Sunday 13 November 2016

Istanbul Cappadocia, kami datang! 9-17 Sept 2016 ~ Hari 3

Assalamualaikum...



Hari ke-3 Rudy & family join kami jalan-jalan Istanbul. Rudy dan Famili baru sampai kol 5 pagi tadi dari Abu Dhabi. Sepatutnya dorang join kami dari hari pertama sampai ke-5 tapi sebab ada hal tak boleh elak cuma dapat join dari hari ke-3 hingga ke-5. Rudy pulak hanya dapat join sampai esok je. Biasalah keje pilot, susah nak dapat cuti panjang. Nasib tak jauh sangat Abu Dhabi-Istanbul. 

Ok, untuk aktiviti hari ini kami dah book 1 day package jalan-jalan Istanbul. Package ni berharga 45 euro seorang. Package included bas, cruise, kabel car dan fee masuk istana-istana. Seterusnya biar gambar bercerita..

Package kitorang yang biru..
Tak sempat sarapan alas perut dulu makan roti sapu nutella... makanan ruji orang Turki.. 
Tunggu bas datang...
Dalam bas on the way to 1st visit... Dolmabache Palace..

Dolmabache Palace

Istana ni terletak di Besiktas iaitu betul-betul kat depan Stadium Besiktas. Besiktas ada team bola jugak macam JDT atau Liverpool. Antara team top di Turki dan pernah main kat Liga Juara-Juara Eropah. Team ni juga Liverpool pernah belasah 8-0 pada tahun 2007 kat Anfield. Saja je nak #terobek pasal Liverpool dan Besiktas.

Eh! tiba-tiba cete bola plak.. hehe.. Ok, balik cete pasal istana ni. Nak tahu detail pasal Dolmabache Palace boleh baca kat sini. Ringkasnya Istana ni dibina oleh Sultan Abd Majid pada tahun 1843 dan siap 13 tahun kemudian. Sebelum istana ini di bina Sultan-sultan tinggal di Tokapi Palace. 

Selepas pemerintahan Khalifah Ottoman dijatuhkan, istana ini jadi tempat tinggal Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kamal Artatuk sehingga dia mati pada tahun 1938. Selepas dari itu istana ini dijadikan muzium hingga kini.

Bila dapat masuk ke dalam istana memey sangat kagum dan terpesona dengan hiasan dalamannya yang serba mewah. Malangnya kat dalam tak dibenarkan ambil gambar untuk kawe share kat sini. Takpe bole google.. hehe...

With Rudy kat pintu masuk Istana... reka bentuk pintu gerbang pengaruh Perancis....
Di hadapan Istana ada menara dan sebelahnya masjid... kemah putih tempat scanning utk keselamatan...
pintu gerbang ciri-ciri perancis..

Nak masuk dalam istana kasut kena balut plastik
antara ruang tamu dalam istana... gambo cilok dari google..
my and Rudy family at depan main pintu masuk istana..
Tour guide join sekali begambo...

Secret garden belakang istana..
kucing manja...
kucing gemok kat istana...
Stadium Besiktas..

Bosphorus Cruise

Next lokasi ialah naik cruise jelajah selat Bosphorus hingga Golden Horn. Bosphorus ialah selat yang memisahkan Turki Asia dan Eropah juga penghubung Laut Marmara dan Laut Hitam. Bila naik cruise macam biasalah layan pemandangan sambil dengo tour guide cerita tentang itu dan ini... Banyak gak info dapat tapi nak cerita kat blog dah lupa pulak... hehe... apepun layan gambar... 

panas tapi nyaman...
Jambatan Bosphorus yang hubungkan Turki Asia dan Eropah...
Masjid Sultan Suleyman..
Galata Tower...kat area Taksim..
Masjid Ya Vedud 
Mr Pilot, Kapten Rudy..
Cruise tak berapa besar... ok lah...

Aktiviti mancing orang Turki



Kubu Kostantinopel
dah posing baik punya.... tiba2...
anak sedara dengan mak sedara... ginilah jadinya...




di Kucuksu Palace - istana hinggap sultan... pon tak boleh ambik gambar kat dalam... 

Pierre Loti

Last stop ialah ke Pierre Loti iatu lokasi atas bukit yang mengadap Golden Horn. Dari atas bukit ini boleh nampak pemandangan Istanbul lama dan baru. Masa kami pegi waktu siang. Kalau malam agaknya lagi cantik.

Untuk info, bukit ini dinamakan Pierre Loti sempena nama seorang penulis bangsa perancis yang selalu datang ke Istanbul kerana mengkagumi cari hidup Sultan Ottoman. Sebab kerap datang ke Istanbul akhirnya Pierre Loti telah menjadi tetamu istimewa dan disambut dalam satu majlis besar. Akhirnya Pierre Loti menjadi warganegara terhormat dan seterusnya namanya diabadikan di bukit ini. Begitu kisahnya yang kawe dapat coretkan pasal Pierre Loti.

Kami ke sini untuk lunch dan rehat-rehat tengok pemandangan. Memey menarik pemandangannya. Makanan pon ok dan sesuai dengan harga makanan atas bukit. Dalam rm20++ sorang. Ok lah tu.

begambo dengan adik-adik ipar...
2 famili bergabung dan bergambo....
Beef steak dengan nasi... roti tak ketinggalan...
es krem...
Mr Pilot Rudy, Suri hati dan anak-anak...


Cable car is coming..



With tour guide Mr Emre Can Ozil Khadira

Eminonu & Spice Bazar

Turun dari Pierre Loti kabel car terus naik bas maka tamatlah tour hari ini. Tour guide bagi pilihan samada nak hantar kami balik ke hotel atau nak ke tempat lain. Kami pilih turun kat Eminonu sebab nak ronda-ronda area situ. 

Di Eminonu selain ada stesyen tram, kat sebelah sungai Golden Horn terdapat deretan gerai-gerai jual kebab ikan dan lain-lain makanan laut. Juga terdapat Spice Bazar dan masa kami singgah punyalah ramai orang. Kami tak masuk dalam cuma ronda kat luar sebab masing-masing dah penat.



Turkey delight salut madu... 60 lira(rm30) sekilo...


Dataran Eminonu
Beli Istanbul Kart untuk naik Tram
Belakang tu Masjid Rustem Pasa... sebelah masjid tu Spice Bazar
Terowong cross dari dataran Eminonu ke station Tram


Erdogan..
Jagung bakar..
Dalam Tram
Station Sultanahmet
Es krem Mado... yang ni sedap..

Mr Pilot Rudy & Family depan Hagia Sophia


Liverpool FC juara 5 kali ECL dan kali ke-5 di Istanbul... hoho...
With Mr Pilot...

Malam selepas dinner Mr Khalid Pattali aka founder Aku dan Istanbul mesej nak jumpa sebab nak tunjuk cara-cara nak ke Bus Station Istanbul dari Sultanahmet. Kami ambil package 2H1M dengan dia untuk ke Cappadocia. Dari Istanbul kami pilih naik bas. Kata Mr Khalid perjalanan bas Istanbul-Cappadocia lebih kurang 10 jam... macam JB-Kota Bharu..

Dari station Sultanahmet kena naik tram hala ke Kabatas dan turun di Capa-Sehremini. Jalan kaki sket dan tunggu shuttle akan datang ambil di depan office metro untuk bawa ke bas station Istanbul. Ini plan untuk Hari ke-5 nanti.

Station Capa-Sehremini
Pejabat Metro

Sekian travelog Hari ke-3 dan bersambung Hari ke-4 iaitu Hari Raya Eid Adha...

Post terdahulu,





No comments: