Sunday 23 October 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 1

Assalamualaikum...

Istanbul aku datang! itulah ungkapan bila tiket flight ke Istanbul dah sedia book. Plan yang asalnya pegi tahun lepas tapi tak jadi tukar ke Abu Dhabi. Sebabnya bertembung dengan Hari Raya Haji.

Bila tahun ni plan nak pergi tengok tarikh cuti sekolah bulan 9 juga bertembung dengan Raya Haji. Takde pilihan. Kena teruskan jugak sebab itu aja masa yang sesuai kalau nak Rudy dan family join holiday di Istanbul. Nampak gayanya 2 tahun berturut-turut raya haji diperantauan..

Tiket flight beli 6 bulan sebelum pegi iaitu pada Mac selepas balik dari New Zealand. Masa tu Qatar Airways ada offer, terus sambar dapat harga dalam RM2200/person. Selain aku sefamily, 2 adik ipar, sorang biras join dan semua 6 orang confirm pegi. Cuma time nak pergi biras tak dapat join atas sebab tak dapat dielakkan. So, pegi 5 orang aje.




Kenapa Turkey?

Sebabnya, tak pernah pegi dan nak sangat pergi. Lain-lain kerana Turkey antara destinasi pelancongan paling popular. Turkey popular kerana banyak tempat menarik di sana. Antaranya di Istanbul dengan Masjid Biru, Hagia Sopia, Bosporus cruise. Cappadocia pula dengan lanskap dan belon panas. Lain-lain boleh ke Bursa, Pamukale...

Untuk trip ke Turkey kawe pilih ke Istanbul dan Cappadocia untuk 9 hari 8 malam.

Untuk info, Turkey kaya dengan sejarah silam. Sebelum di takluk Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453, Turkey adalah dibawah jajahan kerajaan Byzantine. Kalau ke Turkey boleh tengok kesan-kesan sejarah dan monumen sebelum zaman Islam perintah. Antara yang popular ialah Hagia Sopia yang asalnya ialah sebuah gereja yang dibina sekitar tahun 550 masihi dan kemudian diubah jadi masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Setelah 500 tahun Masjid Hagia Sopia diubah menjadi muzeum oleh Kamal Artatuk iaitu ketika berakhirnya pemerintahan khalifah Ottoman.

Siapa Kamal Artatuk? ahaa.. kena bukak balik buku sejarah sekolah menengah, tak pun google.. hehe..  Di Turkey, Kamal Artatuk masih disanjung hingga kini. Kalau ke sana jangan suka-suka kutuk dia walaupun kita tau dia ni sapa...

Banyak lagi kalau nak cerita sejarah Turkey. Nanti kawe cete slow-slow mane yang kawe tau dalam post-post akan datang..


Selamatkah melancong ke Turkey?

Inilah soalan yang ramai tanya bila ada yang tau den nak ke Turkey. Sehingga hari nak terbang pon masih ada yang tanya, ok ke Turkey? kawe cuma boleh jawab, inshaaAllah... ok..

Punca Turkey kelihatan tak ok bila akhir-akhir ini banyak cerita pasal bandar-bandar utama di Turkey kene bom. Kejadian terbaru percubaan rampasan kuasa oleh Kudeta. Namun berjaya digagalkan oleh kerajaan Turkey yang dipimpin Erdogan.

Pada aku, takkan kerajaan Turkey nak biarkan benda yang boleh jejaskan industri pelancongan dari terus berlaku. Bukan saja boleh jejaskan ekonomi rakyat Turkey juga income negara. So, datanglah Turkey.. sana masih selamat...


Transit Putrajaya Sentral.. ambil ERL ke KLIA
Flight kol 2 pagi dan transit di Doha...
Transit kat airport Doha... Syirah sempat buat homework..
masih kat airport Doha... transit 5 jam..
time to fly to Istanbul
Doha view from flight..
approach Istanbul @ anatolia... Asian side..
landing...
Airport Istanbul Sabiha


Selamat Datang to Istanbul..
Toll..
Menuju ke Jambatan Bosporus yang pisahkan Turkey Asia dan Eropah...
Kiri Eropah... Kanan Asia...
Sudah sampai Flamigo Apartment..
Dekat je Flamingo Apartment ni dengan Masjid Biru

Sebelum tutup cerita travelog Hari-1 nak share tentang persiapan dan perjalanan JB-KLIA-Doha-Istanbul..

Persiapan

1. Turkey guna Lira(TL). Kat Malaysia kena tukar ke Euro atau US. Kami pilih Euro sebab dari survey kebanyakan kata Euro lebih baik tukarannya. Bila tiba di Turki nanti baru tukar ke Lira.

Tukaran ketika itu(Sept 2016)

100 Euro = RM455-358 (4.55-4.58)
100 Euro = 322-325TL (3.22-3.25 kat area Sultan Ahmet. Kat area Taksim boleh dapat 3.30)

Lira Turkey dan gambar Kamal Attartuk..

2. Travel Insuran - benda wajib kalau travel keluar negara. Kami beli dengan rakan kami En. Rokman untuk Allianz Insuran. Bayaran insuran untuk 9 hari 8 malam ialah - RM90/person

3. Iternari - Kawe set ke Istanbul dan Cappadocia sahaja. Jalan-jalan Istanbul semua plan sendiri sebab dalam bandar je. Cari info melalui google. Cuma Cappadocia kami guna khidmat Tuan Khalid Pattali, rakyat Malaysia yang berhijrah ke Istanbul. Boleh boleh follow FB beliau di sini, Aku dan Istanbul untuk pakej ke Turkey dan yang terbaru ke Switzerland. Support orang Malaysia bisnes kat oversea.

4. Hotel - Di Istanbul den pilih Flamingo Apartment kat area SultanAhmet. Tak jauh dari Masjid Biru dan jauh sikit dari Station Tram SultanAhmet. Boleh saje nak dok area Taksim yang lebih murah harge hotel/apartment tapi sana busy sket dengan orang ramai.

5. Makanan - Kat Turkey takde masalah nak dapatkan makanan halal. Cuma harge je lah tapi lebih murah berbanding negara Eropah lain dan negara-negara kawe pernah pergi. Harga dalam 20-30TL untuk seorang makan siap air. Kalau nak bawak dari Malaysia pon ok untuk lebih jimat.

6. Airport transfer - Flight kami land kat Sabiha Airport(bukan Attartuk Airport) yang berada kira-kira 60km dari bandar Istanbul. So, book dulu airport transfer via online http://www.sawairportshuttle.com. Sebenarnya hotel ada service ni tapi dah tempah dulu yang ni. Masa balik mintak hotel arrangekan..


  
Hari Perjalanan

8 Sept 2016
- Flight KLIA-Doha-Istanbul ialah pada pukul 2.10 pagi, 9 Sept di KLIA. Dari JB gerak pukul 3.30 petang.

- Singgah-singgah dan harung jem akhirnya tiba di Putrajaya Sentral pada pukul 10 malam.  Dari Putrajaya Sentral amik ERL ke KLIA.

9 Sept 2016
- Tiba di Hamad International Airport, Doha pada pukul 4.30 pagi (waktu Qatar) dan transit 5 jam di situ. Sangat besar airport ini dan baru. Menariknya di Hamad Airport ada tempat lepak untuk family. Kat situ nak baring dan tidur pon boleh.

-  Tempat pukul 9.35 flight terbang ke Istanbul dan tiba di Sabiha Airport pada pukul 2 petang. Urusan imigresen dan ambil beg agak mudah dan cepat. Mungkin sebab airport kecik banding dengan Attartuk Airport. Tak sampai sejam setel semua urusan imigresen dan ambil beg.

- Keluar dari airport, dah nampak nama den terpampang kat kertas wakil airport transfer shuttle. Dekat 20 min gak tunggu baru shuttle datang dan bawa kami menuju ke hotel.

- Dari Sabiha Airport ke SultanAhmet perjalanan ambil masa dekat sejam. Sabiha Airport terletak di Turkey Asia.

- 3.30 petang kami tiba di Flamingo Apartment yang lebih macam homestay sebenarnya. Ada 4 tingkat dan bilik kami di tingkat 3. Boleh tahan tinggi nak angkut beg sebab takda lif. Nasib anak owner hotel dan kawan dia tolong angkatkan sampai atas. Untuk 5 hari 4 malam kena bayar 506 Euro atau 125 euro/semalam.

Tangga spiral naik tingkat atas..
ni gambar ambil masa nak check out..




Dari balkoni boleh nampak menara masjid biru... boleh dengar azan dengan jelas dari bilik..

Sekian kisah travelog Istanbul kami datang, Hari -1... bersambung Hari ke-2...

1 comment:

pakej percutian murah ke turki said...

Rasa excited nak baca sambungan hari ke-2 :D