Sunday, 4 October 2015

Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai 22-27 Sept 2015 ~ Hari Travel

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Dengan izinNya dapat jalan-jalan lagi bersama keluarga dan kali ni ke negara Arab. Plan asalnya sebenarnya nak ke Istanbul bersama family Rudy tapi oleh kerana pada 24 Sept 2015 adalah Hari Raya Aidil Adha maka dijangka Istanbul akan sibuk sebab cuti panjang serta kemungkinan banyak kedai tutup. So, bincang punya bincang dengan Rudy akhirnya ke Abu Dhabi. 

Siapa Rudy?
Rudy ni kawan setaman BDO yang telah berhijrah ke Abu Dhabi.

Kenapa Abu Dhabi?
Abu Dhabi bagi mereka yang tak sure ialah salah satu bandar besar di UAE(United Arab Emiriah). Tapi di UAE orang lebih kenal Dubai dari Abu Dhabi. Dubai terkenal sebab terdapat keindahan luar biasa di situ seperti binaan bangunan-bangunan yang unik. Bukan saja unik, bangunan paling tinggi di dunia terdapat di Dubai iaitu Burj Khalifa. Selain bangunan terdapat pulau buatan seperti Palm Jumeirah dan Palm Jabal Ali. Cuma pulau world terbengkalai.

Abu Dhabi kalau di Malaysia diibaratkan macam JB sementara Dubai ialah KL. Cuma jarak Abu Dhabi dan Dubai tak jauh kira-kira 100++km sahaja. Sebenarnya di Abu Dhabi juga terdapat binaan bangunan yang unik tapi taklah sebanyak di Dubai.

Di Abu Dhabi ada juga tempat yang grand yang tak takde kat Dubai iaitu Ferrari World dan Sheikh Zayed Grand Mosque. Tempat-tempat ini akan kawe ceritakan pada post-post akan datang.

Berkenaan syarikat penerbangan, di Dubai terkenal dengan Emirates dan di Abu Dhabi pon ada iaitu Etihad Airways. Di Etihad lah tempat Rudy bekerja sekarang. Sebelum berhijrah dia keje di SIA(Singapore Airline).

Ok, balik semula cerita hijrah Rudy.
Pada pandangan den, Rudy berhijrah ke Abu Dhabi sebab mendapat peluang yang lebih baik. Bukan bermakna yang sebelum ini tak baik tapi di Abu Dhabi lebih baik. Maksud lebih baik itu ialah dari segi karier, pendidikan anak-anak dan paling penting sana lebih selamat.

Malaysia tak selamat ke?
Malaysia selamat dan aman bak kata menteri tapi di UAE dan Abu Dhabi khasnya lebih selamat. Pada pandangan kawe sesebuah negara yang selamat bila pemimpinnya menjaga ekonomi terutama rakyatnya dengan baik.

Kalau nak tahu bagaimana selamat di sana kenalah datang dan tengok sendiri. Kalau kawe puji lebih-lebih kang ada yang kata den tak patriotik pulak.. haha... tapi itulah kenyataan setelah mendengar sendiri cerita dari mereka yang telah berhijrah bukan saja di Abu Dhabi juga di Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Liverpool dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Ok, cukup sekadar itu intronya bagaimana boleh terjebak jalan-jalan ke Abu Dhabi. Seterusnya nak cerita Hari Travel.


Hari Travel - 22 Sept 2015

Oleh kerana Rudy keje Etihad dan Etihad Airways ialah kepunyaan keluarga raja di Abu Dhabi maka nak ke Abu Dhabi kena naik Etihad. Harga biasa dari Sing-Abu Dhabi-Sing ialah dalam RM3k++. Kalau offer boleh dapat dalam RM2k. Nak tau bila offer kena rajin survey atau tunggu Matta Fair. Time tu memey murah. Aku? sure amik tiket offer je.. hehe...

Yang dok JB ada 2 pilihan nak ke Abu Dhabi samada melalui Singapore atau KLIA. Untuk trip ni den pilih Singapore sebab nak try naik B787 dreamliner iaitu pesawat terbaru Etihad. Tiket di tempah pada 18 May 2015 dengan harga offer mampu beli iaitu kira-kira RM2k person two way.

Dari JB ke Singapore Changi Airport pula ada beberapa cara nak ke sana,

1. Charted Transport(MPV) - kos dalam RM300-400 sehala
2. Taxi - RM350-R500 per teksi
3. Shuttle Bus - RM30-RM40 per person
4. Jiran, kawan atau adik beradik hantar - Paling murah dalam RM50-RM100 sehala.

Kami pilih no.4 sebab ada kawan aka jiran yang sudi hantar dan ambik. Tapi taklah free. Kawe hulur gak untuk cover tol, minyak dan autopass.

Flight ke Abu Dhabi(AUH) ialah pada pukul 8.10 malam dengan EY473. Dari JB kami bertolak ke Changi pada pukul 3 petang. Gerak awal sebab kesesakan kat check point Malaysia dan Singapore susah nak jangka. Selalunya memang sesak walaupun hari biasa. Masa kami lalu pada hari Selasa memang sesak terutama di Check point Singapore. Kami tiba di Changi pada pukul 5.30 petang. 2 jam setengah gak ambik masa untuk jarak 52 km dari BDO.

Urusan check-in semua ambil masa lebih kurang 30 min dan terus masuk ke ruang boarding untuk solat Asar dan menunggu waktu Maghrib pada pukul 7.03 petang. Di Terminal 2 Changi ada Mussola disediakan.

Tepat jam 9.15 malam flight EY473 berlepas dari Changi Airport. Delay sejam sebab ada kesesakan laluan di ruang udara Teluk Bangla. Semasa kat ground sempat layan movie Fast & Furious 7. Kemudian stop kejap sebab flight nak berlepas. Sepanjang perjalanan den tak tido sebab layan entertaiment dalam flight. Paling penting dalam flight ni ada Wifi. Nak pakai kena bayarlah...

BDO ke Changi Airport lalu Tambak Johor... lalu Tuas pon boleh cuma jauh sket..
beratur untuk check in bag...
Selesai check-in bag dapat boarding pass...
ngeteh o limau sementara tunggu waktu maghrib...
Boarding time...
dekat sejam tak fly-fly... delay!
Entertaiment dalam flight B787 ni memey terbaek... screen besar dan HD...
Macam-macam ado..
Layan Fast & Furious 7... ada shot kat Abu Dhabi...
Menu dalam flight... nak try pasta...

In Flight Wifi... bole tenet dalam flight...

Tekan Pricing untuk beli...

Oklah... aku pilih 2 hour pass...

Sekarang boleh tenet....
Email mengatakan dah purchase wifi hotspot dalam Etihad flight..
5Mbps speed... oklah guna satellite...
Pukul 2 pagi waktu Malaysia tak tido lagi budak nii...
Boleh tengok live bola lagi dalam flight... Ni game Bayern Munich lawan Wolfsburg... Bayer menang 5-1
16 min lagi nak land...
Kira-kira pukul 11.45 malam(3.45 pagi waktu Malaysia) kami selamat mendarat di Airport Abu Dhabi. Dari pesawat ke terminal kami dipindahkan dengan shuttle bas. Dekat 15 minit gak tunggu sebelum dapat naik shuttle. Urusan imigresen, ambil beg semua selesai lebih kurang pukul 12.30 pagi.

Sebaik keluar dari terminal Rudy dah tunggu untuk bawak kami semua balik ke rumah dia di Khalifa City B. 20 min aje dari airport.

Selesai cerita Hari Travel dan bersambung Hari 1...