Sunday 30 October 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 2

Assalamualaikum..

inside Hagia Sophia

Hari ke-2 ~ 10 Sept 2016

Pagi-pagi sebelum Subuh semua bangun awal sebabnya tidur awal..

Ceritanya, pada hari semalam selepas check in, selepas makan, rasa letih semacam sebab semalaman tak cukup tidur. Sementara nak tunggu maghrib ingat nak rehat kejap sambil baring-baring layan wifi free. Memey ada plan lepas maghrib nak keluar tengok kawasan kat area Sultanahmet sambil cari port baik untuk dinner. Baring punye baring, at last semua tertidur sampai tengah malam baru bangun. Lepas dah bangun susah nak tidur sampai ke Subuh.

Sementara nak tunggu Subuh buatlah apa yang patut layan mata. Aha... ada cerita best pasal Azan Subuh. Waktu Subuh di Istanbul ialah pukul 4.55 pagi. Niat nak Subuh kat Masjid Biru. So kawe pun tunggu azan then baru gerak ke masjid. Masjid Biru dengan hotel tak jauh dalam 200-300 meter je.

Tunggu punya tunggu dekat pukul 5.15 tak azan-azan. Mulalah timbul perpepsi negatif betul ke kat Turki penuh masjid solat subuh? Sebab diviralkan pasal ni. 

Bila ingat balik semalam ada azan Asar. Maghrib dan Isyak tak dengar sebab tetido. Takkan Subuh takde azan? Lebih kurang kol 5.20 kawe pon solat Subuh sorang-sorang kat bilik. 

Tiba-tiba, sebaik habis je solat, kedengaran azan Subuh berkumandang dari Masjid Biru dan juga masjid-masjid yang berdekatan. Terkesima kawe sebentar. Takkan baru masuk waktu? atau waktu solat kat Apps henfon salah? Ok takpe solat sekali lagi... 2 hari lepas tu baru tau azan Subuh kat Turkey memey pada hujung-hujung waktu.... oooo.... awat tak habaq...

waktu solat Istanbul
After Subuh view from my hotel..
Untuk hari ini tempat pertama nak pegi ialah..... cafe yang ada makanan sarapan. Tanya anak owner hotel cakap dekat-dekat jalan hala ke Blue Mosque ada banyak cafe. Maka berjalan kaki lah kami mencari tempat sarap.

Macam biasa, sambil jalan sambil ambik gambar. Sepatutnya dalam 5-10 min je dari hotel boleh sampai tapi sebab ambik gambo sana-sini dekat 20 min barulah sampai kat area kafe...




tengah pening pilih menu semua sarapan turkey style....
Tudia... makanan sihat semuanya.... roti memey makanan rutin orang sini...

Lepas sarap, tempat pertama nak lawat ialah Hagia Shopia. Tak jauh dari Blue Mosque cuma berhadapan aje. 


HAGIA SOPHIA

Hagia Sophia bermaksud ‘Hikmah Suci’ dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Sultan Muhammad Al-Fateh menakluki Istanbul. Nama dulu Istanbul adalah Constantinople.

Selepas kejatuhan Empayar Ottoman, Turki kemudiannya dibangunkan sebagai negara moden sekular oleh Mustafa Kamal Artatuk dan Hagia Sophia ditukar menjadi muzium pada 1935.

Pada penghujung June 2016 (Ramadhan) buat pertama kali dalam masa 81 tahun azan telah berkumandang dilaungkan oleh seorang Muazin.

Hagia Sophia, adalah antara monumen bersejarah paling ikonik di Istanbul dan kalau ke sini memey wajib melawat luar dan dalam. Seni binanya sangat unik terutama kubahnya yang menjadi model kepada masjid-masjid lain di Turki. Di samping itu di bahagian dalamnya terdapat banyak lukisan gambar hasil dari pengaruh kristian. Selepas ditukar menjadi masjid barulah terdapat tulisan kaligrafi yang merupakan identiti masjid-masjid di Turki. Lukisan-lukisan kristian tetap dikekalkan dan boleh dilihat hingga hari ini.

Masa kami datang, di bahagian dalam masih dibaik pulih jadi gambar tak dapat snap keseluruhan ruang utama Hagia Sophia.

Seterusnya jom layan gambaq... 

Note : Bayaran masuk Hagia Sophia ialah 40Lira(RM56). Tapi masa tu kami bayar Euro18(RM82) seorang termasuk upah tour guide. Guna duit euro sebab duit Turki tak tuko lagi.

Bayar dan amik tour guide sekali..
Mimbar ikut sunnah...


Diceritakan jari Nabi Khidir pernah dimasukkan ke dalam bekas lubang itu...
Tomb.... 
Tulisan-tulisan bahasa greek lama diukir pada batu...

Pisau sultan..
Pintu yang berusia 800 tahun..
Antara lukisan-lukisan yang dikekalkan...


Kucing dalam Hagia Sophia..
untung kucing ni kat dalam hagia sophia ni, ramai nak bergambo...











Laluan ke level 2...
Masih kekal lantai.. usia ratusan tahun...
At level 2...


ada cubaan padamkan lukisan ini atau mungkin rosak sebab gempa..

Pintu ni berusia 800 tahun..
Bergambo sekali dengan Hagia Sophia Tour Guide

Blue Mosque view from Hagia Sophia
Dekat 2 jam tengok bahagian dalam Hagia Sophia banyak gak dapat maklumat dan pengetahuan hasil dari penerangan Mr Tour Guide. Setiap bahagian dalam struktur bangunan ada cerita tersendiri sejak zaman gereja hingga menjadi masjid. 

Di bahagian kubah selain terdapat nama Allah dan Muhammad juga ada nama Abu Bakar, Omar, Osman, Ali, Hussain dan Haasan. Memang Hagia Sophia punyai keajaiban seni reka bentuknya pada zaman itu, namun ia pernah runtuh 2 kali akibat gempa bumi.

Lain-lain yang menarik tentang Hagia Sophia di bahagian belakangnya terdapat makam para Sultan dan Hagia Irini. Di belakang juga terletak istana Tokapi. Nanti cerita tentang istana ni pada Hari ke-4.

Asalnya Hagia Sophia tiada menara.. selepas Islam memerintah barulah dibina 4 menara untuk nampakkan ciri-ciri Islam
Blue Mosque... betol-betol menghadap Hagia Sophia..
Setel Hagia Sophia, acara seterusnya ialah jalan-jalan kat area station Tram Sultanahmet dan cari money changer untuk tukar duit euro ke lira.

Selepas tukar duit, tersangkut pulak ambik tour package sight seeing Istanbul. Dari harga asal 60 euro kemudian tawar menawar dapat hage 45 euro seorang. 

Package ni cover dari pagi sampai petang (8.30-5 ptg),
- Pickup at hotel
- Bus to Dolmabache Palace
- Fee entrance to Palace
- Bosphorus Cruise
- Ciragan Palace
- Pierre Lotte
- Cable car fee
- Hantar balik hotel

Tour ni nanti akan cerita pada Hari ke-3

Route map tour

Turkish Bath... Spa Turki style
ni masa singgah kedai nak beli teh apple, delima dan turkish delight salut gula
mamat malaysia dan mamat turki...
Borong Turkish delight
6 pac vs 1 pac
Singgah kedai kulit... tengok je tak beli...
Es krem showmanship je lebey... hage se-eskrem... 10TL.. Mahai!
area taman dekat dengan Tokapi

Taman belakang Hagia Sophia dan dekat area istana Tokapi..
Dari taman ni boleh nampak laut Marmara
Hagia Irini... kat belakang Hagia Sophia - Byzantine Church Museum
sisi belah kiri Hagia Sophia
sisi depan.. 
Untung kucing ni... lahir-lahir je dah dok oversea...
Makanan dinner kat cafe area hotel..
Pada hari ke-2 kami cuma jalan-jalan area Sultanahmet sahaja menggunakan kaki 2 kerat. Memey melenguhkan sebab kena jalan naik bukit turun bukit. Tapi tu takde hal sebab masing-masing seronok dan duaronok dapat tengok Blue Mosque dan Hagia Sophia. Disamping dapat tengok gelagat macam-macam manusia dan cara orang Turki yang sangat peramah melayan pelancong macam kami. Sebab tu agaknya sesapa yang datang Turki nak return lagi.. 

Ok Setel kisah Hari ke-2.... bersambung Hari ke-3...

Post terdahulu,


No comments: