Saturday 10 October 2015

Hari 1 ~ Jalan-Jalan Abu Dhabi & Dubai, 22-27 Sept 2015

Assalamualaikum...

Dalam Episod Hari Travel den dah kenalkan dengan salah satu watak utama aka tuan rumah di Abu Dhabi iaitu Rudy. Ni ada sorang lagi watak nak kenalkan iaitu adik ipar den nama Masturah. Sebab ini 2nd time Masturah ikut den sekeluarga jalan-jalan luar negara. 1st time semasa ke Bandung tahun lepas. Ke Bandung, selain Masturah, mak mertua, sorang lagi adik ipar dan husband ikut. Cete pasal jalan-jalan Bandung boleh baca kat sini.

Al-Kisah, untuk trip Abu Dhabi ni, sepatutnya ada sorang lagi ikut iaitu jiran setaman muslimah tapi last minit dia tak jadi pulak... nak balik kampung katanya ada kenduri...hmmmm... 

Ok, flash back cete pasal Masturah. Kalau korang perasan dalam episod Hari Travel pada gambo passport cuma tunjuk 3 je.

Mana passport Masturah? jeng...jeng...jeng...

Bila jiran setaman tak jadi pergi maka penggantinya ialah Masturah. Masturah asalnya memang dalam senarai menunggu. Kemudian kedua-dua confirm pergi. At last jiran setaman tak jadi. Tinggal Masturah je ikut.

Dipendekkan cerita, Masturah sepatutnya akan naik flight sama-sama kami di Singapore tetapi tangguh punya tangguh nak beli tiket, bila masa nak beli tiket dah full book pulak. Waduh!

Untuk tidak mengecewakan Masturah, Rudy cadangkan Masturah naik flight melalui KLIA. Sebab di KLIA ada 2x sehari ke Abu Dhabi dan jarang penuh.

Mulanya Masturah macam tak berani sebab kena naik sorang-sorang untuk 7 jam punya perjalanan. Kawe pon risau gak nak lepaskan dia naik sorang-sorang. Tapi setelah slow talk dengan Masturah akhirnya dia setuju naik dari KLIA. Sebab ini je cara nak ikut ke Abu Dhabi. Kalau tak bila lagi.

Harga tiket dapat dalam rm2k gak. Harga promotion. Pergi dari KLIA dan balik ke Singapura. Waktu berlepas beza 5 minit je di KLIA dan Changi. Manakala waktu ketibaan di Abu Dhabi hampir sama. So, Rudy sekali jalan ambik kat airport.

Cerita Masturah lain flight ni, adik beradik dan mak mertua semua tak tahu. Terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab munasabah... hehe... tapi kalau dorang baca post ni pasti tau.. yang penting semua selamat dan dah balik Malaysia pun.

Ok, cukup setakat itu intro episod 2 aka Hari 1. Dah macam drama pulak ada episod, watak bagai.. hehe... Sememangnya bila nak travel pasti akan ada drama. Sebab ada suspen dan dramatik especially hujung-hujung cerita. Tapi cete Masturah awal-awal sebelum ke Abu Dhabi dah suspen kalau den cete versi panjang lebar tapi taklah sampai drama 28 episod Rindu Bertamu di Abu Dhabi....

Gambar cilok dari google.... takde kene mengena dengan watak utama Jalan-Jalan Abu Dhabi...
23 Sept 2015

Untuk iternary hari ini Rudy dah plankan ke Dubai melawat bangunan paling tinggi di dunia iaitu Burj Khalifa..

Cerita tentang iternary jalan-jalan Abu Dhabi & Dubai, semua Rudy yang plankan. Den cuma follow je. Memey senang banyak. Bagi den inilah jalan-jalan yang tak payah pecah kepala cari maklumat. Sebab trip-trip sebelum ni selepas book tiket, 3-4 bulan kena menggoogle cari info. Kali ni, cuma beli tiket, kumpul duit pastu tunggu tarikh travel. Hotel dan transport pon tak payah fikir sebab dok rumah Rudy.

Pagi hari ini selepas sarapan nasi lemak di rumah Rudy kira-kira pukul 9 pagi gerak ke Dubai. Cuaca pagi di Abu Dhabi kelihatan cerah tapi tak berapa cerah sangat macam ada sand storm dan kabus. Awan takda dan bila matahari bersinar memey agak terik. So, kena pakai spek untuk redupkan mata.

Seterusnya, mari layan gambar-gambar...

Mari belajar geografi.... di manakah letaknya UAE? Oooo... UAE terletak di sebelah timur Arab Saudi dan utara Oman
Jarak dari rumah Rudy ke Burj Khalifa, 123km dan sejam perjalanan..
Dari Abu Dhabi lalu highway 4 lorong takde tol... cuma nak masuk Dubai baru ada tol...
2 watak utama dalam ini cerita jalan-jalan, kawe dan Captain Rudy aka Pilot SUV Ford Explorer 7 seater...
Langit membiru di atas dan memutih di bawah....

Dari 4 lorong masuk Dubai jadi 6 lorong kemudian 7 lorong..
dah 7 lorong...




gate tol tapi takde pondok tol.... 4 dirham sekali lalu...
Sudah kelihatan Burj Khalifa...
antara bangunan unik dan futuristik di Dubai...


Macam kat US pon ada... 
tu dia lagi bangunan macam-macam bentuk sudah kelihatan...
wow! tingginyer!
At ground level.... kedai sourvenir.... bag tu harga AED525(RM630)
Fridge magnet ni berharga AED15.00(RM18) sebijik
Dari level 125...

dah macam mainan lego...
bawah tu semua kondo...
Masturah jadi camerawoman...
2 watak utama... Captain Rudy dan Guwe...

Berempat dari tingkat 125...
bertiga...
Aku nak sihatttt....
Shoot gambar tipu...
Guna screen ijo...
Turun time...
Aquarium at ground level...
Wefie... dari atas ke bawah...
Wefie gak... dari bawah ke atas...
guwe mendongak langit...
Jumpe pulak geng basikal... Mr Chong...
dari kiri-AlKuntum, tengah-AlMaklum, kanan-AlMatsom
Singgah lunch di Lan Zhou Noodles makan mee tarik..
Satey lembu berempah...
Jeep Admiral... ingatkan baju je ada jenama ni...
Singgah super market beli sourvenir...
Setel di Burj Khalifa kemudian pegi lunch di Lan Zhou Noodles kat mana entah Rudy bawak. Kemudian jumpa Chong member basikal kat hotel Hyatt. Chong ni transit di Dubai selepas holiday kat Italy. Ngam-ngam dia ada kat Dubai kami pon ada kat sana. So, pegi jumpe dia dan amik gambar untuk surprise geng basikal PKMK. 

Lepas jumpa Chong pergi market beli sourvenir. Setel beli sourvenir balik ke Abu Dhabi semula. Kami tiba di Abu Dhabi hari dah nak Maghrib. Lepas Maghrib Rudy ajak dinner kat Yas mall. Plan nak makan donner kebab tapi inti daging dah abis. Tukar makan Shack Shake burger. Untuk pengetahuan, semua makanan di Abu Dhabi adalah Halal.

Benda ni akan berbunyi dan menyala menandakan makanan dah siap untuk di collect kat kaunter...
Sebijik hage burger ialah aed26(rm31.20) + air, aed13(rm15.60) = Total sorang makan ialah RM46.80....
Setel dinner, on the way simggah Etihad office tempat Rudy kerja dan training masa mula join Etihad iaitu flight Simulator. Cuma tengok dari luar aja.

Ada 6 simulator... 5 untuk flight, 1 untuk helicopter
Sekian aktiviti jalan-jalan hari ini, bersambung Hari 2...

Iternary hari ini,
  • Pagi - Burj Khalifa, Dubai
  • Tengahari - Lunch di Lan Zhou Noodles(Mee Tarik), Dubai
  • Petang - Supermarket(beli sorvenir), Dubai
  • Malam - Dinner di Yas Mall, Abu Dhabi
5 fakta tentang Abu Dhabi dan Dubai,

1. Asal usul nama Abu(Abi) - Bapak + Dhabi - Rusa = Bapak Rusa. Ada yang kata Dhabi tu Dhob(biawak padang pasir)...boleh juga... Manakala Dubai macam-macam version cerita antaranya dari nama wanita Dubaa, Daba(belalang bayi) dan yang pasti Dubai bukan dari perkataan arab.

2. Jumlah penduduk UAE ialah 9.6 juta. 85% rakyat asing dan selebihnya rakyat tempatan. Separuh dari jumlah rakyat asing berasal dari India, Pakistan dan Bangladesh. Sebab itu kalau jalan-jalan ke Abu Dhabi dan Dubai kelihatan ramai penduduk berketurunan India. Rakyat Malaysia di UAE lebih kurang 6-7 ribu. Sumber rujukan di sini. 

3. Bentuk geografi di Abu Dhabi dan Dubai adalah rata. Takda bukit. Di Abu Dhabi lebih banyak pokok berbanding Dubai.

4. Pakaian rasmi orang arab UAE bagi lelaki ialah Jubah Putih dan wanita ialah Jubah/Abaya Hitam.

5. Kebanyakkan rakyat arab UAE suka kenderaan color putih. Oleh itu 2nd value untuk kenderaan color putih lebih tinggi dari color lain. Info dari Rudy.

Nota : Kiraan tukaran wang berdasarkan pada ketika itu iaitu aed1 = rm1.20.

Post terdahulu...




No comments: