500
Cruise Milford Sound - rm399
Skyline Queenstown - rm 177
Total - rm4451

North Expenses
Hotel at Auc 1 day - rm93
Holiday Park at New Plymouth 1 day - rm161
Homestay at Wellington 4 days - rm503
Turangi Leisure Lodge - rm130
MPV Rental 6 days - rm520
MPV Fuel - rm218
Parking - rm14
Meals - rm500
Cable Car - rm30
Total - rm2169

TOTAL - RM7040
  
So, anggaran lebih kurang dalam rm11-12k seorang untuk 17 hari jika DIY... kalau package boleh cecah dekat rm20k.. 

Ok, sekian untuk kisah kali ini. Terima kasih kepada yang sudi baca dari awal hingga akhir post. Semoga apa yang dikongsi dapat memberi rujukan kepada sesiapa yang nak travel ke New Zealand. Semoga bertemu lagi pada post akan datang... inshaaAllah...



Tuesday, 4 August 2026

New Zealand Family Trip South and North 28 Nov - 14 Dec 2025 ~ Part 5

Salam Semua,

Kisah seterusnya, jelajah North Island bermula... jomm..

Day 11 ~ Isnin, 8/12/25, North Island
Auckland - Hamilton - Waitomo Valley - Three Sisters Lookout - Egmont Rd - Belt Road Seaside Holiday Park

9 am - Pick up MVP Sewa iaitu 2 buah Toyota Vellfire AGH 30 dari Ikhlas Tours
Sebenarnya mereka dah hantar malam tadi dan park dekat Hotel/Motel. Pagi ni baru dapat jumpa sebab malam tadi kami sampai hotel lewat malam.

Sesiapa yang berminat untuk sewa kenderaan dengan Ikhlas Tours atau join package Jalan-Jalan New Zealand boleh ke Tik Tok dan FB Ikhlas Tours. Juga boleh contact Nadia, +642040472102

2 buah Toyota Vellfire sewa dari Ikhlas Tours

loading bag.. MPV macam ni sesuai untuk 5-6 orang bergantung berapa byk beg bawa

9.30 am - Check out. Tempat pertama nak pegi ialah tempat sarapan.

Food Junction

10 am - Tiba di Food Junction. Kat dalam tu ada Tastes of Malaysia. 

Taste of Malaysia

abe makan Nasi Goreng Mamak

12 pm - Singgah Manukau Supa Centa. Kat sini ada macam-macam mart antaranya, Kmart, Sketchers, Cotton On dan macam-macam lagi. 

Kmart @ Manukau Supa Centa

1 pm - Keluar dari bandar Auckland menuju ke selatan North Island

Auckland Southern Highway

2.30 pm - Singgah Masjid Jamek Hamilton

Masjid Jamek Hamilton

masa ni dah pukul 4 pm di Kawhia Rd

antara view di sepanjang perjalanan

4.30 pm - Singgah Big Azz Ice Cream

singgah dan makan Fruit Ice Cream kat sini

6.30 pm - Tiba di Three Sisters Lookout di Pilot Rd, Umukaha

Nampak Three sisters jer. Elephant Rock tak kelihatan. Nun sana puncak Gunung Taranaki

Three Sisters dan Elephant Rock merupakan timbunan batu yang terpisah dari daratan di muara Sungai Tongaporutu. Sungai ni bersambung dengan Laut Tasman. Kalau nak lebih dekat access ke situ kena park kereta kat area camping site belah sana di Clinton Rd. Dari lookout point kat sini pun boleh juga cuma kena tunggu air laut surut dan redah Sungai Tongaporutu.

Al kisahnya, Three Sisters asalnya ada Four Sisters tapi sebab hakisan air laut lama-lama tinggal tiga. Elephant Rock pun juga dah hilang belalai dan jadi pintu gerbang. Mungkin selepas ni kalau ada hakisan kat daratan akan timbul sisters baru jadi empat semula. Begitulah bila terjadi hakisan samada kepada daratan atau dari air laut maka bentuk muka bumi akan berubah.

Dari lookup point ni juga boleh nampak Gunung Taranaki, gunung berapi yang dah lama tak aktif. Last meletus pada tahun 1775.

Family photo with 3 sisters & Taranaki background

lagi.. family photo

7.30 pm - Gerak ke lokasi seterusnya menuju New Plymouth.


Masa on the way nampak Gunung Taranaki semakin dekat. Masa tu dah nak masuk waktu Golden Hour menandakan nak masuk waktu Maghrib.

8.30 pm - Singgah tepi jalan Egmont Rd dekat dengan ladang. Dari sini kelihatan jelas warna Sunset dan Gunung Taranaki.

Insyirah, Sunset dan Taranaki

Mak Long dan anak buah

Memey lawa sunset dengan cahaya kemerahan

9.15 pm - Check in Belt Road Seaside Holiday Park.

masa ni pukul 1 pagi... view betul-betul depan pintu..

Route map hari ini.. total perjalanan 12 jam siap singgah-singgah..

Day 12 ~ Selasa, 9/12/25, North Island
Belt Road Seaside Holiday Park - Gunung Taranaki - Wellington

view waktu siang... semalam bulan betul-betul kat depan tu

9.30 am - Check out

my feveret kepala lori Transformers 

semakin dekat dengan Gunung Taranaki

10.40 am - Singgah Gunung Taranaki Viewing Platform. Kat sini lokasi paling dekat nak tengok Gunung Taranaki. Tinggi gunung ni 2518 meters. Kat sini juga tempat start nak hiking ke puncak. Pergi balik katanya dalam 3 jam..

Apa yang aku nampak, dari jauh Gunung Taranaki macam Gunung Fuji kat Jepun. Bila dekat nampak macam Gunung Merapi kat Jogjakarta, Indonesia. Semua tu gunung berapi dan aku pernah pegi..

Family photo dan Gunung Taranaki

Syirah dan mak-mak sedara

11 am - Gerak ke lokasi seterusnya menghala ke Wellington

nampak macam Taranaki keluarkan asap tapi sebenarnya awan

lagi my feveret kepala lori.. kaler merah pulak..

1.15 pm - Singgah Rotokawau Virginia Lake Reserve di Otamatea untuk toilet break dan berehat melepaskan lelah..

kelihatan anak-anak buah sedang mengejar itik

4 pm - Check in homestay di 59, Ohariu Rd di Johnsonville. Di sini kami ambil 2 unit dan setiap unit ada 3 bilik dan 3 bilik air. 

Homestay untuk 4 hari 3 malam

Route Map dari Belt Road Seaside Holiday Park ke homestay di Wellington

4.45 pm - Setelah lunch di homestay, keluar untuk collect Jubah dan kad jemputan di University sebab esok majlis Graduation Day Insyirah.

Victoria University of Wellington di Kelburn.. Uni ni kat atas bukit

ok ready utk Graduation Day esok dan 6 jemputan boleh masuk dewan

dari homestay ke University Insyirah jarak dalam 11km

Day 13 ~ Rabu, 10/12/25, North Island
Wellington

1 am - Keluar menuju Princess Bay Beach kat area Houghton plannya nak tengok Milkyway atau nasib baik boleh nampak Aurora Selatan.

macam Aurora.. cuma cahaya sikit-sikit je

lepas adjust camera phone dapatlah bergambo dengan Milkyway


dekat pukul 2 pagi.. sunyi dan lengang jalan raya kat Wellington walau Ibu Negara New Zealand

route map dari homestay ke Princess Bay

9 am - Breakfast kat Sri Penang di Wellinton City

masa kami datang pada Dec 2025 baru buka 3 bulan

rasa dan rupa macam kat penang tapi kat Wellington

12 pm - Hantar Syirah pergi University dulu untuk Graduation Day preparation. Para jemputan datang pukul 2 pm nanti.

Victoria University of Wellington cawangan Wellington City

2.30 pm - Graduation Day di Michael Fowler Centre, Wellington City

Graduation day invitation card

my POV

masuk awal boleh pilih seat..

opening ceremony


Congratulations Nurhanisah Insyirah

Happy Graduation Day Nurhanisah Insyirah

You did it! Ayah & Mama wish you a future as bright as your smile

Sekian kisah untuk hari ke-11, ke-12 dan kemuncaknya pada hari ke-13 bersamaan 10hb Dec 2025 iaitu Hari Graduasi Nurhanisah Insyirah. 

Alhamdulillah.. 3 tahun merantau ke negara Coats of arms New Zealand demi segenggam ijazah tajaan KPM(Kementerian Pendidikan Malaysia) di bawah PPC(Program Pelajar Cemerlang). 

Untuk info, program ni di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi(SLTPPM), iaitu biasiswa tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara di NZ dan Australia sebelum diserap menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi.

Nak join program ni kena join Matriks dulu dan mohon selepas sem 1(utk yg setahun). Setiap tahun KPM akan hantar 30-50 pelajar yang terpilih dari Kolej Matrikulasi satu Malaysia. Insyirah dulu di Matriks Melaka pada tahun 2021-2022. Setelah terpilih, kena hadir kursus sebulan di IPG dan ambil ujian IELTS. 

Kemudian pada bulan Feb/Mar berangkat ke NZ(15 pelajar) dan Australia(15 Pelajar). Di NZ dipecahkan kepada beberapa universiti di Auckland, Wellington, Christchurch dan Otago. Sama juga di Australia.

Ok, panjang pulak cerita pasal belajar abroad ni dan untuk kisah seterusnya iaitu pada hari esok ada satu lagi majlis graduasi. Nak tahu majlis apa, kena tunggu Part 6 dan juga episod terakhir.. InshaaAllah.. 

Post terdahulu,