Assalamualaikum wbt
'Today is the day' kata orang putih.
Kalau orang melayu bugis street cakap, Inilah harinya! hari kemuncak geng bapak-bapak datang Liverpool nak tengok bola. Lawannya team tengah top meletop, Manchester City.
2 kali sebelum ni kitorang datang Liverpool dengan tujuan yang sama nak tengok bola team feveret dulu kini dan selamanya di Stadium Anfield. Lain-lain tu seperti melawat kawasan ke London dan Manchester tu sambil-sambil je bawak kawan yang 1st time ikut.
Pada mulanya kami hampir-hampir tak jadi tengok bola(padahal itu tujuan asal). Sebabnya harga tiket terlalu mahal. Mana tak game yang kami nak tengok ni high profile punya team. Team yang musim lepas Juara Treble iaitu juara FA Cup, EPL dan UCL. Memey akan melanton harga tiket.
Tapi atas usaha Asri, kami dapat juga tiket yang murah. Bukan murah sikit tapi tersangat banyak murah.
Asri dapat melalui ARM(All Reds Malaysia) iaitu Malaysia Official Liverpool Fan. Bayangkan kalau beli dengan agen paling murah £550 tapi kami dapat dari ARM, £57 je. Jimat £493 atau RM2958.. murah banyak kann.. kann.. hehe..
Namun begitu, walau dah dapat tiket murah tetap ada cabaran kena hadap. Cabarannya bila game tukar date. Nasib tukar tarikh anjak sehari je.. kalau 2-3 hari memey melepas la tengok bola..
Masa dapat tahu game kena tangguh, terkesima seketika. Pastu bincang dalam grup wasap. Sebab ada beberapa perkara kena fikir dan susun semula iaitu perkara sebelum game dan juga selepas game.
So, bagaimana kami selesaikan? jom baca sampai habis..
e-tiket bola dalam apple wallet |
Hari 7 ~ Ahad, 10 Mar 2024
Apartment Liverpool
7-8 am ~ Hari check out dari homestay. Selepas sarapan kami sediakan bekal untuk lunch. Cuma panaskan pack travel Berahim dan kemudian masukkan dalam lunch box. Plan nak makan sebelum masuk stadium nanti.
9-10 am ~ Kemas dan pack apa yang patut sebelum check out. Kena pastikan homestay bersih, kemas dan letak semula kelengkapan dapur pada tempatnya
Pantry |
Tangga naik tingkat atas |
Bilik Asri & Anak dia |
Bilik air kat tingkat atas |
my bilik |
POV dari tingkat atas |
Pantry |
POV dari tangga pantry |
Hall dan tempat tidur abe Zaidi |
Sofa yang boleh extend jadi katil sofa |
sebelum gerak letak kunci kat kotak kunci sebelah pintu |
10.35 am ~ Check Out. Hujan masih renyai-renyai sejak sebelum subuh.
10.40-11.30 am ~ Sebelum gerak ke Masjid singgah stadium kejap tengok suasana 5 jam sebelum game. Kelihatan dah ramai fan-fan Liverpool berlegar-legar di perkarangan stadium.
Masjid Ar Rahma
12 pm ~ Tiba di Masjid Ar Rahma untuk solat Zohor.
Sementara nak tunggu azan Zohor aku pegi kat belakang masjid untuk cari port nak menyandar. Tiba-tiba datang seorang jamaah duduk kat sebelah aku. Dari sosok wajah aku agak dia ni macam orang belah Pakistan atau utara India berkulit cerah yang dah lama dok Liverpool.
Dan dari pakaian yang dia pakai aku agak dia ni Geng Tabligh. Memey benar tekaan aku bila dia start bebual pasal Khuruj. Khuruj ialah aktiviti Geng Tabligh keluar dakwah. Aku tahu pasal Khuruj sebab ada kawan-kawan dan juga jiran Geng Tabligh.
Khuruj paling sekejap 1 hari dan ada yang sampai berbulan-bulan. Ada sorang jiran aku Geng Surau dah beberapa kali keluar negara sampai 2 bulan untuk Khuruj. Hebat dorang ni dan bukan calang-calang orang. Kalau kewangan tak kukuh jangan berani pergi Khuruj, takut anak bini tak makan nanti.
Kemudian sahabat tabligh tu tanya aku study kat sini ke? Aku cakap datang sini sebab nak tengok Liverpool match kejap lagi kol 3 pm. Kami sambung sembang pasal bola hinggalah azan berkumandang. Seronok berbual sampai terlupa nak selfie dengan dia...huhu..
sebelum azan cari port sandar dulu |
waktu solat di hadapan |
lepas azan zohor makin ramai jamaah datang |
1.10 pm ~ Selesai solat, gerak semula ke stadium.
park keta kat sini sebaris dengan homestay.. gambo snap shot dari maps.google |
POV Stadium Anfield |
1.30 pm ~ Parking kereta kat Norgate Street, sejalan dengan homestay tapi kat belah simpang jalan menghala ke stadium. Dah tanya dengan owner tuan rumah homestay boleh parking kat mana-mana tepi jalan kat perumahan asalkan bukan parking reserve atau blok pintu rumah orang.
Alhamdulillah, tempat kami target masih kosong. Sebelum keluar dari kereta jamah makanan yang dibekal.
Stadium Anfield
30 min sebelum masuk stadium |
ada live band kat perkarangan stadium |
Winners of Carabao Cup musim 2023/24 |
hujan masih renyai-renyai |
2.30 pm ~ Masuk dalam stadium
lokasi seat kami kat block 305 |
30 min sebelum game |
seat kami 2nd last paling atas bawah bumbung |
player warm up |
MC belah sana... Liverpool belah sini |
kelihatan ex Boss Jurgen Klopp dan Nunez |
stadium slowly makin penuh |
Asri dan mafla aku... |
3.30 pm ~ Game mula. Min ke-28 MC score dulu. 1st half, Liverpool 0 MC 1
lagu Never Walk Alone berkumandang |
game dah mula |
1st half... Liverpool ketinggalan 1-0 |
Final score draw 1-1 |
5.40 pm ~ Game Tamat. Min ke-46 Liv dapat penalti dan score. Final result Liverpool 1 MC 1. Kali ni tengok match Liverpool seri walaupun control game. Peluang nak tambah score ada terutama dari Luis Diaz tapi tersasar plak dia tendang walau dah one-by-one dengan keeper. Memey kemenangan yang ditangguhkan dan belum rezeki nak menang.
6 pm ~ Keluar dari stadium. Hari dah mula gelap sebab dekat nak maghrib. Terus jalan menuju ke kereta.
suasana di perkarangan stadium selepas habis game |
hujan dah reda... last selfie sebelum gerak balik ke London |
6.15 pm ~ Bergerak keluar dari Liverpool untuk balik ke London. Sana sini jalan jem la pulak. Dekat 60k penonton memey dah jangka jalan raya akan sesak.
7.30 pm ~ Baru dapat masuk highway M62 menuju ke M6 untuk ke London. Kalau tak sangkut jem tadi, pukul 10 malam boleh sampai London tapi dalam waze tunjuk new ETA pukul 11 lebih.
Asri dah deal dengan Tn Iskandar akan ambil kereta kat hotel. Hotel kami di Holiday Inn Terminal 4 Heathrow Airport. Sengaja aku book kat situ supaya esok tak kelam kabut nak ke airport. Dari hotel cuma kena jalan kaki 200 meter je untuk ke Terminal.
ETA 4 jam sampai London |
jem nak keluar dari kawasan stadium |
dah kat highway M62 menuju London.. masa ni hujan lebat |
Sepanjang perjalanan aku terlelap, bila sedar dah dekat London. Bagi tau drebar Abe Zaidi kena singgah petrol pump untuk tuang minyak penuhkan tangki. Ini syarat sebelum pulangkan kereta sewa.
Kami singgah di RnR Beaconsfield Services, kira-kira 25km dari hotel kami di Holiday Inn Terminal 4. Kat situ kami tuang minyak kat Shell dengan harga diesel £1.73 seliter. Mahal la pulak. Takde pilihan sebab dah tengah malam dan takut dekat kawasan hotel takde pump minyak.
Rupanya bila tiba dekat kawasan airport ternampak beberapa pump minyak yang lebih murah dari kat highway. Beza dekat 30-40 pence gak. Takpelah..
Holiday Inn Terminal 4 Heathrow Airport
Hotel Holiday Inn ni terletak kat sebelah Terminal 4 Airport Heathrow |
11.45 pm ~ Tiba di hotel. Masa tengah check in, Tn Iskandar tiba untuk ambil kereta. Alhamdulillah.. selesai semua perkara hari ini dan paling penting dapat tengok bola dan tiba di London dengan selamatnya walaupun lewat malam.
Masa on the way tadi dah dapat berita UK mula puasa esok pada 11 Mar 2024. Sama macam Arab Saudi. Malaysia khabarnya pada 12 Mar.
Hari 8 ~ Isnin, 11 Mar 2024
5.15 am ~ Sebelum azan sempat sahur minum air dan makan maggi cup. Usai solat Subuh siap-siap untuk check out.
6.55 am ~ Selesai check out dari hotel kami berjalan menuju Terminal Bridge untuk ke Terminal 4. Dari pintu hotel cuma kena jalan kaki 200 meter ke Terminal 4.
dari hotel ke Terminal Bridge |
dalam terminal bridge ke Terminal 4 |
Terminal 4 Heathrow Airport
5 min je jalan kaki dah sampai Terminal 4 |
beratur untuk check in bag |
tak ramai orang.. |
7.10 am ~ Tiba di Terminal 4 terus ke kaunter untuk check in bag. Selesai check in bag terus ke Terminal Boarding. Flight kami pada pukul 10.05 am. Takpe masuk awal boleh lepak-lepak kat dalam sambil window shopping.
7.45 am ~ Kami dah selamat berada dalam Terminal Boarding. Urusan security check dan imigresen tak mengambil masa yang lama walaupun agak ketat jugak securitynya.
Barang-barang berunsurkan liquid seperti losen atau minyak wangi bawah <100ml kena declare dengan keluarkan dari beg dan masukkan ke dalam plastik yang disediakan.
Masa kat scanner bagpack aku kena tahan dan kena keluarkan barang yang disyaki liquid. Baru aku teringat dalam backpack aku ada satu flight pouch bag yang ada losyen dan ubat gigi. Aku diminta untuk keluarkan dan kemudian kena ambil sample untuk mengenal pasti bahan apa ada dalam tu.
Sample losyen tu diuji menggunakan mesin dan prosesnya tak sampai 5 minit. Alhamdulillah.. takde benda terlarang dan aku dibenarkan beredar untuk ke ruang seterusnya iaitu passport clearance.
Pesawat MAS MH003 Airbus A350 - 900XWB sedang bersiap sedia kat situ |
Ada masa lebih kurang 2 jam lagi aku sempat jalan-jalan kat kedai jual minyak wangi. Tersambar pulak sebotol CK One harga £29(rm174). Oklah untuk sendiri guna.
Sebelum tersambar benda lain aku terus berjalan menuju ke gate. Kat gate masih banyak kerusi kosong di tempat yang menghadap keluar cermin. Aku pun duduk kat salah satu kerusi kat situ sambil melayan pemandangan di hadapan dan selang sini tengok media sosial Facebook dan Instagram.
Kelihatan aircraft MAS dah ada kat situ sedang buat persediaan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam.
sebelah kanan pesawat Saudi Air |
Selamat Menyambul 1 Ramadhan dari Liverpool FC.. Ian Rush pun wish.. |
Malaysia Airlines MH003 Airbus A350-900, London-KL
dah kat dalam... seat aku kat tepi tingkap |
9.45 am ~ Boarding time.
10.10 am ~ MH003 takeoff menuju Kuala Lumpur.
Sejam selepas itu masa Cabin Crew mula edarkan makanan untuk makan sarapan dan aku mintak dorang hantar makanan untuk aku time berbuka nanti. Kira-kira 5 jam lagi. Sementara menunggu waktu berbuka aku tido dulu..
Masa dah time berbuka.. |
Alhamdulillah... selesai 1st day puasa |
3.10 pm(waktu London) ~ Tersedar masa stewardess datang untuk hantar makanan berbuka. Bila tengok luar kelihatan ufuk barat telah kelihatan menandakan telah masuk waktu maghrib.
Sekejap je rasanya puasa dalam 10 jam je.. kalau tolak tidur rasa 8 jam je. Masa aku berbuka waktu kat Malaysia 11.10 malam. Local time dalam pukul 6.10pm. Alhamdulillah... 1st time dapat rasa berpuasa dan berbuka di awangan 39,000 kaki.
sejam lepas tu dapat lagi makanan seperti di atas.. |
makanan sahur untuk hari ke-2 Ramadan.. 3 jam sebelum landing |
4.05 pm(waktu London) ~ Cabin Crew bagi snack pula. Perut masih kenyang lagi tapi masih boleh diisi.. Alhamdulillah...
penuh flight hari ni... 95% orang putih.. ada yang transit ke Australia dan NZ |
8.10 pm(waktu London) ~ Waktu local pukul 3.10 pagi. Kat Malaysia pukul 4.10 pagi. Cabin Crew edarkan makanan untuk sahur. Alhamdulillah.. 1st time sahur di awangan. Masa ni ada 3 jam lagi perjalanan ke KLIA.
Aku pun malas nak berhujah panjang dan aku pun dah selamat sempurnakan puasa hari pertama 1 Ramadan. Terpulang pada dia nak ikut mana dia suka. Aku cuma ikut apa yang aku tahu dan ada ilmu pasal puasa bulan Ramadhan iaitu "wajib puasa ikut kat mana kita berada."
Contoh paling simple, kita sahur kat JB kemudian travel ke Sabah dan waktu berbuka kalau ikut waktu sana lebih awal 40-50 minit dari kat JB. So, kena berbuka ikut waktu kat Sabah. Macam tulah kita berpuasa dan ditakdirkan 1 Ramadhan di UK jatuh pada 11 Mar dan aku ketika itu masih berada di London. So, follow je..
Lagipun sebelum pergi ke London aku dah confirm dengan seorang ustaz dari kejiranan aku dan juga Naib Pengerusi Masjid Sultan Iskandar. Ustaz cakap seperti yang aku dah terangkan kat atas. Selain tu dibolehkan tak puasa sebab musafir tapi ada syarat-syaratnya iaitu tak larat nak teruskan puasa atau sakit. Dan puasa tu kena Qada' ya. So, tepuk dada tanya ilmu.
Hari 9 ~ Selasa, 12 Mar 2024
7.15 am ~ Alhamdulillah.. selamat mendarat di KLIA. Masa ni waktu kat London pukul 11.15 malam. Total perjalanan dalam 12 jam. Macam biasa selepas mendarat urusan seterusnya ialah imigresen dan ambil beg.
8.10 am ~ Setel ambil beg aku, Asri dan anaknya terus ke Terminal Bas Yoyo untuk tukar waktu yang paling awal. Sebab waktu asal booked pukul 10.10 pagi. Lama pulak lagi nak tunggu.
Abe Zaidi family dia ambil kat airport.
Kami terus ke kaunter dan mintak tukar dari pukul 10.10 ke 8.55 pagi. Alhamdulillah.. dapat tukar tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan.
bas balik JB... dapat tukar ke 8.55 pagi |
Sepanjang perjalanan aku tidur je, sedar-sedar dah sampai Terminal Bas Larkin Sentral. Asri dan anak dia turun kat situ. Aku pilih turun kat Terminal Bas Taman Tun Aminah.
bas yoyo balik JB... masih kosong sebab belum singgah KLIA2 |
masa ni dah sampai Larkin Sentral |
Terminal Bas Taman Tun Aminah
1.30 pm ~ Tiba di Terminal Bas Tun Aminah. Tunggu wife amek
1.55 pm ~ Wife sampai. Maka tamatlah kisah Geng Bapak-Bapak ke London dan Liverpool.
masa ni tengah pishang tunggu wife amek |
Penutup
Harap korang enjoy baca kisah Geng Bapak-Bapak pegi travel. Kepada sesiapa yang bercadang nak travel macam geng bapak-bapak paling penting kena ada geng dulu. 3-4 orang pun ok. Senang handle. Lepas tu kena plan baik-baik punya. Step by step.
Cara nak plan yang baik ialah dengan mencari maklumat dengan menggoogle atau baca blog kaki travel macam blog abe.
Nak lagi senang boleh direct tanya dengan orang yang selalu travel macam abe.. hehe.. don't worry abe sudi membantu mana yang mampu... InshaaAllah...
Bawah ni abe share total basic expenses cost sepanjang 9 hari 8 malam.. Lain-lain perbelanjaan seperti shopping, beli sourvenir, beli machendise dan lain-lain ikut bajet masing-masing. Abe habis dalam rm1000++..
Tiket match(No 6) ada fee tambahan rm100 untuk sumbangan ke ARM |